Mukadimah

بسم الله الرحمن الرحيم & السلام عليكم
bismillahirrahmanirrahim & assalamualaikum...
Blog ini adalah blog persendirian. Mana-mana artikel dan gambar tidak boleh disalin dalam ape jua bentuk rupa sekalipun. Terima kasih diatas kerjasama anda.



Saturday, March 13, 2010

> dalam hati ada taman

Malam semalam aku dengan adam mengimbas balik semua gambar dan video yang ada dalam simpanan. Bermula dari adam umur satu hari sampailah sekarang. Macam-macam soalan yg keluar dari mulut adam mengenai gambar-gambar dan video-video tersebut. gelak adam tengok gambar dia semasa masih baby. Kelakar kot tengok muka sendiri.

Aku tunjuk pula video yang aku ambil semasa adam kena chicken pox. Menangis dan merengek saja dia time tu. Dengan badan penuh bintik-bintik merah. Memang perit kena chicken pox. Bukan saja keluar bintik2 merah tu, tapi diiringi dengan demam, sakit kepala dan gatal-gatal (miang). Makan pon tak berselera. Aku pernah kena masa umur 25 tahun kalau tak silap aku. Memang tak tertahan rasanya. Inikan pula adam masa tu baru berumur 1 tahun.

Adam tengok video tu dengan penuh kusyuk. Diam tak berkata-kata. Tiba-tiba aku lihat air mata adam bergenang. Tapi dia tak nangis. Bila aku tanya, adam kenapa, dia geleng-geleng kepala. Aku tanya lagi, adam sedih ke. Dia diam jugak.. cepat2 aku tutup video tu dan peluk adam… baru aku tau touching jugak jiwa adam rupanya. Nampak dari luaran adam begitu lasak, tapi dalam hati ada taman… hehehe…



sila abaikan kaki aku yg duduk kurang sopan tu ye.. hehe..
tapi memang la aku tgk video ni pon aku sedih jugak. kesian sgt adam masa tu. nasib baik la chicken pox ni kena sekali jer seumur hidup..

2 comments:

Fara Dee Dilah said...

ciken pox leh kna 2 kali..skali waktu kecik skali lg waktu da besar skit bergantung ngn environment ngn sistem imun adam..

:: HUSNA :: said...

alamak... mintak dijauhkan...

Iklan LR