Mukadimah

بسم الله الرحمن الرحيم & السلام عليكم
bismillahirrahmanirrahim & assalamualaikum...
Blog ini adalah blog persendirian. Mana-mana artikel dan gambar tidak boleh disalin dalam ape jua bentuk rupa sekalipun. Terima kasih diatas kerjasama anda.



Wednesday, March 31, 2010

> minah kilang

aku pernah jadi minah kilang. Lepas SPM 1997 aku cuba-cuba nasib mahu cari kerja untuk isi masa lapang. zaman tu memang femes budak sekolah lepas SPM mahu cari kerja. Zaman sekarang femes mahu belajar kereta mahu dapat lesen cepat-cepat padahal tak punya kereta sendiri lagi pun.

kebetulan ada satu kilang beribu pejabat di batu tiga shah alam (bukan kilang gula ye) adakan temuduga terbuka untuk cari operator pengeluaran. Aku dengan kawan-kawan mencuba nasib. Nah, terus dapat. Besok bas datang mahu ambil kami semua, itupun setelah aku tipu sunat yang trial SPM aku dapat 3. hahaha…


kebanyakan kilang ramai perempuan dari lelaki kan. Tapi kilang yang aku kerja ni lebih ramai lelaki. Paling ramai lelaki bangla. Waktu kerja ada 3 shift. kalau dapat shift malam paling seronok sebab tak ikut procedure sangat. Bos-bos besar pun tak ada. Bebas sikit. Tapi kalau kerja pagi, nak berborak sangat pun tak boleh. Takut bos jeling menjeling. ISO kena follow. Tak boleh tinggal satu pun. Adeh!


Aku dapat bertahan kerja kilang ni 3 bulan saja. Ngam-ngam SPM keluar aku cabut. kecewa pakwe-pakwe yang tergila-gilakan aku waktu tu. Ahaks..


Waktu sekarang, kalau jalan-jalan lalu batu tiga, teringat kenangan kerja kat situ. Rindu jugak dekat kakak-kakak dan abang-abang kat sane. Mana la diaorang sekarang.. still kat situ lagi ke atau dah bertukar kerja. dulu kan takde kemudahan telefon bimbit ni. Tu yang terputus hubungan tu...

scan1

10 comments:

Mr PenyuBiru said...

bestkan dpt pengalaman keje kilang. aku banyak kilang gak keje dulu masa cuti semester. selain tambah perdapatan,bleh carik pengalaman.

nickzdagreat said...

sya pun pernah kerja kilang lepas hbs pmr.. cuti panjang kan.. suma nak cari duit kan.. hehe.. tp seronok... sbb semuda aku pun penyelia dah suruh uruskan satu section tu sorg2.. sbb aku boleh buat kerja.. wah.. rindu plak.. hehe

pB said...

kak pB pernah gak kerja kilang selama setahun

Dimple said...

saya tak pernah kerja pun lepas spm. semua saya takut. penakut yarabi. plus penanges. diam diam dalam rumah je.hehe.

Yan said...

betul2.. zaman dulu cuti sekolah ke cuti sem ke.. ramai kawan2 yg cari keje kt kilang2.. jadi operator.. dulu pnah gak cube.. sebab seumur idup tak penah..
dah lupe ah lepas sehari ke dua ari keje.. terus cabut.. pasal ikut2 member heheheh..

mmg kebanyakan nak keje kilang ni menipu result spm tak bagus.. padahal dah masuk Upn..

:: HUSNA :: said...

penyu: ko cari pengalaman ke cari makwe... muahahaha..

:: HUSNA :: said...

nickzdagreat: lps pmr ko dh keje... lagi hebat..

:: HUSNA :: said...

pB: 1 tahun lama jgk kak, saya sempat 3 bulan je

:: HUSNA :: said...

dimple: apa yg ko takut. hujung bulan dpt pegang duit sendiri. byk syok woo masa tu.. =D

:: HUSNA :: said...

yan: biasa la waktu remaja mmg suka ikut member2.. sbb keje kilang pon ikut member jgk la.. hehe

Iklan LR