Mukadimah

بسم الله الرحمن الرحيم & السلام عليكم
bismillahirrahmanirrahim & assalamualaikum...
Blog ini adalah blog persendirian. Mana-mana artikel dan gambar tidak boleh disalin dalam ape jua bentuk rupa sekalipun. Terima kasih diatas kerjasama anda.



Friday, September 14, 2012

> kek karamel pelangi

salam.

sekarang ni musin rajin saya. rajin pun ada musim jugak tau. hehe. baru jer cuba buat kek lagi petang tadi. dan hasilnya amatlah memberansangkan. first time buat terus jadi, bangga tak terkata. haha.. mari saya kongsi resepi yang saya cuba. resepi ni saya ambil dari myresepi dan blog. then, saya mix and matchkan. semua guna sukatan cawan. terima kasih pada empunya resepi.



















BAHAN – BAHAN

BAHAN A (Gula Hangus)
  • 2 sudu besar gula

CARA-CARA:
  1. Tabur gula ke dalam loyang dan masak atas api yg kecil hingga gula bertukar perang (ketepikan)

BAHAN B ( Puding Karamel)
  • 1/2 tin susu cair,
  • 1/2 cawan gula 
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 3 biji kuning telur
CARA - CARA:
  1. kacau semua bahan sampai sebati
  2. Tapis dan tuang adunan ke dalam loyang BAHAN A ( Gula Hangus )

BAHAN C ( KEK )
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula
  • 3 biji kuning telur
  • 1 cawan air
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1/2 cawan minyak masak

CARA - CARA:
  1. Pukul kuning telur bersama gula hingga nampak berkrim.
  2. Masukkan air dan minyak, pukul lagi hingga sebati
  3. Masukkan tepung dan baking powder sedikit demi sedikit dan kacau adunan hingga sebati.

BAHAN D (Meringue)
  • 6 biji putih telur
  • 1/2 cawan gula
  • 1 sudu teh cream of tartar

CARA - CARA:
  1. Satukan semua bahan, pukul hingga betul2 kembang (bila terbalikkan mangkuk adunan tak tumpah).




CARA-CARA
  1. Satukan BAHAN C ke dalam BAHAN D. kacau biar sebati. kacau hanya guna senduk. jangan guna mixer
  2. Bahagikan adunan ke beberapa bahagian dan warnakan mengikut warna kegemaran masing2.
  3. Sendukkan ke dalam loyang yang berisi karamel.Marblekan warna berselang seli hingga adunan habis.
  4. Bakar secara double boil (Letak air panas ke dalam loyang) pastu letakkan loyang kek ke dalam bekas air panas tu.
  5. bakar selama 1 jam, suhu 150 darjah celcius (api bawah sahaja) .
  6. Bila masak, biarkan kek di dalam oven dengan membuka sedikit pintu oven. Kek akan lekang dari loyang.
  7. Terbalikkan kek, biarkan sejuk.Dan simpan dalam peti sejuk

 

19 comments:

emi moontel said...

Husna, cmner nak layer2 kan dia tu? aku bt kek tu tompok2... hahahahahaha...

:: HUSNA :: said...

Adunan tu start dari tengah. Cnth: Mula2 buh 3-4 sudu kaler merah kt tgh loyang.. Then 3-4 sudu adunan kaler biru tengah adunan kaler merah tu.. Pastu kaler hijau buh kt tgh adunan kaler biru.. Ulang sampai adunan habis. Paham ke..

syafiq idris said...

klu kukus jdi x??kak x fhm la mcm mn

:: HUSNA :: said...

Kalau kukus tak jadi, saya pernah cuba.

nishiyanisha said...

hye.. nk tnya yg pudding karamel tu nk kena bake dulu ke bake skali dgn kek tu je? x faham la..

:: HUSNA :: said...

bakar sekali. tapi loyang kek tu letak dalam loyang lain yg lebih besar dan letak air.

:: HUSNA :: said...

mcm gmbr no 2 dari bawah.

XiEraaa said...

kalau saya buat cara kukus boleh tak?

madeeha said...

salam.. loyang yg diguna brapa cm ? blh x klu tnpa water bath

madeeha said...

salam.. loyang yg diguna brapa cm ? blh x klu tnpa water bath

Qaseh Erica said...

Nmpk mcm best..mesti nk try.info yg kak husna bg pun mudah tk berbelit2. Tq

Qaseh Erica said...

Nmpk mcm best..mesti nk try.info yg kak husna bg pun mudah tk berbelit2. Tq

puteri said...

Salam kak Husna, minta izin nak cuba resepi ni. Kalau ada rezeki boleh dijadikan sumber income. Doakan saya berjaya yer...

Leez's Colleczions said...

Assalam...

Minta izin ambik resipi ni...TQ.

SaYaNgSaYaNg said...

assalammualaikum Husna, nk Tanya caramel tu x perlu bake dulu ker?kalau bubuh bhn kek tak bercampur ker?tq..

:: HUSNA :: said...

cik sayang, tak perlu bake asing-asing. bake sekali caramel n kek. adunan kek takkan bercampur dengan karamel. sbb adunan kek ringan. so, akan terapung.

:)

:: HUSNA :: said...

cik xieraa, adunan tak boleh dikukus.

cik madeeha, water bath perlu.

wallahualam..

Fathin Hafizah said...

Semua kacau guna senduk ke?

cheezylady said...

Mohon share resepi ye sis. thanks

Iklan LR