Mukadimah

بسم الله الرحمن الرحيم & السلام عليكم
bismillahirrahmanirrahim & assalamualaikum...
Blog ini adalah blog persendirian. Mana-mana artikel dan gambar tidak boleh disalin dalam ape jua bentuk rupa sekalipun. Terima kasih diatas kerjasama anda.



Thursday, April 19, 2012

> beringat sebelum kena












alif memang tak dapat dipisahkan dengan air. kalau suruh aje pergi mandi, laju dia bangun. pulak tu kalau dah dapat main air payah pulak nak keluar. sampai menangis-nangis la dibuatnya.

berada di kg ni, dah 1 kali alif dapat mandi dalam pool budak-budak tu. kalau mandi dalam bilik mandi mesti nak masuk dalam baldi, berendam.

dan hari selasa lepas alif mula batuk-batuk. bangun pagi keesokannya nafas sedikit berbunyi. macam nak kena lelah. bawak pergi klinik kesihatan di sini sahaja. alif dibekalkan ubat batuk, cair kahak dan antibiotik. 1 malam alif tak dapat tidur. merengek menangis sahaja. sebelum-sebelum ni alif tak pernah pun kena lelah ni. ini fisrt time.

sekarang alif beransur baik. lepas ni alif dah tak boleh mandi berendam lagi. mandi pun tak boleh lama-lama. cegah lebih baik dari mengubati..

> udang gergasi





besar tak udang yang adam pegang? besarkan..

pekan, pahang kan dekat dengan sungai dan laut. kalau pergi pekan sari (pasar tani) ramai penjual jual udang besar-besar macam ni. 1 kilo dalam rm 40 keatas. ikut saiz jugak harganya.

kebetulan adam memang suka makan udang. tak kisah masak ape pun, dia bedal aje janji udang namanya. makan memang puas. terbaik derr... hehe

Wednesday, April 18, 2012

> sekali air bah,sekali pantai berubah

ini cerita bah yang betul-betul. isnin lepas rumah mak dilanda banjir. memang hujan petang tersebut agak lebat. kelam kabut kami dibuatnya bila air mula nak naik. angkut semua barang-barang ke tempat yang tinggi. masa kami kelam kabut tu, adam takut sangat. macam-macam dia tanya.

untuk rekod memang rumah mak ni pernah dilanda banjir sejak saya kecil-kecil dulu. seingat saya banjir paling dalam pernah kami lalui hingga paras dada orang dewasa. alhamdulillah banjir kali ni tak begitu dalam. cuma ruang tamu saja dimasuki air hingga paras buku lali. itu pun sebab pintu utama kami sendal dengan papan dan kain. jadi kuantiti air yang masuk tidak begitu banyak. ruang tengah dan dapur tidak terlibat. tapi ada 2-3 rumah jiran habis satu rumah ditenggelami air. air mula naik masa dah nak dekat-dekat waktu maghrib. dalam setengah jam atau sejam kemudian air mula surut.

rumah mak saya ni belakangnya ada sungai. itu punca terjadinya banjir ni. sungai dah tak mampu nak tampung jumlah kuantiti air. tu yang melimpah ke rumah kami.

rumah mak saya ni kalau korang tengok lantainya semua tinggi-tinggi kecuali ruang tamu. ini pun mak abah saya tengah berkira-kira nak naikkan lagi lantai ruang tamu.

tapi bagi mereka-mereka yang rumahnya tak terlibat, banjir ini macam satu pesta. budak-budak kehulu ke hilir main air.



air mula naik


masa untuk mencuci


kesan banjir salah satu rumah jiran

Saturday, April 14, 2012

Friday, April 13, 2012

> T_T

Adam dan alif demam. T_T

Mereka berdua ni, saya perhatikan kalau sorang demam, tak lama lepas tu mesti sorang lagi akan demam. Kadang-kadang serentak.

Bila mereka berdua demam, nak-nak semasa ketiadaan hubby buat saya down sikit. Saya ni cepat risau bila anak-anak tak sihat. Tidur malam tak lena. Setiap jam saya akan check suhu badan mereka. Kalau belum sampai masa makan ubat, tapi badan sudah panas, cepat-cepat lap badan dorang dgn kain basah.

Tak dapat saya bayangkan kalau tika ini saya berada di pahang. Duduk disana dgn anak-anak sahaja. Mahu saya meraung dibuatnya. Itu sebab sepanjang ketiadaan hubby saya menetap di kampung. Ada jugak yg tengok-tengokkan kami anak beranak.

Jangan tak tahu yang alif sangat susah makan ubat. Baru sebut perkataan ubat, dia mula nak menangis. Nak tak nak kena paksa juga. Tahan saja la dengar dia menangis. Tapi lain pula dengan adam. Alhamdulillah dia takde masalah nak makan ubat.

Abah! Adam dan alif rindu abah kot. :-(

Doakan adam dan alif cepat sihat ye. Get well soon my dear..

Wednesday, April 11, 2012

> lunch today

untuk tatapan hubby di german yang dah lama tak makan nasi. hehe..



Tuesday, April 10, 2012

> home made piza

rupa-rupanya buat piza ni senang la jugak. sebelum ni tak pernah nak cuba pun buat. ahad lepas my sister cadang nak buat piza. so, saya ambil peluang tengok macam pembikinan piza dilakukan. easy lah.... hehehe

mula-mula uli tepung gandum dengan mauripan. biar sekejap bagi tepung naik. lepas tu ratakan sos spageti pada adunan tepung tadi. tabur bahan-bahan seperti cendawan, sosej, bawang besar, nenas. akhir sekali tabur cheese mozzarella dan bakar di dalam oven.



Monday, April 9, 2012

> sekolah baru, kawan baru

sepanjang hubby berada di german, saya dan anak-anak tinggal di kampung. adam juga terpaksa bertukar sekolah buat sementara waktu. alhamdulillah adam tiada masalah dengan pertukaran tersebut. malah dia suka dengan sekolah di sini, terutama sekali dengan uniformnya.

Thursday, April 5, 2012

> sayang isteri tinggal-tinggalkan

hubby pergi training di german selama 4 bulan. kami 3 beranak kena tinggal. :(



take a good care abah!

Iklan LR