Mukadimah

بسم الله الرحمن الرحيم & السلام عليكم
bismillahirrahmanirrahim & assalamualaikum...
Blog ini adalah blog persendirian. Mana-mana artikel dan gambar tidak boleh disalin dalam ape jua bentuk rupa sekalipun. Terima kasih diatas kerjasama anda.



Friday, December 31, 2010

> 2010 tukar 2011

lagi beberapa jam tahun 2010 akan melabuhkan tirainya, dan bakal menjelma tahun 2011. banyak pengalaman pahit manis, suka duka yang dah dilalui ditahun 2010. semoga ianya menjadi sempadan dan teladan untuk meneruskan hidup ini.

pengalaman yang pahit biarlah berlalu pergi ditelan masa. saya tidak mahu ingat kembali. memang orang kata maaf itu senang, tapi melupakan itu sesuatu yang sukar.

dengan kedatangan tahun baru 2011, saya memohon pada Allah, kehidupan saya, keluarga saya, kawan-kawan saya serta orang disekeliling saya bertambah baik dari tahun sebelumnya.

tahun 2011 juga, saya bakal menerima ahli baru dalam keluarga. keluarga saya makin bertambah. dengan kehadirannya moga keluarga saya sentiasa dimurahkan rezeki yang berkat, sihat tubuh badan, peningkatan iman dan beroleh kebahagiaan dunia dan akhirat.

 

selamat datang 2011.

Thursday, December 30, 2010

> aquaria KLCC

1 2 

cuti krismas lepas kami jalan-jalan di aquari KLCC. kebetulan adik beradik hubby dari kg datang rumah. bawak dorang jalan-jalan kat sini. dah nama pun public holiday kan. manusia ramai yang amat. nak tengok ikan-ikan dalam aquarium tu pun bersesak-sesak. satu-satu aquarium tak boleh nak tengok lama. nak bergambar pun payah. kami ni kira bernasib baik jugak sebab tiba kat aquaria awal pagi. time kami semua keluar, mak datok beratur panjang orang nk beli tiket.
harga tiket utk dewasa RM 35. mahai giler. rasanya last kami bertiga masuk aquaria RM 28 jer utk dewasa. maybe sbb public holiday kot. ke memang dah naik harga.

3
4

> yeay! Jumaat cuti umum

Malaysia juara piala aff suzuki 2010. tahniah untuk pemain-pemain malaysia. dan yang best lagi Perdana menteri umum besok, jumaat 31 disember sebagai cuti umum diatas kemenangan malaysia.

malam tadi memang tak ketinggalan tengok perlawanan tersebut. masa malaysia dapat gol yang pertama tu, saya pun turut bertepuk tangan. nasib baik tak melompat. kalau tak, mau terberanak. hehe… yang paling dikagumi penjaga gol malaysia, khairul fahmi. hebat sungguh. muka dah la ala-ala jepun. hensemmmm…

 

Tahniah Malaysia!

 

sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PialaAFFSuzuki_PMisytiharcutiumumJumaatini/Article

Wednesday, December 29, 2010

> dah 36 minggu

usia kandungan dah 36 minggu sekarang ni. semalam pergi lagi hospital putrajaya. hari tu kan tak buat checkup pun. rasanya setiap hari selasa, checkup utk ibu-ibu mengandung kot kat sini. ramai betul yang pregnant. ade perut kecik, perut besar. HEHE…

checkup semalam semuanya ok. berat baby dah 2.7 kg. berat saya naik lagi 1 kg menjadikan 57 kg. doktor kata maybe saya boleh bersalin normal. lepas ni checkup macam biasa di klinik yang saya selalu pergi tu. cuma masa 39 minggu nanti doktor suruh datang balik checkup kat hospital putrajaya ni.

mudah-mudahan semuanya berjalan lancar.

Friday, December 24, 2010

> chiffon jalinan kasih.

husna

cantik tak tudung yang saya pakai? hehe…
tudung ni saya order dengan orang ini. 100% buatan tangan dia. dia memang berbakat dalam menjahit-jahit ni. saya sangat kagum dengan dia.
dikesempatan ini, saya mahu promosikan tudung ini. sesiapa yang berminat boleh klik di blog dia untuk tahu dengan lebih lanjut. memang dia sedia menerima tempahan.

> booking hospital

rabu lepas pergi hospital putrajaya untuk booking bersalin disana. kalau ikutkan tak payah booking-booking ni, sakit terus datang. tapi sebab saya ada kes (ceaser)pada kelahiran adam yang lepas, so doktor tempat yang saya checkup bulan-bulan suggest saya buat booking.

tapi proses untuk booking tak dapat diteruskan, tak pasti sbb ape. mungkin kena buat appointment dulu kot. so, diorang suruh datang balik hari selasa next week.

Tuesday, December 21, 2010

> new born baby checklist

IMG_6385

alhamdulillah, sempat jugak beli barang baby ahad lepas. almost semua dah completed. cuma nak tambah pampers je belum beli lagi dan 2-3 barang lagi. baju baru beli 4-5 helai saja. yang lain guna balik baju-baju adam yang dulu.

Friday, December 17, 2010

> kejam ke?

model: aisyah.

aisyah_pukong

jangan salah sangka ye. ini bukan kes penderaan bayi.

ini cara orang banjar tidurkan anak. orang banjar panggil ‘pukong’. kalau tidur stail mcm ni, baby boleh tidur dengan lena dengan jangka masa yang panjang. takde la sekejap-sekejap terjaga. kiranya macam ada orang peluk dia la.

dulu, kami adik-beradik semua pernah kena macam ni. tapi kalau sesiapa yang tak pernah buat, jangan sesekali mencuba. kang patah riuk pulak baby dibuatnya. sbb mak saya kata ada teknik-teknik cara nak dudukkan baby dan cara ikatan tu.

> abg adam & baby aisyah

aisyah & adam 3
aisyah & adam 1
aisyah & adam 2

saje nak tempek gambar adam riba baby aisyah. aisyah anak kepada adik saya yang kawen tak lama dulu. aisyah dah berusia hampir 4 bulan rasanya. sikit lagi sama besar atau boleh kalahkan abg adam. mcm ni agaknya kot bila adam riba adik dia nanti. =)

perancangan awal minggu ni nak blk kg abah saya kat parit buntar, perak. makcik saya merangkap adik abah saya kawin. tapi plan tersebut terpaksa dibatalkan. hubby kerja esok hari. kalau nak balik hari boleh aje sbb kenduri hari ahad. tapi memandangkan perjalanan mengambil masa agak lama jugak, dalam 5-6 jam dari shah alam kami sepakat tak pergi kenduri tersebut. kereta pun dah lama tak service, budget nak jalan jauh pun takde tengah-tengah bulan ni.

kita hanya merancang, tuhan yang tentukan…

Tuesday, December 14, 2010

> susu kambing

baru-baru ni masa di kampung, saya nak buatkan minuman untuk hubby waktu makan pagi. ternampak minuman 3 in 1 coffee berasaskan susu kambing kt dapur mak. siap ada muka kambing lagi. saya suggest pada hubby, nak try tak? sebab mak kata sedap jugak. tiba-tiba adam menyampuk, beria dia tak bagi minum air tu. adam kata nanti abah dia jadi kambing dan bunyi mbek-mbek macam kambing. HAHA… boleh pulak dia fikir macam tu.

images

satu kotak = 15 sachets = RM 36.00

sekarang saya pun mula start minum susu kambing macam gambar diatas. orang kata susu kambing banyak manfaatnya. salah satu untuk cegah demam kuning. ini persediaan untuk baby yang bakal lahir tak lama lagi. sudah fobia bile adam masa baby kena demam kuning. 2 malam jugak kena tahan di wad. hari-hari amik darah untuk di check. kesian sungguh.

satu yang saya musykil, rata-rata baby yang kena tahan di wad disebabkan demam kuning ni orang melayu. jarang sungguh bangsa cina atau india. betul tak?

Monday, December 13, 2010

> itu sahaja

last 2 weeks balik kg saya, last week balik kg hubby. dan hari-hari biasa tiada apa yang menarik.

itu sahaja. sekian

Friday, December 3, 2010

> percuma

IMG_6363

beli susu dumex dugro 1kg percuma mug comel.

adam: mama, adam kena minum susu guna cawan ke? tak boleh guna botol susu ke?
mama: ikut suka adam la.
adam: kalau guna cawan boleh baring tak?

Wednesday, December 1, 2010

> tak nak letak tajuk

page

ini bukan mood kahwin ye kawan-kawan. tapi mood ape ntah tetiba saya mahu berinai pulak. sejak mengandung ni dah 2 kali saya berinai. padahal saya bukanlah suka sangat berinai ni pun.
dulu nak pakai inai rumit jugak kerjanya. nak kena giling daun inai kasi lumat. sekarang beli saja yang liquid.

selingan: jari-jari saya montok kan. kawan saya masa study dulu selalu bilang jari saya gemuk tak padan dgn tuannya. =)

Iklan LR