Mukadimah

بسم الله الرحمن الرحيم & السلام عليكم
bismillahirrahmanirrahim & assalamualaikum...
Blog ini adalah blog persendirian. Mana-mana artikel dan gambar tidak boleh disalin dalam ape jua bentuk rupa sekalipun. Terima kasih diatas kerjasama anda.



Monday, September 27, 2010

> jalan-jalan raya

last week memang banyak betul undangan ke open house. hari sabtu saja ade 3 rumah yang aku pergi. mula2 pergi open house rumah pengasuh adam. then terus ke bandar baru salak tinggi rumah kawan IKM aku dulu. jauhnya salak tinggi tu sampai kitaorg sesat2 la. last sekali pergi pulak rumah kakak aku kat pantai dalam. malam baru balik rumah. makan jangan cakap la. semua aku jamah. sampai kembung la perut aku ni dibuatnya. ;p



semalam pun 3 rumah jugak aku pergi beraya. tapi semalam special sikit sebab pergi beraya sampai ke negeri bandaraya bersejarah Melaka. pergi bersama dengan kawan-kawan sekolah.


Picture 103


bergambar kenangan jap kat tol ayer keroh sementara tunggu member yg lain. dari kiri chu-a, ann, fatin (anak ann) ina, aku dan adam.



mula-mula pergi rumah cikgu zuraine kat jasin. cikgu sekolah rendah. tapi cikgu zuraine ni tak ngajar aku pun. dia ajar sekolah lain. tapi dekat la dengan sek ren aku tu. kira berjiran la. lepas tu singgah rumah member masa sekolah menengah, mazalia. maza la juru pandu kami masa di melaka. lagipun dia memang orang melaka. last sekali rumah cikgu akmal. pun cikgu masa sekolah rendah. cikgu akmal pernah ajar aku. subjek bahasa melayu. bayangkan belasan tahun tak jumpa. last2 semalam kitaorang bertemu.



33567_1497549650375_1583151424_1198865_5090509_n


ni gambar kat rumah cikgu akmal. baju kelabu tu la cikgu akmal. wife dia pakai t-shirt lengan panjang, tudung hitam tu. cikgu zuraine pakai t-shirt hijau. wife cikgu dh masuk dlm kereta. mazalia yg berdiri sebelah aku pakai tudung purple.



habis beraya singgah kejap kat bandar hilir melaka. dah alang2 datang melaka kan. itupun kejap aje. sebab hari dah nak beransur malam.


Picture 111

Picture 112

Picture 107

Picture 117

Picture 118



terima kasih pada cikgu zuraine, cikgu fairus dan family, cikgu akmal, isteri dan family serta mazalia dan family kerana sudi menerima dan melayan kami yg datang dari jauh ni.


Friday, September 24, 2010

> DIA yang menentukan segalanya

hari rabu lps pegi buat monthly checkup. usia kandungan sekarang dah 22 minggu. doktor scan tengok keadaan baby. alhamdulillah semua berkeadaan baik. jantina baby masih menjadi tanda tanya. sebab doktor kata tak berapa jelas. tapi doktor agak kemungkinan jantina baby sama macam adam. tak kisah la kan. asal baby cukup 3S. SOLEH, SIHAT dan SEMPURNA.



tapi secara jujurnya aku mengharap untuk dimurahkan rezeki mendapat baby girl. kalau dapat sepasang lepas ni boleh stop production kot. hehe… tapi semua tu kuasa Allah kan. DIA yang menentukan segalanya.



scan


ni scan masa mula2 tahu aku pregnant. nak confirmkan betul2 ade janin ke tak.



scan0001


yang ni masa 3 bulan rasanya. sebab sebelum tu aku ade bleeding sikit. so, doktor scan nk tgk keadaan baby dalam perut.



yang baru2 ni scan, lupa nak mintak doktor print. :(

Thursday, September 23, 2010

> siti aisyah

Picture 011


ni la dia anak sedara aku yang terbaru lahir bulan puasa hari tu. mama dgn abah dia kasi nama SITI AISYAH. simple name but nice. ramai orang kata muka aisyah ikut abah dia… anak abah ni… hehe…


gambar ni ambil masa hari raya. umur time tu baru 20 hari kot.


Wednesday, September 22, 2010

Tuesday, September 21, 2010

> adam’s 3rd birthday

Picture 056


tahun ni birthday adam jatuh tepat2 pada hari raya pertama, 10 september 2010. genap umur adam 3 tahun raya hari tu. 1st time jugak adam tiup lilin dan potong kek untuk hari jadi. untuk tahun sebelum2 ni tak pernah sambut pun sebab birthday adam jatuh bulan puasa. ni pun takde le celebrate beria sangat. just potong kek malam raya pertama tu kat kg dikelilingi family aku. adam seronok sangat bila sepupu2 dia nyanyikan lagu happy birthday. =)



Picture 052


balik kg hubby kat pahang pun, potong kek lagi. nenek adam siap belikan 2 biji kek lagi. thank you nenek. tapi gambar kek tak sempat nak snap. :(



untuk adam, mama dan abah ucapkan selamat ulangtahun kelahiran yang ke 3. semoga jadi anak yang soleh, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik dan bahagia didunia dan akhirat. jangan noty2 ye.. tahun depan kan adam dah nak jadi abg…



mama dan abah sayang sangat Muhammad Adam Faris. mmmuaaahhhhh…………



Monday, September 20, 2010

> Raya 2010

salam semua. masih mood raya lagi? bila dah cuti panjang, malas betul nak start kerja balik kan.



raya tahun ni beraya di kampung aku kat trolak perak dulu. balik petang rabu sebelum raya tu dan stay kt perak sampai raya ke 3. then balik pulak ke k.lipis pahang, kg hubby. jumaat pagi baru balik shah alam.


raya tahun ni ala kadar sahaja. cuma sediakan satu pasang baju raya untuk aku, hubby dan adam.


Picture 023

Picture 007

57929_1625196031350_1279986366_1718409_4311490_n

Tuesday, September 7, 2010

> Aidilfitri

assalamualaikum.

dikesempatan ini aku sekeluarga ingin menucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin jika ada salah dan silap aku sekeluarga selama ini.

pada yang akan balik kg, berhati-hati dijalan raya. dalam kita gembira menyambut hari lebaran ingat-ingat jugak pada yang telah tiada. sedekahkan al-fatihah untuk mereka.

insyaallah esok aku akan balik kg. aku akan bercuti start esok 8 september hingga 19 september 2010.

selamat hari raya ye......

ikhlas dari,
HUSNA, FIRDAUS & ADAM

Friday, September 3, 2010

> kenapa kodok?

Picture 003


sedar tak sedar lagi beberapa hari je aidilfitri akan menjelma. dah hujung-hujung puasa ni mood nak masak makin malas. semalam masak yang simple giler. sambal sardin, telur dadar dengan ikan goreng. cuma rajin sikit buat cucur kodok pisang. hari ni rasa macam nak beli je semua juadah berbuka. hehe…

Thursday, September 2, 2010

> zakat 1 kewajipan

dah bayar zakat fitrah?


scan


alhamdulillah, semalam hubby dah bayarkan zakat fitrah bagi tahun ni untuk kami anak-beranak. untuk selangor, kadar zakat fitrah ialah RM 7.00 bersamaan 2.70kg beras.



sebenarnya, abah aku kat kg pun dilantik sebagai amil untuk zakat fitrah ni. rasanya dah bertahun jugak abah jadi amil.



Wednesday, September 1, 2010

> kenangan dulu-dulu

scan


gambar lama ni diambil pada hari konvokesyen Institut Kemahiran Mara Kuala Lumpur iaitu pada tahun 2000. majlis ni berlangsung kat Dewan di Medan Mara. tepi SOGO dan Pertama Kompleks tu.



aku dengan hubby. time tu belum kawen lagi tapi dah ber’kawan’. kurus je hubby aku masa ni. dulu memang aku tak suka lipat tudung. bila tengok2 balik, aduh! selekeh betul. HAHA.



Iklan LR