Mukadimah

بسم الله الرحمن الرحيم & السلام عليكم
bismillahirrahmanirrahim & assalamualaikum...
Blog ini adalah blog persendirian. Mana-mana artikel dan gambar tidak boleh disalin dalam ape jua bentuk rupa sekalipun. Terima kasih diatas kerjasama anda.



Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Wednesday, April 17, 2013

> sepupu baru adam dan alif

assalamualaikum dan selamat sejahtera.

DSC01549

ini sepupu adam dan alif yang terbaru. baru berusia tak sampai 1 bulan. kalau tak salah lahir pada 18 mac yang lalu. ini cucu kedua perempuan sebelah hubby. cucu perempuan yang ditunggu-tunggu. sebelum ni berderet boy je.

anak perempuan pertama dalam family dia. yang sulung dan kedua, dua-dua lelaki. bila baby raihan keluar, perempuan pulak tu, mestinya my biras dan abg ipar gembira.

baby ni namanya Nur Raihan Raqwan. comel sangat. selamat datang baby raihan. semoga jadi anak yang solehah.

Tuesday, February 28, 2012

> mak itam dah kawin


Ini cerita basi.
Alhamdulillah mak itam adam dan alif merangkap adik hubby dah selamat mendirikan rumahtangga dgn pilihan hatinya pada oktober tahun lepas. Baru sekarang nak cerita. Apa kes!!.. Hehe
Sebenarnya nak post gambar ramai2 satu family sebelah hubby ni. Jarang2 dpt ambil gambar semua sekali.
6 adik beradik. 4 lelaki, 2 perempuan. Hubby anak ke 4. Semua dah berkahwin kecuali adik bongsu. 6 org cucu lelaki termasuk adam dan alif dan 1 org saja cucu perempuan.

Thursday, December 30, 2010

> aquaria KLCC

1 2 

cuti krismas lepas kami jalan-jalan di aquari KLCC. kebetulan adik beradik hubby dari kg datang rumah. bawak dorang jalan-jalan kat sini. dah nama pun public holiday kan. manusia ramai yang amat. nak tengok ikan-ikan dalam aquarium tu pun bersesak-sesak. satu-satu aquarium tak boleh nak tengok lama. nak bergambar pun payah. kami ni kira bernasib baik jugak sebab tiba kat aquaria awal pagi. time kami semua keluar, mak datok beratur panjang orang nk beli tiket.
harga tiket utk dewasa RM 35. mahai giler. rasanya last kami bertiga masuk aquaria RM 28 jer utk dewasa. maybe sbb public holiday kot. ke memang dah naik harga.

3
4

Tuesday, October 5, 2010

> good luck!

PMR start hari ni kan. so, dikesempatan ini aku nak ucapkan good luck to my niece NURUL IZZATI ZULKIFLI yang menduduki peperiksaan tersebut bermula hari ni. ateh doakan semoga dapat jawab semua soalan dengan jayanya.



usaha + doa + tawakal = insyaallah berjaya…



caiyok2!…



58974_159174064098875_100000188486641_539787_3950870_n 58974_159174067432208_100000188486641_539788_896872_n 46864_159176727431942_100000188486641_539799_1714117_n



aku ambil peperiksaan PMR ni tahun 1995. tapi masa tu aku tak risau sangat. study ala kadar. main redah aje.. tengok la bila result keluar. cukup2 makan. hehehe…



kalau la boleh diputarkan masa kembali…



Thursday, September 23, 2010

> siti aisyah

Picture 011


ni la dia anak sedara aku yang terbaru lahir bulan puasa hari tu. mama dgn abah dia kasi nama SITI AISYAH. simple name but nice. ramai orang kata muka aisyah ikut abah dia… anak abah ni… hehe…


gambar ni ambil masa hari raya. umur time tu baru 20 hari kot.


Monday, August 23, 2010

> pagi-pagi lagi dah dapat berita gembira

alhamdulillah, pagi-pagi lagi mak aku telefon untuk sampaikan berita gembira.



adik aku FADZILAH yang kahwin tahun lepas dah selamat melahirkan seorang baby girl di Taiping Medical Centre pada pukul 8 lebih pagi tadi. bersalin adalah secara normal. alhamdulillah…


bertambah seri lah lagi raya family kami tahun ni dengan kehadiran orang baru.


kalau ikutkan, dalam family aku, dah 3 orang bersalin pada bulan ramadhan. aku ramadhan tahun 2007, kakak aku yang 2nd ramadhan 2008 dan adik aku yang ni ramadhan 2010.



duit raya nak kena tambah lagi satu sampul ni. ;)



202100829l


hanya gambar hiasan. ni bukan baby girl adik aku tu ye. ni adam masa baby. =)


Monday, April 12, 2010

> haji… haji… haji… mustafa….

selingan:
bukan 1 kali, tapi 3 kali… haji… haji… haji… mustafa…
ingat tak kat mana boleh dapat dialog kat atas ni.

IMG_5385

alhamdulillah, balik jugak kami ke kampung cuti weekend lepas. balik sekejap ajelah… balik sana sabtu, balik sini ahad. seperti yang diduga, memang banyak lah buah tangan MIL & FIL kasi kat kami 3 beranak. eh! bukan kami sahaja, semua anak-anak dan cucu-cucu Haji Musa Dan Hajjah Norhesah dapat. kebetulan semua adik-beradik hubby balik kampung.



aku dapat jubah hitam serta selendang dan baju tidur. adam dapat 2 helai jubah, kopiah dan mainan. hubby dapat serban (entah bila la nak pakai nih.) kopiah dan tasbih. itu belum lagi makanan dari sana macam kurma, kacang-kacang, coklat dan sebagainya. tapi yang penting air zam-zam jangan dilupa.


terima kasih pada MIL & FIL diatas semua hadiah-hadiah ni. eh! lupa nak bagitau rasa daging unta kan. rasa macam biasalah. macam daging lembu tu jugak. kalau org tak beritahu yang dimakan tu daging unta, memang tak tau. cuma liat sikit. mungkin terkena yang kat banyak urat kot.

Tuesday, April 6, 2010

> landed

hari tu aku ada buat entri pasal MIL & FIL pergi menunaikan umrah kan. alhamdulillah, diorang selamat tiba di KLIA jam 9 pagi tadi dengan penerbangan Qatar Airways dari Jeddah dan transit di Bahrain. MIL & FIL pun sihat-sihat sahaja. Sekarang mereka bergerak pulang ke kampung halaman di Kuala Lipis.

insyallah hujung minggu ini, kami bertiga juga akan menyusul pulang ke kampung. untuk menagih ole-ole dari mekah. oh! sungguh tidak malu. hahaha. tadi tidak sempat berbual panjang. aku dan hubby cuma ambil cuti separuh hari sahaja. adam pun tak bawak.

tapi sempat jugak MIL cakap dia ada beli daging unta mentah. tak pasti masih elok atau tidak. macam mana agaknya rasa daging unta ye? kita tunggu saja hujung minggu ini. hehe

Thursday, March 25, 2010

> umrah & ziarah

Alhamdulillah semalam MIL & FIL selamat pergi menunaikan umrah. Walaupun sebelum tu bermacam dugaan yang terpaksa dihadapi. Sepatutnya MIL & FIL pergi pada 9 Mac tempoh hari. Tapi disebabkan masalah visa, tarikh terpaksa ditunda pada 23 mac (baca: semalam)

Sebelum tu, hari isnin selepas waktu kerja, kami (baca: aku, hubby dan adam) balik kuala lipis utk jemput MIL & FIL. Tidur semalam dirumah kami sebelum bertolak ke KLIA keesokkan harinya. Pagi semalam, kira-kira pukul 5 pagi semua dah bersiap nak bertolak ke KLIA. Kami solat subuh dan breakfast di KLIA. Jadual penerbangan pukul 10 pagi. Dengar kata transit ke Bahrain dulu..

Ini kali ke 3 rasanya MIL & FIL pergi umrah. Haji pun MIL & FIL dah lakukan. alhamdulillah ade rezeki lebih boleh la ke sana... Insyaallah MIL & FIL kembali ke Malaysia pada 6 April nanti. Aku doakan semoga semuanya berjalan lancar.


aku, adam, MIL & FIL

adam tu nak merayau + bebas sebenarnya.. tu yg buat muka mcm tu...
aku bukan tak nak kasi, tapi org ramai. nanti entah kemana2 dia pergi..
kang hilang satu hal pulak...


KLIA diwaktu awal pagi...

Thursday, January 28, 2010

> air dicincang takkan putus, part 2

ni cousin2 adam for my side..


amirah, 17 tahun
anak sulung kakak aku yg sulung


izzati, 15 tahun
adik kepada amirah


huda, 10 tahun
adik kepada izzati


iman, 6 tahun
adik kepada huda


fa'iq, 6 tahun
anak sulung kakak aku yg no. 2


zaid, 4 tahun
adik kepada fa'iq


qaisara, 1 tahun lebih
adik kepada zaid


tak lama lagi tambah lagi sorang...
on the way.....
adik aku yg kawen hari tu...

my side ramai pompuan berbanding lelaki...

> air dicincang takkan putus, part 1

muka-muka yg terpampang kat bawah ni semua cousin2 adam
hubby side


aisyah, 8 tahun
anak kepada abang sulung my hubby


imran, 5 tahun
adik kepada aisyah


furqan, 3 tahun lebih
anak kepada abg my hubby yg no. 3


ghufran, 1 tahun lebih
adik kepada furqan


ubaidillah, 1 tahun lebih
anak kepada kakak my hubby yg no. 2


** hubby side ramai lelaki berbanding perempuan...

Friday, November 13, 2009

> Labbaik Allahumma Labbaik....



alhamdulillah pada 23 oktober lalu kakak sulung aku dan suaminya selamat pergi ke mekah untuk menunaikan rukun islam yg ke lima itu...
baguskan muda2 lagi dh dpt rezeki nak kesana....
kiranya skrg dh nak dekat 3 minggu dorang disane...
sepeninggalan beliau ke mekah aku diamanahkan utk menjaga kesemua anak2 dorang...
4 orang semuanya... empat2 perempuan...
yang paling kecik 5 tahun...
paling besar form 4...
alhamdulillah... semuanya ok...
xde masalah...
insyaallah kakak dan abg ipar aku akan tiba di malaysia pada 7 december ni...
semoga semua urusan haji dorang disane dipermudahkan dan beroleh haji yang mabrur....
amin...

kat bwh ni gmbr masa dorang nk berangkat dulu...
tempat: kompleks tabung haji kelana jaya
tarikh: 23 oktober 2009, jumaat
masa: dari 6.30 ptg ~ 10.00 mlm










gambar bawah ni la kakak yang aku maksudkan tu...
kakak aku yang sulung...
ROZAINAH MOHD AMIN



bawah ni pulak gambar abang ipar aku...
ZULKIFLI ZAMBRI



ni gambar kakak aku dgn kesemua anak2nya...
time raya aidilfitri lalu...



act... tahun ni 3 orang family aku pegi menunaikan haji...
lagi sorang abg ipar aku jgk...
suami kakak (syida) aku yg no 2..... AHMAD SYAUQIE MOHD KHARIP
abg syauqie pergi dengan adik, mak, sepupu dan 2 lagi mak sedara...
pergi pada 4 november lalu....
semoga dapat haji yang mabrur jugak....
doakan selamat pergi dan kembali....




abg syauqi (pakai kopiah) dan adik beliau
check mn yang patut before daftar...


Thursday, October 1, 2009

> kenduri kahwin

kesempatan cuti raya ni ramai yg buat majlis kawen kan…
bapak sedara aku pon tak terkecuali…
hari sabtu lepas (26 september 2009)
majlis sambut menantu berlangsung di rumah nenek aku di kg. parit tok ngah, parit buntar, perak…
dah lama sebenarnya aku tak blk kg nenek…
bukan lupa daratan ye…
masa tak mengizinkan… hihi…

bapa sedara aku ni adik kepada abah aku…
abah aku yg sulung…
bapa sedara aku ni muda setahun dari aku…
hihi… muda kan bapa sedara aku…
abah aku ngan dia lain2 mak…
tp satu ayah…

ok lah…
untuk bapa sedara ku…
WAFI dan pasangannya INA
selamat pengantin baru…
semoga berbahagia selamanya…



p/s: bulan oktober ni ade lagi satu majlis kahwin…

> cerita raya

orang lain semua dh cite psl raya kan…
aku jer yg lambat… hihi..
hari ni pon dh 12 syawal….
mcm mana nak mulakan ye cite psl raya ni…

tahun ni giliran raya kat kg hubby dulu…
pagi sabtu kol 6 pagi we all gerak balik ke kg hubby kt k.lipis pahang…
rancang kuar pagi nak elak jammed…
tp sama jgk… sampai kat tol gombak..
kereta dh banyak…
jalan pon slow jer sepanjang highway karak tu…
aduhhhh… tension dok dlm keta lama2…
bayangkan we all nak sampai kt kg amik masa dlm 7 jam..
selalu dlm 3 jam dh boleh sampai….
kesian hubby… penat drive…

raya tahun ni adam very excited…
walaupon dia tak paham lagi apa erti raya…
main mercun pon dh pandai…
tp mercun pop tu jer… hihi…

pagi raya bile pakai kan adam baju raya…
mmg dia suke…
songkok tak lekang kat kepala…
hubby nak g solat raya pon dia nak ikut…
nasib baik hubby kata dia tak buat hal time kat masjid…
bagus anak mama…

raya ke dua baru we all balik perak…
nak tgk baju raya we all…
jeng… jeng… jeng…



amacam? cantik tak?… hihi…
yg buat spoiled adam nangis…
aduhhh… rosak gambar…



we all 1 family bergambar dgn my MIL & FIL



lets go…
kunjung raya time…



adam dgn misi mengumpul duit raya sebanyak mungkin…
hihi…
=)

Selamat hari raya…

Tuesday, August 25, 2009

> qaisara

alhamdulillah
hari ni dah 4 ramadhan kan...
syukur...
masih lagi dapat meneruskan rukun islam yang ke-3 ni..









ni saje nak berkongsi gambar my niece...
cousin adam...
Qaisara namanya
umur 1 tahun
ni anak kakak aku yang no. 2
anak dia yang ke 3...
comel betul bile baby pakai tudung kan...


YANG BAIK JADIKAN TELADAN
YANG BURUK JADIKAN SEMPADAN

Tuesday, June 30, 2009

> UPSI

ahad lepas adik aku hida (kwn2 dia pggl dayah) selamat mendaftar kat UPSI...
huhu... jadi cikgu la adik aku ni nnt..
upsi ngan rmh kitaorg bukan jauh mn pon...
naik keta dlm 1/2 jam dh boleh smpai...
senang la nak blk kg kn....
tak payah susah2 abah nak gi amik...
naik bas aje ye...
hihi...

pesanan untuk hida:
belajar betul2...
jgn nak main2 lak...
jgn sibuk nk bcinta...
huhu....

tinggal adik bongsu aku Shu jer lagi..
thn ni SPM...
harap2 dapat result yg best2

YANG BAIK JADIKAN TELADAN
YANG BURUK JADIKAN SEMPADAN

> selamat tiba



hari sabtu lepas
adik lelaki aku yg study kat mesir
selamat tiba kat malaysia..
study dia kirenye dh hbs la...
tp result tak kuar lagi...
sementara nak tunggu result kuar
tu yang dia mintak balik tu..
dia pegi mesir ms aku baru je lahirkan adam..
3 hari puasa kot... tahun 2007..
sekarang adam pon dh nak masuk 2 thn..
dlm tempoh tu langsung kitaorg tak jupe..
hanya telefon dan YM jer jd alat berhubung..
time dia blk hr tu..
aku tgk makin kurus plak adik aku ni...
tak cukup mkn ke hapa...
kesian... hihihi...
tp yg aku jeles
mcm mn dia blh lebih putih dr dulu ni...
nak pi mesir jgk la...
ngeh3...

korang kalau ade keje2 kosong (sementara)
yg berkaitan dgn agama
bagitau aku ek...
adik aku nak cr keje...
drpd dok melangut jer kat rmh
baik keje dulu kan...

YANG BAIK JADIKAN TELADAN
YANG BURUK JADIKAN SEMPADAN

Thursday, June 18, 2009

> luas lagi







haaa.... ape kejadahnye la bebudak ni nganga2 ni... ni la kazen2 adam... side aku.. ni gmbr amik time aku tinggalkan adam kat rmh kakak aku sbb aku pegi shopping baju raye hari tu... bile aku tunjuk balik kat adam... bukan main suke lagi dia ikut aksi2 nganga sepupu2 dia ni....

Iklan LR