Mukadimah

بسم الله الرحمن الرحيم & السلام عليكم
bismillahirrahmanirrahim & assalamualaikum...
Blog ini adalah blog persendirian. Mana-mana artikel dan gambar tidak boleh disalin dalam ape jua bentuk rupa sekalipun. Terima kasih diatas kerjasama anda.



Tuesday, April 30, 2013

> sukatan cawan

assalamualaikum dan selamat sejahtera.

DSC01301

ni la cawan yang aku selalu gunakan bila nak sukat sukatan bahan-bahan untuk membuat kek atau sebagainya. cawan jenama arcopal. cawan ni asalnya kepunyaan mak aku tapi aku minta sebiji dari mak. terima kasih mak.

semua resipi sukatan cawan dalam blog ni guna cawan kat atas ni la. banyak sungguh jasa cawan arcopal ni tau. kalau takde cawan ni, tak menjadi la kek-kek aku tu. cawan ni aku simpan tempat khas. takut adam terguna pulak. dah la ada sebiji je. kalau pecah, susah aku nanti nak cari pengganti. hehe.

Saturday, April 27, 2013

> tempahan kek

assalamualaikum dan selamat sejahtera.

alhamdulillah rezeki untuk hari ini. hari ni ija tempah kek karamel pelangi lagi. kan minggu lepas dia tak jadi balik kg. so, minggu ni betul-betul jadi, tu yang dia tempah kek karamel lagi. nampak gayanya ija ni la pelanggan utama aku. hehe. terima kasih banyak ija. jangan lupa order lagi dan lagi dan lagi dan lagi. hehe.

DSC01644

Friday, April 26, 2013

> spaghetti daging black pepper

assalamualaikum dan selamat sejahtera.

ada hari tu rasa macam nak makan spaghetti Bolognese. alang-alang dah nak rebus spaghetti, aku pun rebus la spaghetti dengan sosej. saja nak try ikut cara rebus  cucuk dalam sosej yang ramai orang tag share dalam facebook tu kan. dah siap rebus nak sediakan kuahnya pulak. alamak aku lupa beli sos spaghetti. tak perasan benda tu takde stok kat rumah. dah jadi macam tu, tukar plan la. buat spaghetti olio. tapi bukan spaghetti olio yang macam di sini.

kali ni masak, campur daging cincang ramly, sosej dan cili kering saja. nama je black pepper nampak macam pedas kan tapi tak pun sebenarnya. black pepper sikit je aku masukkan. dah ada anak ni jarang sangat masakan aku pedas. kalau pedas pun, pedas yang manja-manja gitu. kesian kat anak kalau pedas sangat mesti dorang tak boleh makan. tapi jangan tak tahu, aku ni sebenarnya gemar masakan pedas. dulu, hari-hari makan sambal belacan.

mula-mula goreng cili kering dan ketepikan. minyak lebihan goreng cili kering tu baik korang buang. sebab kalau guna minyak tu jugak nanti spaghetti akan jadi pedas sangat. guna minyak lain, tumis bawang, masukkan daging cincang. agak-agak daging dah masak, masuk pulak sos tiram dan lada hitam. dah sebati masukkan spaghetti dan sosej yang direbus tadi. jangan lupa masukkan cili kering. gaul sebati. kalau masih tak masin tambah sos tiram. rasa dah ok, boleh angkat dan dihidangkan. senang kan.

okay aku tulis balik resepi kat bawah ni ye.

DSC01622

aku patahkan dua spaghetti supaya senang nak rebus. periuk aku kecik. haha.

 

DSC01630

macam tak menjadi sangat pun. hehe.

DSC01637

 

resepi spaghetti daging black pepper

bahan-bahan:

  • spaghetti
  • sosej
  • daging cincang
  • cili kering
  • bawang besar – hiris dadu kecil-kecil
  • bawang putih – hiris dadu kecil-kecil
  • lada hitam
  • garam
  • sos tiram

cara-cara:

  1. rebus spaghetti dan sosej. ketepikan.
  2. goreng cili kering dan ketepikan.
  3. guna minyak yang lain, tumis bawang besar dan bawang putih.
  4. masukkan daging cincang, goreng hingga daging masak.
  5. masukkan garam, sos tiram dan lada hitam. gaul sebati.
  6. masukkan spaghetti dan sosej yang telah direbus. gaul sebati.
  7. angkat dan hidangkan.

Thursday, April 25, 2013

> sambal udang

assalamualaikum dan selamat sejahtera.

dah makan tengahari? kepada yang baru nak lunch tu selamat menjamu selera ye.

sambal udang ni bukan hari ni punya menu. minggu yang lepas-lepas agaknya. terperap dalam draft tunggu masa nak publish. hehe.

sebelum dimasak udang ni dah lama terperap dalam peti ais sebenarnya. bukan tak nak masak. tapi angan-angan nak sambalkan dengan petai. so, simpan la dulu sementara nak cari petai. boleh dikatakan setiap hari yang ada pasar malam suruh hubby cari petai. tapi tak jumpa. takde sorang pun yang jual petai. bukan musim petai berbuah kot. petai ni ikut musim jugak ke ha? alamatnya masak sambal kosong saja la.

DSC01602

Tuesday, April 23, 2013

> friendster, facebook, twitter, instagram, keek

assalamualaikum dan selamat sejahtera.

dulu-dulu orang sibuk dengan Friendster dan myspace. pastu keluar pulak facebook. disusuli dengan blog. lepas tu twitter. tak lama kemudian instagram. dan yang terbaru keek.

mula-mula sebelum facebook keluar aku ada akaun Friendster. dekat Friendster la aku jumpa balik kawan-kawan lama.

bila facebook mula popular, semua kawan-kawan aku kat Friendster pindah ke facebook. Friendster jadi sunyi sepi. berkubur tanpa nissan. hehe. dekat facebook lagi la aku jumpa ramai kawan. kawan sekolah tadika pun boleh terjumpa. ada setengah orang boleh jumpa kekasih lama tau. opppss. tapi aku jarang-jarang update status. log-in hari-hari. hehe.

lepas tu sibuk pulak orang buka akaun twitter. aku pun ada register jugak. tapi tak berapa pandai nak guna. malas sebenarnya nak belek-belek. jadinya takde sorang pun follow aku, aku pun takde follow orang. kesian tak? kesian kan. hehe.

instagram pun sama. hari tu macam nak try register. tapi bile line internet lembab macam siput terus tak jadi. so, sampai sekarang aku takde akaun instagram dan tak tahu apa yang happening kat instagram tu. sebabnya ramai jugak kawan facebook aku dah senyap. aku syak mesti dorang berada di twitter mahupun instagram. kesian tak aku? kesian kan. hehe.

dan yang terbaru keek pulak. yang aku tau, keek ni untuk kita share kan video. tapi video yang pendek-pendek saja la. kalau nak panjang baik kau buat drama atau filem. hehe. aku pernah tengok video tomok sakat anak dia yang diuploadkan di keek. comel giler anak dia. tapi aku takde akaun keek pun. kesian kan. hehe.

korang mesti ada semua yang aku sebut diatas tu kan. aku tetap pengguna tegar facebook dan blogger, walau apa pun rintangan yang datang. hehe.

Monday, April 22, 2013

> wifi kampung tanpa wayar (KTW)

assalamualaikum dan selamat sejahtera.

jangan tak tahu, aku pakai internet free. saja nak bagi korang jeles. hehe. rasanya dah banyak wifi KTW ni seluruh malaysia terutama sekali kat kawasan kampung la. dah namanya pun kampung tanpa wayar kan. harus la berada di kampung. hehe. tapi nak guna wifi kampung tanpa wayar ni kena register dekat Pusat jalur lebar komuniti berhampiran. lepas register nanti dorang kasi user name dengan password.

Untitled

okayla coverage dia. lagipun dia pacak tiang wifi ni dekat-dekat jugak dengan rumah aku. setakat nak berfacebook, berblogging, nak ber-emel memang lepas. tapi nak download games dari play store ke tab je tak lepas. huhu.

setiap kali kita nak guna internet melalui wifi ktw ni, mesti page macam kat atas tu keluar dan kena log-in user name dengan password. tak kira la korang nak guna wifi ni via desktop ke, laptop ke, tab ke, malah telefon bimbit sekalipun. so far, wifi ni jarang bermasalah. untung kan. hehe.

Sunday, April 21, 2013

> nasi dagang ubai pekan pahang

assalamualaikum dan selamat sejahtera.

selamat berhujung minggu semua. hari ni kami breakfast di luar. hubby ajak makan nasi dagang. nasi dagang memang peberet dia. aku nak kena belajar jugak masak nasi dagang ni. hehehe.

kat pekan ni, nasi dagang yang popular dah tentu nasi dagang ubai. gerai ni betul-betul kat simpang nak masuk ke kampung ubai. tepi jalan besar kuantan-pekan. gerai ni memang sentiasa ramai pelanggan.

nasi dagang kat sini memang sedap. boleh makan dengan ayam atau ikan. ikut citarasa masing-masing. tapi makanan kat sini bukan setakat nasi dagang je. ada macam-macam lagi. nasi lemak ada, nasi minyak, mee goreng, bihun goreng, kue teow goreng dan bermacam jenis kuih yang terdapat di sini.

Photo0478

ni nasi dagang hubby punya. sedap. habis licin lah hubby makan. sikit pun tak tinggal. hehe. aku kurang gemar nasi dagang. aku order nasi minyak macam kat bawah ni. adam dan alif pulak makan mee goreng. tapi maaf ye, gambar kurang sharp sikit. guna kamera telefon cap ayam saja. hehe.

Photo0477 

selamat menjamu selera.

Saturday, April 20, 2013

> tempahan kek

assalamualaikum dan selamat sejahtera.

DSC01608

kek karamel pelangi ni di tempah oleh ija lagi. semalam lepas maghrib dia datang ambil. katanya nak bawa balik kg. tapi tup-tup tak jadi pulak. makan dengan kawan-kawan la nampaknya. tq ija sebab order.

DSC01609

kek coklat ni pulak di tempah oleh faiz. lepas kerja semalam dia singgah rumah untuk ambil kek sebelum balik ke rumah family dia di kuantan. terima kasih daun keladi faiz.

untuk ija dan faiz, lebih kurang mintak halal ye.

Friday, April 19, 2013

> ikan bawal masak sos. masakan orang malas

assalamualaikum dan selamat sejahtera.

hehe. tajuk tak over kan. saja nak letak gambar ikan bawal masak sos ni. ini masakan entah bila punya. masak paling simple. sesuai masa sikap malas datang. pun boleh dijadikan panduan untuk adik-adik yang baru kahwin dan tak berapa nak reti masak. hahaha. macam aku dulu-dulu. tapi sekarang pun bukannya terer sangat masak tapi dah ade improvement sikit la. amaran untuk pakar-pakar masak jangan gelak tengok masakan aku ni ye. hehe.

masak ni memang semata-mata guna sos cili je. aku guna sos cili maggi. memang takde pakai cili boh pun. tapi kalau nak tambah boleh je, pedas la sikit kan. kalau nak lagi sedap boleh tambah nanas atau tomato. bab masak lauk pauk ni tak sama macam masak kek. masak kek sukatan kena tepat. tapi lauk pauk ni ikut atas citarasa kita. bahan pun main agak-agak je.

DSC01341

resepi ikan bawal masak sos.

Bahan-bahan:

  • ikan bawal
  • sos cili
  • bawang putih - hiris
  • bawang merah - hiris
  • bawang besar - hiris
  • halia - hiris
  • garam
  • gula
  • asam keping

cara-cara:

  1. Goreng ikan, angkat dan ketepikan
  2. Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali.
  3. tumis bahan yang diris hingga garing dan naik bau.
  4. Masukkan sos cili, air dan asam keping. biarkan mendidih.
  5. perasakan dengan garam dan gula.
  6. Masukkan ikan bawal yang telah digoreng.
  7. Ratakan kuah pada ikan. Biarkan sementara.
  8. Siap masak, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Thursday, April 18, 2013

> kek karamel pelangi lagi

assalamualaikum dan selamat sejahtera.

rasa macam dah lama sangat tak pekena kek karamel pelangi. alif pun dah beberapa kali minta nak makan kek. jadinya semalam, gigih jugak la aku buat kek karamel pelangi ni. guna resepi yang sama macam di sini.

ada lagi saki baki kek ni kat dapur tu. sedap jugak makan petang-petang macam ni kan.

DSC015991

Resepi kek karamel pelangi.

BAHAN-BAHAN:

Bahan A (Gula Hangus)

  • 2 sudu besar gula

cara-cara:

  1. Tabur gula ke dalam loyang dan cairkan atas api yg kecil hingga gula bertukar perang (ketepikan)

 

Bahan B ( Puding Karamel)

  • 1/2 tin susu cair,
  • 1/2 cawan gula 
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 3 biji kuning telur

cara-cara:

  1. kacau semua bahan sampai sebati tapi jangan sampai berbuih.
  2. Tapis dan tuang adunan ke dalam loyang BAHAN A ( Gula Hangus )

 

Bahan C ( KEK )

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula
  • 3 biji kuning telur
  • 1 cawan air
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1/2 cawan minyak masak

cara-cara:

  1. Pukul kuning telur bersama gula hingga nampak berkrim.
  2. Masukkan air dan minyak, pukul lagi hingga sebati
  3. Masukkan tepung dan baking powder sedikit demi sedikit dan kacau adunan hingga sebati.

 

Bahan D (Meringue)

  • 6 biji putih telur
  • 1/2 cawan gula
  • 1 sudu teh cream of tartar

cara-cara:

  1. Satukan semua bahan, pukul hingga betul2 kembang (bila terbalikkan mangkuk adunan tak tumpah).

 

CARA-CARA

  1. Satukan BAHAN C ke dalam BAHAN D. kacau biar sebati. kacau hanya guna senduk. jangan guna mixer
  2. Bahagikan adunan ke beberapa bahagian dan warnakan mengikut warna kegemaran masing-masing.
  3. Sendukkan ke dalam loyang yang berisi karamel. Marblekan warna berselang seli hingga adunan habis.
  4. Bakar secara double boil (Letak air panas ke dalam loyang) pastu letakkan loyang kek ke dalam bekas air panas tu.
  5. bakar selama 1 jam, suhu 150 darjah celcius (api bawah sahaja) .
  6. Bila masak, biarkan kek di dalam oven dengan membuka sedikit pintu oven. Kek akan lekang dari loyang.
  7. Terbalikkan kek, biarkan sejuk.Dan simpan dalam peti sejuk

 

DSC015711

DSC015841

> nak sekolah juga

hari ni pagi-pagi lagi alif dah bangun. belum sempat abang adam nak ke sekolah. mula-mula dia tanya bila bangun tidur, mana abang? aku cakap abang kat luar bilik tengok tv. cepat-cepat dia keluar. tengok je abang pakai baju sekolah, terus dia minta jugak baju sekolah dia. mana baju sekolah alif? tanya dia. dah tentu-tentu tak ada kan. mana la dia sekolah lagi. kuat berangan betul tau anak aku sorang ni. hehe.

kalau cakap takde confirm la alif mengamuk kan. so, aku carikan baju sekolah adam tahun lepas. sama je dengan baju tahun ni, cuma warna berbeza. tahun lepas merah dan kuning. tahun ni kuning dan biru. pakai la alif dengan baju lama tu. tapi dia bising-bising jugak kenapa tak sama macam abang. banyak songeh betul la. kalau kena mood kurang baik sikit, dia mintak stoking sekali tau. hehe.

DSC01593

tengok la, dengan tak mandi lagi, seluar pun pakai seluar tidur. hahaha.

dah siap-siap ni nak ke sekolah la pulak. pergi la dia mengikut abah hantar adam ke sekolah. siap salam cium tangan mama lagi tau. hehe.

alif ni kalau adam pergi sekolah dia macam takde mood nak main kat rumah sorang-sorang. mula la serba tak kena dibuatnya. dah serba tak kena tu mula la nak menangis. mama nak buat kerja rumah pun tak senang sibuk layan karenah dia. tapi sempat mama berblogging jugak. hahaha.

Wednesday, April 17, 2013

> hujan rintik-rintik


mari sama-sama menyanyi dengan alif. hehe.

hujan rintik-rintik
air bergelora
mama bagi duit
alif pergi sekolah
3+3 alif jawab 6
cikgu right
alif pulang.

> sepupu baru adam dan alif

assalamualaikum dan selamat sejahtera.

DSC01549

ini sepupu adam dan alif yang terbaru. baru berusia tak sampai 1 bulan. kalau tak salah lahir pada 18 mac yang lalu. ini cucu kedua perempuan sebelah hubby. cucu perempuan yang ditunggu-tunggu. sebelum ni berderet boy je.

anak perempuan pertama dalam family dia. yang sulung dan kedua, dua-dua lelaki. bila baby raihan keluar, perempuan pulak tu, mestinya my biras dan abg ipar gembira.

baby ni namanya Nur Raihan Raqwan. comel sangat. selamat datang baby raihan. semoga jadi anak yang solehah.

Tuesday, April 16, 2013

> tempahan kek coklat

assalamualaikum dan selamat sejahtera.

minggu lepas terasa nak makan kek coklat. jadinya, aku pun buat la satu adunan kek coklat guna resepi favourite aku tu. satu adunan kan dapat banyak, so aku bekalkan pada hubby untuk dibawa ke tempat kerja dan kasi member-member dia rasa. member hubby yg satu group dengan dia takde la ramai. ada 5 orang termasuk hubby. ada sorang je perempuan. aku pun dah rapat dengan dorang-dorang ni.

bila dah rasa tu, agaknya sedap la kot, tu yang ada nak meng-order. hehe. aku okay je. tapi risau jugak. tetiba buat tak sedap seperti yang diharapkan. ye la, aku ni bukan pernah buat bisnes makanan ni pun. masak pun masih hijau oarang kata. hehe.

DSC01545

DSC01541

kek coklat ni di order oleh cik ija jumaat lepas. tq ija. harap-harap ija puas hati la ye. nanti-nati kalau rasa nak makan kek coklat lagi jangan lupa tempah kat akak ye. hehe.

Monday, April 15, 2013

> holiday di cherating – part 4

assalamualaikum dan selamat sejahtera.

sambungan dari sini.

ahad – 7/4/2013.

bangun pagi aku terus pergi pantai tengok matahari terbit. subhanallah, cantiknya. tapi tak boleh nak menikmatinya lama-lama sebab adam dan alif masih tidur. alif tu, kalau bangun tidur mesti cari aku dulu.

pagi ahad tu, breakfast kami di sediakan pihak resort. tapi makanan takde la banyak pilihan sangat. lagipun yang stay kat resort tu tak berapa ramai. ada nasi goreng, bihun goreng, roti bakar, coco crunch, teh-o, dan air orange.

lepas saja makan breakfast kami semua ke pantai sebab nak diadakan aktiviti membina istana pasir. kami di bahagikan kepada 3 kumpulan. kumpulan pun pilih sendiri-sendiri je. suka-suka je main permainan ni. macam-macam gelagat nak siapkan istana pasir ni.

DSC01452 

dah habis semua badan berpasir kami semua mandi pulak di pool sebelum nak tunggu masa check-out dari resort. sebelum balik, kami semua diberi hamper sorang satu. menang kalah semua dapat. lastly macam biasa kami semua bergambar beramai-ramai untuk dijadikan kenang-kenangan.

DSC01464

DSC01473

tamat sudah cerita di cherating. hehe.

> holiday di cherating – part 3

assalamualaikum dan selamat sejahtera.

sambungan dari sini.

sabtu – 6/4/2013.

DSC01425 

malam tu kami adakan dinner bbq. semua bahan, peralatan bawak dari rumah. cuma tempat nak bakar tu je pinjam dari pihak resort. ayam pun dah siap perap dari rumah jugak. kami bbq kan ayam, udang galah, sotong, kerang dan sosej. ada lagi makanan tambahan seperti coselow, puding, buah-buahan dan minuman.

sedap betul makan bbq ni. tambah pulak makan dengan coselow dan black pepper sauce. hingga menjilat jari you. hehe. pandai dorang perap ayam. nanti boleh mintak resepi. tapi berjam jugak la baru boleh makan. ye la kan, nak bbq ni ambil masa jugak. mana nak hidupkan api lagi, nak biar arang tu jadi bara lagi. lastly baru boleh bakar. adam dan alif dah mula bising-bising. dorang sebenarnya dah penat dan mengantuk.

DSC01424

aku tak sedar dorang semua selesai bbq ni pukul berapa. lepas je selesai aku makan, terus masuk bilik nak tidurkan adam dan alif. last-last aku pun tidur jugak. tapi tidur-tidur ayam sebenarnya. sebabnya aku ni, kalau berubah tempat tidur, first night tu mesti tidur tak berapa nak lena. 

okay. kita sambung lagi untuk aktiviti keesokkannya.

> holiday di cherating – part 2

assalamualaikum dan selamat sejahtera.

sambungan dari sini.

 

sabtu. 6/4/2013.

lepas je penat-penat main sukaneka, kami semua terjun ke laut. mandi manda merasa masinnya air laut. adam dan alif memang excited giler. seronok betul tengok mereka berdua main air dan pasir.

DSC01401

DSC01400

dah puas mandi laut, kami bilas badan dengan mandi di pool pulak. memang seronok mandi di pool. tak ramai orang melainkan group kami sahaja. dah puas mandi pool kami semua balik ke bilik masing-masing untuk rehatkan badan sementara menanti malam untuk acara bbq.

2013-41

2013-42

2013-43

tapi belum sempat malam menjelma, perut masing-masing kembali minta di isi. biasala kan, kalau lepas mandi mesti perut lapar balik. nasib baik ade sandwich sardin sebagai penyelamat. sandwich ni pun kawan-kawan hubby yg bawa. bagus dorang semua ni.

DSC01406

kita sambung lagi ye.

Friday, April 12, 2013

> holiday di cherating – part 1

assalamualaikum dan selamat sejahtera.

sabtu. 6/4/2013.

alhamdulillah perjalanan ke cherating berjalan lancar. kami sampai dalam pukul 2 petang. sampai-sampai terus check-in dan solat zuhur. lepas selesai solat kami makan tengahari ramai-ramai kat tepi pantai. dengan angin yang kencang memang membuatkan aktiviti makan begitu menyelerakan. tambah pulak perut dah sememangnya lapar giler. al maklumlah, makan lunch pukul 2 okay.

sebenarnya semua yang yang join gathering ni diagihkan-agihkan tugas untuk membawa barang-barang yang diperlukan untuk holiday ni. tapi memandangkan hubby dah lain department, nak sampaikan maklumat dan berbincang tu payah sikit. so, kami takde bawa apa-apa pun. just bawa keperluan kami sahaja.

macam makan lunch ni pun dorang bawak. tempah nasi beriani, ayam goreng, acar, papadom dan kuah dalca kat pakcik salah sorang kawan kami ni. siap angkut periuk nasi yang besar tu sekali. senang kerja kan. hehehe.

DSC01357

DSC01361

lepas makan kami semua tukar baju untuk acara sukaneka. perut kenyang main sukaneka?. kau mampu? hehe. sukaneka yang santai saja. tapi seronok jugak. macam-macam gelagat untuk pastikan kemenangan. kami adakan acara baling belon berisi air, bola beracun, lari ikat kaki dan tiup belon sampai pecah.

untuk kanak-kanak kami adakan acara rebut gula-gula. tapi yang excited nak rebut bukan budak-budak tapi mak dan bapak budak. hehe. kelakar betul. gula-gula terlampau banyak sampai tak terebut dibuatnya.

DSC01380

DSC01382

sambung next entri ye..

Thursday, April 11, 2013

> ada orang order kek karamel pelangi

assalamualaikum dan selamat sejahtera.

cerita holiday di cherating aku sambung kemudian sebab nak tunggu gambar-gambar dari member hubby. gambar dari kamera aku ada je tapi tak banyak sangat.

Photo0423

sementara tu saja aku nak ceritakan tentang order pertama yang aku dapat bila aku dah berjaya membuat kek karamel pelangi. tapi cerita ni dah lama sebenarnya. cerita tahun lepas. hehe.

kek karamel pelangi ni memang popular kan. sesiapa yang belum pernah rasa kek ni baik korang cari cepat. kek karamel ni memang sedap. hubby aku paling suka. alif pun suka jugak, tok wan alif merangkap abah aku pun suka jugak. pendek kata semua suka la. tapi adam tak berapa suka. hehe. dia suka kek tu je. karamel dia, adam tak suka. adam bab-bab manis-manis ni memang dia tak gemar.

tentang order tu, macam ni ceritanya. bila dah jadi cubaan pertama aku buat kek ni, aku pun try le buat lagi dan lagi. siap adik aku bawa kat sekolah bagi kawan-kawan dia rasa. time tu adik aku praktikal mengajar kat sekolah menengah dekat-dekat dengan rumah aku. rumah mak abah aku sebenarnya. masa tu kan aku duduk kampung 4 bulan sebab hubby aku pergi training kat german kan. bila dah kawan-kawan cikgu dia rasa, maka ada yang dah jatuh hati dan terus nak tempah. kebetulan jugak time tu nak-dekat-dekat nak raya haji. so, memang ramai la yang meng-order. dalam 20 biji kesemuanya. mula-mula takut jugak nak ambil tempahan ni. ye la mana ade niat nak buat bisness pun, tapi dah orang nak order takkan nak tolak pulak. tak sampai hati rasanya.

malam sehari sebelum raya haji tu, aku dengan adik aku tu bersengkang mata tak tidur malam siapkan kek yang di tempah. sebab esoknya dalam waktu lunch dah nak hantar pada customer merangkap kawan-kawan adik aku tu la. 1 kek ambil masa untuk dibakar dalam 1 jam. jenuh jugak nak menunggu masak. nasib baik oven mak aku tak buat hal. ye la pasang non-stop dari malam sampai ke pagi.

aku jual pun takde la mahal sangat. harga biasa-biasa saja. harga ekonomi orang kata. hehe. keuntungan aku bahagi sama rata dengan adik aku. dapat la jugak rezeki untuk raya haji time tu.

Photo0424

Tuesday, April 9, 2013

> Cherating pahang

assalamualaikum dan selamat sejahtera.

DSC01367

DSC01368

DSC01365

DSC01398

sabtu dan ahad lepas kami pergi holiday di cherating. kami pergi ramai-ramai dengan kawan satu department tempat kerja hubby. ex-department sebenarnya. sekarang hubby dah tukar department lain. tapi persahabatan tu still on.

kami pergi dalam 9-10 biji kereta. ada 4 family termasuk family aku. yang lain masih bujang. ada dalam 18 dewasa dan 6 kanak-kanak. perjalanan dari pekan ke cherating cuma mengambil masa lebih kurang 1 jam.

kalau ikutkan ini kali ke dua aku ke cherating. pertama kali pergi pada hujung 2007. elok-elok aku naik kerja lepas bersalinkan adam, company lama buat family day di cherating. time tu adam kena tinggal dengan nenek di kampung. lagipun kan kecik sangat lagi, takkan nak bawa pergi jalan jauh-jauh. kesian adam.

okay. berbalik pada cerita asal. di cherating kami semua bermalam di Lis Na Ree Resort. okayla resort ni walaupun keadaan resort hampir uzur. maybe dah lama beroperasi. tapi setakat nak tumpang tido untuk 1 malam boleh diterima. tapi yang bestnya resort ni betul-betul tepi pantai dan mempunyai pool kanak-kanak dan dewasa.

okay. nanti kita sambung cerita aktiviti-aktiviti family day kitaorang ni di lain entri. bye.

DSC01431

DSC01432

Monday, April 1, 2013

> kek ombak beralun kukus

assalamualaikum dan selamat sejahtera.

DSC01319

maaf ye, aku buat kek lagi. hehe. kali ni kek ombak beralun. panggil kek ombak rindu pun boleh jugak. tapi bila perati betul-betul, kek aku ni dah macam peta dunia pulak. haha. warna pun tak seimbang. warna pink banyak sangat. warna oren pulak sikit sangat. tapi kek ni gebu dan lembut giler. rasa pun sedap. nak buat pun tak susah mana. harus jadi resepi kek favourite ni.

aku buat kek ni sebab nak balas pinggan mangkuk jiran sebelah rumah. hari sabtu hari tu ada kenduri bertunang anak dia. pagi sabtu tu dia bagi nasi dagang untuk sarapan. bila nak pulang balik pinggan mangkuk tu takkan nak bagi kosong macam tu kan. tu yang buat kek ombak beralun ni. nasib baik jadi. cubaan pertama ni. hehe.

macam biasa resepi search kat internet. kalau korang nak cuba korang taip je kat google kek ombak beralun. banyak link yang akan keluar. korang pilih je yang mana satu korang nak ikut. macam aku aku ambil dari kak fida my resepi. thanks owner.

DSC01311

DSC01315

Resepi kek ombak beralun

Bahan-bahan:

  • 5 biji telur - A yg sejuk dr peti ais
  • 1 cawan gula halus
  • 2 cawan tepung gandum - ayak
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu besar ovallete
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 cawan susu cair + 1/8 cawan susu cair
  • 10 sudu besar mentega cair
  • pewarna oren,hijau dan merah atau warna pilihan ikut suka
  • Secukup serbuk milo

Cara-cara:

  1. Panaskan kukusan.Loyang dialas kertas dan digris sekeliling.
  2. Campurkan kesemua bahan pukul hingga kembang kecuali mentega dan pewarna.
  3. Masukkan mentega cair dan kaup-balikkan adunan hingga rata.
  4. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan warnakan.
  5. Ratakan adunan berwarna pertama di dalam loyang.
  6. Ayak serbuk milo di atas lapisan pertama hingga menutupi lapisan adunan pertama tadi.
  7. Tindihkan adunan berwarna kedua di atas lapisan milo dengan kemas. Bagi memudahkan gunakan sudu makan dan tompok-tompokkan adunan hingga rata menutupi lapisan serbuk milo.
  8. Tabur lagi serbuk milo. Ulang melapis dan menabur serbuk milo untuk lapisan terakhir adunan berwarna tanpa ditabur serbuk milo.
  9. Tutup loyang kemas dengan aluminium foil. Kukus selama 45 minit. untuk dapatkan ombak yang cantik gunakan api besar.
  10. Apabila masak, buka segera aluminium foil. Biarkan kek 5 minit di dalam loyang.
  11. Tangkupkan loyang dan sejukkan kek di atas redai.
  12. Biar kek benar-benar sejuk dan boleh dipotong dan hidangkan.

DSC01332

Iklan LR