Mukadimah

بسم الله الرحمن الرحيم & السلام عليكم
bismillahirrahmanirrahim & assalamualaikum...
Blog ini adalah blog persendirian. Mana-mana artikel dan gambar tidak boleh disalin dalam ape jua bentuk rupa sekalipun. Terima kasih diatas kerjasama anda.



Showing posts with label abah. Show all posts
Showing posts with label abah. Show all posts

Monday, March 18, 2013

> tujuh, nasi daging dan air asam

salam.

DSC011011

alhamdulillah hari ni genap 7 tahun usia perkahwinan aku dan hubby. happy anniversary encik hubby. tapi bukan dia baca pun blog aku ni. hehe. walaupun dah 7 tahun tapi masih lagi perlu belajar tentang ilmu rumahtangga ni.  bak kata pepatah,semakin banyak kita belajar, semakin banyak yang kita tak tahu kan. semoga kami tetap bersama susah dan senang hingga hujung nyawa.

semalam ada masak nasi daging. tapi selalunya weekend-weekend aku jarang masak. kasi cuti la kan untuk suri rumah macam aku ni. hari-hari biasa kan dah selalu masak. tapi semalam tu kena masak jugak sebab hubby kena pergi kerja. tak dapat nak ajak makan kat luar. so, aku decide masak nasi daging je.

step yang nak kena ikut agak senang. tapi dok senang-senang tu pun aku termiss jugak nak bubuh sos tomato. entah apa la yang aku angankan. patut la tengok macam tak merah je nasi daging aku ni. rupa-rupanya tak bubuh sos tomato. nasib baik perasan sebelum sempat nasi ni masak.

alhamdulillah bila dah masak tu sedap jugak rasanya cuma terkurang garam sikit tapi bila makan dengan air asam memamg kena sangat lah.

Resepi Nasi daging

Bahan-bahan

  • 2 cawan beras
  • Daging secukupnya
  • 1 ½ cawan air rebusan daging 
  • 1 bungkus sup bunjut
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3-4 biji cengkih
  • 2-3 biji buah pelaga
  • ½ biji bawang besar - hiris
  • 2 ulas bawang putih - hiris
  • 1 inci halia - hiris
  • 1 sudu besar rempah kurma - bancuh dgn sedikit air
  • 3 sudu besar sos tomato
  • ½ cawan susu cair
  • 2 sudu besar mentega
  • Garam secukup rasa
  • 2 helai daun pandan

Cara-cara

  1. Rebus daging bersama rempah sup bunjut dan sedikit garam sehingga daging empuk. Simpan air rebusan daging.
  2. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga dengan menggunakkan mentega hingga naik bau.
  3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia, dan tumis hingga layu.
  4. Masukkan rempah kurma yg telah dijadikan pes. Tumis lagi hingga naik bau.
  5. Basuh beras dan toskan.
  6. Masukkan 1 ½ cawan air rebusan daging, ½ cawan susu cair dan sos tomato ke dalam periuk nasi yang berisi beras.
  7. Masukkan pula bahan tumisan, garam & kacau rata.
  8. Kemudian masukkan daging secukupnya dan daun pandan.
  9. Masak nasi seperti biasa.

Wednesday, February 20, 2013

> cerita dari Denmark

salam.

alhamdulillah hubby selamat pulang dari Denmark ahad lepas. kali ni pergi ke oversea takde buah tangan di bawa pulang untuk kitaorang. sob.. sob.. sob.. fridge magnet denmark yang saya pesan pun takde jugak. sadis sungguh rasanya.

kata hubby schedule semasa di sane betul-betul tight. lagipun hubby kesane hanya beberapa hari. masa di habiskan dengan aktiviti PDI. kalau tak salah, PDI stand for Pre-delivery inspection. check machine dan meeting. pagi keluar ke tempat supplier, bila hampir malam pulang semula ke hotel. mana sempat nak jalan-jalan dan membeli belah. lagipun tempat yang hubby stay hanya bandar kecik, bila malam banyak kedai tutup. hubby cakap nak keluar malam pun fikir 2-3 kali, suhu amatlah sejuk menggigil. snow pun masih ada lagi sikit-sikit.

alasan di terima. hehehe…

kita layan gambar dari denmark ajela.. itupun tak banyak… alahai encik suami..

DSC00781

DSC00782
DSC00784
DSC00786
DSC00878
DSC00881
DSC00899
DSC00906
DSC00889
DSC00879

Tuesday, February 12, 2013

> travel sana sini

Salam.
sejak hubby bekerja di tempat baru ni banyak kali dah hubby ke oversea. Alhamdulillah, murah rezeki yang Allah berikan. Saya tumpang gembira walaupun kadang-kadang timbul rasa cemburu. Hehehe. Mana la tak cemburu, saya ni mana la pernah pergi luar dari Malaysia. Singapura atau Thailand yang dekat tu pun tak pernah jejak lagi.
Mula-mula sekali tahun lepas ke German selama 4 bulan dari bulan 4 hingga bulan 7, 2012. Siap kena puasa kat sana lagi. Lagi seminggu nak raya baru dapat balik Malaysia. tak lama kemudian travel ke Belgium pula. Kali ni hanya 2 minggu je kot. dah tak ingat sangat. lepas tu travel lagi, ke Portugal pula. Kali ni pun tak lama. Dalam 3 minggu. Sempat transit ke dubai. Masa travel ke Portugal ni masa raya haji. Terpaksa la beraya di sana. Dalam erti kata lain memang tak sambut raya la.
Dan yang terbaru hubby travel ke Denmark. Start semalam hingga 17 feb ni. Semoga perjalanan hubby selamat dan berjalan lancar.

DSC00465


Friday, July 13, 2012

> sambutan hari bapa

salam.
cerita tertangguh lagi. hehe.

tahun ni hari bapa jatuh pada 17 jun 2012. that date dah wish kat hubby 'selamat hari bapa' via facebook. jadilakan. nak wish face to face orangnya jauh nun di german.
















kat tadika adam pun ada jugak buat sambutan hari bapa ni. sambutan kecil-kecilan, ada makan-makan, pertandingan mewarna, ucapan-ucapan dan penyampaian hadiah. adam pun turut serta mewarna. tapi tak layak untuk memenangi sebarang hadiah. syarat utama untuk memenangi hadiah, peserta mesti terdiri dari anak dan ayah dan mesti mewarna bersama. kalau ayahnya tak hadir lukisan tersebut tak dikira. sekadar suka-suka sahaja. kesian adam. macam mana la, abah nak join sekali. tapi ramai jugak yang ayahnya tak dapat hadir. mungkin masing-masing punya hal tersendiri.


pen ni adam nak kasi kat abah.

kawan-kawan adam

mari mewarna. siap meniarap lagi. kawan yang lain semua duduk elok jer.
warna cantik-cantik ye.
walau tak dapat hadiah, dapat bergambar pun jadila. hehe

Monday, July 9, 2012

> 3 weeks to go

salam.

since april hubby berada di german. insyaallah end of this month balik ke malaysia. tak sabar nak tunggu kepulangannya. rindu sangat-sangat kat dia.

alhamdulillah, hubby dapat jugak rezeki merasa ke negara orang. dulu masa company lama hubby dapat travel ke korea. best kan.. saya ni, jangan kata negara orang, negara sendiri pun belum habis pusing lagi. hehe.. belum tiba rezeki saya kot. :)

di german hubby menetap di bandar wolfsburg. tak pasti bandar ni bandar kecil mahupun besar.


















dengar hubby cerita tentang training dia di german ni rasa jeles pun ada. masa mula-mula hubby sampai ke german, suhu sejuk sangat. pernah satu hari tu salji turun, tapi tak lama. dalam satu hari je kot. orang german pun pelik jugak sajli turun sebab musim snow dh lama berlalu mungkin sebab terlalu sejuk kot. sekarang tengah musim panas. tapi hubby cakap tak ler sepanas macam malaysia. eh, musim panas ke musim bunga ek? sebabnya bunga pun dah dah start keluar.





















tapi bab makan susah sikit kat sana. ye la kita ni kan tekak org melayu, nak tak nak satu hari mesti nak cari nasi. kesian hubby hari-hari makan kebab. nasib baik ada kedai turki jual kebab halal. kalau tak mau balik malaysia nnt hubby jadi kurus. hehe.

saya dalam mood counting day.. :)























p/s: semua gambar diambil dari FB hubby.

Thursday, April 5, 2012

> sayang isteri tinggal-tinggalkan

hubby pergi training di german selama 4 bulan. kami 3 beranak kena tinggal. :(



take a good care abah!

Tuesday, November 2, 2010

> rasa janggal

semalam pertama kali saya dan adam pergi dan balik kerja sendirian. rasa janggal. saya terpaksa hantar dan ambil adam dari rumah pengasuh sendiri-sendiri. memang tidak seronok. tapi apakan daya. terpaksa juga buat semua itu. bertahun saya dan hubby kerja ditempat yang sama since dari tahun 2006.


tapi semalam semuanya telah bertukar. hubby sudah mula bekerja ditempat lain. tinggallah saya seorang disini. kalau dulu selalu nampak kelibat hubby diopis. tak perlu sms atau telefon hubby sebab dah memang hubby sentiasa didepan mata. tapi semalam lebih 10 kali saya sms hubby, telefon 2-3 kali. takut jugak mengganggu tugas dihari pertama dia kerja. tapi itulah saya. hehe


mudah-mudahan hubby sesuai dengan suasana kerja ditempat baru. mudah-mudahan juga rezeki kami sekeluarga sentiasa murah dan diberkati. amin



Thursday, October 7, 2010

> birthday boy?

IMG_6167


sesuai ke umur dah masuk 3 series panggil birthday boy. haha…



semalam kami keluar makan sambut birthday hubby. makan pun kat pizza hut je. hubby yg request makan kat situ. hadiah pun takde aku belikan. hubby faham. kami memang tak sambut beria birthday2 ni. just wish dan keluar makan. dari dulu lagi dah mcm tu.


kek pun takde le aku beli sebiji. beli 2 slices blueberry cheese cake jer kat secret recipe. kalau ikut hubby memang dia tak perlu kek2 ni. tapi alang2 aku pun teringin makan kek, beli le jugak. itu pon tak habis… simpan baki dalam peti.



IMG_6165IMG_6178

IMG_6181IMG_6183



kalau dah makan kat pizza hut, menu utama mesti la pizza kan. lately kalau order pizza mesti ambik flavor hawaiian tuna. dulu2 suka super supreme. menu tambahan Thai tuna roll, prawn olio, milo iced and hot tea. =)



IMG_6173IMG_6170



HAPPY BIRTHDAY ABAH ikhlas dari MAMA & ADAM…

Wednesday, October 6, 2010

> doa buat suami di hari ulangtahun kelahirannya

Hari ni merupakan ulangtahun kelahiran buat my hubby. Pagi tadi on the way nak ke tempat kerja aku dgn adam dah wish pada hubby. Kitaorang siap nyanyi2 lagi dalam kereta. =)




Buat suami tercinta,



husna doakan agar abang menjadi suami yang soleh, abah mithali, anak soleh kepada ibu dan ayah dan yang paling penting menjadi hamba Allah yang beriman. Semoga dirimu berjaya di dunia, lebih-lebih lagi diakhirat.



ketahuilah wahai suamiku, selangkah umur kita melangkah, menandakan umur kita makin hampir untuk bertemu Ilahi. Waktu itu segala nikmat dunia yang sementara akan terputus.
Semoga kehidupan kita akan mendapat limpahan rahmat dari Ilahi dan sentiasa diberi petunjuk darinya. InsyaAllah.



Doa husna tujukan khusus buat abang, memohon agar kehidupan abang sentiasa dalam rahmat Tuhan. Semoga Allah panjangkan umur abang, diberikan kesihatan yang baik dan rezeki yang penuh keberkatan. husna juga doakan, biarlah hanya yang terbaik berlaku dalam kehidupan, dunia dan akhirat bersama kita gapai penuh kesyukuran.


Harapan dan impian husna agar husna mampu membuat abang sentiasa tersenyum dan tertawa saat kita bersama meniti usia. Moga Allah berikan husna kekuatan untuk membekalkan rasa ketenangan dihati abang walaupun tika hidup kita di hempas gelombang.



Terima kasih Tuhan kerana Kau jadikan dia untukku....
Terima kasih abang kerana hadirmu begitu membahagiakanku...



Picture 025



SELAMAT HARI LAHIR buat suami tercinta FIRDAUS BIN MUSA




Wednesday, September 1, 2010

> kenangan dulu-dulu

scan


gambar lama ni diambil pada hari konvokesyen Institut Kemahiran Mara Kuala Lumpur iaitu pada tahun 2000. majlis ni berlangsung kat Dewan di Medan Mara. tepi SOGO dan Pertama Kompleks tu.



aku dengan hubby. time tu belum kawen lagi tapi dah ber’kawan’. kurus je hubby aku masa ni. dulu memang aku tak suka lipat tudung. bila tengok2 balik, aduh! selekeh betul. HAHA.



Tuesday, June 1, 2010

> Rindu

assalamualaikum dan selamat sejahtera pada semua. sedar tak sedar hari ni dah masuk Jun. dah separuh tahun 2010.



minggu lepas macam mood tak berapa elok. bukan sebab ape pun. kebetulan hubby outstation ke Perlis dari hari isnin sampai le hari khamis. sunyi rumah dibuatnya. Rindu sangat-sangat kami pada dia.



kebetulan jugak hari isnin tu aku MC. aku selsema dan rasa nak demam. lepas tu pulak hari selasa adam pulak mula panas-panas badan. hari rabu adam mula merengek kata mulut dia sakit. ade ulser dlm mulut. byk jugak. 2-3 tempat termasuk kat lidah. demam ade sikit. asyik menangis. aku terpaksa amik cuti. minum dan makan pun adam tak mahu. air kosong pun dia tak nak. sekejap-sekejap nangis nak abah. kejap nangis kata mulut sakit. sedih betul dibuatnya. hari khamis pun aku masih cuti. adam still lagi sakit mulut. tp alhamdulillah minum susu dah mahu sikit. dugaan betul rasanya bila hubby takde…



sepeninggalan hubby ke Perlis, telefon la penghubung kami yg setia. dah mcm zaman bercinta dulu-dulu. bergayut kat telefon berjam lamanya. sms setiap masa. hehe… memang mcm org tgh bercinta la. hubby xde depan mata memang rindu sangat. adam pun macam tu. nak-nak skrg dia dah pandai ckp di telefon. mcm2 dia tny abah dia. bila abah nak balik. abah buat keje ye. nanti abah beli bj ultraman untuk adam ye (ermm sempat lagi tu. hehe)… kdg2 berebut telefon aku dgn dia nak ckp dgn hubby.



alhamdulillah hubby sampai rumah hari khamis lepas maghrib. seronok sangat kami anak beranak. hubby belikan pelam harum manis. kan perlis terkenal dengan pelam tu… sedappppp…


Monday, April 19, 2010

> batal

hubby punya penerbangan ke frankfurt, Germany terpaksa dibatalkan. lagi pun semua penerbangan ke eropah still lagi tidak dibenarkan. asap dan debu dari letusan gunung berapi di iceland masih lagi belum hilang. menurut apa yang aku baca asap dan debu tu boleh mengakibatkan enjin pesawat rosak.

Hannover fair yang sepatutnya hubby sertai akan bermula pada hari ini. dengar cerita, ramai participant yang terpaksa batalkan penyertaan atas sebab tersebut.

takde rezeki hubby nak ke German. hehehe… mungkin ada hikmah disebalik semua ni kan. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hambanya. dalam keadaan macam ni, aku pun tak galakkan hubby pergi. bahaya!

zx500y290_887544

Friday, April 16, 2010

> cancel and delay

sepatutnya hubby dah berlepas naik penerbangan ke Frankfurt, germany pukul 8 malam tadi. tapi terpaksa dibatalkan sebab berkaitan dengan gunung berapi iceland. dah sampai kat KLIA baru diberitahu.

masa hubby nak naik kereta ke KLIA adam dah siap nangis-nangis nak ikut hubby. sedih jugak aku dibuatnya. aku dengan adam tak hantar ke KLIA pun. lambai tangan dari opis je tadi.

tapi dalam setengah jam lepas tu dapat call dari hubby kata penerbangan dia terpaksa dibatalkan. dan akan ditunda paling awal esok malam. dengar cerita semua penerbangan ke eropah dibatalkan. actually hubby transit ke doha dulu baru ke Frankfurt . tapi still kena cancel jugak. sbb airport doha dah full dengan penerbangan yang dibatalkan.

ni aku tengah tunggu hubby balik ke rumah semula la ni. dia dari KLIA naik teksi je. kata nak singgah makan pulak…

nak tahu lebih lanjut cerita gunung berapi iceland boleh klik sini.

> alahai

♪♪Percaya ♪pada ♪diri ♪dengan ♪harapan ♪dan♪ keyakinan…♪♪

IMG_5398


konon-konon adam tersingkir dari AF la tu. hehehe…



tapi aku bukan nak ceita pasal siapa yang akan terkeluar esok malam AF8 tu. tak kuasa den! serius tak berminat sgt tgk AF.

ni bagasi my hubby la. dah siap packing. penuh satu beg. macam-macam dia bawak. pakaian dah tentu-tentu la. dengan makanan segera lagi. standby takut susah nak cari makanan kat sane.

alahai, petang ni hubby dah nak berangkat ke KLIA. flight pukul 8 malam. uuwwaaaaaa… jangan lupa sampai khabar berita bila dan sampai sana ye…

pasti kami rindu…

Thursday, April 15, 2010

> mari belajar bahasa German

BASIC German
 
Guten Tag = Good Day
Guten Morgen = Good Morning
Danke = Thank You
Nein = No
Ja = Yes
Frauen / Damen = Females
Herren = Males
Eingang = Entrance
Ausgang = Exit
Einbahnstrasse = One Way Street
Haltestelle = Train Stop / Bus Stop



eh! aku pulak yang beria belajar bahasa German. siapa yang nak ke sana sebenarnya. hehe…


masa aku belajar kat GMI (German-Malaysian Institute) aku ade ambil kelas bahasa German ni. tapi separuh jalan sahaja. pas tu dah tak attend kelas. sebab kelas bahasa German ni optional. tak nak ambil pun tak jadi masalah. tak ganggu result pointer.


masa mula-mula belajar sebut bahasa German, tergelak-gelak kitaorang. terbelit-belit lidah jugak dibuatnya. susah pun ye jugak. macam english siap ade grammer semua tu. jenuh nak menghafal.



tapi bila ingatkan balik, rugi rasanya tak belajar bahasa German tu betul-betul. ye la, kalau kat luar nak amik course tu mahal kan. ini dah bagi free pun tak gunakan peluang tu sebaik mungkin. fikir nak senang je. hehehe…


alahai… ruginye…

Wednesday, April 14, 2010

> Hannover Fair 2010

Picture1 Picture2 Picture3 Picture5

Trade Fair : Hannover Fair 2010
Date of Event : 19 – 23 April 2010
Venue : Hannover Fairgrounds
Organiser : Deutsche Messe, Hannover
Opening Hours : 09.00 am – 06.00 pm



hubby akan pergi kat atas ni la. GERMAN. jauh jugak tu. selama seminggu hubby disana, jumaat ni bertolak. pergi atas urusan kerja. ada exhibition kat sane. kalau kat malaysia macam metaltech or matrade fair tu la kot. ada dalam 11 company jugak dari Malaysia yang turut serta.


oh! pasti aku dan adam akan rasa sunyi dan rindu. untuk rekod, ini kali kedua hubby pergi oversea. dulu-dulu pernah jugak pergi korea. tapi masa tu adam takde lagi. dalam perut aku. hehehe…


sepanjang ketiadaan hubby, adik lelaki aku akan teman kitaorg. hantar dan jemput aku balik kerja. juga hantar dan jemput adam dari rumah pengasuh. sungguh susah kalau tak reti memandu kereta ni kan. semua nak kena harap kan orang. nasib baik adik aku tu mengajar kat area rumah aku ni jugak.



aku doakan semoga perjalanan hubby berjalan lancar. selamat pergi dan kembali. jangan lupa buah tangan untuk kitaorang ye abah… =)


Tuesday, April 13, 2010

> negara orang

Frankfurt-1

ni pemandangan kat negara orang (oversea).


germany-map-800

ini pulak peta ‘negara orang’ tersebut.


German

tengok bendara kat atas ni? agak-agak ‘negara orang’ tu kat mana ye?

apa kaitan semua ni dengan aku?

dah mula rasa sedih sikit-sikit
= (

Thursday, March 18, 2010

> aku terima nikahnya....


abang,
4 tahun lepas pada tarikh hari ini kita selamat diijab kabulkan. alhamdulillah sampai jugak jodoh kita. perkenalan kita boleh dikatakan agak lama. kita saling kenal mengenali hampir 8 tahun sebelum sepakat untuk mendirikan rumahtangga.

abang,
walaupun kadang-kadang kita ada gaduh-gaduh. itu lumrah dalam alam perkahwinan. sesebuah perkahwinan pasti ada pasang surutnya kan. bak kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. tapi alhamdulillah, kita tak pernah gaduh besar dan cepat berbaik..

abang,
rumahtangga kita diserikan lagi dengan kehadiran adam. pengikat kasih sayang kita berdua. rasa lengkap kehidupan ini dengan adanya kalian berdua. sungguh, kalian berdua amat berharga untuk diri ini.

abang,
husna sentiasa doakan kehidupan kita akan jadi lebih baik dari hari ke hari, perkahwinan kita kekal hingga ke hujung nyawa dan berjaya didunia dan akhirat.

abang,
sempena ulangtahun perkahwinan kita, husna harapkan rumahtangga kita dilimpahkan dengan kasing sayang yang tak terkira banyaknya. semoga kita saling bertolak ansur dalam segala hal, ringan sama dijinjing, berat sama dipikul..

abang,
terima kasih diatas segala-galanya yang telah dilakukan untuk kami berdua. husna sayang abang. adam sayang abah...


"Ya Allah satukanlah kami berdua, dan anak-anak penyeri jiwa, di dalam kebaikan, dengan kebaikan, untuk kebaikan...."


Monday, February 22, 2010

Saturday, February 20, 2010

> pemain bola sepak negara























yang si kecik tu boleh la kot...
tapi yg budak besar tu jgn mimpi la..
dah terlambat...
hehe.....


Iklan LR