Mukadimah

بسم الله الرحمن الرحيم & السلام عليكم
bismillahirrahmanirrahim & assalamualaikum...
Blog ini adalah blog persendirian. Mana-mana artikel dan gambar tidak boleh disalin dalam ape jua bentuk rupa sekalipun. Terima kasih diatas kerjasama anda.



Saturday, January 4, 2014

> kek yang senang ni namanya kek minyak

20131225_215533

assalamualaikum dan selamat sejahtera.

hari ni tetiba nak post resepi kek kat sini. kalau resepi yang senang-senang ni memang nak kongsi sangat dengan semua orang sebabnya kek minyak ni amat mudah, semudah ABC gitu. hehe. pulak tu takde bahan yang ganjil dan pelik-pelik. cuma yang pelik sikit pun ovalet je kot. kalau yang dah biasa dengan dunia kek-kek ni tak pelik la kan.

aku dulu pon, masa memula cuba-cuba nak berkecimpung dengan kek-kek ni, tertanya jugak macam mana la rupa si ovalet ni. hehe.

okay semua, jom tengok resepi. resepi asal dari alam siber. tapi aku ambil dari opismate aku.

20131225_203650

Resepi kek minyak

bahan-bahan

  • 5 biji telur
  • 1 cawan minyak masak / minyak jagung
  • 1 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan gula castor
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 st baking powder
  • 1 sb ovalet
  • 1 st esen vanila
  • pewarna

cara-cara

  1. ayak tepung dan baking powder. ketepikan
  2. pukul telur, gula dan ovalet sampai kembang
  3. masukkan susu pekat, esen vanila dan minyak. pukul lagi.
  4. akhir sekali masukkan tepung dan pukul sebati.
  5. bahagikan adunan ikut pewarna .
  6. selang selikan adunan ke dalam loyang sampai habis.
  7. bakar selama 45 minit pada suhu 150 sehingga masak.

Saturday, September 28, 2013

> Bukit Gambang Safari Park

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

minggu lepas kami bawa anak-anak jalan-jalan ke bukit gambang safari park. nak pergi zoo negara jauh sangat la pulak kan.

kami pergi lepas zohor, lagipun tempat ni buka pukul 2 petang. tiket untuk dewasa RM38. kanak-kanak RM18.00. itu harga time promotion. harga promotion ni maknanya harga sebabb tempat ni tak siap lagi sepenuhnya. bayak tempat lagi yang tengah dalam pembinaan. kalau dah siap semua, harga mesti naik lagi la kan.

bagi aku tempat ni best jugak. tapi binatang tak la banyak macam zoo negara tu. binatang pun macam yang muda remaja lagi. tapi paling best bagi aku tempat ni, bila kita boleh naik tram then dia pusing-pusing kawasan tu tengok binatang dari dekat. tapi jangan berani buka pintu dan tingkap tram ye, mau harimau ikut balik. hehehe.

okaylah jom tengok gambar yang tak seberapa ni. hehe..

 

DSC02146

DSC02150  DSC02174 DSC02175 DSC02178 DSC02181 DSC02185 DSC02186  DSC02189 DSC02190

DSC02172

DSC02187

Tuesday, September 3, 2013

> proud of you muhammad adam faris.

video

hari ni adam menyertai pertandingan hafazan pra-pra sekolah antara kelompok. adam kena hafal 7 surah kesemuanya. Al-fatihah, Al-falaq, An-naas, Al-ikhlas, Al-lahab, Al-ashr dan An-nashr.

Alhamdulillah adam berjaya membaca surah yang ditanya tapi tajwid tak betul sikit-sikit tu normal la kan untuk kanak-kanak seusia adam.

keputusan untuk hafazan, adam gagal mendapat sebarang tempat dari satu hingga tiga. cuma dapat hadiah saguhati. walaupun tak menang tapi mama tetap rasa bangga dengan keberanian dan semangat adam dalam menyertai pertandingan seperti ini.

lain kali kita cuba lagi ye sayang.

Iklan LR