Mukadimah

بسم الله الرحمن الرحيم & السلام عليكم
bismillahirrahmanirrahim & assalamualaikum...
Blog ini adalah blog persendirian. Mana-mana artikel dan gambar tidak boleh disalin dalam ape jua bentuk rupa sekalipun. Terima kasih diatas kerjasama anda.



Sunday, January 15, 2012

> saya sudah 1 tahun


Pejam celik pejam celik, hari ini alif sudah 1 tahun. alhamdulillah alif membesar dgn sihat. Dan dua hari lepas alif mula cuba2 utk melangkah. Dapat jugak 3-4 tapak.
Alif dilahirkan secara normal di hospital putrajaya pada pukul 7.26 pagi. Alhamdulillah proses bersalinkan alif dipermudahkan. Sakit pun tak terlalu lama. Kali ke 3 'push' dah berjaya.

Happy birthday alif..
Mama sentiasa doakan alif jadi anak yg soleh, diberi kesihatan yg baik, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan menjadi org2 yg cerdik pandai.

Monday, January 9, 2012

> kuala lumpur dan shah alam

Sesekali saya terasa rindu betul dgn kuala lumpur dan shah alam. Al-maklumlah lama saya menetap disana dari zaman study hingga kahwin dan beranak pinak.
Saya mula dtg ke kuala lumpur pd tahun 1998. Masa tu study di institut kemahiran mara kuala lumpur yg bertempat di kg pandan hingga tahun 1999. Selepas tu saya sambung study di german malaysian institute di taman shamelin perkasa cheras hingga tahun 2002. Tahun 2003 saya mula bekerja dan menetap di usj, subang jaya. Tahun 2005 syarikat berpindah ke seksyen 27 shah alam. Saya turut berpindah ke shah alam selepas berkahwin dan menetap di sana sehingga april 2011.
14 tahun saya bermaustautin di kuala lumpur. Kini, 9 bulan dan hampir 1 tahun saya meninggalkannya. So far, kehidupan disini berkeadaan baik. Tapi rindu pada disana tetap ada.

Thursday, January 5, 2012

> alif muka masam tapi manja


Semalam lepas hantar adam ke sekolah, kami bawa alif ke klinik utk check up bulanan. Sekarang alif hampir 1 tahun. Berat 7.9 kg, tinggi 75 cm. Masih belum pandai berjalan. Boleh berdiri sendiri pegang2 meja atau kerusi saje.

Alif, saya rasakan terlalu manja. Saya nak buat kerja rumah pun payah. Pantang saya bergerak sikit, mula nak menangis. Asyik nak berkepit dgn saya saja. Masakan tak, dari baby sampai sekarang masih menyusu badan. Susu botol tak berapa suka. Setakat buat main2 boleh la. Lagi pun 24 jam dia mengadap muka saya. :-)

Wednesday, January 4, 2012

> adam dah sekolah


umur adam pada 1 januari 2012, 4 tahun 4 bulan tapi kalau ikut tahun, adam sudah 5 tahun. Jadi saya hantar pergi sekolah. Rasanya ini umur yg paling sesuai. Tak terlalu awal dan tak terlalu cepat. Adam bersekolah di prasekolah 5 tahun, sekolah kebangsaan pekan jaya.

Hari ni merupakan hari pertama adam ke sekolah. Bangun pagi tadi agak liat. Selalu tanya kenapa adam kena sekolah. bila disuruh mandi mula mata menjadi merah. Nak nangis rasanya. Lama2 bila dah pakai kasut sekolah, mood kembali normal. Lega saya dibuatnya. Masa saya hantar ke sekolah, adam minta dia dibelikan hadiah ultraman sbb dia mahu bersekolah. Saya terpaksa setuju.

Memandangkan hari pertama, sekolah adakan perhimpunan. Sementara habis perhimpunan, saya dan hubby serta ibu bapa yg lain tunggu di tepi koridor. dari jauh saya nampak adam yg dlm perbarisan melambai2 tangan ke arah kami. Belum pun selesai perhimpunan, tiba2 adam berlari dtg ke arah kami. Dia cakap dia penat berdiri, lama sangat. Hehe nak ketawa saya dibuatnya. Saya suruh adam duduk rehat sekejap. Kemudian masuk balik perhimpunan. Selamba aje adam berjalan sorang2 dpn cikgu2, murid2 tahun 1 hingga 6. Siap cikgu yg tgh berucap suruh adam cepatkan berjalan. Lepas adam masuk kelas saya dan hubby pulang kerumah. Muka adam sedikit berubah tapi saya buat2 tak tahu aje. Waktu tamat persekolahan pukul 12 tghri. Tiba dirumah adam terus tertidur. Penat agaknya. Kesian.

Hari ni adam cakap belum belajar lagi. Cuma cikgu ajar menyanyi lagu Negaraku. So far, dengar dia jawab pertanyaan saya tentang sekolah semuanya ok. Alhamdulillah adam takde merengek tak nak sekolah esok hari.

Belajar elok2 dan rajin2 nak..

Sunday, January 1, 2012

> its 2012


Assalamualaikum.
Bangun pagi tadi tgk kat telefon, date dah tukar ke 1 january 2012. Saya tak rasa apa2 pun bila nk masuk tahun baru ni. Macam biasa saja. Ambang 2012 pun saya tak tunggu. Lepas solat isyak saya dan alif dah masuk beradu. Cuma adam saja beria ajak keluar nk tgk bunga api. Tapi belum sempat keluar dia pun turut tumbang. Hehe.

Seperti kebanyakkan org lain, saya juga turut mengharapkan tahun 2012 ini menjadikan kehidupan saya dan keluarga bertambah baik.

Happy new year everybody!

Iklan LR