Mukadimah

بسم الله الرحمن الرحيم & السلام عليكم
bismillahirrahmanirrahim & assalamualaikum...
Blog ini adalah blog persendirian. Mana-mana artikel dan gambar tidak boleh disalin dalam ape jua bentuk rupa sekalipun. Terima kasih diatas kerjasama anda.



Friday, February 26, 2010

> Rasulullah

Sempena Maulidur Rasul

Lagu Oleh Hijjaz

Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela

Thursday, February 25, 2010

> baling bola berat

Lama giler aku tak main bowling
Macam mana nak main?
Budak kecik tu kacau…
Dia nak baling jugak…
Terpaksa la aku pimpim tgn dia setiap kali turn aku…

Dia ingat bola bowling ni ringan mcm bola dia selalu main tu kot…
Tapi aku kasi le jugak peluang sekali kt dia utk baling…
Ade ke nak sepak mcm main bola sepak tu…
Sepak pon tak berjalan jugak bola tu… hihi…







ni 1st time pegi main bowling setelah ada adam…
Tahun lepas bulan November.
Kat alamanda, putrajaya…
Tapi tak boleh nak concentrate…
Ke longkang je peginya…
Ni adam punya pasal la ni…
Act, aku bukan pandai main sgt pon… hihi…
Salah kan adam pulak… ;)



Nanti kita pegi lagi ye adam…
Tp kena tggu adam besar sikit…
Supaya larat angkat bola yg berat tu… ;)

Ade sape2 nak join nanti?
Meh kita buat tournament antara anak2…

Wednesday, February 24, 2010

> duta roti

duta roti tengah buat iklan

~ versi lakonan



~ versi poster







Tuesday, February 23, 2010

> saving

Korang ade buat simpanan? Bape tiap2 bulan korang saving?
RM 100? RM 300? RM 500?
Boleh displinkan diri tak supaya tiap2 bulan tak miss saving…
Payah jugak kan…
Kadang2 bulan ni simpan, bulan depan tak, bulan lagi satu pon tak…

Kalau korang nak saving cara paling berkesan korang apply ASB Loan.
Semua bank ade ASB loan ni rasanya…
Ikut suka korang la nak buat loan bape byk…
Minimum RM 10,000 maximum 200,000
Minimum 5 tahun, maximum 25 tahun…
Tapi loan yg korang buat ni tak boleh dapat sekarang…
Tunggu habis byr baru boleh dapat…
tapi dividen dari ASB boleh keluarkan…

Kat bawah ni jadual ansuran bulanan mengikut tempoh pelaburan dari Maybank.. Lain bank lain amout dia… ikut interest bank tersebut kenakan…



Contoh aku kasi ye:

Korang amik loan RM 50,000 utk 25 tahun…
Tiap2 bulan bayar kat bank RM 263 selama 25 tahun…
Dalam buku ASB, RM 50,000 tu tak nmpk… di hidden kan..
Tapi dividen kira based on 50,000 tu…
Tahun lepas dividen ASB 7.3% rasanya…
So, 7.3% dari RM 50,000 = RM 3,650
Yang RM 3,650 ni korang boleh keluarkan
Boleh jugak digunakan utk byr ansuran loan ASB tu…
Kalau every month bayar RM 263, setahun korang bayar RM 3,156…
Dividen dapat RM 3,650
Korang untung kat situ dlm RM 494

Tapi lagi untung kalau saving ASB sendiri…
Tak payah buat loan2 ni…

Saturday, February 20, 2010

> pemain bola sepak negara























yang si kecik tu boleh la kot...
tapi yg budak besar tu jgn mimpi la..
dah terlambat...
hehe.....


> nanti jadi gemok

adam: "nanti mama jadi gemok mcm ni...."



boleh tak kalau gemok2 ni jgn kaitkan dgn mama.... ;p
hehehe

Friday, February 19, 2010

> jem kaya? strawberry? peanut?

hehehe...
bukan jem tu la aku nak cite..
pasal jalan jammed sebenarnya...

kan CNY hari tu aku blk kg kan..
aku blk sabtu...
jalan jammed... tp tak giler... hehe
byk keta la... nasib baik tak stop terus
bergerak tapi slow...
3 lanes dh jadi 4 lanes...
lorong kecemasan pon dorang lalu jugak...
tu makin jem tu...
pentingkan diri sendiri jer...
org lain pon nak cepat jugak...

kalau normal day aku boleh sampai kg amik masa dalam 2 jam jer..
tp hari tu nak dekat 4 jam...

act aku takde idea nak update blog pon...
sajer cite pasal jammed ni..
sbb aku de snap gambar time tgh boring dok dlm keta tu...
cantik pulak aku tgk..
mcm gune SLR jer...
hehehe...



Saturday, February 13, 2010

> hantaran Al-Quran

dari forward emel lagi....


"Sayang, tengok nih. Cantiknya Al-Quran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran" pekik Jamilah kepada Nabil...

"Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih" balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu Al-Quran yang bakal dijadikan hantaran.

"Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab" keluh Jamilah.

"Ala, awak bukan reti pun bahasa arab" jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

"Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat" tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

"Oh, kami cari Al-Quran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid" sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

"Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?" pakcik menyoal sambil tersenyum.

"Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik" teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

"Kalau gitu, tak perlu lah beli Al-Quran kalau sekadar hantaran. Kesian AL-Quran. Itu bukan kitab hiasan, dik" tegur pakcik berhemah.

"Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la" tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

"Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi" cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

"Ala, besar lah pakcik. Kami dah pilih nih. Kiut lagi" senyum Jamilah mengangkat bungkusan Al-Quran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

"Jangan lupa baca ya" pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.. "Sibuk je la pakcik tu" Jamilah mengomel. Nabil kelihatan serba salah. Mungkin 'terpukul' dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba. Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai. "Assalamualaikum semua" ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

"Inikah pengantin hari ini?" tegur selamba Ustaz Saad.
"Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz.." jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

"Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin" cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

"Ss.. su.. surah apa ustaz?" Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

"Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa'd" kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.

Surah Ar Rad
Surah Ar Ra'd
"Apa benda nih" detik hati Nabil.

"Bismillahirrahmaanirrahim..ALL..MAA.. RIII..!!" berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

"Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam AL-Quran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini :

A'uzubillahiminnassyaitaanirrajim.. Bismillahirrahmanirrahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA.." kedengar suara gemersik Ustaz Sa'ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama AL-Quran nya.
Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya. "Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu Al-Quran.
Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina AL-Quran. Beli AL-Quran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim" tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa'ad.

"Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab Al-Quran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh Al-Quran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan Al-Quran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.." penutup Ustaz Sa'ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.
Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab AL-QUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil.

SMS dari ustaz Sa'ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati. Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara
yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

Selepas soal siasat selesai, elaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

Friday, February 12, 2010

> tahun harimau

raya cina hari ahad kan.
so, org cina makan besar esok petang la kan...
esok jugak aku nak balik kampung trolak...
yahooooo....mintak2 tak jem sudah...
walaupun aku selalu jumpa mak dan abah aku,
tapi aku tak balik kg, depa yang datang sini..
ade hal kat sini boleh dikatakan tiap2 minggu.

aku, kalau balik kg takde buat ape pon.
duduk rumah je..
tapi yang tu la yang best...
bak kata perumpamaan.
'tempat jatuh lagi dikenang, ini kan pulak tempat bermain...'
tambah pulak semua adik beradik aku balik sama...
lagi la syok...

cuti CNY ni aku cuti start esok sampai rabu...
rabu aku amik cuti tahunan sbb pengasuh adam nak hantar anak dia masuk MRSM...
ok jugak tu kan... boleh aku blk shah alam hari rabu tu...
tak payah berebut2 nak balik...
kurang sikit kenderaan hari selasa tu kan...

ok la, pada yang nak kemana2 cuti ni...
hati-hati dijalan raya....
dan selamat bercuti....

> Sungai dalam laut

dapat dari forward emel

“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.”
(Al Furqan:53)









Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery’ pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding yang membatasi keduanya.

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan (surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering dikaitkan dengan Terusan Suez. Ayat yang bermaksud “Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus.” Kemudian dibacakan pula surah Al Furqan ayat 53 di atas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surah Ar-Rahman ayat 22 yang bermaksud “Keluar dari keduanya mutiara dan marjan.” Padahal di muara sungai tidak ditemukan mutiara.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur’an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur’an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20.

Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur’an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.
Allahu Akbar…! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung.

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air.” Bila seorang bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?” Rasulullah s.a.w. bersabda, “Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.”

Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah “sungai” di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.

Setengah pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai… luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang hendak kamu dustakan?
(Al-Rahman: 13)

Thursday, February 11, 2010

> buaya



orang lain dah berzaman beli kasut crocs ni kan..
aku baru je nak beli..
tu pon bukan original.. ;)
ni pon setelah berjaya memujuk hubby ku belanja...
beli masa nak gi PD hari tu...
senang sikit kasut plastik kalau nak gi pantai ke, main air ke kan...



tapi bila jalan rasa mcm ketat sikit..
saiz 6 ni...
selalu aku pakai size 5 jer...
masa cuba, rasa OK jer...
alamat, nak kena sedekahkan kat adik aku la ni...
huhuuuu.....

> Tiara Beach Resort Port Dickson

ni aku nak review pasal TIARA BEACH RESORT yang aku pegi hari tu kan..
kot2 ade yg nak pegi lepas ni...
boleh gunakan sebagai panduan..

aku amik room type Family Suite Waterpark View..
dalam ade 2 bilik lagi... 2 single bed and 1 single queen bed..
RM 420 1 unit utk 2D1N..
breakfast tak termasuk...
mahal tak korang rasa?
kalau korang booking melalui online blh dpt lagi murah...
less dari RM20 dari harga atas...
bathroom ade 2 unit...
tak perlu nak berebut ye...
tapi air mcm slow sikit...


living hall


ni room yang 2 single bed tu...
lagi satu bilik lupa nak snap gmbr


tv disediakan.. tp astro xde ye...


ruang makan... Mini refrigerator & kettle turut disediakan..
sila abaikan barang2 yang berselerak tu ye...


ni tempat budak2 mandi...
view ni amik dari dlm bilik kitaorg stay tu...


ni pon pool budak2 jugak..
tp mak2 dan bapak2 budak pon boleh join...
takde org marah... hehe...


slide
rasenye ade 4 slide kesemuanya kat sini


buai pusing


payung.. ye ke nama dia payung...


payung jugak


slide lagi
ni kiranya laut buatan manusia..
dalam jugak utk kanak2...






boleh jugak main bola tampar...
main dlm pool pon boleh jugak..
kat sebelah boleh main bola sepak pantai...


kafe...
abah dan mak aku minum nescafe kat sini, harga satu cawan RM4...
mahal giler...
kitaorg waktu makan, sorang ditugaskan beli kat luar dari resort...
jauh lebih murah...

ok.. itu aje gambar yg sempat diambil...
kesimpulannya bercuti kat sini seronok jugak...
time mandi manda tu mmg best....
tp bab makan yg tak best..
kena cari kat luar...
cafe dlm resort tu ade byk jugak...
semuanya mahal...
kalau pegi sorang dua blh tahan lagi kot...

Wednesday, February 10, 2010

> jalan2 di PD part 4

jgn risau, ni last part... hehe

habis mandi laut, balik semula ke hotel kan...
sambung pulak mandi kat pool...
ini acara yang dinanti2kan adam....
tak sabar sungguh..
nak suruh tukar baju mandi pon dh tak nak...
kalau boleh nak terus terjun...












semua gmbr aku dgn adam...
hubby tukang jd cameraman... hehe

kitaorg berendam punya lama...
sampai nak checkout baru sudah...
tu pon still adam tak nak naik jugak...
nangis lagi la jawabnya...


before balik adalah acara gambar beramai2 oleh peserta yg menjayakan percutian kali ini..
dari kiri: faezi (adik ipar kakak aku), cik lah (mak mentua kakak aku), hida (adik aku), zaid (kazen adam), shu (adik bongsu aku), sara (kazen adam), idah (kakak aku), adam, husna (aku), firdaus (my hubby), cik nor (nenek adam), faiq (kazen adam) hj kadir (tokwan adam), abg syauqi (abg ipar aku)



on the way balik singgah kejap kat nilai...
ini acara yang ditunggu oleh nenek adam... hehe....
lepas apa yang diinginkan oleh nenek adam tercapai...
baru gerak balik shah alam...
hantar jap mak n abah kat rumah kakak..
then kitaorg pon blk rumah sendiri...
aduh... penat...
tapi best....
penat yg berbaloi....

nanti mama dgn abah bwk adam pegi jalan2 lagi ye...

Iklan LR