Mukadimah

بسم الله الرحمن الرحيم & السلام عليكم
bismillahirrahmanirrahim & assalamualaikum...
Blog ini adalah blog persendirian. Mana-mana artikel dan gambar tidak boleh disalin dalam ape jua bentuk rupa sekalipun. Terima kasih diatas kerjasama anda.



Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Saturday, July 13, 2013

> adam dan ramadhan

assalamualaikum dan selamat sejahtera.

alhamdulillah, hari ni genap 4 hari kita semua yang beragama islam berpuasa. adam pun tak terkecuali. tapi adam baru dapat 2 hari. hari 1st puasa adam dapat bertahan sampai pukul 5 sahaja. memang sayang kan, lagi 2 jam lebih je dah boleh berbuka. tapi aku tak nak le paksa-paksa sangat. buat setakat mana yang dia mampu sahaja. lagipun time tu dia dah nangis-nangis nak minum. kesian pulak.

hari ni adam tak puasa jugak sebab dia liat bangun sahur. macam tu la kalau tidur lewat. kan dah susah nak bangun sahur.

okeylah, selamat menjalani ibadah puasa untuk semua. moga ibadah puasa kita diterima Allah SWT.

DSC01747

Friday, September 3, 2010

> kenapa kodok?

Picture 003


sedar tak sedar lagi beberapa hari je aidilfitri akan menjelma. dah hujung-hujung puasa ni mood nak masak makin malas. semalam masak yang simple giler. sambal sardin, telur dadar dengan ikan goreng. cuma rajin sikit buat cucur kodok pisang. hari ni rasa macam nak beli je semua juadah berbuka. hehe…

Thursday, September 2, 2010

> zakat 1 kewajipan

dah bayar zakat fitrah?


scan


alhamdulillah, semalam hubby dah bayarkan zakat fitrah bagi tahun ni untuk kami anak-beranak. untuk selangor, kadar zakat fitrah ialah RM 7.00 bersamaan 2.70kg beras.



sebenarnya, abah aku kat kg pun dilantik sebagai amil untuk zakat fitrah ni. rasanya dah bertahun jugak abah jadi amil.



Wednesday, August 25, 2010

> dah separuh dah

alhamdulillah, hari ni dah masuk 15 ramadhan. maknanya lagi 15 hari nak raya. cepat sungguh masa berlalu. dah besar2 macam ni pun tak sabar jugak tunggu raya. mengalahkan budak-budak. hehe…



semalam berbuka ala kadar sahaja. masak lauk yang very2 the simple. ayam goreng kunyit dan sayur cendawan je. hubby beli char keuy teow dan sedikit kuih-muih. itu aje.



sahur pulak masak nasi goreng. dah 2 hari berturut waktu sahur makan nasi goreng. berselera sungguh.



Picture 002

Iklan LR