بسم الله الرحمن الرحيم & السلام عليكم bismillahirrahmanirrahim & assalamualaikum... Blog ini adalah blog persendirian. Mana-mana artikel dan gambar tidak boleh disalin dalam ape jua bentuk rupa sekalipun. Terima kasih diatas kerjasama anda.
Satu masa dulu….. Wah2 macam cerita dongeng plak kan… Dulu aku fanatic jugak la dgn satu game kat FB ni.. Korang mesti tau punya… Heboh diperkatakan…. Entah2 korang pon main jugak kan… =)
Memula aku terjebak dgn Cafeworld.. Games masak2 kat café… Pastu kita boleh décor café tu ikut citarasa kita.. Sanggup aku bgn pagi2 bukak laptop semata2 nak tggu masakan aku masak… Kalau lmbt nnt lalat hurung.. Dh takleh serve… rugi worrr….
Pas tu aku try plak Farmville… Memula ni saje2 suke2 jer… Semnetara makanan kt cafeworld aku masak.. Aku jenguk la Farmville ni… Rajin sungguh kan aku berkebun.. Memula dpt tanah… bercucuk tanam.. Pastu ternak lembu, kambing dll plak… Cukup masa boleh tuai… Ternakan boleh collect susu…
Tp sekarang semua tu dh suam2 kuku dah… Dah boring asyik buat benda yg sama jer.. Lantakla masakan aku basi… Lantakla tanaman aku layu… Kdg2 jer aku singgah… Tu pon klu betul2 dh tak tau nak buat ape…
Adam belom sekolah lagi… Tp dia cakap rumah pengasuh tu sekolah dia… hehe
Ini mama ajar adam sikit2 dirumah Pembelajaran secara tidak langsung sambil main2…
Number Kalau in malay memang pas… satu sampai sepuluh… Tp kalau in English… Hancur… Macam ni dia kira… One, two, three, four, six, seven, ten… Ade ape2 yang missing?... Hahaha… Dh bape kali ajar… Mesti tertinggal jugak five, eight, nine……
Alphabet A B C, adam tak bape reti lagi… Ikut suka dia jer nak sebut… Tunggang terbalik…
Alif Ba Ta Yang ni pon same… Yang depan 3 huruf pertama tu berjaya… Huruf panggil gemar disebut ‘jim’
Color adam tak tau nak membezakan warna… kalau tny dia apa warna tu? Dia main sebut ikut suka hati jer… Kuning la, putih la, orange la… Tp merah dan hijau dia kenal sbb tgk kt traffic light
Bentuk baru2 ni, aku ajar dia square, circle, triangle… aduhhh… payah nye dia nak ingat… dia nak sebut pon tergeliat lidah… hehe…
walaupon banyak lagi yg adam tak tau... tapi ini sudah cukup buat aku bangga dengan dia…
ptg semalam on d way nak blk rumah dari kg hubby singgah jap kat kg pandan... tujuan utama nak beli yong tau fu... yong tau fu kat sini memang sedap.. dorang meniaga kt depan rumah jer.. papan tanda pon takde... aku tau gerai ni pon sbb prnh study kt IKM dulu... tiap2 hari lalu depan gerai ni balik ke rumah sewa..
cadang semalam nak mkn kt sane.. tp meja penuh.. pastu hujan renyai2 plak... malas nak bawak adam kuar... so, tapau ajer...
sepinggan yong tau fu ni RM7.80 harga ikut kita pilih ape la kan...
licin....
kalau korang nak torai.. pegi la cari kt kg pandan... tanya2 la org kat sane... aku nak cite pon tak reti... jalan complicated sgt.... =D
Aku jarang sungguh cite pasal hubby aku kan.. Balik2 cite adam, pastu cite mama adam… hihi Apakata aku cite pasal abah adam pulak…
nama hubby aku, Firdaus bin Musa.. Orang pahang… Abah dia orang padang tengku, mak dia org benta.. Kitaorg sebaya… lahir tahun 1980… Cuma aku tua bulan dari dia… Aku bulan 8, dia bulan 10…
Hubby aku ni dulu time kecik2 pindah randah… Maklum la abah dia cikgu… Pernah dok kat pekan, kuala tembeling, jerantut.. Dia anak ke empat dari 6 orang adik-beradik… Sama dgn aku... aku anak ke-4 jgk dari 8 org adik beradik... Stop2... ni pesal cite aku terselit jgk ni... Kata nak cite pasal laki aku je kan…. Hehehe…
Ok2… berbalik pasl topic utama,
Sek rendah di jerantut, Pas tu sambung sek men kat pekan.. Hbs pmr dapat sek men teknik kat rompin… Sbb result spm biasa2 saje… smbg la study kat ikm kuala Lumpur… Kat ikm ni la aku jupe dia… hihi… Pas tu smbg diploma kat GMI (german malaysian institute)
Hubby aku ni pendiam orgnya… Mmg x byk cakap… Klu tny sepatah dia jwb sepatah… Kdg2 ½ patah jer….
Tapi dia rajin… Boleh la tolong2 aku basuh pinggan, basuh kain, sidai kain, vakum sampah, cuci toilet, basuh botol susu adam, buat susu adam… Uihh byknye keje dia buat… Aku buat ape?.... muahahahaha…
Hubby aku ni tak jenis yg cerewet… Senang jaga… hehe Masak le ape pon.. Dia makan tanpa byk soal… Cam tu jgk pasal pakaian..
Tu je la kot pasal hubby aku.. Takkan nak cite semua kan…
ni masa majlis kawen kitaorg... masa ni kurus kering...
ni gmbr latest... bezakan dgn yg atas tu... pandai tak aku jaga... hehehee....
Salam pada semua pengunjung blog ini. insyaAllah pada hari ini 15 january 2010 bersamaan 29 Muharram 1431H, satu lagi kejadian cakerawala akan berlaku. Kali ini gerhana matahari akan berlaku pada jam lebih kurang 3 ptg hingga 5 petang. Marilah sama2 kita rebut peluang ini untuk melihatnya. Gerhana matahari dijangka akan berlaku lagi pada tahun 2016.
Jom kita baca fakta mengenai gerhana matahari.
Gerhana matahari berlaku apabila kedudukan bulan terletak di antara bumi dan matahari oleh itu menutup cahaya matahari samada separa atau sepenuhnya. Walaupun bulan lebih kecil, bayangan bulan mampu melindungi cahaya matahari sepenuhnya kerana bulan dengan purata jarak 384,400 kilometer adalah lebih dekat kepada bumi berbanding matahari yang mempunyai jarak purata 149,680,000 kilometer.
Gerhana matahari boleh dibahagi kepada 3 iaitu gerhana penuh, gerhana separuh, dan gerhana analus. Gerhana penuh apabila matahari ditutup sepenuhnya oleh bulan disebabkan bulan berada dekat ke bumi dalam orbit bujurnya, gerhana separuh apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari, dan gerhana analus yang terjadi apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari dan cahaya matahari selebihnya membentuk cincin bercahaya sekeliling bayangan bulan yang dikenali sebagai 'corona'.
Cara melihat gerhana Seperti yang selalu diingatkan, jangan SEKALI-KALI melihat Matahari dengan mata kasar atau alat mencerap (teleskop atau binokular). Cahaya matahari amat terang dan memancarkan radiasi yang amat tinggi sehingga boleh merosakkan mata sehingga buta. Kaedah paling selamat melihat fasa-fasa gerhana ialah dengan menggunakan kamera lubang pin (Pin Hole Camera). Jika anda mempunyai binokular, gunalah kaedah projeksi atas kertas (cardboard projection). Jika anda mempunyai teleskop, sebaik-baik kaedah ialah dengan menggunakan penapis matahari (seperi baader atau mylar). Cuba elakkan daripada menggunakan kaedah projeksi atas kertas kerana intensiti cahaya matahari amat kuat dan boleh mencairkan kanta mata (eyepiece) anda!
Suasana ketika Gerhana Matahari Separa. Disebabkan matahari teramat cerah, tidak banyak kesan yang dapat dirasa atau dilihat ketika fasa gerhana. Mungkin paling jelas ialah suasana sekeliling akan kelihatan 'kurang' terang berbanding biasa. Namun, anda perlulah mempunyai skil observasi yang tinggi untuk benar-benar dapat melihat perbezaan cahaya ketika fasa gerhana.
Bagi mereka yang beragama Islam, mereka digalakkan untuk melakukan Solat Sunat Gerhana ketika berlakunya gerhana. Adalah sebaik-baiknya memulakan solat gerhana matahari berjemaah di surau atau masjid di tempat anda kerana dapat mendengar khutbah yang bakal dibacakan oleh khatib. Hukum khutbah dan solat gerhana adalah sunat muakad(yang dituntut) , jadi meninggalkannya hukumnya makruh(dibenci) tanpa uzur syari'e.
Sumber: Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
serius beb.. memang aku dah jatuh cinta.. korang nak cakap ape pon cakap la… cinta itu buta kan… tapi yang ini bukan cinta pandang pertama tau… cinta rasa pertama... betullllll... RASA... bukan aku salah taip ke hape memang cinta rasa pertama…
6 pcs = RM 12.50
Ni la yang aku maksudkan tu... hehe Sekali aku cuba... Aduhhh... Teringat2 sampai sekarang... Sedap gilos wei….. Mmg jauh beza la dgn donat jenama lama tu….
Flavor mmg byk... Korang tak payah pening2 kepala nak pilih yang mana satu... Kompom, semua sedap….
Dh lame ke big apple donuts ni kat Malaysia… Kenapa baru aku sedar… ngeeeee
Salam semua… Huhu… nak ulas jgk pasal AJL tu… Semua dah tau keputusan malam tadikan… Aku sorang jer yang baru tau… muahaha… Itupon sbb baru baca paper pagi ni…
Masa ally, cheryl dan faizal nak umum keputusan tu aku dah terlelap… sbb iklan punya pasal la ni… aku tak kisah sgt sape menang... takde effect pade aku pon.. hihi.. tp persembahan mlm td mmg semuanya best… terhibur la…
Juara = Aizat / Pergi Naib Juara = Yuna / Dan Sebenarnya Tempat ke 3 = Faizal Tahir / Bencinta Persembahan Terbaik = Aizat / Kau Aku Vokal Terbaik = Black / Aku Rindu Sayang Kamu
kitaorg baru je blk dari makan... makan pon cepat2 sbb nak balik rumah tgk AJL 24... kedai makan ni kat depan SMC selangor medical centre, shah alam tu nama dulu... skrg dh diambil alih oleh KPJ...
nyiru aku tadah kan.. haa... pesal berperibahasa pulak ni kan... smlm lunch kitaorg telah disponsor... huhu... best2... dlm erti kata lain ade org belanja we all mkn... nak tau makan kat mana?... buffet lunch kat corncode hotel, shah alam...
ha, ni la ni org yg sponsor tu... abg ipar aku n kakak aku.. tq2... nnt belanja lg ye.. hihi
time mkn tu de la band ni main music dan nyanyi.. adam suke tgk diorg ni... siap gi depan2 dorg lagi... pastu mntk kamera kat aku sbb nk snap gmbr dorang... hahaha...
Assalamualaikum pada yang sudi singgah membaca diblog ku ini… aku tau aku bukanlah seorang yang pandai menyusun kata… karangan BM waktu sekolah dulu2 pon selalu biasa2 sajer… tak pernah dpt highest.. tengok! Aku telah membuka pekung di dada… hihi
Kali ni nak update pasal my Adam..
makin byk ckp. pot-pet-pot-pet-pot-pet
soalan yang sering ditanya – mama buat ape tu?, abah buat ape tu?, nenek buat ape tu, tokwan buat ape tu… kalau dia jupe korang, mesti dia Tanya mcm tu jgk kat korang.
cakap nak menjerit saje.
makin garang. - Ikut perangai sape la ni.. ;)
suka cakap ‘hoi’ – x elok tu. Jgn ikut ye.
dah pandai kayuh basikal.. tp basikal roda 3 jer.
makan makin byk. Boleh habiskan sepinggan nasi goreng yang tak pedas dan takde lain2 bahan seperti sayur.
dah pandai nyanyi. Lagu kesukaan diwaktu senggang ialah aku bukan superman.
Sekarang aku dah pakai spek. Full time. kecuali tido. hehe.. Bukan nak nampak genius ye. betul ke org pakai spek ni genius. Haha.. ke nampak tua dari usia sebenar.. tak kisah la kan.. bukan saje2 nak pakai pon.. dh dinasihatkan doctor. Mmg mata aku ni sekarang problem.. tak nampak dgn ‘sharp’. Kembang semacam jer.. kalau nak tgk sesuatu jenuh aku kecil2 kan mata.. motif?.. konon boleh nampak… hahaha.. pe punye teori da… memula cadang nak buat do no jer.. kot2 nanti rabun ni bulih pulih dgn sendirinya.. ternyata salah teori lagi.. hehe..
Raya haji yang lepas satu hari aku diserang pening kepala.. baring saje.. kalau bgn terasa macam melayang.. soknye rase sakit kepala plak.. aku dh mula piker yang bukan2.. peknen ke? Darah tinggi ke? Migraine ke?.. Dalam 2-3 hari jugak aku mcm tu.. dh takleh jadi ni.. kena gi jumpe doktor check pe yang patut ni. Alhamdulillah bile check semua ok. Darah pon ok.. so, doctor tanya mata mcm mana?.. Aku ckp le yang rabun sikit.. sikit je.. utk kompom kan buatotest mata.. suh baca yang ABC tu.. mula2 yang atas sekali tu konfiden aku ckp.. dh besar hurufnya.. senang la… bila time baris yg seterusnya.. dh mula tak nampak.. sah doctor cakap mata problem.. better buat spek… alhamdulillah sejak pakai spek ni pening pon dh takde.. penglihatan tajam, terang, jelas… ;)
Tu la kisahnya sbb pe aku pakai spek… hihi… ok tak muka aku?.. nmpk genius ke nmpk tua?.... hahaha