Mukadimah

بسم الله الرحمن الرحيم & السلام عليكم
bismillahirrahmanirrahim & assalamualaikum...
Blog ini adalah blog persendirian. Mana-mana artikel dan gambar tidak boleh disalin dalam ape jua bentuk rupa sekalipun. Terima kasih diatas kerjasama anda.



Showing posts with label balik kg. Show all posts
Showing posts with label balik kg. Show all posts

Wednesday, March 27, 2013

> agar-agar santan

assalamualaikum dan selamat sejahtera.

cuti sekolah ni sempat kami balik kampung aku di perak sabtu lepas. kebetulan hari ahad anak jiran kahwin. tapi balik tak lama, pagi isnin dah gerak balik ke sini semula. hubby aku tu tak boleh ambil cuti lama-lama, banyak kerja katanya. untung jugakla dapat jugak balik kampung kan. tapi adam mengamuk jugak tak nak balik lagi. tak puas agaknya tinggal di kampung. kalau ikut kan nak je aku tinggal, ahad depan suruh hubby ambil kitaorang semula. tapi memandangkan jarak pekan dengan trolak tu agak jauh kesian pulak kat hubby kan. lain kali kita balik kampung lagi ye adam.

dah cuti sekolah ni, aktiviti anak-anak dari pagi ke petang asyik menonton tv la kerjanya. asyik layan kartun aje. tak boleh sikit aku nak tukar channel lain. dah tak dapat nak tengok tv tu, tak tau aku nak buat ape, aku cadang nak buat kek. tapi tengok-tengok kat dapur tak cukup bahan la pulak. nasib baik ada jugak sebungkus agar-agar. tu petang semalam dapat buat agar-agar santan. tapi tak bersantan sangat sebenarnya. hehe. lagipun aku masak ni, semua sukatan bahan main agak-agak je, boleh macam tu? ko mampu? hehe. tapi kat bawah ni aku copy paste resepi agar-agar santan dari internet. lebih kurang macam aku buat.

DSC01233 

Resepi Agar-agar Santan

Bahan-bahan:

  • 1 peket agar-agar tali (20gm)
  • 1800ml air
  • 1 1/2 cawan gula
  • 1 sudu perasa pandan
  • 1 ikat daun pandan - blend dan ambil airnya 
  • 1 1/2 cawan santan pekat
  • pewarna  hijau

Cara-cara:

  1. Masak agar-agar dan gula dengan air
  2. Biarkan agar-agar dan gula betul-betul hancur
  3. kemudian masukkan perasa pandan dan air pandan. tambahkan pewarna hijau kalau warna tak berapa terang.
  4. apabila agar-agar sudah larut, masukkan santan.
  5. kacau rata perlahan-lahan, kemudian tutup api
  6. tapis dan tuang kedalam acuan, biarkan sejuk dan keras.

DSC01237

DSC01209

Sunday, August 21, 2011

> balik kampung

Oo.. Balik kampung, oo.. Balik kampung, hati girang...
Korang dah sampai kg? Saya baru nak gerak balik. Sekarang ni dalam perjalanan balik ke kg hubby di kuala lipis pahang.

Pada semua pemandu nasihat saya sentiasa berhati-hati ketika memandu di jalanraya.
Biar lambat, asal selamat. Ingatlah org yang tersayang.

P/s: entri ini dipublish dari telefon mudah alih.

Monday, December 13, 2010

> itu sahaja

last 2 weeks balik kg saya, last week balik kg hubby. dan hari-hari biasa tiada apa yang menarik.

itu sahaja. sekian

Monday, March 22, 2010

> bagaikan saudara sendiri

sabtu dan ahad lepas kami sekeluarga balik kampung aku kat perak.
aku memang boleh dikatakan kerap balik kg. kalau boleh dalam sebulan mesti nak balik. kebetulan hari sabtu tu jiran mak aku adakan majlis pertunangan untuk anaknya. anak jiran tu kawan sepermainan aku masa kecik2 dulu.

kitaorang ni kalau ada jiran2 nak buat kenduri, tak kisah la kenduri ape pun, insyaallah kalau takde hal penting anak2 jiran yang tinggal luar dari kampung mesti balik. kitaorang ni dengan jiran2 dah di ibaratkan macam saudara sendiri. jiran2 ni la yang tolong ape2 yang patut masa kenduri. amalan gotong royong masih diamalkan. apa2 berita jiran2 ni la yang akan tau dulu. pulak tu rumah kami semua dekat2.

jiran2 mak aku semua aku kenal.. dari anak yang sulung depa sampai anak yang bongsu, insyaallah semua aku kenal jugak. ye la dari kecik aku duduk kat situ. lahir pun kat situ, kalau tak kenal mau nak kena pelangkong dek orang kg. hehe..


gambar aku yang cun di majlis pertunangan tersebut.

Friday, February 19, 2010

> jem kaya? strawberry? peanut?

hehehe...
bukan jem tu la aku nak cite..
pasal jalan jammed sebenarnya...

kan CNY hari tu aku blk kg kan..
aku blk sabtu...
jalan jammed... tp tak giler... hehe
byk keta la... nasib baik tak stop terus
bergerak tapi slow...
3 lanes dh jadi 4 lanes...
lorong kecemasan pon dorang lalu jugak...
tu makin jem tu...
pentingkan diri sendiri jer...
org lain pon nak cepat jugak...

kalau normal day aku boleh sampai kg amik masa dalam 2 jam jer..
tp hari tu nak dekat 4 jam...

act aku takde idea nak update blog pon...
sajer cite pasal jammed ni..
sbb aku de snap gambar time tgh boring dok dlm keta tu...
cantik pulak aku tgk..
mcm gune SLR jer...
hehehe...



Friday, February 12, 2010

> tahun harimau

raya cina hari ahad kan.
so, org cina makan besar esok petang la kan...
esok jugak aku nak balik kampung trolak...
yahooooo....mintak2 tak jem sudah...
walaupun aku selalu jumpa mak dan abah aku,
tapi aku tak balik kg, depa yang datang sini..
ade hal kat sini boleh dikatakan tiap2 minggu.

aku, kalau balik kg takde buat ape pon.
duduk rumah je..
tapi yang tu la yang best...
bak kata perumpamaan.
'tempat jatuh lagi dikenang, ini kan pulak tempat bermain...'
tambah pulak semua adik beradik aku balik sama...
lagi la syok...

cuti CNY ni aku cuti start esok sampai rabu...
rabu aku amik cuti tahunan sbb pengasuh adam nak hantar anak dia masuk MRSM...
ok jugak tu kan... boleh aku blk shah alam hari rabu tu...
tak payah berebut2 nak balik...
kurang sikit kenderaan hari selasa tu kan...

ok la, pada yang nak kemana2 cuti ni...
hati-hati dijalan raya....
dan selamat bercuti....

Thursday, October 1, 2009

> cerita raya

orang lain semua dh cite psl raya kan…
aku jer yg lambat… hihi..
hari ni pon dh 12 syawal….
mcm mana nak mulakan ye cite psl raya ni…

tahun ni giliran raya kat kg hubby dulu…
pagi sabtu kol 6 pagi we all gerak balik ke kg hubby kt k.lipis pahang…
rancang kuar pagi nak elak jammed…
tp sama jgk… sampai kat tol gombak..
kereta dh banyak…
jalan pon slow jer sepanjang highway karak tu…
aduhhhh… tension dok dlm keta lama2…
bayangkan we all nak sampai kt kg amik masa dlm 7 jam..
selalu dlm 3 jam dh boleh sampai….
kesian hubby… penat drive…

raya tahun ni adam very excited…
walaupon dia tak paham lagi apa erti raya…
main mercun pon dh pandai…
tp mercun pop tu jer… hihi…

pagi raya bile pakai kan adam baju raya…
mmg dia suke…
songkok tak lekang kat kepala…
hubby nak g solat raya pon dia nak ikut…
nasib baik hubby kata dia tak buat hal time kat masjid…
bagus anak mama…

raya ke dua baru we all balik perak…
nak tgk baju raya we all…
jeng… jeng… jeng…



amacam? cantik tak?… hihi…
yg buat spoiled adam nangis…
aduhhh… rosak gambar…



we all 1 family bergambar dgn my MIL & FIL



lets go…
kunjung raya time…



adam dgn misi mengumpul duit raya sebanyak mungkin…
hihi…
=)

Selamat hari raya…

Tuesday, July 14, 2009

> boleh terus ngap

kan aku ade bawak balik rambutan dari kampung kan
sementara tengah rajin
aku kopek semua isi rambutan tu
simpan dalam freeze...
nak makan bukak je freeze
terus boleh masuk mulut...
tak payah susahkan diri nk mengepok lagi kan...
bile makan rambutan sejuk2 ni...
nikmatnyer.....




YANG BAIK JADIKAN TELADAN
YANG BURUK JADIKAN SEMPADAN

Monday, July 13, 2009

> buah tempatan


weekend lepas kami sekeluarga balik kampung hubby di pahang.
kebetulan timing balik kena pada musin buah
apalagi… makan buah sajork le kejenye
mmg best…
balik shah alam tapau lg satu kotak
hehe

RAMBUTAN
kalau mkn rambutan memang ralit…
susah nak berhenti selagi buah tu ade
kalau diberi pilihan antara rambutan kuning dan merah
aku lebih suke rambutan kuning
tp kali ni rambutan kuning tak berbuah la pulak…


DUKUNG
kacukan antara duku dan langsat
so jadi la dukung…
betul ke ek…
aku suke jgk buah ni
kalau dapat yg takde biji lancar je makan
kalau tergigit biji dia
aduhhhh… pahitnyer…



SALAK
buah ni mmg byk kt rmh my MIL
tiap kali balik sane mesti ade untuk di bawa balik
my FIL siap boleh jual lagi…
betapa byknye buah ni my FIL tanam
salak ni takde musim kot
sbbnye sentiasa jer ade kat kg tu…





DURIAN
raja buah ni
ohhhh…
byk tol aku mkn durian balik pahang hari tu
sedap hingga menjilat jari
hihi…

Monday, June 8, 2009

> boringnye

weekend hari tu balik rumah MIL kat pahang.. balik shah alam balik hari ahad. bertolak dari rmh MIl lebih kurang kol 4.00 ptg.. jln memula semuanya ok.. walaupon keta byk tp still lagi lancar.. tp jammed mule start kat genting sempah kat terowong tu sampai le tol gombak.. boringnye dok dlm keta lelama.. sib baik boleh jln lagi cuma slow ajela.. kalau yg jammed berhenti terus tu lagi la boring kan.. mule aku dok merapu dgn si adam tu.. nyanyi2, lawan2, mkn2.. hihi.. sampai tak boleh tido la si adam tu sepanjang perjalanan.. kol 8.30 malam baru kitaorg sampai rmh..

IMG_3094 (Large)

IMG_3099 (Large)

YANG BAIK JADIKAN TELADAN
YANG BURUK JADIKAN SEMPADAN

Friday, March 6, 2009

> cuti

memandangkan
esok cuti
sampai hari isnin (cuti maulidur rasul)
aku nk blk kg
dh lama gak x blk kg
dh nk dekat 1 bulan kot
so, pada sapa
yg xde kg
gunakanlah cuti ni
sebaik mungkin

Monday, February 23, 2009

> balik kg kuala lipis

last week we all balik kg hb kt kuala lipis... walaupon cuti sabtu ahad jer, dapat ler lepaskn rindu hb nk mkn masakan maknyer... terutama skali ikan patin.. mmg hb suke sgt ikan patin. x kisah ler msk per pon.. goreng pon sedappppppp.. tp org pahang ni suke ikan patin msk gulai tempoyak.. mmg slalu ler mak mentua aku wat klu kitaorg blkk sane... tmbh2 mmg ade ternak ikan patin.. senang baitu....

on d way nk blk kl sempat singgah kt genting sempah... menghilangkn penat hb dan bosan adam yg lama dok dlm keta... dh meragam budak tu... dh singgah menyinggah tu aku pon sempat gak beli barang.. topi tuk adam.. kebetulan hujan renyai2.. so de alasan ler nk beli topi ni... klu x membebel gak si hb tu... hihihi....
ni la aksi adam bile pakai topi baru... comey kan.... (^_^)




***

Iklan LR