Mukadimah

بسم الله الرحمن الرحيم & السلام عليكم
bismillahirrahmanirrahim & assalamualaikum...
Blog ini adalah blog persendirian. Mana-mana artikel dan gambar tidak boleh disalin dalam ape jua bentuk rupa sekalipun. Terima kasih diatas kerjasama anda.



Showing posts with label makan2. Show all posts
Showing posts with label makan2. Show all posts

Sunday, April 21, 2013

> nasi dagang ubai pekan pahang

assalamualaikum dan selamat sejahtera.

selamat berhujung minggu semua. hari ni kami breakfast di luar. hubby ajak makan nasi dagang. nasi dagang memang peberet dia. aku nak kena belajar jugak masak nasi dagang ni. hehehe.

kat pekan ni, nasi dagang yang popular dah tentu nasi dagang ubai. gerai ni betul-betul kat simpang nak masuk ke kampung ubai. tepi jalan besar kuantan-pekan. gerai ni memang sentiasa ramai pelanggan.

nasi dagang kat sini memang sedap. boleh makan dengan ayam atau ikan. ikut citarasa masing-masing. tapi makanan kat sini bukan setakat nasi dagang je. ada macam-macam lagi. nasi lemak ada, nasi minyak, mee goreng, bihun goreng, kue teow goreng dan bermacam jenis kuih yang terdapat di sini.

Photo0478

ni nasi dagang hubby punya. sedap. habis licin lah hubby makan. sikit pun tak tinggal. hehe. aku kurang gemar nasi dagang. aku order nasi minyak macam kat bawah ni. adam dan alif pulak makan mee goreng. tapi maaf ye, gambar kurang sharp sikit. guna kamera telefon cap ayam saja. hehe.

Photo0477 

selamat menjamu selera.

Sunday, March 10, 2013

> kuala rompin dan udang galah

salam.
3 jam yang lepas kami sekeluarga masih berada di Rompin. saja jalan-jalan hujung minggu. tetiba semalam hubby cakap nak jalan-jalan ke rompin. nak tengok-tengok sekolah lama dia. kami ikutkan saja. lagi pun memang aku tak pernah jejak kaki lagi kat bumi rompin. tapi rompin takde ape pun. hehe.

perjalanan dari Pekan ke rompin mengambil masa lebih kurang 1 jam. jalan berliku kadang-kadang melalui persisiran pantai. sampainya di rompin memang tempat yang dituju adalah sekolah menengah teknik sultan ahmad shah rompin. tapi sekarang dah naik taraf kepada kolej vokasional. kami tengok-tengok dari pintu pagar je. park kereta tepi jalan mengadap padang. pas tu hubby pun cerita la sikit-sikit kat kitaorg pasal sekolah dia. kat dewan mana dia ambil periksa SPM, tunjuk asrama dia, kelas dia dan lain-lain. aku suruh turun nak ambil gambar dia kat signboard sekolah boleh masuk dalam fb atau blog, tak mau pulak dia. siap cakap dia tak suka publisiti. ceh!

habis hubby bercerita, kami ke pantai. jalan-jalan ambil angin. bagi peluang adam dan alif main kejar-kejar sesama sendiri.

alang-alang dah sampai di rompin aku cadangkan pada hubby untuk cari kedai makan udang galah yang femes tu. hubby cakap dia tau tempatnya. tapi sebab tak puas hati takut salah kedai aku try google kat internet. nasib baik jumpa. tapi kedai tu kat Leban chondong, kuala rompin. on the way kami balik pekan, kami singgah menjamu selera. memang ngam-ngam masa untuk makan tengahari.

kedai makan tu macam medan selera. banyak kedai-kedai makan yang lain. depan kedai ada hutan lipur apa ntah. tak sure namanya. kami memilih kedai makan azizah. sbb kedai ni pernah masuk tv3. tapi kedai yang lain pun turut menjual udang galah sebagai menu utama. sebelah kedai makan azizah, kedai mak ngah kalau tak silap, siap ada gambar menteri besar pahang makan kat situ yang diframekan.

kita boleh pilih udang yang dah siap masak atau nak suruh dia masak panas-panas ikut selera kita pun boleh. aku ambil yang dah siap masak. udang galah masak tomato. macam masak sambal la cuma tak pedas sangat. kuantiti udang dalam 6 ekor yang sedang-sedang. tambah lauk ayam goreng seketul untuk alif, sayur kacang panjang goreng, kupang goreng, sambal belacan, nasi putih dan teh o ais untuk 3 orang. total harga RM 51 selepas ditambah lagi 4 ekor udang sebab kami semua kebuluran. hehe. habis semua pinggan licin. nasib baik kulit udang tak boleh makan. haha. dalam keta aku tido kekenyangan. tau-tau dah sampai rumah.

DSC01021
DSC01022
DSC01023
DSC01024
DSC01025

Friday, October 29, 2010

> Jusco & kenny rogers IOI Puchong

semalam aku renew jcard aku. lama giler dah expired. bulan 2 yang lepas. now dah nak hujung tahun pun. ini menunjukkan lama sungguh aku tak menjejakkan kaki ke mana2 cawangan jusco. lama dah tak shopping. eh! tipu… raya hari tu ade jugak shopping. semalam renew untuk 2 tahun terus. senang. aku ni mudah lupa. lagipun takde masa nak pergi sorang2. kalau takde orang nak tolong bawakkan memang la tak pergi.


renew semalam pun sebab hubby nak beli something. kalau ikutkan malas nak renew pun. tapi masalahnya bukan barang hubby je yang dibeli, barang aku dengan adam pun ade jugak. tumpang sekaki orang kata. lepas beli, terus gi makan kat kenny rogers. yummy!


mak buyung sorang ni asyik pikir makan sajer. hehehe…



Picture

Wednesday, October 27, 2010

> ayam penyet ria, summit usj

60034_b


first time makan kat sini. makanan, resepi asal dari indonesia. ayam penyet ria ni banyak cawangan rasanya. summit usj ni salah satu darinya.



Picture 1362


disebabkan pertama kali tak tau nak order apa. cuba main menu dorang. ade ayam goreng, tauhu goreng, tempe goreng, sayur kangkung, ulam timun, ulam kobis dan sambal belacan. nasi putih order asing. takde kuah2. cuma dia bekalkan dengan kicap. kami dua2 order menu yang sama. order tambahan keropok sayur.



Picture 1360Picture 1361


saya boleh katakan makanan disini sedap. nak-nak perut masa tu tengah lapar giler. lain kali boleh repeat makan kat sini lagi kot.


Picture 1359


cincau untuk saya, milo ais untuk adam dan sirap limau untuk hubby.



Tuesday, September 21, 2010

> adam’s 3rd birthday

Picture 056


tahun ni birthday adam jatuh tepat2 pada hari raya pertama, 10 september 2010. genap umur adam 3 tahun raya hari tu. 1st time jugak adam tiup lilin dan potong kek untuk hari jadi. untuk tahun sebelum2 ni tak pernah sambut pun sebab birthday adam jatuh bulan puasa. ni pun takde le celebrate beria sangat. just potong kek malam raya pertama tu kat kg dikelilingi family aku. adam seronok sangat bila sepupu2 dia nyanyikan lagu happy birthday. =)



Picture 052


balik kg hubby kat pahang pun, potong kek lagi. nenek adam siap belikan 2 biji kek lagi. thank you nenek. tapi gambar kek tak sempat nak snap. :(



untuk adam, mama dan abah ucapkan selamat ulangtahun kelahiran yang ke 3. semoga jadi anak yang soleh, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik dan bahagia didunia dan akhirat. jangan noty2 ye.. tahun depan kan adam dah nak jadi abg…



mama dan abah sayang sangat Muhammad Adam Faris. mmmuaaahhhhh…………



Wednesday, August 25, 2010

> dah separuh dah

alhamdulillah, hari ni dah masuk 15 ramadhan. maknanya lagi 15 hari nak raya. cepat sungguh masa berlalu. dah besar2 macam ni pun tak sabar jugak tunggu raya. mengalahkan budak-budak. hehe…



semalam berbuka ala kadar sahaja. masak lauk yang very2 the simple. ayam goreng kunyit dan sayur cendawan je. hubby beli char keuy teow dan sedikit kuih-muih. itu aje.



sahur pulak masak nasi goreng. dah 2 hari berturut waktu sahur makan nasi goreng. berselera sungguh.



Picture 002

Tuesday, May 18, 2010

> Restoran Upin Ipin

kenape? tak percaya? upin ipin dah ade restoran sendiri tau.



Picture 030


tak pasti pulak aku restoran ni betul-betul ke hak milik kekal upin ipin. mungkin amik nama je kot. restoran ni kat Putra heights. pertama kali kami cuba. itu pun secara tak sengaja. ronda-ronda pusing-pusing lepas temankan adam main playground ahad lepas, then ternampak restoran ni. baru buka kot.



macam menu ade kat sini. sama mcm restoran-restoran yang lain. western, thai… satay pun ade jugak. pertama kali kami cuba hari tu, menu lambat sampai sikit. pelanggan boleh tahan ramai. nasib baik dia pasang dvd upin ipin, boleh jgk layan hilangkan keboringan menunggu.



aku dan hubby order chicken chop. ok lah. boleh tahan. sedap jugaklah. tapi takde include fries. ayam tu je semata-mata. dari segi harga mahal jugak kot. total kami berdua makan, chicken chop 2, sirap ais 1 dan limau ais 1, RM 25. adam tak makan. sibuk main kejar-kejar dengan kawan baru sampai berlaga kepala masing-masing. hehe…



Monday, May 17, 2010

> Kayu nasi kandar

dalam banyak-banyak kedai mamak, ni la kedai mamak yang aku suka. makan nasi kandar la, kuah campur. sedap! ni kitaorang makan dekat taipan, subang jaya sabtu lepas. actually my hubby yang suka sangat makan kedai mamak. kalau dia, tak kisah kedai mamak mana pun. sekarang aku pun dah terjebak. tapi yang aku suke, ade mamak-mamak tertentu la. ini salah satunya.



1012


tapi makan kat kedai mamak ni macam mahal sikit. macam yang aku makan ni, nasi putih, sayur, ayam goreng dengan sotong, total RM 13.90 tak termasuk air. tapi kalau berbaloi, sekali sekala dan sedap oklah kot.



Picture 009


nasib baik makan pakai sudu garpu. kalau tak confirm tangan melekat bau kari.



Tuesday, May 11, 2010

> The Asiari Restaurant

malam minggu memang selalu kami makan diluar. jadi, malam minggu lepas kami cuba makan di The Asiari Restaurant. terletak di dalam SACC Mall, Shah Alam. eh! bukan dalam, luar SACC.



asiari


pertama kali cuba makan di restoran ni. tak pernah tau kewujudan restoran ni pun. saja google dekat internet restoran yang best kat shah alam. restoran ini adalah salah satu resultnya.



melalui apa yang dibaca dalam internet restoran ni menyediakan menu dari vietnam. tak tau la boleh masuk ke tak tekak malaysia ni terima.



aku dengan hubby pilih menu yang sama. House Special Fried Rice. rasa udang kering. tapi bukan lah udang kering yg bau tak boleh tahan tu. not bad la. licin pinggan kami makan. adam pun suka jugak.



IMG_5626


order chicken canai roll pulak. yang ni sedap. kulit luar tu roti canai. dalam ade isi ayam. ade mayonis dan salad. cicah dengan sos. sedap… hubby cakap macam ala-ala twister kat KFC tu. cuma isi ayam tu tak crispy la.



IMG_5629


untuk minuman aku order orange jus. hubby Coconut jus dan adam minuman kegemaran dia kalau makan kat luar ialah milo ais.



IMG_5627


harga untuk semua diatas hampir-hampir RM 50. pada sesiapa yang nak mencuba boleh tengok alamat kat bawah ni.



THE ASIARI RESTAURANT
GF-25, Ground Floor (North Entrance)
SACC Mall, Shah Alam.
Telefon: 03-5519 6126
Waktu Operasi : 11 pagi - 10 malam setiap hari.

Wednesday, May 5, 2010

> hingga menjilat kesepuluh jari

biasa la kebanyakkan orang pun kalau dapat gaji mesti nak makan kfc, mcd, pizza hut dan seumpamanya. macam tu jugak la dengan aku.


Picture 4582


semalam lepas balik dari kerja terus singgah makan di kfc. kebetulan perut tengah lapar. habis licin kesemuanya. sampai menjilat jari. hehe



teringat pulak masa aku kecik dalam lingkungan sekolah rendah sampai sekolah menengah memang tak pernah makan kfc. kalau ada pun sebab pergi rumah kakak aku kat KL dia belikan. tak pun dia beli bawak balik kalau dia balik kg. nak harap mak dan abah aku beli, tidak la. mana reti diorang nak order. lagipun restoran kfc ada kat pekan-pekan besar saja.



patut la dulu kami semua adik beradik tak berapa gemuk. sebab tak selalu sgt makan fast food semua ni. hehe..



Thursday, April 29, 2010

> masak paling senang dalam dunia

semua dah sedia maklum yang my hubby tak jadi pergi ke German kan. memang takde rezeki dia. sebelum tu semua barang dah siap sedia. termasuklah makanan. hubby cadang nak bawak makanan segera. megi, biskut-biskut dan makan siap masak macam kat gambar bawah ni.



IMG_5434


zaman sekarang senang sungguh kan. tak payah nak tumis2, senang cerita tak payah buat apa-apa. tinggal cuma nak panaskan aje. lepas tu dah boleh makan. tapi rasa tak sedap mana pun.


kalau dah terdesak merantau kat negara orang boleh diterima lagi. tapi kalau setakat tak kemana duduk kat malaysia ni aje yang senang nak dapat bahan untuk dimasak serta halal tak perlu kot beli makan segera semua ni. lagipun tak elok makan makanan macam ni. dah tentu dia letak bahan kimia untuk tahankan dari basi makanan tu kan.


Wednesday, April 28, 2010

> restoran saba’

Picture 047


sabtu lepas kami isi dengan aktiviti makan malam secara berjemaah. kebetulan mak dengan abah aku dtg sini. kitaorang makan di restoran arab bertempat di cyberjaya. restoran Saba’ nama dia. first time aku pergi.



Picture 033


disebabkan pertama kali. aku tak tau nak order ape. tak tau apa yang sedap. takpe, kita serahkan pada yang pakar. yang dah beberapa kali datang makan disini.


Picture 037


uh banyaknya pinggan. sebab orang yang nak makan pun ramai. 17 orang kesemuanya. kami makan lamb kabsah, chicken kabsah dan air berjag2.



Picture 040


ok. selamat menjamu selera. jangan malu jangan segan. dan jangan risau orang yang tengah berdiri kt hujung tu belanja. hehe



Picture 045

Remove Formatting from selection


erk! alhamdulillah, kenyang. sedap jugak nasi arab ni. kalau tak sedap masakan licin itu pinggan kan. cuma kalau sambal yang disertakan betul-betul pedas lagi ummphh kot. biasalah, org melayu mesti teringat sambal belacan jugak. =)


ape pun terima kasih diucapkan pada my brother in law abg syauqi sebab belanja kitaorg makan. moga dimurahkan rezeki. lain kali boleh belanja lagi. hehe…



Saturday, April 17, 2010

> famous thai

DSC00333

lunch kitaorg tengahari tadi kat sini.



DSC00336_picnik

kebetulan hubby tak dapat lagi keputusan jadual semula penerbangan, kami keluar jalan-jalan hari ni. nak beli barang sikit dan terus lunch kat restoran ni.



DSC00326

menu 1: Famous thai beancurd




DSC00327

menu 2: tom yam seafood. sedap!



DSC00332

menu 3: mango chicken




DSC00325

minuman: fresh orange and watermelon




DSC00330

kalau siapa-siapa nak try makan kat restoran ni, cuba tengok alamat kat atas ni. shah alam je.




DSC00335_picnik

patung thai menyambut kedatangan dan kepulangan pelanggan




DSC00337

thailand sinonim dengan gajah.

Wednesday, April 7, 2010

> sarapan nasi lemak hari-hari boleh jadi gemuk

Picture 054

ni sarapan pagi tadi.

nasi lemak basic – nasi, sambal kosong, telur dadar dan timun (ikan bilis goreng serta kacang tidak disertakan)

rasa – sedap tapi sambal pedas nak mampus

tambahan – sambal paru liat




takde la hari-hari aku sarapan nasi lemak. tukar-tukar menu jugak. kadang hari ni nasi lemak, esok mee goreng, besok lagi bihun goreng, tulat nasi kerabu dan sebagainya. kadang-kadang sampai satu tahap dah tak tau nak sarapan ape. tapi kalau tak sarapan pasti lapar. perut dok bunyi-bunyi lagi tak boleh buat kerja.



dulu kat kampung, mak aku kalau sarapan selalu buat nasi goreng je. tak pun cucur kucai. simple tapi best. kalau rajin sikit buat murtabak telur + bawang. aduh! dah terliur dibuatnya. memang masakan mak tiada bandingannya kan. buat anak-anak terkenang-kenang. tanya la sesiapa pun, pasti jawapan masakan mak sendiri paling sedap. hatta tanya suami sendiri pun. jawapan muktamad mak dia jugak masak sedap. walaupun dalam hati kita kata mak dia masak biasa-biasa saja. (eh! ini bukan ditujukan pada suami aku ye. ini contoh sahaja. hehe. kang ada pulak sedara sepupu sepapat belah suami baca blog aku, kata aku cakap mak dia masak tak sedap. naya aku.)

Friday, March 19, 2010

> sempena raikan cinta...

sempena ulangtahun perkahwinan aku semalam, hubby belanja makan malam dekat secret recipe Giant Putra heights. ini cara kami raikan hari penuh bermakna buat kami. makan-makan aje. takde pun tukar2 hadiah. dah 4 tahun kami kahwin tak pernah kasi hadiah masa anniversary. okla, dah biasa...


hubby aku ni selalu pejam mata bila bergambar..


ni menu pilihan hubby. tak ingat apa nama dia. sedap jugak..


adam punya makanan lambat sampai..
mood nak makan dah hilang..


aku order kan 'kids fish n chips' untuk adam.
tapi yang makan banyak aku dengan hubby.. hehe..
dapat cawan plastik percuma ade gambar ben10.


ni aku punya. japanese soba.


fresh watermelon. untuk aku dengan hubby.
adam aku orderkan plain water je.
ok, kenyang...
alhamdulillah...




Tuesday, March 16, 2010

> prawn olio pizza hut



setiap kali aku makan di pizza hut, menu wajib aku order adalah Prawn Olio...
sedapppppp.....
dan baru aku tahu adam pun gemar jugak..

kalau makan memang licin la pinggan tu, satu pun tak tinggal..
dengan cili-cili kering tu pun aku bedal...

macam mana nak masak menu ni ha...
ada sesiapa tau resepi dia... meh la share dengan aku...

#update: dah try buat prawn olio. sila klik di SINI untuk resepi.

Friday, March 12, 2010

> ayaq oren botol kicap



hahaha... tak tau la betol ka tak depa guna botol kicap. bentuk tu dah ada.

klasik sungguh tengok botol air oren ni. ingat kat bandar ni takde jual. rupenya ada jugak. hehe.. kalau dulu kat kg, air oren ni jual kat kedai-kedai runcit.. termasuklah kedai runcit Hj. kadir... Hj. kadir tu abah aku ye... hehe. kedai runcit tu ada lagi cuma air oren ni je dah tak jual. takde supplier kot. jual air kotak lagi senang, kata hj. kadir.. hehe.. rekaan fakta aku je tu..

Tuesday, March 9, 2010

> Hartz Chicken Buffet



dah nama pon restoran hartz chicken buffet kan... so memang makan kat sini ala buffet la... tapi takde la semua menu ayam jer... nasi pon ade... jgn risau bagi yg penggemar nasi ye... desert pon ade jugak... kalau nak diet, salad2 sesuai untuk korang... kalau tak diet boleh hentam ayam... spicy ade, crispy ade, roasted pon ade... buleh ulang banyak2 kali sampai kenyang... kalau kenyang sgt boleh minum eno dulu... pastu sambung balik... hihi... maximum limit duduk kat restoran ni 2 jam...

restoran ni terletak kat sunway piramid... dulu kat atas ice skating tu.. tapi sekarang dh pindah tempat lain.. kalau nak tau, korang cari papan info...

nak tau hidangan ape yg lagi ade kat sini meh tgk gambar kat bawah ni...













aku pegi kat sini hari ahad lepas... bukan pegi sorang...
pergi bersama mereka2 dibawah ini...
kawan-kawan semasa di IKM KL dulu...
dorang junior, aku senior... tapi mcm mana boleh aku join ngan dorang kan... ;)


dimple dan akid... dimple ni kecik jer orgnya.. serius aku jeles ok!.... kalau dia jalan2 sorang kompom org cakap dia tak kawen lagi...


amy (hubby dimple) dan ariq... ariq sgt comey... mmg betul si ariq ni bulat... hahaha


ida dan anak-anak... (hubby ida keje kat oversea.. dubai kan ida... tapi salah... kat riyard sebenarnya... hehe)
aish tu putih betul dan sgt suka makan...
aina macam budak besar... tapi baru 4 tahun... aku ingat dia dh 5 tahun...


ila dan hasib (anak dia yg ke-2)... hubby ila dan anak yg sulung tak sempat nak snap gambar dorang..
makcik ni dtg lambat... memang janji melayu tau.... hahaha...
hasib ni baik jer... tak byk karenah... senang jaga... anak dia yg sulung pon baik.. dengar cakap...


aku, hubby dan adam... adam dah mula buat muka tu...
adam memang 'hero'.....


makan2... amboi besar nyer mulut... hiks...
tapi dorang berdua ni makan sikit jer... patut la tak gemok2 pon...
aku jeles lagi ok!...


my hubby sampai terpejam mata layan karenah adam...
sabar ye bang.... biasa la budak2.... hehe...

nak dekat 2 jam, baru kami semua keluar dari restoran tu...
nanti kita keluar makan2 lagi ye...
dimple janji nak belanja kan.....
;)

Iklan LR