بسم الله الرحمن الرحيم & السلام عليكم bismillahirrahmanirrahim & assalamualaikum... Blog ini adalah blog persendirian. Mana-mana artikel dan gambar tidak boleh disalin dalam ape jua bentuk rupa sekalipun. Terima kasih diatas kerjasama anda.
dh tukar baru.. bukan tukar ape pon. broadband maxis yg aku guna nih.. tukar baju jer.. dulu plain putih.. skrg tukar ler biar berkaler sikit.. cntik sikit bile memandangnyer.. time dulu aku apply de contract 18 month.. act.. contract tu x habis lagi.. 6 months more... tp org maxis tu dia blh kautim.. so yg baru ni.. dh di upgrade.. dh xde contract2 bagai.. klu nk terminate immediately pon blh.. x de kena denda2... dia kata yg baru ni laju sikit.. ntah ler.. blh ker caye... monthly bill pon kurang sikit dr yg lama.. ok la tu walau kurang 20 hinggit jer... boleh jgk 20 tu aku g psr mlm... hihi...
memula aku nk theme yg mcm mama aqilah punyer tu.. cntik.. colorful... feminin sikit..
tp stock non ado.. dh hbs.. hush.. ramai tol org apply.. kaye ler maxis... 2 pattern jer yg tggl... yg bawah ni
dan yg ini...
piki2 punyer piki... aku amik pompuan rambut afro yg tgh nyanyi ni... broadband lama ni pulang balik kt maxis...
ptg smlm aku punyer ler berlari nk dapatkan hadiah jadi pengunjung ke 10,000 blog Sederhana Itu Indah ni. time tu ade 8 orang online.. mmg sengit.. lagi 20++ lg nk cecah angka yg dikehendaki oleh tuan rumah... tunggu punya tunggu hampeh... dh terlajak plak... huh.. frust... hihi
tp tuan rumah x lupa ade award sampingan tuk pengunjung2... taraaaa.......
mlm td buat.. resepi ni belajar dari biras.. senang dan simple.. aku kn suke resepi yg simple2 ni.. sesuai tuk wanita berkerjaya cm aku... huhu... nak tau cara buatnyer... ok. memula potong daging nipis2 (kalau potong nipis senang nk mkn kn.) basuh daging, ketepikan. blend bawang besar, halia, bwg putih, cili padi. (sukatan bahan aku agak2 jer) lepas blend sume bahan td masukkan kedlm bekas. masukkan daging yg telah dibersihkan kedlm bekas yg berisi bhn2 blend. pas tu masukkan kicap, sos tiram dan sos cili. perap sekejap (dalam 2-3 minit jer). panaskan minyak didalam kuali. masukkan daging yg telah diperap td kedalam kuali. masak sehingga kering... bila dh hampir masak masukkan bawang yg dipotong bulat.. camne?.. senang tak?...
ni kalau x salah masa adam 1 bulan... gelap sikit kulitnyer.. adik bongsu aku prnh ckp adam time baby x comey langsung... malas dia nk main2... huhu kesian adam...
discount voucher KFC ni telah dihadiahkan oleh pemberi ini atas jawapan betul yg kuberikan untuk contest yg dibuat olehnya... contest simple jer... so, pas ni boleh ler aku mentedarah KFC byk2... huh.. mau naik mendadak berat badan aku ni.... hihi... ada 7 keping voucher kesemuanya untuk pelbagai menu.. tq untuk kucingorengemok.. bila nk wat contest lagi... hadiah yg gempak2 sikit... huhu
huh.. mmg pedas.. berapi telinga dibuatnyer.. terlajak buh cili padi la... hihi.. ni pon lauk lunch tuk hr ni... ikan talapia ni pon bwk dari kg hubby.. FIL ade buat kolam ikan.. ikan patin, talapia, keli... tp aku suke ikan talapia ni jer.. ikan patin x bape gemor. tp makan ler jgk.. kalau buat masak tempoyak mmg hubby aku suke bangat...
lauk lunch aku hari ni.. act.. pucuk paku ni MIL yang kasi last wk mase we all blk kg.. hati ayam tu pon dia kasi.. MIL aku mmg selalu bekalkn mcm2 kalau we all nk balik... mmg penuh ler satu bonet keta tu.. dh orang nk kasi kita amik jer la kn... rezeki jgn di tolak... hihi
act besday IMAN 21 april hari tu.. kebetulan we all dtg rmh dia smlm so sambut ler skali.. act.. mmg blom buat lg.. bukan ler party beria2 sgt pon.. potong kek sajo.. hadiah pon tak we all bagi... hehe... last mnt punya program.. nasib ko ler IMAN.. IMAN ni kazen adam.. anak sedara aku.. anak kakak sulung aku... aku mmg rajin lepak rumah dia.. bukan jauh mn pon.. dulu b4 kawen aku mmg dok ngan dorang... yg dtg smlm adik aku, kakak aku yg lagi sorang dgn anak2 dia... so meriah ler jgk party last mnt tu...
ni ler kazen2 adam yg memeriahkan suasana
makan time..
beria adam nganga mulut
birthday gurl with faiq
zaid dgn air orennyer... asyik minum air jer bdk ni
mama ngan abah baca yassin, si budak kecik ni pon nk ikut sekali... tengok ler gelagat dia.. beria baca.. gaya mcm reti la konon2nyer.. ntah ape yg dia sebut.. sepatah haram tak paham.. hihi tapi kantoi yassin terbalik... hua..hua..hua.. ala 'nak'.. macam2 perangai ko ni... p/s untuk atam: adam ade gaya ustaz x?...
1-2 hari yang lepas (lebih tepat hari selasa sebenarnya) adam mengalami merah2 di badan (kawasan tertentu sahaja). tidak pasti apa puncanya.. mmg dari baby adam kerap mengalami masalah ini.. pernah satu ketika seluruh badan merah dibuatnya. menurut kata doktor, adam allergic.. tp tak pasti allergic pada apa.. boleh jadi pada makanan ataupon seperti yang tersenarai di bawah ini..
Allergic reaction can be provoked by skin contact with poison plants, chemicals and animal scratches, as well as by insect stings. Ingesting or inhaling substances like pollen, animal dander, molds and mildew, dust, nuts and shellfish, may also cause allergic reaction. Medications such as penicillin and other antibiotics are also to be taken with care, to assure an allergic reflex is not triggered.
pagi td tym jenjalan kt rmh kak nurul aka tukang cerita terpandanglah award yg dia terima.. best akak sorang ni... hadiah dapat, award dapat... cam aku ni.. hermmm... satu habuk pon xde... kesiannnn..... tp memandangkan kak nurul ni ckp sape2 yang singgah kat blog dia (aku salah sorang darinya la tu... hihi) boleh dpt award ni jgk.. so dgn muke selamba dan tak malunyer aku pon tempek kat blog aku plak..
yea.. yea.. seronok2 dpt award... aku pon nk panjang2kan award ni pada sesiapa yg visit my blog... ikhlas dari aku...
pesanan untuk kak nurul: tq ye kak... nnt kalau akak ade award lagi jgn lupakan husna ye.. hihi
ni aku buat gara2 kes opismate aku cite psl sardin gulung 2-3 hari yg lepas... tp aku tukar jadi sosej gulung.. senang bangat... hihi.. ini jugak merangkap bekpes aku pagi ni... (sib baik sempat goreng... itupon kelam kabut gak...) jom layan aje la resepi senang dan mudah ni...
Bahan-bahan
2 keping roti
2 ketul sosej
telur
garam
Cara-cara
1. gulung sosej di dalam roti 2. celup di dalam telur yg telah dipukul.. 3. goreng 4. tadaaaaa... dh boleh mkn... =)
takde ler nk diet giler2 pon.. cuma nk turunkan sikit berat badan ni.. dulu sebelum ngandungkan adam berat cuma 45 kg jer.. ok la tu dgn ketinggian aku yg 150 cm... ideal la tu kan... hihi... last berat tym mengandung tu cecah jgk 55 kg... pas bersalin yg turun cuma 5 kg jer... (pandai2 korang ler tolak tambah berat aku skrg ni bape.. hehe) aku diet pon cuma x mkn mlm jer.. waktu lain aku hentam habis2an... klu x jalan jgk dgn cara aku yg satu ni.. kena tukar plan lain ler kot... so far dah 2-3 mlm aku berjaya... hehe.. tp x blh dijangka esok lusa... bukan blh percaya sgt aku ni... hihi... kite tunggu jer la resultnyer 1 bulan dr sekarang ye...
Kurangkan 10% daripada berat badan anda dalam tempoh 6 bulan . Kadar penurunan berat badan ½ - 1 kg seminggu adalah selamat.
Makan buah dan sayur pada setiap waktu makan.
Hadkan pengambilan makanan bergoreng.
Kurangkan pengambilan lemak dengan memilih makanan yang dimasak secara:
mengukus
membakar
memanggang
merebus
Elakkan makan bahagian berlemak pada daging seperti kulit ayam dan lemak daging.
Makan secara teratur dan elakkan dari meningalkan waktu makan utama.
Elakkan penurunan berat badan secara mendadak (drastic).
Tingkatkan aktiviti fizikal.
Timbang badan anda setiap minggu pada masa yang sama, sebaik-baiknya sebelum makan.
Rekodkan pengambilan makanan harian anda sebelum memulakan program penurunan berat badan.
Kaji rekod makanan anda untuk mengetahui masalah seperti pengambilan snek yang berkalori tinggi, makan mengikut mood atau kesukaran mengawal selera makan.
Makan saiz sajian yang kecil pada setiap hidangan.
Hidang makanan menggunakan pinggan yang lebih kecil.
Makan snek berkalori rendah seperti jagung rebus, biskut tanpa gula, roti dan buah-buahan, berbanding kek, puding, pisang goreng dan popia goreng.
Elakkan makan semasa menonton televisyen atau membaca.
Makan secara pelahan.
Anda wajib berpegang teguh kepada keputusan anda, untuk menurunkan berat badan yang berlebihan.
Nilai keperluan tenaga harian anda.
Anda perlu menentukan status aktiviti fizikal anda untuk mengira keperluan tenaga harian anda.
Kaedah mengira keperluan kalori harian anda.
a) Tentukan berat badan anda
b) Tentukan ketinggian anda
c) Tentukan status aktiviti fizikal anda.
i.Aktiviti sedentari
Anda menghabiskan 75% daripada waktu kerja anda dalam keadaan duduk dan berdiri. Contoh pekerja di pejabat, pekerja industri ringan, pembantu kedai, pelajar dan individu yang tidak melakukan senaman secara tetap.
ii.Aktiviti sederhana
Anda menghabiskan 40% daripada waktu kerja anda dalam keadaan duduk dan berdiri. Contoh : guru, kakitangan di hospital, polis, jurujual dan individu yang melakukan aktiviti fizikal 2-3 kali seminggu.
iii.Aktiviti aktif
Anda menghabiskan kebanyakan waktu kerja dalam keadaan berdiri dan berjalan. Contoh: kadet tentera, ahli sukan, buruh binaan bangunan, pekerja industri berat dan individu yang terlibat di dalam sukan lasak seperti rugbi dan bola sepak serta berjoging 3 – 4 kali seminggu.
Formula ringkas untuk mengira keperluan kalori bagi tujuan pengurangan berat badan
Status aktiviti
Lebih berat badan atau Obes (kkal/kg berat badan)
Sedentari
Sederhana aktif
Aktif
20 – 25
25 – 30
30 – 35
Sebagai contoh seorang yang berat badannya adalah 70 kg dan mengamalkan aktiviti fizikal yang
sederhana aktif, maka keperluan harian kalorinya bagi tujuan pengurangan berat badan adalah:-
70 x ( 25 @ 30 ) = 1750 @ 2100 kkal/sehari
Rujuk kepada contoh menu yang disediakan berasaskan kepada keperluan tenaga harian anda. (sediakan perancangan menu)
Nilai semula Indeks Jisim Tubuh anda dalam masa sebulan.
Dapatkan sokongan dari mereka yang rapat dengan anda. Usaha untuk menurunkan berat badan melibatkan perubahan gaya hidup oleh itu kerjasama dan pemahaman dari orang yang terdekat amat diperlukan
Lakukan aktiviti-aktiviti fizikal secara beramai-ramai atau dengan rakan anda yang mempunyai matlamat yang sama, ianya lebih meyeronokkan.
Periksa pencapaian anda dan kenal pasti dimana kelemahan anda dalam menangani masalah rangsangan untuk makan secara berlebihan.
Berbincang dan menghadiri sesi kaunseling yang diadakan oleh kakitangan kesihatan yang terlibat secara langsung di dalam aktiviti pengurangan berat badan dan ambil kesempatan untuk menceritakan apa-apa masalah yang wujud.
activity tuk mlm td.. dah lama sebenarnya nk mengetest buat fruit jelly nih... itupon terserempak tym aku jenjalan kt my resepi. tgk kt rmh blogger lain pon ade jgk benda alah ni.... tu yg makin semangat nk buat tu... nk buat tu senang dan cepat jer.... mcm buat jelly biasa tu tp nk korek isi oren tu bercinta la jgk... sepenuh tenaga aku kerjakannyer... hihi... so sape nk try jom layan resepi kt bawah ni. aku copy paste dari sini yer...
Bahan-bahan ( 2 orang )
2 biji limau- large size
4g serbuk agar-agar
500ml air + jus limau
50g gula
secubit garam
Cara-cara
Potong bahagian atas limau. Dengan kedua belah tangan, picit sedikit untuk keluarkan jusnya. Kemudian tarik keluar isi dengan tangan.
Isi limau tadi diperah untuk ambik jusnya.
Masukkan air dan jus limau, agar-agar, gula dan garam ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
Tuangkan ke dalam kulit limau tadi. Biarkan sejuk dan jelly keras. ( Kalau guna limau pastikan kulitnya tu tebal)
Kalau guna oren buatlah 4 biji. Mungkin susah sikit nak keluarkan isi oren berbanding dengan limau.
dah lama x apdet blog. ade jgk reader yg dh boring asyik tgk gambar puting jer.. hihi.. aku kemalasan sekarang ini.. emosiku juga tak berapa baik untuk minggu ini.. sejak adam demam hari tu (walaupon adam dh sihat..) emosiku masih ditahap itu.. entah mengapa.. aku juga semakin sensitif.. airmata senang sgt mengalir tanpa sebab.. pernah satu malam aku menyuapkan adam makan malam.. adam menolak.. aku jadi sedih.. adam sudah tiada selera untuk makan kah?... sudah lah adam itu small2 size... jenuh aku memujuk.. tapi tak jalan... aku cuba lagi.. dan lagi... tapi keputusan adam muktamad... aku pasrah... aku menangis sepuas-puasnya... aku takot adam lapar, takot adam x bertenaga... takot adam x membesar... mungkin orang akan heran kenapa isu anak tidak mahu makan boleh membuatkan ibunya menangis... entah.. aku tak dapat beri jawapannya.. sejak itu aku mula mencari vitamin yang boleh menaikkan selera adam kembali... moga2 ianya berhasil.... amin..
alhamdulillah misi untuk memberhentikan adam dari menghisap puting telah berjaya... misi telah dimulakan pada hari jumaat 27 mac 2009. sehingga saat ini adam tidak lagi meminta putingnya itu.
langkah-langkah untuk menjayakan misi tersebut ialah:-
memotong separuh getah puting (apabila anak menghisap puting yg telah dipotong, ia akan berasa janggal dan akan membelek2 puting tersebut beberapa kali)
memberi susu @ air kosong (apabila anak merengek meminta puting tukarkan dengan susu atau air kosong)
memberi biskut (kalau tak jln dgn memberi susu @ air tukar kepada biskut @ jajan)
buat tak tau jer (apabila anak meminta puting buat2 tak dengar)
leka kan anak (lekakan anak dengan selalu bermain dgnnya supaya anak tak ingat akan kewujudan puting)
jangan berputus asa
sebab2 aku nak sgt memberhentikan adam dari menghisap puting ada disini.
comel x belon bear chair ni... comelkan... kan... kan.. tu yg membuatkan aku nk beli tuk adam tu... tp adam x heran sgt pon... aku jer yg lebih2... hihi~
ni pon menu mlm td...fuh berderet entri masakan... ade yg nk termuntah dh ker.... hehe tgh rajin ni... sok2 klu dh xde entri masakan tu paham2 aje la ye... resepi aku amik kt sini sbrnyer. so aku copy paste ajela ye
Bahan-bahan
1 kg ikan cencaru (aku beli 2 ekor jer)
1/2 biji kelapa parut
* 3-4 biji bawang merah
* 2-3 ulas bawang putih
* 1 sudu besar udang kering
* 1/2 inci kunyit (ni aku x masukkan)
* 2 batang serai
* 2 biji buah keras (ni pon x bubuh)
2 sb lada boh
sedikit air asam jawa
garam, gula n perasa
Cara-cara
Tumbuk semua bahan bertanda (aku blend jer... sonang cite) *
Tumis lada boh hingga garing. Masukkan bahan tumbuk, tumis hingga garing n naik bau.
Masukkan sedikit air asam jawa. Bila agak kering masukkan kelapa parut dan gaul sakata. Masukkan garam, gula n perasa kalau suka... Biar sampai kering... ala-ala serunding.
Sementara tunggu kelapa kering, bersihkan ikan dan belah di bahagian belakang ikan.
menu mlm td.. buat tuk adam.. mmg byk dia mkn... dia suke sgt carrot n kentang... seronok tgk adam mkn byk... ni buat mama rajin nk msk lg neh... ngeh... ngeh... ngeh...