Mukadimah

بسم الله الرحمن الرحيم & السلام عليكم
bismillahirrahmanirrahim & assalamualaikum...
Blog ini adalah blog persendirian. Mana-mana artikel dan gambar tidak boleh disalin dalam ape jua bentuk rupa sekalipun. Terima kasih diatas kerjasama anda.



Friday, April 30, 2010

> tudung melekat dimuka

salam jumaat semua. kasi peluang kat aku nak perasan lawa hari ni ye. hari ni saja. esok lusa janji tak perasan dah. hahaha…



Picture 004


sebenarnya lately aku suka pakai tudung yang melekat kat muka ni. walaupun muka jadi bulat macam bola. ade aku kisah. huahuahua… sekarang kan fesyen org pakai mcm ni. siap ade 2 tone dengan 3 tone anak tudung lagi. aku pun tak terkecuali untuk membelinya. tapi aku masih tak berani lagi untuk memakai 2 tone. cukup sekadar 1 tone dulu. pelan-pelan ok.



Picture 4581


beli pun secara online. wah! sangat best ok beli secara online. tengok saja yang berkenan dihati. boleh pergi ke semua kedai (blog/fb) peniaga ni tanpa rasa sakit atau lenguh kaki. bayar pon secara online. maju junction betul la. rasa moden sgt. hahaha…



ok. sekian terima kasih sebab bagi peluang. Winking

Thursday, April 29, 2010

> masak paling senang dalam dunia

semua dah sedia maklum yang my hubby tak jadi pergi ke German kan. memang takde rezeki dia. sebelum tu semua barang dah siap sedia. termasuklah makanan. hubby cadang nak bawak makanan segera. megi, biskut-biskut dan makan siap masak macam kat gambar bawah ni.



IMG_5434


zaman sekarang senang sungguh kan. tak payah nak tumis2, senang cerita tak payah buat apa-apa. tinggal cuma nak panaskan aje. lepas tu dah boleh makan. tapi rasa tak sedap mana pun.


kalau dah terdesak merantau kat negara orang boleh diterima lagi. tapi kalau setakat tak kemana duduk kat malaysia ni aje yang senang nak dapat bahan untuk dimasak serta halal tak perlu kot beli makan segera semua ni. lagipun tak elok makan makanan macam ni. dah tentu dia letak bahan kimia untuk tahankan dari basi makanan tu kan.


Wednesday, April 28, 2010

> restoran saba’

Picture 047


sabtu lepas kami isi dengan aktiviti makan malam secara berjemaah. kebetulan mak dengan abah aku dtg sini. kitaorang makan di restoran arab bertempat di cyberjaya. restoran Saba’ nama dia. first time aku pergi.



Picture 033


disebabkan pertama kali. aku tak tau nak order ape. tak tau apa yang sedap. takpe, kita serahkan pada yang pakar. yang dah beberapa kali datang makan disini.


Picture 037


uh banyaknya pinggan. sebab orang yang nak makan pun ramai. 17 orang kesemuanya. kami makan lamb kabsah, chicken kabsah dan air berjag2.



Picture 040


ok. selamat menjamu selera. jangan malu jangan segan. dan jangan risau orang yang tengah berdiri kt hujung tu belanja. hehe



Picture 045

Remove Formatting from selection


erk! alhamdulillah, kenyang. sedap jugak nasi arab ni. kalau tak sedap masakan licin itu pinggan kan. cuma kalau sambal yang disertakan betul-betul pedas lagi ummphh kot. biasalah, org melayu mesti teringat sambal belacan jugak. =)


ape pun terima kasih diucapkan pada my brother in law abg syauqi sebab belanja kitaorg makan. moga dimurahkan rezeki. lain kali boleh belanja lagi. hehe…



Monday, April 26, 2010

> ultraman cosmos lawan raksasa

lately adam suke sangat dengan ultraman cosmos. masa dia dok asyik dok sebut ultraman cosmos aku terfikir betul ke ada nama ultraman cosmos. setahu aku ultraman tiga dan gaia ada la. aku agak mesti adam saja reka bagi nama baru kat ultraman.

aku cuba search kat internet. eh! betul-betul ada la. dan lebih terkejutnya aku nama ultraman ni banyak sungguh. kebetulan pulak aku ternampak kat astro ceria ade iklan ultraman cosmos. oh! baru aku tau. hehe…

memang sekarang adam boleh dikatakan addict dengan ultraman. selalu cakap dia nak jadi ultraman cosmos. aduh pening mama. bukan tu aje. siap dia cakap nak lawan raksasa. tau siapa yang dimaksudkan raksasa tu? hubby aku la. hahaha… nanti diorang berdua tu main la lawan-lawan macam gambar kat bawah ni. kelakar betul la…

3209884096_b38bef9628_o

p/s: asyik suruh bukak youtube ultraman aje. tak dapat nangis…lagi satu nak sangat baju ultraman... tak sempat lagi nak belikan... hermmmm.....

Friday, April 23, 2010

> adam buat kek?

korang pun tak percaya kan. aku apatah lagi… adam bulan 9 ni baru nak masuk 3 tahun. masakan pandai buat kek. aku yang dah besar gajah ni pun tak bape reti nak buat kek. kalau pakai tepung segera tu pandai la. hehe

 

 adam buat kek

 

hahaha… takde maknanya. alah ni adam saja eksyen je ni. biasalah, adam memang suka sibuk kalau org lain buat kerja. gambar ni, ena (anak pengasuh adam) yang send kat aku. masa ni ena nak buat kek kot. apalagi adam pun nak join jugak la. tapi gaya adam pegang pengacau tu ada stail la. chef tgn kiri tu… hehe

Thursday, April 22, 2010

> baiknya hati dia

IMG_5416

semalam aku dapat satu parcel. parcel yang ditunggu-tunggu. sebab ada seorang sahabat baik dah janji nak belikan aku something kat negeri tempat dia mencari rezeki. pada mulanya aku hanya bergurau suruh dia belikan. eh! mana tahu dia sungguh-sungguh pulak. pucuk di cita ulam mendatang. kecil tapak tangan, nyiru aku tadahkan. rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. hehehe…

IMG_5421



ini la dia apa yang dia belikan untuk aku. set muatiara. boleh agak sahabat aku tu cari rezeki di mana? betul! tepat sekali. sabah memang sinonim dengan mutiara. dengar cerita mutiara kat sana murah-murah. tu yang aku mencuba nasib suruh dia belikan. tak pasti ini mutiara asli atau tiruan. dah orang nak bagi, jangan banyak komplen sudah.

set yang sahabat aku bagi ni termasuk rantai, gelang tangan dan brooch. aku memang suke. sebelum ni pun aku takde lagi set mutiara. boleh melaram bile-bile nak pergi kenduri kawen. hehehe

untuk sahabat aku tu, terima kasih banyak-banyak. kita kawan sampai bila-bila kan. bila ada masa free meh datang jumpa aku, aku belanja makan-makan. okeh tak?


p/s: identiti sahabat aku tu terpaksa dirahsiakan atas permintaan empunya diri dan demi menjaga keselamatan. hehe…

Wednesday, April 21, 2010

> klik dapat duit

aku bukan nak cerita pasal nuffnang ye, sebab dah banyak sangat blogger buat entri pasal nuffang. tapi hari ni aku nak kongsi info pasal satu program PTC (Pay to click) yang dah aku join. dan dah dapat pun 1st earning. aku jumpa program ni pun secara tak sengaja. dan diatas rasa ingin mencuba, aku register. register tak kena bayar ape-ape pun. free of charge orang putih kata.

tapi program ni bukanlah boleh buat orang jadi jutawan segera pun. hanya untuk mengisi masa lapang jer. lagi pun earning yang dapat bukanlah bernilai besar. setiap hari ada 4 advertisement yng perlu di klik. setiap klik akan bayar 0.01 USD. minimum untuk cashout USD 2. so, kira la berapa hari diperlukan untuk mendapat 1st cashout. lama jugakkan. hehe… kalau nak cepat cari ramai-ramai referral, sebab bila referral klik, korang pon dapat earning.

bila korang required cashout, serta merta duit tu ditransfer. tak perlu tunggu 2-3 hari , 30 hari atau sebagainya. tapi lagi satu, program ni dia akan bayar ke akaun paypal atau alertpay. nak register paypal senang jer. klik sini. jgn risau register paypal free jugak. dari paypal korang boleh transfer kat akaun personal korang pulak. ok. dah faham kan. kat bawah ni bukti pihak neobux telah bayar kat aku. seperti yang aku cakap, tak banyak pun. 2 USD jer. boleh la campur-campur dengan duit nuffnang. =)
2


pada sesiapa yang nak cuba, klik kat banner bawah ni. then register.

Tuesday, April 20, 2010

> macam dah tak cukup kertas

IMG_5403

tengok anak aku. macam dah habis kertas dalam rumah ni agaknya. banyak-banyak tempat kat kaki dia jugak yang dia nak conteng. dengan pen pulak tu. itu kira nasib baik. lagi haru kalau dia conteng dinding rumah kan.


aku tanya adam, dia lukis apa ni? dia cakap spiderman. hahaha! konon-konon spiderman tu tengah merayap kat kaki dia la tu. alahai adam… kreatif jugak adam ni. ada seni la. berjiwa art rupenya. ahaks!…



p/s: panjang pulak kuku adam ni. tapi dah potong dah. seminggu sekali mesti potong kuku tangan. 2 minggu sekali potong kuku kaki.

Monday, April 19, 2010

> batal

hubby punya penerbangan ke frankfurt, Germany terpaksa dibatalkan. lagi pun semua penerbangan ke eropah still lagi tidak dibenarkan. asap dan debu dari letusan gunung berapi di iceland masih lagi belum hilang. menurut apa yang aku baca asap dan debu tu boleh mengakibatkan enjin pesawat rosak.

Hannover fair yang sepatutnya hubby sertai akan bermula pada hari ini. dengar cerita, ramai participant yang terpaksa batalkan penyertaan atas sebab tersebut.

takde rezeki hubby nak ke German. hehehe… mungkin ada hikmah disebalik semua ni kan. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hambanya. dalam keadaan macam ni, aku pun tak galakkan hubby pergi. bahaya!

zx500y290_887544

Sunday, April 18, 2010

> Achik Spin meninggal dunia

SEREMBAN: Bekas vokalis kumpulan Spin, Achik atau Murad Md Shari, 28, maut apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandunya terbabas lalu merempuh tiang papan tanda sebelum terbakar di Kilometer 13, Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas) di Mantin, dekat sini petang semalam.

Kemalangan kira-kira jam 6 petang itu menyebabkan penyanyi yang pernah membintangi beberapa filem dan drama mati di tempat kejadian dan kereta Toyota Estimanya hangus. Mayatnya dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat. Kejadian berlaku ketika Achik bersama sepupunya, Salihin Md Salleh, 29, yang duduk di tempat penumpang depan dalam perjalanan pulang ke Seremban 2 selepas selesai menjalani rakaman program Radio Televisyen Malaysia (RTM) di Angkasapuri, Kuala Lumpur.

Ketika ditemui di tempat kejadian, Salihin yang masih dalam keadaan terkejut memberitahu dia tertidur sepanjang perjalanan dan tidak tahu bagaimana kemalangan berlaku.

“Apabila sedar, saya berada di tepi lebuh raya dan dalam kesakitan,” katanya yang patah tangan kiri dan kaki kanan sebelum dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan.

Katanya, mereka bertolak dari pejabat perniagaan buku dan produk kesihatan milik Achik di Muar, Johor, kira-kira jam 7 pagi semalam ke Angkasapuri dan bertolak pulang ke rumah penyanyi itu di Seremban 2, kira-kira jam 4 petang.

Seorang saksi kejadian berkata, dia tiba di tempat kemalangan ketika kenderaan itu belum terbakar, manakala Achik dan Salihin masih berada di tempat duduk masing-masing, tetapi penyanyi itu dipercayai sudah meninggal dunia.
“Saya bersama beberapa orang lain menarik kedua-dua mangsa keluar dari kenderaan ke tempat selamat. Tidak lama kemudian kenderaan itu mula terbakar dan api semakin marak," katanya.

Sepasukan anggota bomba tiba di tempat kejadian kira-kira jam 7.10 malam dan berjaya memadamkan kebakaran tidak lama kemudian.

Acik yang berasal dari Felda Sendayan, dekat sini menyerlah dalam bidang seni ketika bersama Kumpulan Spin melalui album Roda Roda Rindu.

Lagu Paling Comel dinyanyikannya bersama Nana atau Siti Nordiana Mohd Alias mendapat sambutan hangat peminat sehingga melonjakkan nama Achik dalam bidang muzik. Allahyarham juga pernah dinobatkan Pelakon Harapan Lelaki di Festival Filem Malaysia Ke-17 menerusi filem Diari Romeo pada 2004.

Achik yang mengahwini HM Rosezaitul Suriani Wati Maarof, 29, pada 2005 kehilangan anak sulung, Puteri Rania pada 29 Mac 2007 ketika berusia dua bulan disebabkan masalah usus dalam perut.

Sementara itu, Rosezaitul atau Tasha yang dihubungi Berita Minggu, tidak mampu berkata-kata kerana masih terkejut mendengar berita sedih itu, sebaliknya panggilan dijawab seorang gadis yang mendakwa sepupunya, Nurul Fazarin Roseli, 25, memaklumkan mereka dalam perjalanan ke HTJS. “Maaf... Tasha tak mahu bercakap dengan sesiapa, dia masih terkejut bila menerima berita kematian Achik. Kami dalam perjalanan ke hospital kerana baru saja dimaklumkan bahawa jenazah akan dihantar ke sana,” katanya.

Sebelum kemalangan, Achik bersama Nana baru saja menjayakan persembahan bersama RTM yang disiarkan secara langsung menerusi TV2, iaitu program hiburan Gah 1. Mereka sempat mendendangkan lagu baru, Cari Ketenangan dan Achik sendiri menyanyikan lagu solo barunya, Engkau Yang Ku Cinta.

Usaha mendapatkan komen Nana mengenai kejadian itu tidak berhasil apabila dia tidak membalas kiriman SMS mahupun menjawab panggilan telefon.

AL-FATIHAH

Al-fatihah untuk arwah, semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
sumber: Berita Harian Online.

Saturday, April 17, 2010

> famous thai

DSC00333

lunch kitaorg tengahari tadi kat sini.



DSC00336_picnik

kebetulan hubby tak dapat lagi keputusan jadual semula penerbangan, kami keluar jalan-jalan hari ni. nak beli barang sikit dan terus lunch kat restoran ni.



DSC00326

menu 1: Famous thai beancurd




DSC00327

menu 2: tom yam seafood. sedap!



DSC00332

menu 3: mango chicken




DSC00325

minuman: fresh orange and watermelon




DSC00330

kalau siapa-siapa nak try makan kat restoran ni, cuba tengok alamat kat atas ni. shah alam je.




DSC00335_picnik

patung thai menyambut kedatangan dan kepulangan pelanggan




DSC00337

thailand sinonim dengan gajah.

Friday, April 16, 2010

> cancel and delay

sepatutnya hubby dah berlepas naik penerbangan ke Frankfurt, germany pukul 8 malam tadi. tapi terpaksa dibatalkan sebab berkaitan dengan gunung berapi iceland. dah sampai kat KLIA baru diberitahu.

masa hubby nak naik kereta ke KLIA adam dah siap nangis-nangis nak ikut hubby. sedih jugak aku dibuatnya. aku dengan adam tak hantar ke KLIA pun. lambai tangan dari opis je tadi.

tapi dalam setengah jam lepas tu dapat call dari hubby kata penerbangan dia terpaksa dibatalkan. dan akan ditunda paling awal esok malam. dengar cerita semua penerbangan ke eropah dibatalkan. actually hubby transit ke doha dulu baru ke Frankfurt . tapi still kena cancel jugak. sbb airport doha dah full dengan penerbangan yang dibatalkan.

ni aku tengah tunggu hubby balik ke rumah semula la ni. dia dari KLIA naik teksi je. kata nak singgah makan pulak…

nak tahu lebih lanjut cerita gunung berapi iceland boleh klik sini.

> alahai

♪♪Percaya ♪pada ♪diri ♪dengan ♪harapan ♪dan♪ keyakinan…♪♪

IMG_5398


konon-konon adam tersingkir dari AF la tu. hehehe…



tapi aku bukan nak ceita pasal siapa yang akan terkeluar esok malam AF8 tu. tak kuasa den! serius tak berminat sgt tgk AF.

ni bagasi my hubby la. dah siap packing. penuh satu beg. macam-macam dia bawak. pakaian dah tentu-tentu la. dengan makanan segera lagi. standby takut susah nak cari makanan kat sane.

alahai, petang ni hubby dah nak berangkat ke KLIA. flight pukul 8 malam. uuwwaaaaaa… jangan lupa sampai khabar berita bila dan sampai sana ye…

pasti kami rindu…

Thursday, April 15, 2010

> mari belajar bahasa German

BASIC German
 
Guten Tag = Good Day
Guten Morgen = Good Morning
Danke = Thank You
Nein = No
Ja = Yes
Frauen / Damen = Females
Herren = Males
Eingang = Entrance
Ausgang = Exit
Einbahnstrasse = One Way Street
Haltestelle = Train Stop / Bus Stop



eh! aku pulak yang beria belajar bahasa German. siapa yang nak ke sana sebenarnya. hehe…


masa aku belajar kat GMI (German-Malaysian Institute) aku ade ambil kelas bahasa German ni. tapi separuh jalan sahaja. pas tu dah tak attend kelas. sebab kelas bahasa German ni optional. tak nak ambil pun tak jadi masalah. tak ganggu result pointer.


masa mula-mula belajar sebut bahasa German, tergelak-gelak kitaorang. terbelit-belit lidah jugak dibuatnya. susah pun ye jugak. macam english siap ade grammer semua tu. jenuh nak menghafal.



tapi bila ingatkan balik, rugi rasanya tak belajar bahasa German tu betul-betul. ye la, kalau kat luar nak amik course tu mahal kan. ini dah bagi free pun tak gunakan peluang tu sebaik mungkin. fikir nak senang je. hehehe…


alahai… ruginye…

Wednesday, April 14, 2010

> Hannover Fair 2010

Picture1 Picture2 Picture3 Picture5

Trade Fair : Hannover Fair 2010
Date of Event : 19 – 23 April 2010
Venue : Hannover Fairgrounds
Organiser : Deutsche Messe, Hannover
Opening Hours : 09.00 am – 06.00 pm



hubby akan pergi kat atas ni la. GERMAN. jauh jugak tu. selama seminggu hubby disana, jumaat ni bertolak. pergi atas urusan kerja. ada exhibition kat sane. kalau kat malaysia macam metaltech or matrade fair tu la kot. ada dalam 11 company jugak dari Malaysia yang turut serta.


oh! pasti aku dan adam akan rasa sunyi dan rindu. untuk rekod, ini kali kedua hubby pergi oversea. dulu-dulu pernah jugak pergi korea. tapi masa tu adam takde lagi. dalam perut aku. hehehe…


sepanjang ketiadaan hubby, adik lelaki aku akan teman kitaorg. hantar dan jemput aku balik kerja. juga hantar dan jemput adam dari rumah pengasuh. sungguh susah kalau tak reti memandu kereta ni kan. semua nak kena harap kan orang. nasib baik adik aku tu mengajar kat area rumah aku ni jugak.



aku doakan semoga perjalanan hubby berjalan lancar. selamat pergi dan kembali. jangan lupa buah tangan untuk kitaorang ye abah… =)


Tuesday, April 13, 2010

> jadi mewah tulis blog - redmummy

SIAPA sangka bermula dengan hanya memiliki blog peribadi serta menulis sekadar mengisi masa terluang, Mira Abu Bakar, 35, kini berpendapatan melebihi RM10,000 sebulan hasil daripada menulis blog.

pix_middle


Malah dengan pendapatan itu, dia mampu membeli barang berjenama mewah serta bercuti ke luar negara seperti Paris dan London. Mira juga tidak malu mengakui yang segala keperluannya daripada hujung rambut hingga kaki ditaja syarikat pengiklan. Malah kini pengunjung blognya sudah mencecah lebih empat juta orang dan di kalangan penulis blog, nama Redmummy.com menjadi blog peribadi paling popular dan menerima komen terbanyak daripada pembaca.


Namun menurut ibu kepada dua anak iaitu Shameel, 9, dan Melysha, 6, untuk berada pada tahap sekarang tidak semudah disangka. Ini kerana sebagai penulis blog dia terpaksa mengorbankan banyak tenaga dan masa untuk dikenali seperti sekarang.
Bercerita pembabitan awal dalam penulisan blog, menurut Mira dia menulis hanya sekadar suka-suka, seperti sebuah diari tetapi diadaptasikan secara online.


"Ketika itu saya menjadi peserta akhir untuk rancangan Fear Factor Malaysia pada 2005. Saya diminta makan testikel kambing dan badan digantung terbalik di Jambatan Putrajaya.

"Ketika itu setiap memori indah dalam Fear Factor saya coretkan dalam blog. Lama-kelamaan menjadi kemestian. Ketika itu blog peribadi masih belum popular dan saya antara pelopornya," katanya.


Menurut Mira, dia langsung tidak pernah terfikir menulis blog boleh menjana pendapatan sehinggalah suaminya Ami Shamril Kamaruddin, 35, mencadangkan agar Redmummy.com mendaftar di bawah Nuffnang.



"Saya memang tidak sukakan iklan, tetapi kerana terpengaruh dengan suami saya lakukan juga. Hasilnya selepas tiga tahun menulis dia menerima pendapatan pertama daripada Nuffnang berjumlah RM90. Diikuti RM150, RM300 sehinggalah sekarang mencecah RM10,000 sebulan.
"Memang saya sangat teruja ketika itu. Tidak sangka menulis boleh mendapat duit walaupun jumlahnya kecil," kata Mira.



Pendapatan pertama menyebabkan Mira semakin bersemangat menulis. Menariknya, blog Mira menceritakan mengenai apa sahaja. Bukan hanya menjurus kepada pengalaman peribadi tetapi termasuk panduan keibubapaan, solekan, fesyen, perhiasan seperti beg tangan, anting-anting juga ulasan filem, konsert, teater serta majlis anugerah seperti Anugerah Juara Lagu (AJL), Anugerah Skrin dan Anugerah Bintang Popular.



"Inilah antara rahsia mengapa blog saya mendapat ramai pengunjung. Tambah pula pembaca tidak terhad kepada kaum ibu saja tetapi terdiri daripada pelbagai usia dan latar belakang," katanya.
Jika dulu, Mira hanya mengharap kepada iklan Nuffnang tetapi kini kerana populariti, Mira juga dijemput untuk menghadiri pelbagai acara perasmian produk terbaru seperti susu, alat solek, pakaian, salun dan spa sehinggalah alat teknologi seperti kamera dan telefon bimbit.


"Selepas menghadiri acara ini, saya diminta membuat ulasan mengenai produk yang saya gunakan di dalam Redmummy.com. Setiap ulasan yang saya keluarkan di dalam blog adalah berbayar," terang Mira yang menerima RM100,000 untuk ulasan iklan sepanjang tiga tahun menulis blog.


Dengarnya memang menyeronokkan, tetapi ujar Mira sejak menjadi penulis iklan masa tidurnya sudah tidak menentu. Ini kerana pada masa sama, dia juga bertugas sebagai Eksekutif Setiausaha di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur City Center (KLCC). Sebagai setiausaha, sudah tentu dia terpaksa mendahulukan tugas di pejabat kemudian barulah mengemaskini blog peribadi.


"Selepas waktu pejabat biasanya saya menghadiri majlis pelancaran produk sekiranya ada, waktu malam baru saya mengemaskini blog. Ada kalanya sehingga jam 3 pagi," akuinya.
Menurut Mira, dulu dia hanya membuat satu catatan saja sebulan. Tetapi sejak tiga tahun lalu dia semakin aktif menulis dan mengeluarkan lapan penulisan sehari secara penerbitan auto. Malah ada mencecah 10 catatan sekiranya ada ulasan untuk iklan.



"Saya perlu banyak idea untuk menghasilkan penulisan pelbagai. Saya juga tidak menggunakan bahasa Melayu baku dan menggunakan bahasa sendiri untuk mendekatkan diri dengan pembaca," katanya.



Oleh kerana kemeriahan serta kepelbagaian corak penulisan menyebabkan redmummy.com menerima anugerah Top Parenting Blogger untuk blog berbahasa Melayu anjuran Nuffnang serta memenangi Blog Idol pada 2006 disebabkan keceriaan blog bertemakan merah.
Mira juga mempunyai orang kuat iaitu Geng Blog Merah seramai lima orang dan mereka inilah yang akan menyelaras program anjuran Redmummy.com. Antaranya Hari Keluarga Redmummy.com yang diadakan di Putrajaya tahun lalu.


"Antara aktiviti yang dijalankan termasuk sesi perkenalan, permainan untuk kanak-kanak, sukaneka dan sesi menikmati makanan yang dibawa oleh semua pembaca blog Redmummy. Ini juga sebagai penghargaan kepada pembaca setia yang tidak putus-putus memberi sokongan kepada Redmummy.com," kata Mira.
Tambahnya, aktiviti ini mampu mengeratkan hubungan pembaca blog Redmummy.com dan secara tidak langsung menunjukkan penulis blog juga mempunyai pengaruh tersendiri terhadap khalayaknya.


Kebanyakan pengunjung setia blognya juga mempunyai blog peribadi. Ada yang bertanya bagaimana menjana pendapatan dengan menulis blog. Mereka harus mempunyai semangat yang kuat serta tidak kenal erti putus asa.



"Paling penting menjadi penulis blog tegar perlu mendapat restu suami, ini kerana banyak masa dihabiskan di hadapan komputer. Jadi jika suami memahami, segalanya akan menjadi mudah.
"Bagi suri rumah mungkin mereka boleh melakukannya pada waktu siang selepas membuat kerja rumah. Jangan sehingga asyik berblog menyebabkan rumah tangga menjadi kucar-kacir," katanya.
Sekiranya dalam masa setahun atau dua tahun masih tidak menerima sebarang pendapatan, baginya itu perkara biasa kerana menulis blog memerlukan kesabaran tinggi.


Panduan menjana pendapatan menerusi blog:
1. Individu mestilah mempunyai Internet serta komputer riba yang mudah dibawa ke mana-mana. 2. Mulakan membaca blog popular kemudian tinggalkan komen pada lima blog popular ini.
3. Kemudian untuk setiap blog yang sudah diberi komen, cari pula blog lain kemudian tinggalkan tiga komen di situ begitulah seterusnya sehingga iaa berkembang.
4. Buat template yang menceriakan dan bukan hanya mengambil template sedia ada.
5. Setiap hari pastikan anda membuat 10 catatan, setiap catatan disiarkan tiga atau empat jam. Ini bagi memastikan blog sentiasa menerima kunjungan.
6. Mendaftar dengan laman web Nuffnang untuk memastikan blog menerima iklan daripada Nuffnang.
7. Rajin serta tidak kenal erti putus asa.


************************************************************************

artikel diatas diambil dari sini

> negara orang

Frankfurt-1

ni pemandangan kat negara orang (oversea).


germany-map-800

ini pulak peta ‘negara orang’ tersebut.


German

tengok bendara kat atas ni? agak-agak ‘negara orang’ tu kat mana ye?

apa kaitan semua ni dengan aku?

dah mula rasa sedih sikit-sikit
= (

Monday, April 12, 2010

> haji… haji… haji… mustafa….

selingan:
bukan 1 kali, tapi 3 kali… haji… haji… haji… mustafa…
ingat tak kat mana boleh dapat dialog kat atas ni.

IMG_5385

alhamdulillah, balik jugak kami ke kampung cuti weekend lepas. balik sekejap ajelah… balik sana sabtu, balik sini ahad. seperti yang diduga, memang banyak lah buah tangan MIL & FIL kasi kat kami 3 beranak. eh! bukan kami sahaja, semua anak-anak dan cucu-cucu Haji Musa Dan Hajjah Norhesah dapat. kebetulan semua adik-beradik hubby balik kampung.



aku dapat jubah hitam serta selendang dan baju tidur. adam dapat 2 helai jubah, kopiah dan mainan. hubby dapat serban (entah bila la nak pakai nih.) kopiah dan tasbih. itu belum lagi makanan dari sana macam kurma, kacang-kacang, coklat dan sebagainya. tapi yang penting air zam-zam jangan dilupa.


terima kasih pada MIL & FIL diatas semua hadiah-hadiah ni. eh! lupa nak bagitau rasa daging unta kan. rasa macam biasalah. macam daging lembu tu jugak. kalau org tak beritahu yang dimakan tu daging unta, memang tak tau. cuma liat sikit. mungkin terkena yang kat banyak urat kot.

Wednesday, April 7, 2010

> sarapan nasi lemak hari-hari boleh jadi gemuk

Picture 054

ni sarapan pagi tadi.

nasi lemak basic – nasi, sambal kosong, telur dadar dan timun (ikan bilis goreng serta kacang tidak disertakan)

rasa – sedap tapi sambal pedas nak mampus

tambahan – sambal paru liat




takde la hari-hari aku sarapan nasi lemak. tukar-tukar menu jugak. kadang hari ni nasi lemak, esok mee goreng, besok lagi bihun goreng, tulat nasi kerabu dan sebagainya. kadang-kadang sampai satu tahap dah tak tau nak sarapan ape. tapi kalau tak sarapan pasti lapar. perut dok bunyi-bunyi lagi tak boleh buat kerja.



dulu kat kampung, mak aku kalau sarapan selalu buat nasi goreng je. tak pun cucur kucai. simple tapi best. kalau rajin sikit buat murtabak telur + bawang. aduh! dah terliur dibuatnya. memang masakan mak tiada bandingannya kan. buat anak-anak terkenang-kenang. tanya la sesiapa pun, pasti jawapan masakan mak sendiri paling sedap. hatta tanya suami sendiri pun. jawapan muktamad mak dia jugak masak sedap. walaupun dalam hati kita kata mak dia masak biasa-biasa saja. (eh! ini bukan ditujukan pada suami aku ye. ini contoh sahaja. hehe. kang ada pulak sedara sepupu sepapat belah suami baca blog aku, kata aku cakap mak dia masak tak sedap. naya aku.)

Tuesday, April 6, 2010

> landed

hari tu aku ada buat entri pasal MIL & FIL pergi menunaikan umrah kan. alhamdulillah, diorang selamat tiba di KLIA jam 9 pagi tadi dengan penerbangan Qatar Airways dari Jeddah dan transit di Bahrain. MIL & FIL pun sihat-sihat sahaja. Sekarang mereka bergerak pulang ke kampung halaman di Kuala Lipis.

insyallah hujung minggu ini, kami bertiga juga akan menyusul pulang ke kampung. untuk menagih ole-ole dari mekah. oh! sungguh tidak malu. hahaha. tadi tidak sempat berbual panjang. aku dan hubby cuma ambil cuti separuh hari sahaja. adam pun tak bawak.

tapi sempat jugak MIL cakap dia ada beli daging unta mentah. tak pasti masih elok atau tidak. macam mana agaknya rasa daging unta ye? kita tunggu saja hujung minggu ini. hehe

Monday, April 5, 2010

> tangan kiri untuk apa?

adam lebih cenderung menggunakan tangan kiri berbanding tangan kanan untuk melalukan apa-apa pekerjaan sekali pun. orang ada kata kalau menggunakan tangan kiri lebih genius. terbukti ke ha?

kalau ikut sejarah keluarga belah aku, hanya tokwan adam yang kidal. dalam family hubby pulak nenek adam dan mak itam adam yang kidal. yang lain semuanya kanan. kalau setakat menulis atau mengambil barang, adam menggunakan tangan kiri aku takde hal. tapi sampai menyuap makanan pun menggunakan tangan kiri memang satu masalah. dalam islam sebelah kanan didahulukan. seperti masuk rumah, bersalaman dengan orang, mengambil barang, hatta ambil wuduk pun kanan didahulukan.

rasa macam kurang sopan bila adam menyuap nasi menggunakan tangan kiri. kalau guna sudu masih boleh dimaafkan. tapi, ini suap pakai tangan. astaga… kalau ditegur dan disuruh tukar suap tangan kanan dia akan kata, dia tak pandai… adeh! macam mana nak buat ni. kalau dipaksa-paksa sangat langsung tak nak makan pulak. mungkin salah aku jugak tak biasakan adam dari kecik menggunakan tangan kanan. takpe, kita ajar dia perlahan-perlahan. insyaallah satu hari nanti pasti adam pandai jugak suap makanan guna tangan kanan. caiyok! caiyok!

IMG_4297


korang ada cara tak nak mengatasi masalah ni…


Friday, April 2, 2010

> Din Beramboi Meninggal Dunia




Pelawak popular dan penyampai radio Era, Mior Ahmad Fuad Mior Badri meninggal dunia di Hospital Selayang, lewat malam tadi. Allahyarham yang dikenali sebagai Din Beramboi menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) pukul 12.30 malam.

berita lanjut baca disini.



sesungguhnya mati itu pasti

sama-samalah kita sedekahkan Al-fatihah untuk arwah.
semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Thursday, April 1, 2010

> budak zaman sekarang

anak-anak sekarang memang advanced kan. macam-macam diorang tahu. mengalahkan orang dewasa. ni satu contoh yang berlaku dipersekitaran aku. anak aku sendiri wei. masa ni aku tengah kusyuk lipat baju. sebab baju dah melimpah tak muat dok dalam bakul. tu yang terpaksa rajin lipat.



sekali tu terpandang adam tengah duduk depan laptop. dia tengah godek-godek sambil menyanyi dengan pitching ke laut lagu 'aku bukan superman by the lucky laki' kat youtube. memula memang hubby aku pasangkan. tapi bila dah habis aku dengar lagu tu play lagi sekali dari mula. adam ke yang tekan. terrer budak kecik ni cari button. ye la youtube kan kalau dah habis dia kena replay balik kan. takde auto play. ni mesti kes ushar aku guna laptop la ni... budak-budak kan belajar dari apa yang dia lihat.



IMG_5358



lagi satu bab telefon bimbit. adam tau sungguh macam mana nak unlock telefon aku. aku tak pernah ajar pun. kalau dah dapat kat dia, habis la dia tekan-tekan. entah siapa-siapa dia kol nanti.



aku masa umur adam, seingat aku.. mana la reti semua-semua ni. komputer dan telefon bimbit pun takde lagi zaman tu. budak sekarang, dunia IT ni memang kat hujung jari... macam anak sedara aku, dari yang besar sampai kecik semua ada akaun laman sosial.. kadang-kadang diorang yang ajar mak diorang pasal IT ni.... =)

> amaran dari nuffnang

Dear Nuffnangers,

As you might already know, there are 2 different types of campaigns from Nuffnang: Metered (mCPM) Campaigns , which pay according to the number of visitors who see the ads; and Cost-Per-Click (CPC) campaigns, which pay bloggers based on the number of clicks generated on the ads.

It has come to our attention that certain groups have been committing click fraud, which is defined as clicking on CPC advertisements intentionally just to generate earnings for a blog's owner. Do note that this act is an abuse of our Terms & Conditions under Section 6.

Banner ads are only supposed to be clicked on if the viewer is interested to find out more about the advertising campaign, and not for the intention of earning extra money. Should this situation worsen, the frequency of ad campaigns might be significantly reduced as we'll only be able to sell ad spaces on blogs with no click fraud record.

Our system is capable of tracking these illegal actions which are documented and if necessary, be used as evidence for any legal purposes. In the past, Nuffnang has suspended and banned various individuals and groups for committing this offence. However, as the number of bloggers who commit this selfish act has been growing in an alarming rate within our community, we're forced to be more vigilant and will take necessary action to ensure our other members of the community who do not engage in such act to suffer in the long run.

If you are aware of any of your friends or anyone who have been engaging in such acts, we would appreciate it if you could kindly advise them to refrain from doing so, as bloggers who are caught engaging in click fraud activities will be punished severely, either by suspension or termination.

Thank you for your attention.

Cheers
Blogger Relations Department
Nuffnang Sdn Bhd

Iklan LR