Mukadimah

بسم الله الرحمن الرحيم & السلام عليكم
bismillahirrahmanirrahim & assalamualaikum...
Blog ini adalah blog persendirian. Mana-mana artikel dan gambar tidak boleh disalin dalam ape jua bentuk rupa sekalipun. Terima kasih diatas kerjasama anda.



Friday, October 29, 2010

> Jusco & kenny rogers IOI Puchong

semalam aku renew jcard aku. lama giler dah expired. bulan 2 yang lepas. now dah nak hujung tahun pun. ini menunjukkan lama sungguh aku tak menjejakkan kaki ke mana2 cawangan jusco. lama dah tak shopping. eh! tipu… raya hari tu ade jugak shopping. semalam renew untuk 2 tahun terus. senang. aku ni mudah lupa. lagipun takde masa nak pergi sorang2. kalau takde orang nak tolong bawakkan memang la tak pergi.


renew semalam pun sebab hubby nak beli something. kalau ikutkan malas nak renew pun. tapi masalahnya bukan barang hubby je yang dibeli, barang aku dengan adam pun ade jugak. tumpang sekaki orang kata. lepas beli, terus gi makan kat kenny rogers. yummy!


mak buyung sorang ni asyik pikir makan sajer. hehehe…



Picture

Wednesday, October 27, 2010

> ayam penyet ria, summit usj

60034_b


first time makan kat sini. makanan, resepi asal dari indonesia. ayam penyet ria ni banyak cawangan rasanya. summit usj ni salah satu darinya.



Picture 1362


disebabkan pertama kali tak tau nak order apa. cuba main menu dorang. ade ayam goreng, tauhu goreng, tempe goreng, sayur kangkung, ulam timun, ulam kobis dan sambal belacan. nasi putih order asing. takde kuah2. cuma dia bekalkan dengan kicap. kami dua2 order menu yang sama. order tambahan keropok sayur.



Picture 1360Picture 1361


saya boleh katakan makanan disini sedap. nak-nak perut masa tu tengah lapar giler. lain kali boleh repeat makan kat sini lagi kot.


Picture 1359


cincau untuk saya, milo ais untuk adam dan sirap limau untuk hubby.



Tuesday, October 26, 2010

> 27+ weeks

jumaat lepas saya pergi checkup pregnancy macam biasa. macam biasa jugak periksa tekanan darah, timbang berat badan, test air kencing dan scan baby. semuanya berkeadaan baik. berat badan pun makin naik. sekarang sudah 51.5 kg.


kali ni scan, doktor sekali lagi beritahu, yang saya kandungkan baby boy. last month checkup pun doktor bilang benda yang sama. sekarang saya sudah set di fikiran, memang ini baby boy. ada la kawan untuk adam. pasti riuh rumah saya nanti. saya dah mula dapat gambarkan suasana itu. =) masa untuk list kan nama-nama baby boy yang baik dan best pun sudah bermula. sesiapa yang ada cadangan boleh juga kemukakan disini.


bersalin adam dulu adalah secara caeser. sebab utama yang diberitahu doktor ialah Fetal Distress. dalam erti kata yang mudah jantung baby lemah. so, semasa jumpa dengan doktor saya ambil peluang untuk bertanya peluang saya untuk bersalin normal atau tidak untuk kandungan kali ini. doktor beritahu peluang adalah 50-50. saya hanya berdoa semoga dipermudahkan dan berjalan lancar urusan bersalin ini nanti.


Monday, October 25, 2010

> mesin jahit matsuyuki

image


gara-gara kamu, kamu dan kamu saya juga dalam diam mahu mesin ini. mula-mula dalam hati niat mahu mesin jahit cukup sekadar jenama singer. memang jenama itu pun saja yang saya tahu. cukup sekadar dapat menjahit yang simple-simple sahaja. sebab saya bukanlah seorang penjahit yang pro. angan-angan saya hanya mahu jahit langsir, sarung bantal atau benda-benda yang comel. hehe…


tapi bile mereka yang saya maksudkan diatas tadi asyik bercerita tentang kehebatan mesin matsuyuki ni, dengan hasil yang ditunjukkan dari mesin ini amatlah comel dan menarik, hati ini mula tertawan. angan-angan mahu dapat satu. kata mereka, mesin ni pintar. semua boleh buat. boleh dapat kelas percuma lagi.


mungkin satu hari nanti saya betul-betul boleh dapat ini mesin. maybe next year. lepas saya bersalin adik adam ini. itu target saya.


Wednesday, October 20, 2010

> jatuh cinta sama kamu BlackBerry® Torch™ 9800 with Celcom Exec 50 Postpaid Plan !

memang dah tengah angau sekarang ni. makin parah! harap-harap saya ade jodoh dengan kamu.



blackberry_torch_9800_dimensions



apa la yang best sangat pasal BlackBerry® Torch™ 9800 ni kan?


kalau korang nak tahu, BlackBerry® Torch™ 9800 ni memang cantik, seksi dan mengiurkan. siapa tengok pasti tertawan.




blackberry-torch-9800-100803-02



BlackBerry® Torch™ 9800 ialah telefon pintar yang pertama menggunakan BlackBerry® keyboard dan full 3.2 inch touch screen dalam masa yang sama. boleh guna keyboard boleh guna touch screen. hebat bukan!



bukan tu je, BlackBerry® Torch™ 9800 ni jugak datang dengan ciri-ciri yang mempersona seperti:



Connectivity at your fingertips Maximized multimedia
Immerse yourself with 8 GB of memory, expandable up to 32GB with a microSD card, zoom effect by a pinch of your fingers and enhanced music player that allows you to view full album art and track listings in portrait or landscape.
Connectivity at your fingertips 5 MP camera
Comes with flash, continuous auto-focus and image stabilization, plus 11 photo modes and video recording to ease those spontaneous moments.
Connectivity at your fingertips Integrated social feeds
Now you can update multiple social networks such as Facebook, LinkedIn, Buzzd and much more with a single post or gather and filter all your social network and feeds in one view. It's that easy!
Connectivity at your fingertips Faster, richer browsing
Multi-tasks by managing multiple open websites with tabbed browsing as well as bookmark all your favourite sites with branded icons or customizable names right from the home screen.


macam mana? tertarik tak? jangan tunggu-tunggu lagi. jom dapatkan Blackberry Torch 9800 dengan plan Celcom Exec Postpaid dari Celcom yang menarik dan menguntungkan. semua pun sedia maklum Celcom is Malaysia’s No.1 Blackberry provider, with the best Blackberry smartphones and plans! kewibawaan celcom tak perlu dipertikaikan lagi. rangkaian bergerak paling pantas, jelas dan seluas-luasnya.



clip_image002



kalau korang amik plan Celcom Exec 50 Postpaid, korang cuma bayar serendah RM 50 sebulan. bukan itu aje, automatic dengan plan ni korang dapat diskaun sehingga 30% setiap bulan. sapa nak bagi. hanya celcom ok! dah la call rate 15 sen je untuk semua nombor. tak kira celcom ke celcom ke, celcom ke maxis ke, celcom ke digi ke. semua nombor ye. ha! ade lagi tau, dengan plan ni jugak korang boleh dapat Free celcom broadband basic plan selama sebulan dengan speeds 384Kbps. aduh! banyak sungguh keuntungan disitu.



img_hero_exec50



nak tau lebih lanjut berkenaan Blackberry Torch with Celcom Postpaid plans sila klik sini ye.





Celcom juga akan melancarkan Blackberry Torch 9800 pada 29 Oktober 2010 ni. so, kalau korang nak jadi 100 pelanggan pertama yang memiliki Blackberry Torch 9800 dengan Celcom Exec hanya daftar di pre-register. saya pasti anda tidak akan menyesal kerana semasa launching tersebut akan ada banyak aktiviti-aktiviti yang seronok dan hadiah-hadiah yang percuma. bukan tu saja, semua yang kat bawah ni pun korang boleh dapat percuma jugak. berbaloi-baloi!


- Jabra Bluetooth Headset bernilai RM125
- 8GB Micro SD Card bernilai RM68
- Energizer Portable bernilai RM58




what are you waiting for! register now!




sebenarnya, entri ni khas sempena celcom dengan amatlah bermurah hati akan menghadiahkan 2 unit BlackBerry® Torch™ 9800 kepada blogger yang mengdaftar sebagai ahli nuffnang. tapi ade le syarat-syarat yang dikenakan. first2 sekali kena buat entry pasal BlackBerry® Torch™ 9800 ni. cepat-cepat, contest bermula 18 october 2010 sehingga 28 october 2010. ada beberapa hari saja lagi ni. nak tahu lebih lanjut pasal contest ni pergi kat webpage nuffnang.



fuh kiri, fuh kanan…


Tuesday, October 19, 2010

Monday, October 18, 2010

> i am very proud of my son

ya! saya memang bangga dengan anak saya.



adam dah boleh baca dan hafal doa makan. itu satu pencapaian yang bagus untuk budak umur yg baru saja genap 3 tahun september yang lalu. walaupun sebutan dan tajwid tak berapa betul, itu sudah memadai… boleh practice make perfect lagi kan. sekarang kalau nak makan atau minum adam la pembaca doa untuk kami.



surah al-fatihah pun dia dah mula hafal. tapi masih tunggang langgang. banyak ayat yang dia pendekkan... kalau solat berjemaah tang al-fatihah tu memang dia baca kuat. macam dia pulak jadi imam. hehe… kadang-kadang saya tergelak sendiri dalam hati tengok gelagat dia. ops! tak kusyuk la jawabnya solat saya itu kan. =)



bila ada masa lapang saya video kan adam baca doa makan dengan al-fatihah ok.



Friday, October 15, 2010

> save your money

jom kempen berjimat cermat.


pagi ni bawak bekal nasi goreng untuk breakfast di opis. baru sesekali bawak bekal dah nk berkempen. poyo lebih je kan. hehe…



Picture 1354


satu bekal untuk aku, satu bekal lagi untuk hubby. walaupun terpaksa bangun awal pagi untuk masak tapi selamat duit sarapan pagi untuk hari ini. =)



Thursday, October 14, 2010

> dumex dugro perisa asli untuk 3-6 tahun

semalam kan start bagi adam susu dumex dugro ni. so far takde pulak pengasuh adam cakap adam mengamuk tak nak minum susu. ok la tu kot. alhamdulillah…


kat rumah still susu anmum lagi. ade lagi sikit lagi. nanti kalau dah habis boleh terus beli susu dumex ni…



Picture 074

> penapis air Bio Aura

aku ade beberapa unit penapis air bio aura yang nak dijual. semuanya baru. kalau normal price satu unit RM 2080. tapi kali ni aku nak jual dengan harga murah-murah giler. boleh tawar menawar lagi dengan aku kalau kena gaya. tapi kena mintak persetujuan hubby aku jugak. hehe… bayar cash boleh, bayar ansuran pun diterima. janji benda ni terjual. untuk yang menetap di selangor dan kuala lumpur kami boleh arrange penghantaran. siap pasangkan lagi. sesiapa yg berminat boleh email kat aku di husna.milah@yahoo.com



hubby aku dulu join program MLM ni. tapi tak jalan. memang takde rezeki dengan program ni. tak sesuai dengan jiwa hubby aku kot. nasib baik tak buat pinjaman bank. kalau tak, jenuh nak bayar every month. tu sebab skrg aku cuma nak habiskan semua unit penapis air bio aura yg masih ade dalam simpanan kitaorg ni je…



bio aura 3 bio aura 1 bio aura 2

Wednesday, October 13, 2010

> nak kena tukar ke tak?

aku cadang nak tukar susu adam la. tahun depan kan nk tambah seorang lagi ahli keluarga. sekarang adam minum susu anmum stage 3. satu kotak 1.3 kg harga lebih kurang RM 44++. itu harga beli dekat kedai ubat cina. kalau kat pasaraya seperti giant, carefour atau tesco lagi mahal. baru-baru ni pon susu anmum ni naik harga lagi. satu bulan selalunya habis 3 atau 4 kotak. sepatutnya adam dah kena tukar ke stage 4. pon tak tukar2 lagi. alang2 nak tukar, aku nk tukar jenama terus la.



cadang nak tukar susu yang murah sikit dari sekarang. macam dumex ke. tapi takut jugak kan nak tukar2 susu ni. sebab adam memang dah serasi dengan jenama anmum dari baby.



kebetulan semalam pengasuh adam cakap susu dah habis. so, aku dah beli susu dumex dugro 3-6 tahun perisa asli utk dibawa ke rumah pengasuh hari ni. harap2 adam boleh terima dan sesuai dengan perut dia.



Anmum Essential Step 3


susu anmum pack lama. tukar pack je naik harga…



susu anmum


ni pack sekarang. stage 3 untuk 1 tahun ke atas. stage 4 untuk 3 tahun keatas.



Picture 1352


dumex dugro 3 – 6 tahun perisa asli. RM 14.90 utk 650g. try pek kecik dulu.





next plan: stopkan adam dari pakai pampers...




Tuesday, October 12, 2010

> Impian morib hotel (lagi)

tengah kemas2 laci meja terjumpa flyer hotel impian morib ni. saja tempek kat sini kot2 ade sesiapa yang nk buat reference.



scan


scan0001

> walaupun tak seberapa tetap rezeki Allah

alhamdulillah, hari jumaat hari tu dapat 1st cek dari nuffnang. tq nuffang. amount cek tak payah cerita la kan. tak seberapa pun. tapi syukur, alhamdulillah…



masa mula2 aku berblog, aku tak tau ape pun pasal nuffnang. register pun saja suka-suka sebab tgk kat blog org lain semua ade nuffnang.



Picture 1351

Monday, October 11, 2010

> Sammy’s Adventures: The Passage Secret

sammy's adventures


Release Date: 7 October 2010
Language: English
Genre: Comedy
Running Time: 1 hour 27 minutes
Director: Ben Stassen
Cast: Tim Curry, Jenny McCarthy, Melanie Griffith.

Sammy's Adventures: The Secret Passage merupakan cerita pengembaraan seekor penyu bernama Sammy. Sammy dilahirkan pada tahun 1959 menghabiskan masa selama 50 tahun mengembara. Sammy menghadapi pelbagai rintangan dalam pengembaraannya demi mencari kekasihnya Shelly. Dugaan yang dihadapi oleh Sammy seperti ribut, haiwan pemangsa dan kemusnahan habitat membuatkan Sammy lebih tabah dalam mengenal erti kehidupan!



cerita ni menurut pandangan mata aku kira ok aje la. takde le best sangat pun. biasa-biasa aje. best sikit kot sebab tgk kat panggung dengan skrin besar dan sound yg hebat. walaupun cerita ni berunsur komedi tapi takde la byk sgt komedi dia pun. boleh di kira la berapa kali kami ketawa.



senang cerita, cerita ni sesuai untuk kanak-kanak aje la. tapi itupun adam ade jugak buat muka boring… nak cerita lebih-lebih pun aku tak reti... korang sendiri tengok dan nilaikannya lah...


> jom tengok wayang

sabtu lepas, bawak adam tgk wayang. ni kira 2nd time la adam masuk panggung. kami tengok kat GSC Summit USJ. ikut hati abah adam nak tengok cerita Magika. aku tak kisah sangat. sebab dorang berdua tu je yg beria nk masuk panggung. adam pulak nak tgk cite kartun.


Picture 120


tengah dok pikir nak tgk cerita ape yg sesuai…



Picture 131


amik satu seat khas utk adam. tak muat nak share dengan aku. ;) sibuk tanya kenapa dalam panggung gelap. malam ke mama? kalau nak tahu, adam memang takut dengan gelap. dia pikir gelap tu nanti ade hantu.



Picture 133


adam tengok movie kat atas ni la. nasib baik dia tak buat hal dalam panggung. siap baring minum susu lagi. kadang2 je dia tanya bile cite tu nak habis. ade jugak 2-3 budak yg merengek dan nangis2… adam good boy la…


nanti aku bagitau cerita ni best ke tak ye…

Thursday, October 7, 2010

> birthday boy?

IMG_6167


sesuai ke umur dah masuk 3 series panggil birthday boy. haha…



semalam kami keluar makan sambut birthday hubby. makan pun kat pizza hut je. hubby yg request makan kat situ. hadiah pun takde aku belikan. hubby faham. kami memang tak sambut beria birthday2 ni. just wish dan keluar makan. dari dulu lagi dah mcm tu.


kek pun takde le aku beli sebiji. beli 2 slices blueberry cheese cake jer kat secret recipe. kalau ikut hubby memang dia tak perlu kek2 ni. tapi alang2 aku pun teringin makan kek, beli le jugak. itu pon tak habis… simpan baki dalam peti.



IMG_6165IMG_6178

IMG_6181IMG_6183



kalau dah makan kat pizza hut, menu utama mesti la pizza kan. lately kalau order pizza mesti ambik flavor hawaiian tuna. dulu2 suka super supreme. menu tambahan Thai tuna roll, prawn olio, milo iced and hot tea. =)



IMG_6173IMG_6170



HAPPY BIRTHDAY ABAH ikhlas dari MAMA & ADAM…

Wednesday, October 6, 2010

> doa buat suami di hari ulangtahun kelahirannya

Hari ni merupakan ulangtahun kelahiran buat my hubby. Pagi tadi on the way nak ke tempat kerja aku dgn adam dah wish pada hubby. Kitaorang siap nyanyi2 lagi dalam kereta. =)




Buat suami tercinta,



husna doakan agar abang menjadi suami yang soleh, abah mithali, anak soleh kepada ibu dan ayah dan yang paling penting menjadi hamba Allah yang beriman. Semoga dirimu berjaya di dunia, lebih-lebih lagi diakhirat.



ketahuilah wahai suamiku, selangkah umur kita melangkah, menandakan umur kita makin hampir untuk bertemu Ilahi. Waktu itu segala nikmat dunia yang sementara akan terputus.
Semoga kehidupan kita akan mendapat limpahan rahmat dari Ilahi dan sentiasa diberi petunjuk darinya. InsyaAllah.



Doa husna tujukan khusus buat abang, memohon agar kehidupan abang sentiasa dalam rahmat Tuhan. Semoga Allah panjangkan umur abang, diberikan kesihatan yang baik dan rezeki yang penuh keberkatan. husna juga doakan, biarlah hanya yang terbaik berlaku dalam kehidupan, dunia dan akhirat bersama kita gapai penuh kesyukuran.


Harapan dan impian husna agar husna mampu membuat abang sentiasa tersenyum dan tertawa saat kita bersama meniti usia. Moga Allah berikan husna kekuatan untuk membekalkan rasa ketenangan dihati abang walaupun tika hidup kita di hempas gelombang.



Terima kasih Tuhan kerana Kau jadikan dia untukku....
Terima kasih abang kerana hadirmu begitu membahagiakanku...



Picture 025



SELAMAT HARI LAHIR buat suami tercinta FIRDAUS BIN MUSA




Tuesday, October 5, 2010

> good luck!

PMR start hari ni kan. so, dikesempatan ini aku nak ucapkan good luck to my niece NURUL IZZATI ZULKIFLI yang menduduki peperiksaan tersebut bermula hari ni. ateh doakan semoga dapat jawab semua soalan dengan jayanya.



usaha + doa + tawakal = insyaallah berjaya…



caiyok2!…



58974_159174064098875_100000188486641_539787_3950870_n 58974_159174067432208_100000188486641_539788_896872_n 46864_159176727431942_100000188486641_539799_1714117_n



aku ambil peperiksaan PMR ni tahun 1995. tapi masa tu aku tak risau sangat. study ala kadar. main redah aje.. tengok la bila result keluar. cukup2 makan. hehehe…



kalau la boleh diputarkan masa kembali…



Monday, October 4, 2010

> my baby

baby dlm perut dah gerak2. best! apa la yg dia buat tu kan. aktif betul. tambah2 kalau perut kosong atau lepas makan. bagi warning kat mama dia suruh isi makanan kot. ;P



alhamdulillah selera sekarang makin menjadi. dah boleh makan ape saje. berat pun dah naik ni. ;) tapi nak kena control jugak. doktor dah bagi warning. kalau next month naik mendadak sgt, doktor nak suruh minum air gula. huhu.. takmo la… orang kata tak sedap dan nak termuntah.


tapi ramai member bila jumpa aku in person, kata perut aku tak nampak sgt walaupun skrg dah nak masuk 6 bulan. kecik dan comel jer dorang cakap perut aku ni. hehe…



waktu tido masih seperti biasa. cuma mula2 nak tido tu payah sikit nak cari posisi yang terbaik. tapi bila tido alhamdulillah lena jugak. kadang2 jer terbangun tengah malam.



> nasi ayam

Picture 122


masak nasi ayam sabtu lepas. cubaan kali ke-2.



Friday, October 1, 2010

> MC

semalam aku MC. bukan demam, cuma selsema. aku ni jarang jugak demam, alhamdulillah. tapi kena selsema kerap jugak. kalau dah kena selsema memang tak boleh tahan, asyik bersin jer, hidung gatal2, sakit dan merah. tu sebab kalau aku selsema memang aku tak boleh nak buat ape. apa lagi baring dan tido saja la. tu sebab kalau selsema aku memang nak MC. alhamdulillah, hari ni dah ok.


aku ni memang alah sangat dengan habuk. kat rumah memang aku sapu sampah tak pakai penyapu. aku guna vacum. kalau guna penyapu bila habuk tu terbang nnt masuk dalam hidung aku. kalau terpaksa guna penyapu mmg aku akan pastikan hidung aku ditutup. pakai le mask ke, tutup dengan kain ke. kalau lipat kain pun aku boleh bersin2. sensitif no hidung aku ni. bulu hidung pendek sgt kot. hahaha…




Iklan LR