Mukadimah

بسم الله الرحمن الرحيم & السلام عليكم
bismillahirrahmanirrahim & assalamualaikum...
Blog ini adalah blog persendirian. Mana-mana artikel dan gambar tidak boleh disalin dalam ape jua bentuk rupa sekalipun. Terima kasih diatas kerjasama anda.



Saturday, March 9, 2013

> kek coklat kukus sedap, senang dibuat dan bahan yang mudah didapati

salam.

amboi tajuk punya la panjang. hehe.

semalam baru je buat kek coklat. kali ni guna resepi lain dari yang pernah aku cuba dan post kan disini. kali ni resepi yang simple dan senang sangat untuk membuatnya. bahan pun mudah didapati. takde bahan yang pelik-pelik bagi orang yang bukan pakar macam aku ni. lagi pulak resepi guna sukatan cawan. memang aku kalau cari resepi paling utama mesti cari yang guna sukatan cawan sbbnya aku ni miskin, takde penimbang. hehe.

resepi ni dah tak ingat ambil dari mana. tapi yang pasti memang ambil dari blog. tuan empunya blog dah tak ingat sapa. tapi terima kasih aku ucapkan. hanya Allah dapat membalas jasa sbb sharekan resepi ni. aku memang selalu google internet cari resepi-resepi bila masa lapang. then, bila jumpa yang menarik, aku akan copy dan paste kan dalam word. kot-kot bila time rajin datang boleh mencubanya. dalam rekod simpanan aku memang banyak resepi yang dah aku copy paste kan. tapi baru 2-3 kerat yang aku telah cuba.

semalam, bila kek ni menjadi dengan jayanya, hati gembira bukan kepalang. memang puas hati sangat dengan hasilnya. siap sedekahkan sikit pada jiran sebelah rumah. lepas ni kalau nak buat kek coklat pasti yang ni la resepi yang akan digunakan.  jom aku sharekan pulak untuk sesiapa yang ingin mencubanya.

DSC01495

 

KEK COKLAT KUKUS

Bahan-bahan:

Bhn A

  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan gula

Bhn B

  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat

Bhn C

3 biji telur - blend guna blender

Cara-cara:

  1. Campurkan kesemua bahan A dalam periuk. Panaskan sebentar atas api dan kacau hingga sebati
  2. Masukkan bahan B dan C ke dalam bahan A. Gaul sebati
  3. Panaskan kukusan hingga air mendidih
  4. Masukkan adunan ke dalam loyang atau bekas plastik tahan panas ikut citarasa anda.
  5. Kukus selama  1 jam. Pastikan penutup kukusan di bungkus dengan kain supaya air tidak menitik ke atas kek.
  6. Bila dah sejuk, boleh disiram coklat cair dan ditabur coklat urai.

 

  DSC00951

DSC00966

DSC00980

 

RESEPI COKLAT CAIR

Bahan-bahan:

  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 sudu besar minyak
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan susu pekat

cara-cara:

  1. Campurkan kesemuanya dan panaskan atas api perlahan sambil mengacau hingga sebati dan likat

 

DSC00967

DSC00983

DSC01476

DSC01482

selamat mencuba.

39 comments:

nadzirah zoulkepli said...

salam kak, nak tanya 1 cawan tu cawan yg macam mana eh.? yg mug tu ke?

:: HUSNA :: said...

wslam. akak guna cawan minum teh je. cwn dulu2 yg arcopal tu.

:: HUSNA :: said...

ni gambar cawan akak guna. harap dpt membantu. selamat mencuba. :)

http://husnafirdausadam.blogspot.com/2013/04/sukatan-cawan.html

Wandi Perodua said...

Salam kak, bahan A tu perlu sejukkn atau tidak sblm dcampo dgn bhn B n bhn C ye...TQ

Wandi Perodua said...

Salam kak, bahan A tu perlu sejukkn atau tidak sblm dcampo dgn bhn B n bhn C ye...TQ

:: HUSNA :: said...

Wslm. Àkak terus campur je. X tggu sejuk pun.

fYqA mOcHa said...

salam kak,thanks sbb share resepi nihh, saye da cube buat, tp nape cm pahit ckit ea cake tu? Nak tanye kalau gune mixer boleh x? Terima kaseh :-)

Rasyida Baharum said...

salam husna,,,terima kaseh banyak banyak .resepi ini sangat membantu kerana tidak menggunakan modal yang banyak.

Unknown said...

Salam... nak cubalah macam senang jer...

Unknown said...

Salam... nak cubalah macam senang jer...

personal said...

salam..kalo kita bakar boleh ke?

nezrine abd sani said...

slm kak.saya br mcuba respi ni.tp nape dia jd lembk sgt tlalu lembpap.memg kena ttp ngn kain ke periuk ni..pastu tengah kek.mcm pech mrekah

nezrine abd sani said...

slm kak.saya br mcuba respi ni.tp nape dia jd lembk sgt tlalu lembpap.memg kena ttp ngn kain ke periuk ni..pastu tengah kek.mcm pech mrekah

nezrine abd sani said...

kalu kta kurgkn soda bka bont kek akn jd mcm mane?sb ble isi 1 sudu rasa soda tlalu kuat

:: HUSNA :: said...

salam semua. maaf ada comment yg saya tak reply. tulis blog pun dh jrg2 skrg ni. hehe

kek ni kalau bakar sy tak pasti jd ke tak?

dan setahu saya kalau kek kukus memang kena ttp dengan kain tudung pengukus tu sbb nnt air akan jatyh ke dlm adunan dan menyebabkan kek merekah. waallahualam...

:)

Azizah Mustafa said...
This comment has been removed by the author.
hilyati eliza said...

Thank sb share. Sy dah 2 kali wat. Alhamdulillah ok.. Hmm pahit tu sy rs jenis coklat kot sb sy wat ok ja.. Tak manis sgt.. Juz so so ja.. Anyway thanks

Norabibi Mohamad said...

sy pun dah cuba. memang sedap sgt smpai bdk2 mintak buat gi

Norabibi Mohamad said...

tq sebab kongsi resepi yer

m3lati said...

sedapnye.nk cuba buat la tuk ank2 n tetamu yg dtg beraya ni.

ainshah said...

salam... saya nk tnya skit ni ,klau saya tak guna srbuk koko boleh tak,saya nk tukarkan dengan serbuk milo :) saya ni budak sekolah menengah lgi tpi saya nak la jugak cuba memasak ni..

m3lati said...

sy dh cuba buat,alhamdulillah.excited sgt sapai x tido.pkl 2 pg bgun buat kek ni.Ya Allah syukur sgt2 mjadi.buat sapai 2 biji tuk birthday ank2 n open house.skg ada tetamu yg cuba nk order.sy namakn kek ni kek coklat mleleh sbb first time buat.comot n mleleh coklat dia.

:: HUSNA :: said...

alhamdulillah, seronok dan tumpang happy bila yg cuba resepi ni menjadi dan berpuas hati.

rasa pahit tu pendapat saya bergantung jenis serbuk koko yg kita guna jgk rasanya. sbb saya pakai serbuk koko jenama 'meriah' ok tak pahit.

kalau serbuk koko diganti serbuk milo saya tak pasti boleh ke tak. cuba la. kalau kita tak cuba kita tak tahu hasilnya mcm mana kan.

selamat memasak...
:)

Nurazlin Zahirman said...

Assalamualaikum kak..alhamdulillah kek yg sy buat ikot resepi akak share nie menjadi..sgt cntik & sedap..walaupun baru first time mencuba buat kek..family,teman2 & yg penting cinta hati sy semua puji ckp sedap sgt..terima kasih kak sebab sudi share resepi kek coklat nie.. :)

Syuhada Syu said...

akak,if tengah kkus tk smpai 1 jam buka tudung tu jadi cmne ye

Azliana Puniran said...

Salam kak,sy dh try resepi ni.thanks..menjadi n ank suka sgt.

Aque Eisya said...

Salam,Akak klaw bakar boleh x?

N said...

Salam...cuba resipi akak..tgh kukus,nervous plak...hrp2 jd la.hehe.buat kek bday utk adik

:: HUSNA :: said...

assalamualaikum semua.

resepi ni sy tak pernah cuba bakar. saya buat kukus saja. tapi kwn-kwn boleh cuba kot untuk bakar. try ambil sedikit adunan kek untuk dibakar. lebihan adunan pulak kukus. sekadar cadangan.

kalau boleh jgn kerap buka penutup kukus selagi tak cukup masa. takut kek terbantut pembesarannya. tapi makesure jgk air didihan mencukupi.

wallahualam.

peace yo...

hehehe

Mulyadiyali Ali said...
This comment has been removed by the author.
Mulyadiyali Ali said...

Boleh tak kalau tak guna bikarbona soda

JariJemari Menaip said...

assalammualaiukum kak, first sekali saya nak ckp, terima kasih sebab bagi resepi nie, saya dah try dh malam td.. menjadi. memang superb, moist. sedap kak, saya bwk g office, dorang kate sedap, yum yum. halalkan saya ye resepi nie, tq kak.

Adilah Manaf Celik Vitamin said...

Gambarnya nampak menyelerakan. Terima kasih berkongsi resepi ni.

Punca Dan Tips Rawatan Bagi Demam Denggi.

Ain Alden said...

Boleh tk, tk guna minyak guna menjerin n thanks sudi share.

Fazliana Jamil said...

fuhh terliur. Nak cuba buat lah nanti. Minta share ye resipi ini hehehe. Btw nanti kalau ada masa singgah2 lah blog saya ye http://www.mamafisya.com/ :)

mimi afat said...

1cawan tu kira2 brp gram ye,sama tak mcm sukatan cawan teh lain?

Intan Maizura said...

sy pun nk cuba buat... terliur sgt tgok kek tu... huhu...

Intan Maizura said...

nmpk sgt sedap...yum....yum...

ieda said...

Dah buat kek ni ikut betul2 resepi alhamdulillah menjadi dan sedap, suami dan ank2 mintak buat lg :-)

Iklan LR