Mukadimah

بسم الله الرحمن الرحيم & السلام عليكم
bismillahirrahmanirrahim & assalamualaikum...
Blog ini adalah blog persendirian. Mana-mana artikel dan gambar tidak boleh disalin dalam ape jua bentuk rupa sekalipun. Terima kasih diatas kerjasama anda.



Showing posts with label ADAM. Show all posts
Showing posts with label ADAM. Show all posts

Tuesday, September 3, 2013

> proud of you muhammad adam faris.


hari ni adam menyertai pertandingan hafazan pra-pra sekolah antara kelompok. adam kena hafal 7 surah kesemuanya. Al-fatihah, Al-falaq, An-naas, Al-ikhlas, Al-lahab, Al-ashr dan An-nashr.

Alhamdulillah adam berjaya membaca surah yang ditanya tapi tajwid tak betul sikit-sikit tu normal la kan untuk kanak-kanak seusia adam.

keputusan untuk hafazan, adam gagal mendapat sebarang tempat dari satu hingga tiga. cuma dapat hadiah saguhati. walaupun tak menang tapi mama tetap rasa bangga dengan keberanian dan semangat adam dalam menyertai pertandingan seperti ini.

lain kali kita cuba lagi ye sayang.

Saturday, July 13, 2013

> adam dan ramadhan

assalamualaikum dan selamat sejahtera.

alhamdulillah, hari ni genap 4 hari kita semua yang beragama islam berpuasa. adam pun tak terkecuali. tapi adam baru dapat 2 hari. hari 1st puasa adam dapat bertahan sampai pukul 5 sahaja. memang sayang kan, lagi 2 jam lebih je dah boleh berbuka. tapi aku tak nak le paksa-paksa sangat. buat setakat mana yang dia mampu sahaja. lagipun time tu dia dah nangis-nangis nak minum. kesian pulak.

hari ni adam tak puasa jugak sebab dia liat bangun sahur. macam tu la kalau tidur lewat. kan dah susah nak bangun sahur.

okeylah, selamat menjalani ibadah puasa untuk semua. moga ibadah puasa kita diterima Allah SWT.

DSC01747

Saturday, March 30, 2013

> cerita adam sikit, cerita alif sikit

assalamualaikum dan selamat sejahtera.

DSC00575

alhamdulillah sehari sebelum cuti sekolah aku dah selesaikan urusan pendaftaran adam untuk memasuki tahun satu tahun 2014 nanti. pihak sekolah beri tempoh sampai hujung bulan mac untuk urusan pendaftaran. lepas tarikh tersebut kena buat pendaftaran di pejabat pelajaran daerah. insyaallah adam akan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pekan Jaya, pekan , pahang. hatta semasa di pra sekolah ni pun adam memang bersekolah disekolah yang sama. senang nanti adam dah tau serba sedikit tentang sekolah dia. mudah-mudahan bila tiba tahun satu adam tiada masalah untuk sesuaikan diri.

macam tak percaya tahun depan adam dah masuk tahun satu. dah besar rupanya si abang ni. tapi badan je tak nak besar-besar. kecik macam tu jugak.

DSC00662

DSC01200

cara alif buat peace!. hehe. comelkan. budak-budak memang menghiburkan dengan keletah dorang. tapi selalu jugak buat mama bertukar menjadi singa atau harimau. hehe.

sekarang budak ni dah banyak cakap. tapi dengan kami sajalah, dengan orang luar dia jadi pendiam. kalau dalam kereta suara dia sajalah yang kita dengar. sibuk tanya macam-macam. itu apa? ini apa?

DSC00643

DSC01239

puding pemberian jiran sebelah rumah. balas bekas kek yang aku beri tempohari. niat aku takde nak mintak balas-balas pun. memang niat nak bagi jiran sebab banyak kuantiti kek tu. takut tak habis kami makan anak-beranak. lagipun bagi dalam bekas putih tu je pun. tak payah pulang balik bekas tu pun tak pe. tapi dah orang memberi, kita merasa la kan.

puding ni macam puding buah-buahan yang aku buat dulu. tapi jiran tak letak buah-buahan ganti dengan nata de coco. kuah puding pulak tak pekat sangat macam yang aku buat. just nice.

Wednesday, March 13, 2013

> faris

salam.

Muhammad Adam Faris.

macam ni la kan kalau nama panjang sangat. kat nametag tulis faris je.

DSC01047

balik dari sekolah tadi adam bawa balik nametag. cikgu suruh jahit kat t-shirt sekolah. budak-budak prasekolah ni pakai t-shirt je hari-hari. jumaat je pakai baju melayu.

so, petang-petang macam ni sementara anak-anak tido, aku pun main jahit-jahit la. 3 baju pulak tu. aku jahit tangan je pun. jahit jelujur. mana la nak dapat mesin jahit kat rumah aku ni kan. sedihnya. sob, sob, sob. pulak tu main belasah je benang warna oren. tak sesuai langsung. habis tu, yang ada pun benang kat rumah ni hanya benang putih, pink, hitam dan oren. oren yang paling hampir kot. pakai aje la yang mane ada kan. lagipun dari jauh tak nampak sangat kontra benang tu. hehe.

> pukul 12 tengahari

salam.

aku dah siap masak ni. menu hari ni ikan cencaru masak taucu dengan sayur lemak kobis. hari-hari sekolah macam ni memang kena masak awal. pukul 12 adam dah balik dari sekolah. selalunya bila sampainya kat rumah, lepas mandi adam selalu mengadu lapar. kalau tak siap masak lagi, kang bising pulak si abang sorang tu.

semalam alif demam. alhamdulillah demam cuma sehari. hari ni dah sihat. sekarang makan ubat dah tak susah macam dulu. menangis manja-manja saja.

alif dah makin petah bercakap. tapi cakap hujung-hujung dan pelat-pelat. seronok dengar dia cakap. comel giler. boleh buat kita ketawa sendiri. tapi mencabar jugak mau faham apa yang dia tuturkan. kalau tak faham, habislah. kasi mengamuk dia. haha.

DSC01028

Resepi Cencaru Masak Taucu

Bahan-bahan

  • 4 ekor ikan cencaru
  • 1/2 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih - hiris
  • 2 hiris halia - hiris
  • 3 biji cili api
  • timun
  • 2 sudu besar taucu
  • Asam keping
  • minyak
  • garam
  • gula
  • air secukupnya

Cara-cara

  1. goreng ikan yg telah digaul garam dan serbuk kunyit
  2. sementara goreng ikan, boleh lah menyediakan kuah taucu. tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan. masukkan halia dan cili api.
  3. masukkan taucu dan kacau sekejap.
  4. masukkan air dan asam keping
  5. masukkan timun dan perasakan dengan gula. Garam tak perlu sbb taucu dah masin.
  6. setelah ikan masak, masukkan ke dalam kuah tersebut. biar hingga mendidih, tutup api.

DSC01028

Resepi Kobis masak lemak putih

Bahan-bahan:

  • 1/2 biji kobis bulat saiz sederhana, hiris sederhana kasar
  • 1 camca besar penuh udang kering rendam sekejap, tos dan tumbuk kasar
  • 1 biji bawang besar, hiris halus
  • 4 ulas bawang putih, dititik
  • 1 biji cili merah, hiris
  • 1200 ml santan cair
  • 400 ml pati santan
  • 1 cekak soo hoon, kerat pendek dan rendam hingga lembut
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

  1. Masukkan santan cair ke dalam periuk bersama hirisan bawang, bawang putih dan udang kering. Kacau rata dan masak hingga mendidih.
  2. Masukkan kobis dan masak hingga kobis separuh lembut, jika kurang kuah tambah sedikit air.
  3. Masukkan soo hoon (toskan) dan hirisan cili merah.
  4. Kacau rata dan tuang pati santan.
  5. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula.
  6. Kacau perlahan dan biar mendidih sekejap.

Friday, February 22, 2013

> basikal hijau basikal merah

salam.

DSC00910

Yeay! alif dah pandai kayuh basikal. tapi kayuhan hanya separuh bulatan. kadang-kadang tak sampai 180 darjah pun. hehe. jadila kan untuk umur seusia alif. kalau sebelum ni asyik kayuh kebelakang saja. mane la nak jalan basikal tu kan. control stereng masih lemah. habis semua mau dilanggarnya. alif hanya mewarisi basikal abang. main pun hanya dalam rumah.

untuk adam, abah belikan basikal baru. siap ada loceng lagi (yang ni memang request dari adam). saiz besar sikit dari yang lama. tapi masalahnya adam tak pandai imbang basikal, masih perlu menggunakan roda tambahan. kawan-kawan sebaya adam semua dah pandai naik basikal tanpa roda tambahan. kalau main lumba-lumba, adam mesti last sekali. bila ada roda tambahan ni, kayuhan jadi berat. kesian adam. insyaallah kalau ada masa yang sesuai, mama dan abah ajar adam okay!

DSC00908

Sunday, September 30, 2012

> sukan tahun 2012 sek. keb. pekan jaya

salam.

layan gambar dulu ye.



pagi tadi berlansungnya sukan tahunan bagi tahun 2012 sekolah adam di pekan, pahang ni. walaupun adam setakat masuk acara perbarisan, kami tetap datang untuk memeriahkan majlis. lagipun adam dah banyak kali miss acara sekolah kat pahang ni contoh majlis jamuan raya, majlis harijadi, lawatan murid prasekolah ke zoo kemamam minggu depan pun adam tak dapat join jgk. maklumla, sekejap sekolah kat pahang, sekejap sekolah kat perak. 

rumah sukan adam rumah merah atau syahbandar. jumaat lepas dah diadakan acara untuk prasekolah. adam tak mendapat sebarang hadiah. hehe.. balik rumah dia tanya saya. kenapa adam lari tak laju? kenapa adam tak menang? terpaksalah saya menjawab soalan yang diberikan dengan berhemah. takut dia tak boleh terima kekalahan pulak. tadi ada sembang-sembang dengan cikgu adam. ada kawan-kawan adam yang tak boleh terima kekalahan. tak dapat hadiah, dorang menangis. jenuh cikgu nak pujuk. macam-macam ragam budak-budak nak membesar kan.

takpe, next year adam cuba lagi ye.. jangan putus semangat tau.






Monday, September 10, 2012

> kek coklat kukus

salam.

Selamat Hari Lahir Muhammad Adam Faris bin Firdaus yang ke 5. semoga berjaya di dunia dan akhirat. mama sayang abang!



sempena birthday adam hari ni, saya buatkan kek hasil tangan sendiri. resepi google dari internet. terima kasih pada empunya resepi.

KEK COKLAT KUKUS





Bahan A:-
  • 1 cawab susu cair atau fresh milk
  • 1 cawan air
  • 1 cawan mentega cair
  • 2 cawan gula perang
Bahan B:-
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
Bahan C (dikacau rata):-
  • 1 biji telor
  • 1 sudu teh esen vanila
Bahan Krim Coklat (Ganache):-
  • 1 cawan susu pekat
  • 2 sudu makan serbuk koko
  • 2 sudu makan mentega
Cara Membuat Kek:-
  1. Panaskan kukusan.
  2. Kacau semua bahan A di dalam mangkuk besar supaya sama rata dan sebati.
  3. Ayak bahan B dan masukkan ke dalam bahan A dengan perlahan-lahan. Kacau rata.
  4. Bahan C dipukul sikit dengan garfu dan masukkan ke dalam mangkuk adunan. Kacau lagi supaya adunan tidak bergentel.
  5. Lapik loyang dengan kertas baking dan tuangkan adunan.
  6. Kukus selama 1 jam dengan api sederhana kecil (untuk mengelakkan kek pecah di permukaan)
  7. Hiaskan dengan krim coklat dan taburan chocolate rice.
Cara Membuat Krim Coklat:-
  1. Masukkan susu pekat manis dan serbuk koko ke dalam bekas tahan panas. Kacau rata.
  2. Panaskan dengan api sederhana. Kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan mentega dan kacau rata sekali lagi.
  4. Tutup api dan kacau lagi hingga sebati.
  5. Tunggu hingga sejuk sedikit dan tuangkan di atas kek.

Friday, July 13, 2012

> sambutan hari bapa

salam.
cerita tertangguh lagi. hehe.

tahun ni hari bapa jatuh pada 17 jun 2012. that date dah wish kat hubby 'selamat hari bapa' via facebook. jadilakan. nak wish face to face orangnya jauh nun di german.
















kat tadika adam pun ada jugak buat sambutan hari bapa ni. sambutan kecil-kecilan, ada makan-makan, pertandingan mewarna, ucapan-ucapan dan penyampaian hadiah. adam pun turut serta mewarna. tapi tak layak untuk memenangi sebarang hadiah. syarat utama untuk memenangi hadiah, peserta mesti terdiri dari anak dan ayah dan mesti mewarna bersama. kalau ayahnya tak hadir lukisan tersebut tak dikira. sekadar suka-suka sahaja. kesian adam. macam mana la, abah nak join sekali. tapi ramai jugak yang ayahnya tak dapat hadir. mungkin masing-masing punya hal tersendiri.


pen ni adam nak kasi kat abah.

kawan-kawan adam

mari mewarna. siap meniarap lagi. kawan yang lain semua duduk elok jer.
warna cantik-cantik ye.
walau tak dapat hadiah, dapat bergambar pun jadila. hehe

Tuesday, July 10, 2012

> sukan tahunan

salam.

sukan tahunan tadika kemas adam ni berlangsung 24 mei yang lalu. dah lama sangat dah, tapi nak jugak masuk kan dalam blog ni. kenangan untuk adam bila dia besar nanti. setiap murid masuk 1 acara. adam masuk acara bawa bola pingpong dalam sudu. dapat juara lagi.


sedia, 1, 2, 3, go...
tunggu giliran nak ambil hadiah. alif sibuk nak duduk dekat abang dia. :)
penyampaian hadiah
yeay! dapat hadiah. muka orang penat
hadiah sumbangan kemas. hehe..




** kualiti gambar kurang memuaskan. guna kamera telefon saja. harap maklum


Saturday, April 14, 2012

Friday, April 13, 2012

> T_T

Adam dan alif demam. T_T

Mereka berdua ni, saya perhatikan kalau sorang demam, tak lama lepas tu mesti sorang lagi akan demam. Kadang-kadang serentak.

Bila mereka berdua demam, nak-nak semasa ketiadaan hubby buat saya down sikit. Saya ni cepat risau bila anak-anak tak sihat. Tidur malam tak lena. Setiap jam saya akan check suhu badan mereka. Kalau belum sampai masa makan ubat, tapi badan sudah panas, cepat-cepat lap badan dorang dgn kain basah.

Tak dapat saya bayangkan kalau tika ini saya berada di pahang. Duduk disana dgn anak-anak sahaja. Mahu saya meraung dibuatnya. Itu sebab sepanjang ketiadaan hubby saya menetap di kampung. Ada jugak yg tengok-tengokkan kami anak beranak.

Jangan tak tahu yang alif sangat susah makan ubat. Baru sebut perkataan ubat, dia mula nak menangis. Nak tak nak kena paksa juga. Tahan saja la dengar dia menangis. Tapi lain pula dengan adam. Alhamdulillah dia takde masalah nak makan ubat.

Abah! Adam dan alif rindu abah kot. :-(

Doakan adam dan alif cepat sihat ye. Get well soon my dear..

Monday, April 9, 2012

> sekolah baru, kawan baru

sepanjang hubby berada di german, saya dan anak-anak tinggal di kampung. adam juga terpaksa bertukar sekolah buat sementara waktu. alhamdulillah adam tiada masalah dengan pertukaran tersebut. malah dia suka dengan sekolah di sini, terutama sekali dengan uniformnya.

Saturday, February 25, 2012

> mari ke sekolah


Isnin dan rabu: baju kuning.
Selasa dan khamis: baju merah.
Jumaat: baju melayu.

Wednesday, January 4, 2012

> adam dah sekolah


umur adam pada 1 januari 2012, 4 tahun 4 bulan tapi kalau ikut tahun, adam sudah 5 tahun. Jadi saya hantar pergi sekolah. Rasanya ini umur yg paling sesuai. Tak terlalu awal dan tak terlalu cepat. Adam bersekolah di prasekolah 5 tahun, sekolah kebangsaan pekan jaya.

Hari ni merupakan hari pertama adam ke sekolah. Bangun pagi tadi agak liat. Selalu tanya kenapa adam kena sekolah. bila disuruh mandi mula mata menjadi merah. Nak nangis rasanya. Lama2 bila dah pakai kasut sekolah, mood kembali normal. Lega saya dibuatnya. Masa saya hantar ke sekolah, adam minta dia dibelikan hadiah ultraman sbb dia mahu bersekolah. Saya terpaksa setuju.

Memandangkan hari pertama, sekolah adakan perhimpunan. Sementara habis perhimpunan, saya dan hubby serta ibu bapa yg lain tunggu di tepi koridor. dari jauh saya nampak adam yg dlm perbarisan melambai2 tangan ke arah kami. Belum pun selesai perhimpunan, tiba2 adam berlari dtg ke arah kami. Dia cakap dia penat berdiri, lama sangat. Hehe nak ketawa saya dibuatnya. Saya suruh adam duduk rehat sekejap. Kemudian masuk balik perhimpunan. Selamba aje adam berjalan sorang2 dpn cikgu2, murid2 tahun 1 hingga 6. Siap cikgu yg tgh berucap suruh adam cepatkan berjalan. Lepas adam masuk kelas saya dan hubby pulang kerumah. Muka adam sedikit berubah tapi saya buat2 tak tahu aje. Waktu tamat persekolahan pukul 12 tghri. Tiba dirumah adam terus tertidur. Penat agaknya. Kesian.

Hari ni adam cakap belum belajar lagi. Cuma cikgu ajar menyanyi lagu Negaraku. So far, dengar dia jawab pertanyaan saya tentang sekolah semuanya ok. Alhamdulillah adam takde merengek tak nak sekolah esok hari.

Belajar elok2 dan rajin2 nak..

Saturday, September 10, 2011

> 4 tahun la

Alhamdulillah, kalau ikut kalendar org putih hari ni 10 september, adam genap 4 tahun. Insyaallah tahun depan boleh hantar dia sekolah.

Mama doakan adam diberi kesihatan yg baik, dimurahkan rezeki, jadi anak yg soleh, beriman dan cerdik pandai.

Happy birthday MUHAMMAD ADAM FARIS.

Mama, abah dan adik alif selalu sayang abg adam.


P/s: entri ini dipublish menggunakan telefon bimbit.

Saturday, August 20, 2011

> Abang


Adam, 4 tahun. Pandai rindu-rindu shah alam. Rindu org-org kat shah alam sebenarnya.
Untuk makluman kami sekeluarga dah tak menetap di shah alam. Hampir 4 bulan kami tinggalkan shah alam.

Saturday, April 2, 2011

> cerita hari ini

assalamualaikum

aduhai lama sungguh saya tak kesini. rindu betul dengan 'rumah' saya ini. banyak cerita yang sepatutnya saya coret kan disini utk kenang-kenangan. tapi masa tak mengizinkan utk saya berbuat demikian.

kini alif dah hampir ke 3 bulan. dugaan ketika berpantang sukar digambarkan. alhamdulillah, kini alif semakin bijak. dah tak menangis macam dulu. menyusu pun semakin baik. saya bersyukur sangat-sangat.

kalau ada masa nanti saya coretkan disini cerita-cerita alif dari bersalin hingga sekarang.

adam sihat-sihat sahaja. lama duduk di kampung, rindu betul dia dengan rumah di shah alam. asyik-asyik tanya bila nak balik rumah. tapi adam makin manja dan rapat dengan nenek dan tokwan. tapi kadang-kadang pandai gaduh juga dengan nenek. hehe..

sekian dulu.

Wednesday, January 12, 2011

> diapers vs spender

orang lebih suka sebut pampers dari diapers. padahal pampers tu jenama untuk diapers.

 

hari ni dah hari ke-5 adam tak pakai diapers. bermula sabtu lepas. semuanya berjalan  lancar. alhamdulillah takde kes bocor lagi. cuma waktu tidur sahaja saya pakaikan diapers takut terkencing dalam keadaan tidak sedar.

agak lambat sebenarnya adam diajar dari berhenti pakai diapers. sebelum ni ajar jugak. tapi hari cuti sabtu ahad sahaja.

macam-macam cara sebenarnya saya dan hubby lakukan untuk berhentikan adam dari memakai diapers. belikan spender yang ada gambar ultraman (adam fanatik dengan ultraman), sorok diapers, bagitau adam yang dia dah besar dan yang paling berkesan rasanya saya cakap siapa pakai diapers nanti kena sunat. adam memang fobia sangat dengan perkataan sunat. takut betul dia. hehe.

plan saya sebenarnya mahu ajar dia bila saya dalam berpantang nanti. masa tu boleh concentrate betul-betul. tapi bila dia sudah boleh terima pembelajaran ini, hati saya gembira sekali. lepas ini beli diapers untuk adik adam sahaja. save budget bulan-bulan. terima kasih adam.

:)

Friday, January 7, 2011

> Tanda-tanda Bersalin

waktu sekarang kena sentiasa alert tentang tanda-tanda bersalin. walaupun ini bukan kali pengalaman pertama, tapi rasa keliru dan risau tu tetap ada. masa adam, tanda-tanda nak bersalin sebab air ketuban pecah. kali ni tak tau macam mana pulak.

 

jom kita baca sikit info pasal tanda-tanda bersalin.

 

sumber: http://portal.alamhamil.com/index.php?option=com_content&view=article&catid=39%3Asemasa-kelahiran&id=161%3Atanda-tanda-bersalin&Itemid=61

 

Tanda-tanda hendak bersalin

Kontraksi Rahim

Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalin. sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian.

Kontraksi biasa atau Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudiannya.

Sakit Belakang

Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.

Pecah ketuban

Dalam cerita drama atau filem,wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar.

Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah disaat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin.

Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mengesyaki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera.

Bloody Show

Disaat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah pluk mukus yang menghadang sebarang kemasukkan asing kedalam cerviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. sekarang pluk ini sudah tiada dan bayi sudah boleh bergerak kebawah dengan perlahan-lahan.

Serviks terbuka

Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walaubagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semsa pemeriksaan faraj.

Iklan LR