Mukadimah

بسم الله الرحمن الرحيم & السلام عليكم
bismillahirrahmanirrahim & assalamualaikum...
Blog ini adalah blog persendirian. Mana-mana artikel dan gambar tidak boleh disalin dalam ape jua bentuk rupa sekalipun. Terima kasih diatas kerjasama anda.



Saturday, March 30, 2013

> cerita adam sikit, cerita alif sikit

assalamualaikum dan selamat sejahtera.

DSC00575

alhamdulillah sehari sebelum cuti sekolah aku dah selesaikan urusan pendaftaran adam untuk memasuki tahun satu tahun 2014 nanti. pihak sekolah beri tempoh sampai hujung bulan mac untuk urusan pendaftaran. lepas tarikh tersebut kena buat pendaftaran di pejabat pelajaran daerah. insyaallah adam akan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pekan Jaya, pekan , pahang. hatta semasa di pra sekolah ni pun adam memang bersekolah disekolah yang sama. senang nanti adam dah tau serba sedikit tentang sekolah dia. mudah-mudahan bila tiba tahun satu adam tiada masalah untuk sesuaikan diri.

macam tak percaya tahun depan adam dah masuk tahun satu. dah besar rupanya si abang ni. tapi badan je tak nak besar-besar. kecik macam tu jugak.

DSC00662

DSC01200

cara alif buat peace!. hehe. comelkan. budak-budak memang menghiburkan dengan keletah dorang. tapi selalu jugak buat mama bertukar menjadi singa atau harimau. hehe.

sekarang budak ni dah banyak cakap. tapi dengan kami sajalah, dengan orang luar dia jadi pendiam. kalau dalam kereta suara dia sajalah yang kita dengar. sibuk tanya macam-macam. itu apa? ini apa?

DSC00643

DSC01239

puding pemberian jiran sebelah rumah. balas bekas kek yang aku beri tempohari. niat aku takde nak mintak balas-balas pun. memang niat nak bagi jiran sebab banyak kuantiti kek tu. takut tak habis kami makan anak-beranak. lagipun bagi dalam bekas putih tu je pun. tak payah pulang balik bekas tu pun tak pe. tapi dah orang memberi, kita merasa la kan.

puding ni macam puding buah-buahan yang aku buat dulu. tapi jiran tak letak buah-buahan ganti dengan nata de coco. kuah puding pulak tak pekat sangat macam yang aku buat. just nice.

Friday, March 29, 2013

> spaghetti prawn olio ala pizza hut

assalamualaikum dan selamat sejahtera.

cuaca kat pekan semenjak dua menjak ni amatlah panas. rasa macam nak duduk dalam bilik saja, pasang aircond 24 jam.

barang dapur dah mula berkurangan. bahan basah pun sama jugak. esok harus pergi pasar tani untuk cari keperluan dapur. jadi tengah hari tadi kami makan spaghetti saja. cukuplah setengah peket spaghetti masak prawn olio untuk kami 3 orang. banyak jugak alif dan adam makan. memang saja aku buat tak pedas khas untuk dorang. bubuh serbuk lada hitam pun sangat-sangat lah sikit. malam nanti kita cari makan kat kedai pulak ye.

DSC01290

Resepi prawn olio

Bahan-bahan:

  • spaghetti
  • udang – buang kulit
  • bawang putih – dicincang halus
  • bawang besar – dipotong dadu
  • cili kering – rendam dan potong serong
  • cendawan hitam – rendam potong nipis
  • Garam
  • Kiub ikan bilis  / kiub ayam
  • serbuk lada hitam

Cara-cara:

  1. Rebus spaghetti dan toskan
  2. goreng bawang putih bersama secubit garam. angkat dan ketepikan.
  3. goreng cili kering. angkat dan ketepikan.
  4. goreng bawang besar, udang dan cendawan.
  5. masukkan lada hitam, kiub ayam / ikan bilis dan garam.
  6. masukkan spaghetti, cili kering yang telah digoreng dan kacau rata.
  7. Taburkan bawang putih goreng sebelum dihidangkan.

DSC01295

Thursday, March 28, 2013

> ayam bakar / panggang ajaib

assalamualaikum dan selamat sejahtera.

hari ni kita makan bakar-bakar aje la ye. sayur-sayur sekali aku bakar. kan senang. hehe. sihat ape menu macam ni. bakar guna pemanggang ajaib cap ikan. pemanggang yang sangat-sangat popular tu. dah lama beli. dah banyak kali guna pun. selalu bakar ayam atau ikan, bakar macam tu je. tapi kali ni buat perubahan sikit. tambah karot, ubi kentang dan cendawan hitam. memang sedap. tak percaya? cuba lah sendiri. tapi kuantiti bahan main agak-agak ye.

makan dengan nasi sedap, makan macam tu je pun tersangatlah sedap.

DSC01262

resepi ayam bakar / panggang ajaib

Bahan-bahan:

  • ayam
  • ubi kentang – potong wedges
  • karot – potong dadu
  • cendawan hitam yang direndam terlebih dahulu – potong 4
  • bawang besar – potong dadu
  • bawang putih - kisar
  • bawang merah - kisar
  • halia – kisar
  • serbuk lada hitam
  • sos tiram
  • kicap manis
  • sedikit garam

Cara-cara:

  1. Campurkan semua bahan dgn bahan yg dikisar dlm satu bekas, kacau rata.
  2. Perapkan ayam dgn bahan yg dicampur.
  3. masukkan ayam ke dalam pemanggang ajaib. Bakar ayam dengan api perlahan.
  4. apabila ayam separuh masak terbalikkan dan masukkan pula ubi kentang, karot, cendawan hitam dan bawang besar.
  5. boleh dihidang apabila sudah masak.

DSC01256

DSC01252

DSC01265

Wednesday, March 27, 2013

> agar-agar santan

assalamualaikum dan selamat sejahtera.

cuti sekolah ni sempat kami balik kampung aku di perak sabtu lepas. kebetulan hari ahad anak jiran kahwin. tapi balik tak lama, pagi isnin dah gerak balik ke sini semula. hubby aku tu tak boleh ambil cuti lama-lama, banyak kerja katanya. untung jugakla dapat jugak balik kampung kan. tapi adam mengamuk jugak tak nak balik lagi. tak puas agaknya tinggal di kampung. kalau ikut kan nak je aku tinggal, ahad depan suruh hubby ambil kitaorang semula. tapi memandangkan jarak pekan dengan trolak tu agak jauh kesian pulak kat hubby kan. lain kali kita balik kampung lagi ye adam.

dah cuti sekolah ni, aktiviti anak-anak dari pagi ke petang asyik menonton tv la kerjanya. asyik layan kartun aje. tak boleh sikit aku nak tukar channel lain. dah tak dapat nak tengok tv tu, tak tau aku nak buat ape, aku cadang nak buat kek. tapi tengok-tengok kat dapur tak cukup bahan la pulak. nasib baik ada jugak sebungkus agar-agar. tu petang semalam dapat buat agar-agar santan. tapi tak bersantan sangat sebenarnya. hehe. lagipun aku masak ni, semua sukatan bahan main agak-agak je, boleh macam tu? ko mampu? hehe. tapi kat bawah ni aku copy paste resepi agar-agar santan dari internet. lebih kurang macam aku buat.

DSC01233 

Resepi Agar-agar Santan

Bahan-bahan:

  • 1 peket agar-agar tali (20gm)
  • 1800ml air
  • 1 1/2 cawan gula
  • 1 sudu perasa pandan
  • 1 ikat daun pandan - blend dan ambil airnya 
  • 1 1/2 cawan santan pekat
  • pewarna  hijau

Cara-cara:

  1. Masak agar-agar dan gula dengan air
  2. Biarkan agar-agar dan gula betul-betul hancur
  3. kemudian masukkan perasa pandan dan air pandan. tambahkan pewarna hijau kalau warna tak berapa terang.
  4. apabila agar-agar sudah larut, masukkan santan.
  5. kacau rata perlahan-lahan, kemudian tutup api
  6. tapis dan tuang kedalam acuan, biarkan sejuk dan keras.

DSC01237

DSC01209

Thursday, March 21, 2013

> kek lumut kukus

salam.

hai semua. bertemu lagi di alam maya. budget macam ramai benor yang baca blog aku ni kan. hehe. pagi-pagi dah tayang kek kan. jangan marah ye. tapi kek ni petang semalam punya cerita. lepas makan tengahari aku pun sibukkan diri cuba buat kek lumut ni. dah lama teringin nak merasa kek ni. resepi pun dah lama perap dalam simpanan.

nak buat kek ni tak susah mana. tapi nak mengukus tu yang tak larat nak tunggu. kukus selama 3 jam tau. sempat jugak aku tido-tido ayam sementara tunggu kek ni masak. kek ni kalau tak salah dari pembacaan aku di internet, berasal dari sarawak. asal usulnya dari kek lapis sarawak tu cuma tak berlapis je.

tak sia-sia tunggu 3 jam, sedap kek ni. dah berangan nak repeat lagi. hehe. memandangkan 1 adunan dapat banyak dapatlah aku sedekahkan sikit pada jiran sebelah untuk merasa.

resepi ni aku ambil dari blogger kak hana memories. tapi kalau tak silap aku, asalnya resepi ni dari blogger kak dayangjack. blogger-blogger masakan mesti tau punya dua orang blogger femes ni kan. terima kasih atas resepi ni ye.

DSC01173

Resepi Kek Lumut

Bahan-bahan

  • 1 cwn Tepung Gandum
  • 1 cwn Horlicks
  • ½ cawan nestum kisar
  • 3/4 cwn Gula
  • 1 buku Buttercup (250g)
  • 4 biji Telur Grade A
  • 1 sudu besar Pandan Paste / pandan emulco
  • pewarna hijau secukupnya
  • 4 sudu besar Serikaya
  • 1/4 cwn Susu Pekat

Cara-cara

  1. Sediakan pengukus. Didihkan air.
  2. Pukul butter & gula sehingga putih & kembang. kelajuan maksima.
  3. Masukkan telur satu persatu sambil di pukul perlahan.
  4. Masukkan susu pekat, serikaya, pandan paste & pukul rata setiap campuran.
  5. Masukkan tepung gandum, horlicks dan nestum. Kacau sebati
  6. Masukkan pewarna hijau. Kacau rata
  7. Tuangkan ke dlm loyang yg di lapik & di'gris'.
  8. Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus 3 jam dgn api sederhana. Tambah air panas jika air kering

DSC01151

DSC01156

DSC01161

DSC01175

Wednesday, March 20, 2013

> ayam halia

salam.

hari isnin yang lepas dapat berita gembira dari kuala lipis. my biras and abg ipar baru dapat new born baby. baby girl pulak tu. cucu perempuan ke dua dalam family hubby. sebelum ni banyak keluar boy aje. tahniah both of you.

puding diraja pekan pahang tu aku dah ubah namanya kepada puding buah-buahan. kalau ada gajus, pisang lemah manis dan jala emas baru boleh panggil puding diraja. harap maklum.

okaylah, kita tinggal cerita pasal puding tu. baik cerita pasal ayam masak halia ni. makan dengan nasi panas-panas memang menyelerakan. sambil makan 2-3 kali adam puji sedap. alahai si anak, pandai betul ambil hati mama ye. kembang dibuatnya. ni rasa macam nak masak 24 jam kerjanya. hehe. seronok bila tengok anak-anak dan suami suka makan apa yang kita masak. walaupun menu tu simple je pun.

ape kena la kan tuan rumah asyik cite pasal makan. hari-hari post pasal makanan. hehe. tu je cite yang ada. cite lain takde buat masa sekarang. anak-anak sihat, hubby sihat, aku pun sihat, alhamdulillah semua sihat.

DSC011461

Resepi ayam halia

Bahan-bahan

  • ayam - potong kecil
  • 2 ulas bawang putih - hiris
  • 3 biji bawang merah - hiris
  • 2 inci halia - hiris jejari
  • 2-3 sudu besar sos tiram
  • sedikit air
  • cili padi - ketuk - jika ingin pedas -
  • secubit serbuk blackpepper
  • garam dan sedikit gula
Cara-cara
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau.
  2. Masukkan ayam, sos tiram, garam, gula, serbuk blackpepper dan sedikit air.
  3. Tutup kuali supaya ayam masak rata. Sesekali balik2kan hingga ayam masak dan kuah agak kering. Siap!

Tuesday, March 19, 2013

> maaf ye,

salam.

maaf ye kalau ada yang tak puas hati dengan resepi-resepi yang aku postkan di blog aku ni. mana la tau kan, kot-kot resepi yang aku ni ada yang salah ke? tak sesuai dengan nama resepi ke? tak kena gaya ke? tak sedap ke?. maklum la aku ni bukan pakar masak pun. tapi kalau nak tau, semua resepi yang ada kat blog ni aku akan cuba dahulu sebelum di postkan. dan kebanyakkannya aku copy and paste dari internet.

niat utama aku postkan resepi-resepi untuk berkongsi ilmu dengan sesiapa yang sudi. tak pulak nak tunjuk riak pandai masak ke ape. jauh sekali berperasaan macam tu. lagi satu resepi-resepi ni untuk rujukan diri aku sendiri jugak sebenarnya. kiranya ini storage koleksi-koleksi resepi yang aku suka. nanti senang, kalau aku pergi mana-mana then rasa macam nak masak, tak ingat resepi, just bukak my blog. kat kampung boleh, kat rumah kakak aku boleh, kat rumah kawan boleh, even kalau ke oversea pun boleh.

ini jugak boleh dijadikan rujukan untuk anak-anak perempuan aku satu hari nanti bila dorang dah berkeluarga. kalau takde anak perempuan, anak-anak lelaki aku pun boleh masak. alif, macam dah tunjuk minat memasak je. kalau aku nak masak, dia pun sibuk jugak nak ke dapur. lepas tu suka tanya ni ape? tu ape?. lepas tu suka main dengan pinggan, mangkuk, periuk, sudu, garpu. semua la dia nak bawak keluar kan. kalau adam, dia lagi suka duduk depan tengok tv cerita kartun.

 

# baru letak widget Feedjit. boleh tau readers location.

> puding roti bakar

salam.

hai semua. dah sarapan? pagi ni aku sarapan puding roti. kes nak habiskan stok roti. dah nak habis tarikh luput tapi tak habis-habis lagi. nak kasi jalan kena buat puding roti la. tapi kan roti gardenia ni walaupun dah expired tapi masih elok. lambat tumbuh kulat. cuma tak berani la nak makan jugak. kang tak pasal-pasal sakit perut.

puding roti ni aku pernah buat tak lama dulu. boleh tengok jugak kat sini. sama je resipinya. memang ni la resepi favourite puding roti dalam simpanan aku.

tapi kali ni buat macam terlebih garing pulak kat belah atas tu kan. tapi takpe, janji sedap. hehe.

DSC01107

Resepi Puding Roti

Bahan-bahan

  • 6 keping roti
  • 2 cawan susu segar (yang macam HL tu)
  • 1/2 cawan gula (kalau nak manis boleh lebihkan sikit)
  • 2 biji telur ayam
  • 4 sudu besar mentega
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • kismis or prune secukupnya

Cara-cara

  1. carik-carikkan 6 keping roti ke dlm bekas
  2. cairkan mentega dan tuang mentega itu ke atas roti yang telah dicarikkan
  3. Pecahkan telur bersama-sama susu dan gula ke dalam bekas yang lain.
  4. Pukul sehingga gula hancur. Boleh masukkan esen vanilla jika ada
  5. Tabur kismis jika ada ke dlm loyang dan seterusnya tuang bahan-bahan yang dipukul.
  6. Bakar pada suhu 175 celsius sehingga emas kekuningan (lebih kurang 35 minit)

Monday, March 18, 2013

> tujuh, nasi daging dan air asam

salam.

DSC011011

alhamdulillah hari ni genap 7 tahun usia perkahwinan aku dan hubby. happy anniversary encik hubby. tapi bukan dia baca pun blog aku ni. hehe. walaupun dah 7 tahun tapi masih lagi perlu belajar tentang ilmu rumahtangga ni.  bak kata pepatah,semakin banyak kita belajar, semakin banyak yang kita tak tahu kan. semoga kami tetap bersama susah dan senang hingga hujung nyawa.

semalam ada masak nasi daging. tapi selalunya weekend-weekend aku jarang masak. kasi cuti la kan untuk suri rumah macam aku ni. hari-hari biasa kan dah selalu masak. tapi semalam tu kena masak jugak sebab hubby kena pergi kerja. tak dapat nak ajak makan kat luar. so, aku decide masak nasi daging je.

step yang nak kena ikut agak senang. tapi dok senang-senang tu pun aku termiss jugak nak bubuh sos tomato. entah apa la yang aku angankan. patut la tengok macam tak merah je nasi daging aku ni. rupa-rupanya tak bubuh sos tomato. nasib baik perasan sebelum sempat nasi ni masak.

alhamdulillah bila dah masak tu sedap jugak rasanya cuma terkurang garam sikit tapi bila makan dengan air asam memamg kena sangat lah.

Resepi Nasi daging

Bahan-bahan

  • 2 cawan beras
  • Daging secukupnya
  • 1 ½ cawan air rebusan daging 
  • 1 bungkus sup bunjut
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3-4 biji cengkih
  • 2-3 biji buah pelaga
  • ½ biji bawang besar - hiris
  • 2 ulas bawang putih - hiris
  • 1 inci halia - hiris
  • 1 sudu besar rempah kurma - bancuh dgn sedikit air
  • 3 sudu besar sos tomato
  • ½ cawan susu cair
  • 2 sudu besar mentega
  • Garam secukup rasa
  • 2 helai daun pandan

Cara-cara

  1. Rebus daging bersama rempah sup bunjut dan sedikit garam sehingga daging empuk. Simpan air rebusan daging.
  2. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga dengan menggunakkan mentega hingga naik bau.
  3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia, dan tumis hingga layu.
  4. Masukkan rempah kurma yg telah dijadikan pes. Tumis lagi hingga naik bau.
  5. Basuh beras dan toskan.
  6. Masukkan 1 ½ cawan air rebusan daging, ½ cawan susu cair dan sos tomato ke dalam periuk nasi yang berisi beras.
  7. Masukkan pula bahan tumisan, garam & kacau rata.
  8. Kemudian masukkan daging secukupnya dan daun pandan.
  9. Masak nasi seperti biasa.

Saturday, March 16, 2013

> puding buah-buahan

salam.

cuaca panas-panas macam petang ni, sedap rasanya kalau dapat makan puding kan. sejuk tekak dibuatnya.

sebelum ni pernah makan puding ni mak mentua buatkan. sebelum ni pernah tanya resepi kat mak mentua. tapi silapnya tak salin kat buku. ingat-ingat macam tu je. bila nak buat mula la dah tak ingat resepi yang betul. tu yang try cari kat internet. lucky, jumpa dalam website majlis daerah pekan.

dalam website tu puding ni namanya puding merdeka. kalau bulan ramadhan memang banyaklah peniaga yang jual puding ni kat bazar.

resepi ni aku dah tukar-tukar sikit dari yang asal. yang mana tak guna sukatan cawan aku try convertkan. harap-harap tak salah sukatan. cuma cara hidang tu aku tak letak pun pisang, gajus or jala emas tu.

DSC01071

Resepi Puding

Bahan-bahan

  • 1 cawan tepung jagung
  • 6 cawan air
  • 3 sudu besar susu pekat manis
  • ½ cawan gula pasir
  • Pewarna kuning, hijau dan merah

Cara memasak

  • Bancuh kesemua bahan-bahan sehingga mesra. Masak di atas api kecil dan kacau sehingga pekat dan berkilat.
  • Bahagikan kepada tiga bahagian dan warnakan satu-satu kuning, hijau dan merah.
  • Tuangkan setiap lapisan ke dalam acuan besar dimulai dengan warna kuning, kemudian hijau dan merah. Sejukkan.
  • Dihidang bersama kuah puding.

Bahan-bahan kuah puding

  • 1 cawan gula
  • 1 tin susu cair
  • Air sebanyak ½ tin susu
  • 3 biji kuning telur
  • Sedikit esen vanilla
  • Daun pandan – disimpul

Cara Memasak

  • Pukul kuning telur bersama susu dan air. Tapis dan kemudian campurkannya bersama gula. Kacau sehingga sebati.
  • Masukkannya di dalam periuk bersama daun pandan dan masak di atas api kecil sehingga pekat. Kacau selalu supaya tidak bergentel.
  • Angkat dari api apabila sudah pekat dan tuangkan ke dalam mangkuk yang lain untuk disejukkan. Masukkan esen vanila.

Cara Menghidang

  • masukkan puding dan campuran buah-buahan dalam tin ke dalam mangkuk. 
  • tuang kuah puding ke atasnya sebelum dihidangkan.

Friday, March 15, 2013

> rendang ayam moden

salam.

moden la kot sebab resepi rendang ayam ni mudah dibuat tak macam resepi orang-orang lama. tak pakai rempah ratus pun. resepi macam biasa cari kat internet. objektif mestilah mencari resepi rendang yang paling senang.

alhamdulillah jadi jugak rendang ayam ni. cuma kurang pedas. adam makan 2 kali tambah nasi. sedap katanya. :)

DSC01066

 

Resepi Rendang Ayam

Bahan-bahan:

  • Bahan untuk dikisar
    • 2 biji bawang besar
    • 1 inci lengkuas
    • 1 inci halia
    • 3 batang serai
    • 10 tangkai cili kering
    • 1 inci kunyit hidup
  • 1/2 kilo ayam- kerat kasar-kasar
  • 1 sudu besar gula perang/gula Melaka
  • 1 sudu besar kerisik
  • 2 helai daun kunyit- mayang halus
  • 200 gm santan 
  • 2 kpg asam keeping
  • Garam

Cara-cara:

  1. Tumis bahan kisar sampai pecah minyak.
  2. Masukkan ayam dan gula melaka. Masak sampai ayam agak empuk.
  3. Masukkan santan dan asam keping. Masak sebentar dgn api perlahan.
  4. Masukkan daun kunyit dan kerisik. Masak sampai kuah agak pekat.
  5. Perasakan dengan garam.

Thursday, March 14, 2013

> cepat-cepat

salam.

hari ni lagi awal aku siap masak dari semalam. sebab kejap lagi nak kena ambil adam balik dari sekolah. selalunya adam tumpang kawan, tapi hari ni kawan adam tu tak hadir ke sekolah sebab family dia ada urusan.

hari ni masak simple je. daging black pepper campur kentang dengan sayur kobis campur kacang panjang campur tempe. semalam makan kobis, hari ni pun makan kobis. hehe. nak habiskan stok kobis sebenarnya. kang simpan lama-lama jadi layu dah tak sedap nak masak.

okay, cukup-cukup. nak kena siap-siap nak amik adam ni. bye. selamat menjamu selera.

DSC01053

Resepi daging blackpepper
  • Bahan-bahan:
  • 500g daging
  • 5 biji kentang digoreng terlebih dahulu
  • 2 ulas bawang besar
  • 1 peket perencah daging blackpepper Maggi
  • sedikit air
  • minyak untuk menumis


Cara-cara:

  1. Masakkan daging tadi sehingga agak kering airnya.
  2. Tuangkan minyak masak.  Tumis bawang besar hingga wangi.
  3. Masukkan perencah daging blackpepper bersama sedikit air, kacau sebati.
  4. Masukkan hirisan kentang yang digoreng tadi.  Kacau rata.
  5. Hidangkan bersama nasi panas.

DSC01062

Resepi Sayur kobis dan kacang panjang bersama tempe.

Bahan-bahan:

  • kobis
  • kacang panjang
  • tempe
  • bawang putih
  • bawang besar
  • garam

cara-cara:

  1. tumis bawang putih dan bawang besar
  2. masukkan tempe. kacau hingga tempe kekuningan.
  3. masukkan kacang panjang. kacau seketika dan masuk kobis pula.
  4. kalau kering masukkan sedikit air.
  5. perasakan dengan garam.

Wednesday, March 13, 2013

> faris

salam.

Muhammad Adam Faris.

macam ni la kan kalau nama panjang sangat. kat nametag tulis faris je.

DSC01047

balik dari sekolah tadi adam bawa balik nametag. cikgu suruh jahit kat t-shirt sekolah. budak-budak prasekolah ni pakai t-shirt je hari-hari. jumaat je pakai baju melayu.

so, petang-petang macam ni sementara anak-anak tido, aku pun main jahit-jahit la. 3 baju pulak tu. aku jahit tangan je pun. jahit jelujur. mana la nak dapat mesin jahit kat rumah aku ni kan. sedihnya. sob, sob, sob. pulak tu main belasah je benang warna oren. tak sesuai langsung. habis tu, yang ada pun benang kat rumah ni hanya benang putih, pink, hitam dan oren. oren yang paling hampir kot. pakai aje la yang mane ada kan. lagipun dari jauh tak nampak sangat kontra benang tu. hehe.

> pukul 12 tengahari

salam.

aku dah siap masak ni. menu hari ni ikan cencaru masak taucu dengan sayur lemak kobis. hari-hari sekolah macam ni memang kena masak awal. pukul 12 adam dah balik dari sekolah. selalunya bila sampainya kat rumah, lepas mandi adam selalu mengadu lapar. kalau tak siap masak lagi, kang bising pulak si abang sorang tu.

semalam alif demam. alhamdulillah demam cuma sehari. hari ni dah sihat. sekarang makan ubat dah tak susah macam dulu. menangis manja-manja saja.

alif dah makin petah bercakap. tapi cakap hujung-hujung dan pelat-pelat. seronok dengar dia cakap. comel giler. boleh buat kita ketawa sendiri. tapi mencabar jugak mau faham apa yang dia tuturkan. kalau tak faham, habislah. kasi mengamuk dia. haha.

DSC01028

Resepi Cencaru Masak Taucu

Bahan-bahan

  • 4 ekor ikan cencaru
  • 1/2 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih - hiris
  • 2 hiris halia - hiris
  • 3 biji cili api
  • timun
  • 2 sudu besar taucu
  • Asam keping
  • minyak
  • garam
  • gula
  • air secukupnya

Cara-cara

  1. goreng ikan yg telah digaul garam dan serbuk kunyit
  2. sementara goreng ikan, boleh lah menyediakan kuah taucu. tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan. masukkan halia dan cili api.
  3. masukkan taucu dan kacau sekejap.
  4. masukkan air dan asam keping
  5. masukkan timun dan perasakan dengan gula. Garam tak perlu sbb taucu dah masin.
  6. setelah ikan masak, masukkan ke dalam kuah tersebut. biar hingga mendidih, tutup api.

DSC01028

Resepi Kobis masak lemak putih

Bahan-bahan:

  • 1/2 biji kobis bulat saiz sederhana, hiris sederhana kasar
  • 1 camca besar penuh udang kering rendam sekejap, tos dan tumbuk kasar
  • 1 biji bawang besar, hiris halus
  • 4 ulas bawang putih, dititik
  • 1 biji cili merah, hiris
  • 1200 ml santan cair
  • 400 ml pati santan
  • 1 cekak soo hoon, kerat pendek dan rendam hingga lembut
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

  1. Masukkan santan cair ke dalam periuk bersama hirisan bawang, bawang putih dan udang kering. Kacau rata dan masak hingga mendidih.
  2. Masukkan kobis dan masak hingga kobis separuh lembut, jika kurang kuah tambah sedikit air.
  3. Masukkan soo hoon (toskan) dan hirisan cili merah.
  4. Kacau rata dan tuang pati santan.
  5. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula.
  6. Kacau perlahan dan biar mendidih sekejap.

Sunday, March 10, 2013

> kuala rompin dan udang galah

salam.
3 jam yang lepas kami sekeluarga masih berada di Rompin. saja jalan-jalan hujung minggu. tetiba semalam hubby cakap nak jalan-jalan ke rompin. nak tengok-tengok sekolah lama dia. kami ikutkan saja. lagi pun memang aku tak pernah jejak kaki lagi kat bumi rompin. tapi rompin takde ape pun. hehe.

perjalanan dari Pekan ke rompin mengambil masa lebih kurang 1 jam. jalan berliku kadang-kadang melalui persisiran pantai. sampainya di rompin memang tempat yang dituju adalah sekolah menengah teknik sultan ahmad shah rompin. tapi sekarang dah naik taraf kepada kolej vokasional. kami tengok-tengok dari pintu pagar je. park kereta tepi jalan mengadap padang. pas tu hubby pun cerita la sikit-sikit kat kitaorg pasal sekolah dia. kat dewan mana dia ambil periksa SPM, tunjuk asrama dia, kelas dia dan lain-lain. aku suruh turun nak ambil gambar dia kat signboard sekolah boleh masuk dalam fb atau blog, tak mau pulak dia. siap cakap dia tak suka publisiti. ceh!

habis hubby bercerita, kami ke pantai. jalan-jalan ambil angin. bagi peluang adam dan alif main kejar-kejar sesama sendiri.

alang-alang dah sampai di rompin aku cadangkan pada hubby untuk cari kedai makan udang galah yang femes tu. hubby cakap dia tau tempatnya. tapi sebab tak puas hati takut salah kedai aku try google kat internet. nasib baik jumpa. tapi kedai tu kat Leban chondong, kuala rompin. on the way kami balik pekan, kami singgah menjamu selera. memang ngam-ngam masa untuk makan tengahari.

kedai makan tu macam medan selera. banyak kedai-kedai makan yang lain. depan kedai ada hutan lipur apa ntah. tak sure namanya. kami memilih kedai makan azizah. sbb kedai ni pernah masuk tv3. tapi kedai yang lain pun turut menjual udang galah sebagai menu utama. sebelah kedai makan azizah, kedai mak ngah kalau tak silap, siap ada gambar menteri besar pahang makan kat situ yang diframekan.

kita boleh pilih udang yang dah siap masak atau nak suruh dia masak panas-panas ikut selera kita pun boleh. aku ambil yang dah siap masak. udang galah masak tomato. macam masak sambal la cuma tak pedas sangat. kuantiti udang dalam 6 ekor yang sedang-sedang. tambah lauk ayam goreng seketul untuk alif, sayur kacang panjang goreng, kupang goreng, sambal belacan, nasi putih dan teh o ais untuk 3 orang. total harga RM 51 selepas ditambah lagi 4 ekor udang sebab kami semua kebuluran. hehe. habis semua pinggan licin. nasib baik kulit udang tak boleh makan. haha. dalam keta aku tido kekenyangan. tau-tau dah sampai rumah.

DSC01021
DSC01022
DSC01023
DSC01024
DSC01025

Saturday, March 9, 2013

> kek coklat kukus sedap, senang dibuat dan bahan yang mudah didapati

salam.

amboi tajuk punya la panjang. hehe.

semalam baru je buat kek coklat. kali ni guna resepi lain dari yang pernah aku cuba dan post kan disini. kali ni resepi yang simple dan senang sangat untuk membuatnya. bahan pun mudah didapati. takde bahan yang pelik-pelik bagi orang yang bukan pakar macam aku ni. lagi pulak resepi guna sukatan cawan. memang aku kalau cari resepi paling utama mesti cari yang guna sukatan cawan sbbnya aku ni miskin, takde penimbang. hehe.

resepi ni dah tak ingat ambil dari mana. tapi yang pasti memang ambil dari blog. tuan empunya blog dah tak ingat sapa. tapi terima kasih aku ucapkan. hanya Allah dapat membalas jasa sbb sharekan resepi ni. aku memang selalu google internet cari resepi-resepi bila masa lapang. then, bila jumpa yang menarik, aku akan copy dan paste kan dalam word. kot-kot bila time rajin datang boleh mencubanya. dalam rekod simpanan aku memang banyak resepi yang dah aku copy paste kan. tapi baru 2-3 kerat yang aku telah cuba.

semalam, bila kek ni menjadi dengan jayanya, hati gembira bukan kepalang. memang puas hati sangat dengan hasilnya. siap sedekahkan sikit pada jiran sebelah rumah. lepas ni kalau nak buat kek coklat pasti yang ni la resepi yang akan digunakan.  jom aku sharekan pulak untuk sesiapa yang ingin mencubanya.

DSC01495

 

KEK COKLAT KUKUS

Bahan-bahan:

Bhn A

  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan gula

Bhn B

  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat

Bhn C

3 biji telur - blend guna blender

Cara-cara:

  1. Campurkan kesemua bahan A dalam periuk. Panaskan sebentar atas api dan kacau hingga sebati
  2. Masukkan bahan B dan C ke dalam bahan A. Gaul sebati
  3. Panaskan kukusan hingga air mendidih
  4. Masukkan adunan ke dalam loyang atau bekas plastik tahan panas ikut citarasa anda.
  5. Kukus selama  1 jam. Pastikan penutup kukusan di bungkus dengan kain supaya air tidak menitik ke atas kek.
  6. Bila dah sejuk, boleh disiram coklat cair dan ditabur coklat urai.

 

  DSC00951

DSC00966

DSC00980

 

RESEPI COKLAT CAIR

Bahan-bahan:

  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 sudu besar minyak
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan susu pekat

cara-cara:

  1. Campurkan kesemuanya dan panaskan atas api perlahan sambil mengacau hingga sebati dan likat

 

DSC00967

DSC00983

DSC01476

DSC01482

selamat mencuba.

Friday, March 1, 2013

> hutang wajib di bayar

salam.

alhamdulillah hari ni dapat langsaikan semua loan MARA yang aku pinjam masa belajar kat GMI dulu. dah settle semuanya. itu pun kira lambat jugak. sebabnya aku tak ikut schedule yang dorang kasi. aku ikut schedule yang aku buat sendiri. itupun tak konsisten. kadang-kadang bulan ni bayar, bulan depan tak. amount pun ikut suka hati aku je.

kalau ikutkan total yang aku pinjam entah bila la nak habis bayar. tapi sekali lagi syukur alhamdulillah aku dapat diskaun. hanya perlu bayar 10% dari jumlah yang aku pinjam. bila dah habis bayar hutang ni, hati rasa tenang je. lapang dada sikit.

di kesempatan ni aku nak ucapkan terima kasih pada pihak MARA kerana memberi pinjaman untuk aku belajar dulu. banyak sungguh jasa MARA ni. masa kat IKM pun MARA jugak yang tanggung. tapi time tu kira biasiswa, tak perlu bayar balik. terima kasih jugak pada abah aku yang tolong sikit sebanyak langsaikan hutang aku ni. abah aku penjamin pertama. semua surat yang berkaitan loan MARA ni mesti sampai kat dia jugak. agaknya boring sangat dah kot berlambak surat MARA sampai kat tangan dia, pulak tu tengok tak surut-surut jumlah pinjaman. dengan murah hati abah aku tolong bayarkan jugak loan aku ni. sayang abah. hehe.

pada mereka-mereka yang ada buat pinjaman jangan lupa bayar ye. tak kisahlah nak bayar berapa sebulan. janji bayar. jangan buat senyap je. nanti nama korang jugak yang di blacklist. boleh masuk dalam suratkhabar lagi. lagi satu boleh beri kesan pada adik beradik kita yang lain. kesian jugak kat penjamin kita. nak-nak penjamin kita tu bukan sedara kita contoh macam jiran ke, ketua kampung ke, tak pasal-pasal nama dia turut di blacklist.

ingat! hutang wajib dibayar tau. tazkirah di hari jumaat. assalamualaikum. hehe.

Iklan LR