Mukadimah

بسم الله الرحمن الرحيم & السلام عليكم
bismillahirrahmanirrahim & assalamualaikum...
Blog ini adalah blog persendirian. Mana-mana artikel dan gambar tidak boleh disalin dalam ape jua bentuk rupa sekalipun. Terima kasih diatas kerjasama anda.



Wednesday, March 31, 2010

> minah kilang

aku pernah jadi minah kilang. Lepas SPM 1997 aku cuba-cuba nasib mahu cari kerja untuk isi masa lapang. zaman tu memang femes budak sekolah lepas SPM mahu cari kerja. Zaman sekarang femes mahu belajar kereta mahu dapat lesen cepat-cepat padahal tak punya kereta sendiri lagi pun.

kebetulan ada satu kilang beribu pejabat di batu tiga shah alam (bukan kilang gula ye) adakan temuduga terbuka untuk cari operator pengeluaran. Aku dengan kawan-kawan mencuba nasib. Nah, terus dapat. Besok bas datang mahu ambil kami semua, itupun setelah aku tipu sunat yang trial SPM aku dapat 3. hahaha…


kebanyakan kilang ramai perempuan dari lelaki kan. Tapi kilang yang aku kerja ni lebih ramai lelaki. Paling ramai lelaki bangla. Waktu kerja ada 3 shift. kalau dapat shift malam paling seronok sebab tak ikut procedure sangat. Bos-bos besar pun tak ada. Bebas sikit. Tapi kalau kerja pagi, nak berborak sangat pun tak boleh. Takut bos jeling menjeling. ISO kena follow. Tak boleh tinggal satu pun. Adeh!


Aku dapat bertahan kerja kilang ni 3 bulan saja. Ngam-ngam SPM keluar aku cabut. kecewa pakwe-pakwe yang tergila-gilakan aku waktu tu. Ahaks..


Waktu sekarang, kalau jalan-jalan lalu batu tiga, teringat kenangan kerja kat situ. Rindu jugak dekat kakak-kakak dan abang-abang kat sane. Mana la diaorang sekarang.. still kat situ lagi ke atau dah bertukar kerja. dulu kan takde kemudahan telefon bimbit ni. Tu yang terputus hubungan tu...

scan1

Tuesday, March 30, 2010

> this award goes to...

perasan macam dapat anugerah bintang popular pulak aku ni kan. hahaha… padehal award alam maya saja. tapi tetap bersyukur tau. award ni fara yang kasi. terima kasih banyak le buat fara. buat susah-susah je. nanti kalau ada award lagi jangan lupa kasi kat akak lagi ye. at least boleh akak buat entri baru. kan akak nak jadi pemblogger tegar dengan moto 1 hari 1 entri. hahaha.



tapi aku rasa memang patut aku dapat award ni. cantik hape blog aku sekarang, kemas dan tersusun dari layout yang lama tu. dengan background yang putih bersih lagi suci. kes angkat bakul sendiri ni.


awarddrezan1


jangan ingat dapat award ni macam tu saja, ada syarat-syarat yang harus dilakukan.



1. Thank & link the person that gave you the award.
2. Pass this award onto 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic.
3. Contact said blogs and let them know they've won the award.
4. State 7 things about yourself.



tapi, aku tak ikut. aku buat separuh jalan aje. pada sesiapa yang terbaca entri ni, sila la ambil award di atas dan post kat blog masing-masing. jangan malu, jangan segan. kita share sama-sama ye…

Monday, March 29, 2010

> senamrobik

ini cerita semalam. pagi2 lagi hubby ajak aku pegi jogging kat taman. selalunya kalu cuti2 ni, lepas solat subuh bantai sambung tidur balik. aku seperti biasa ikut saja. lagipun adam dah bangun. boleh bawak adam main kat taman sekali.

rupa-rupanya kat taman ni ramai sungguh orang berjogging. bagusla, amalkan hidup sihat, ye tak. mula-mula dapat la kami anak beranak 1 pusingan. jangan tak tau stamina adam kuat sungguh. langsung tak penat kata dia. then, ternampak pulak satu group ni tengah buat senamrobik. semua perempuan. bestnya kalau dapat join. mula2 aku tengok je dari jauh sambil main bola dengan adam. tak lama tu dengan tak tau malu selamba aku turut serta. alahai kekoknye. terpusing2 badan aku ikut rentak dorang. hentam sajalah labu



korang cari la aku yang mana satu.
ada sorang lelaki tersesat... hehe...



korang cuba perhati betul2 gambar kat atas ni. ada pulak anak bujang aku tu terselit kat celah2 org ramai tu. tanpa segan silu betul tau si adam ni. selamba dia je ikut senam jugak.

tapi best la ikut senamrobik ni. dengan music lagi.. nanti2 nak join lagi la.. sebelum ni aku tak pernah tau pun. selalu aku jogging petang, tu yang tak tau tu...
1,2, 3, 4.... 8 lagi.....
hehe....

Sunday, March 28, 2010

> jalan-jalan saja

minggu ni kami duduk rumah sahaja. satu shopping complex pun tak pergi. lagi pun gaji belum dapat. sob.. sob.. sob.. sambil buat muka sedih cuma petang tadi bawa adam main di taman. ni memang tempat kegemaran adam. ke mama yang teringin main ni. jangan salah sangka ye, adam tak pandai naik buai tu, asyik nak jatuh ke belakang. so, aku tolong dia. hehe.







sambil tu mama belanja adam, abah dan diri sendiri makan aiskrim. syarikat aiskrim sila take note kami sekeluarga tolong promote aiskrim korang ni. sedapnye makan aiskrim cuaca panas2 ni. abah suka flavor strawberry. aku suka vanilla. adam ikut suka hati mana2 pun boleh, janji benda tu namanya aiskrim. hehehe...






lepas makan aiskrim jangan lupa minum air kosong ye...

> off



malam semalam kan ada kempen earth hour. kempen untuk mengurangkan pemanasan global yang semakin meruncing. cuma padamkan lampu dan alatan elektrik selama 1 jam dari jam 8.30 malam sampai 9.30 malam. Itu sahaja. aku pun turut memberi sokongan dengan bersama-sama menyertai kempen tersebut. tengok kat atas tu adam duduk dalam gelap. tapi tv still on. hehe.. tv tak boleh tutup. nanti keboringan kami dalam gelap gelita.

Saturday, March 27, 2010

> cubaan pertama

cubaan kali pertama aku masak soto sendiri-sendiri. sebelum ni bukan tak pernah, cuma masak bersama dengan org lain contoh mak atau kakak aku. hubby puji sedap cuma sup kurang masin. itu perkara kecik. masukkan lagi garam. masalah selesai. menari kegembiraan aku dibuatnya.. hahaha... adam pun makan dengan banyak jugak. habis satu pinggan mangkuk kecil.

satu yang lecehnya masak soto ni rencah dia yang banyak tu.
satu-satu nak kena buat...



mula-mula rebus nasi himpit. sambil tu goreng soo hon.



lepas tu buat telur dadar. bukan mcm telur dadar biasa tu. campur tepung gandum sikit. dan goreng tanpa minyak sedikit dan nipis2. dah kekuningan angkat dang gulung. baru gunting nipis2.

kalau rajin boleh buat begedil. kalau malas tak payah buat, masuk je kentang dalam sup.



goreng kacang tanah pulak. ini untuk yang suka kan kacang sahaja. kalau takut jerawat tumbuh sila abaikan.

jangan lupa goreng bawang merah. yang dah siap pun ade jual. tapi tak berapa best.



potong pula daun bawang & sup. akhir sekali buat sambal kicap kasi lagi umpphh...

semua dah settle, gabungkan semua bahan di dalam mangkuk. jangan lupa masukkan sup ayam sekali.



okey. selamat menjamu selera....

Friday, March 26, 2010

> Ciptaan Ilahi



nampak tak hujan turun kat hujung gambar atas ni. masa ni aku kat highway lebuh raya utara selatan on the way nak balik shah alam dari kg aku. berhampiran rawang rasanya. tengok la awan tu tebal kan.

yang aku tahu hujan dari segi sains, terjadi apabila air dari kolam, sungai, tasik dan laut tersejat dan menjadi wap air. Wap air adalah ringan dan akan naik ke atas. Apabila wap air bertembung dengan udara sejuk, ianya akan menjadi titisan-titisan air lalu bergabung membentuk awan. Apabila-apabila titisan-titisan air ini menjadi lebih besar dan berat ia akan jatuh ke Bumi sebagi hujan. Air hujan yang jatuh ke Bumi diserap ke dalam tanah atau mengalir ke sungai, kolam, tasik dan laut. Proses ini akan berulang-ulang.

dulu masa aku kecik2 aku takut sangat dengan hujan yang lebat. sebab rumah aku kt kg beratap kan zink. kalau hujan bunyi hujan jatuh kat zink tu amatlah kuat. aku akan duduk diam2. tak gerak ke mana2 hingga hujan berhenti. dah besar ni aku suka bila hujan turun. hujan kan rahmat dari Allah. kalau hujan cuaca sejuk sikit...



"kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari, kemudian dia datangkan pula hujan, puas kita mencari mana matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita PELANGI yang indah."

bila dah sampai damansara, ternampak pulak pelangi. cantiknya berwarna-warni. cepat2 amik kamera. bukan selalu dapat tengok pelangi kan..

pelangi terjadi selepas hujan gerimis dengan kehadiran cahaya matahari. terdapat 7 warna pelangi iaitu merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu.

pernah dgr tak orang dulu2 kata tak boleh tunjuk pelangi dengan jari, nanti kudung. tak tau la betul ke tak...

Thursday, March 25, 2010

> umrah & ziarah

Alhamdulillah semalam MIL & FIL selamat pergi menunaikan umrah. Walaupun sebelum tu bermacam dugaan yang terpaksa dihadapi. Sepatutnya MIL & FIL pergi pada 9 Mac tempoh hari. Tapi disebabkan masalah visa, tarikh terpaksa ditunda pada 23 mac (baca: semalam)

Sebelum tu, hari isnin selepas waktu kerja, kami (baca: aku, hubby dan adam) balik kuala lipis utk jemput MIL & FIL. Tidur semalam dirumah kami sebelum bertolak ke KLIA keesokkan harinya. Pagi semalam, kira-kira pukul 5 pagi semua dah bersiap nak bertolak ke KLIA. Kami solat subuh dan breakfast di KLIA. Jadual penerbangan pukul 10 pagi. Dengar kata transit ke Bahrain dulu..

Ini kali ke 3 rasanya MIL & FIL pergi umrah. Haji pun MIL & FIL dah lakukan. alhamdulillah ade rezeki lebih boleh la ke sana... Insyaallah MIL & FIL kembali ke Malaysia pada 6 April nanti. Aku doakan semoga semuanya berjalan lancar.


aku, adam, MIL & FIL

adam tu nak merayau + bebas sebenarnya.. tu yg buat muka mcm tu...
aku bukan tak nak kasi, tapi org ramai. nanti entah kemana2 dia pergi..
kang hilang satu hal pulak...


KLIA diwaktu awal pagi...

Wednesday, March 24, 2010

> kalau bab ni memang suke

AMARAN: gambar-gambar dibawah mungkin menjolok mata













hahaha...
adam kalau mandi kat rumah nenek dia (baca: rumah mak aku kt kg.) macam ni la gayanya.. nasib baik badan kecik.. muat2 aje duduk dalam baldi tu. kalau dah dapat main air, susah la nak berhenti..

Tuesday, March 23, 2010

> car wash



meh sini sapa nak basuh kereta..
aku ade pekerja yang dedikasi ni. servis tip top.. korang mesti puas hati punya. hehe..

masa kat kampung tempoh hari, adam sibuk jugak nak tolong abah dia basuh kereta. bukan pandai pun, saja nak main air la tu.


sental, jangan tak sental...
gosok, jangan tak gosok...


kenapa ada ikan pulak dalam air sabun ni ye... hehe


adeh! kotornya kereta abah ni..


kena cuci bersih-bersih ni, nanti abah tak nak kasi upah...


QA tengah check kualiti kerja... :)

Monday, March 22, 2010

> bagaikan saudara sendiri

sabtu dan ahad lepas kami sekeluarga balik kampung aku kat perak.
aku memang boleh dikatakan kerap balik kg. kalau boleh dalam sebulan mesti nak balik. kebetulan hari sabtu tu jiran mak aku adakan majlis pertunangan untuk anaknya. anak jiran tu kawan sepermainan aku masa kecik2 dulu.

kitaorang ni kalau ada jiran2 nak buat kenduri, tak kisah la kenduri ape pun, insyaallah kalau takde hal penting anak2 jiran yang tinggal luar dari kampung mesti balik. kitaorang ni dengan jiran2 dah di ibaratkan macam saudara sendiri. jiran2 ni la yang tolong ape2 yang patut masa kenduri. amalan gotong royong masih diamalkan. apa2 berita jiran2 ni la yang akan tau dulu. pulak tu rumah kami semua dekat2.

jiran2 mak aku semua aku kenal.. dari anak yang sulung depa sampai anak yang bongsu, insyaallah semua aku kenal jugak. ye la dari kecik aku duduk kat situ. lahir pun kat situ, kalau tak kenal mau nak kena pelangkong dek orang kg. hehe..


gambar aku yang cun di majlis pertunangan tersebut.

Saturday, March 20, 2010

> serbu



sekarang dekat giant putra heights ade handphone fair.
start khamis sampai ahad..
lepas makan kat secret recipe malam hari tu, aku pun nak jugak la jalan2 kat situ.
tapi boleh tahan ramainya orang.. tak jadi nak masuk.. terkejut jugak.
sebabnya kalau hari-hari biasa giant kat sini boleh di kira berapa pelanggannya..
tak tau la dorang ni betul2 nak membeli telefon bimbit ke atau saja nak survey harga.
tak pun macam aku saja nak jalan-jalan cuci mata.. hehe

Friday, March 19, 2010

> sempena raikan cinta...

sempena ulangtahun perkahwinan aku semalam, hubby belanja makan malam dekat secret recipe Giant Putra heights. ini cara kami raikan hari penuh bermakna buat kami. makan-makan aje. takde pun tukar2 hadiah. dah 4 tahun kami kahwin tak pernah kasi hadiah masa anniversary. okla, dah biasa...


hubby aku ni selalu pejam mata bila bergambar..


ni menu pilihan hubby. tak ingat apa nama dia. sedap jugak..


adam punya makanan lambat sampai..
mood nak makan dah hilang..


aku order kan 'kids fish n chips' untuk adam.
tapi yang makan banyak aku dengan hubby.. hehe..
dapat cawan plastik percuma ade gambar ben10.


ni aku punya. japanese soba.


fresh watermelon. untuk aku dengan hubby.
adam aku orderkan plain water je.
ok, kenyang...
alhamdulillah...




Thursday, March 18, 2010

> aku terima nikahnya....


abang,
4 tahun lepas pada tarikh hari ini kita selamat diijab kabulkan. alhamdulillah sampai jugak jodoh kita. perkenalan kita boleh dikatakan agak lama. kita saling kenal mengenali hampir 8 tahun sebelum sepakat untuk mendirikan rumahtangga.

abang,
walaupun kadang-kadang kita ada gaduh-gaduh. itu lumrah dalam alam perkahwinan. sesebuah perkahwinan pasti ada pasang surutnya kan. bak kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. tapi alhamdulillah, kita tak pernah gaduh besar dan cepat berbaik..

abang,
rumahtangga kita diserikan lagi dengan kehadiran adam. pengikat kasih sayang kita berdua. rasa lengkap kehidupan ini dengan adanya kalian berdua. sungguh, kalian berdua amat berharga untuk diri ini.

abang,
husna sentiasa doakan kehidupan kita akan jadi lebih baik dari hari ke hari, perkahwinan kita kekal hingga ke hujung nyawa dan berjaya didunia dan akhirat.

abang,
sempena ulangtahun perkahwinan kita, husna harapkan rumahtangga kita dilimpahkan dengan kasing sayang yang tak terkira banyaknya. semoga kita saling bertolak ansur dalam segala hal, ringan sama dijinjing, berat sama dipikul..

abang,
terima kasih diatas segala-galanya yang telah dilakukan untuk kami berdua. husna sayang abang. adam sayang abah...


"Ya Allah satukanlah kami berdua, dan anak-anak penyeri jiwa, di dalam kebaikan, dengan kebaikan, untuk kebaikan...."


Tuesday, March 16, 2010

> prawn olio pizza hut



setiap kali aku makan di pizza hut, menu wajib aku order adalah Prawn Olio...
sedapppppp.....
dan baru aku tahu adam pun gemar jugak..

kalau makan memang licin la pinggan tu, satu pun tak tinggal..
dengan cili-cili kering tu pun aku bedal...

macam mana nak masak menu ni ha...
ada sesiapa tau resepi dia... meh la share dengan aku...

#update: dah try buat prawn olio. sila klik di SINI untuk resepi.

Monday, March 15, 2010

> lari-lari anak



Last weekend aku ajak hubby jogging.. dah berkurun lama ku rahsiakan cinta ku padamu… ehehehe… siap nyanyi pulak. Ok. serius beb, memang berkurun aku tak jogging. Tak de masa la… ececeh.. alasan…

Bukan takde masa, malas sebenarnya… entah mimpi ape, nak pulak berjogging petang sabtu tu. Sambil tu boleh bawak adam jalan2 kat taman…

Dapat le 2 pusingan… hahaha… itupon dah tercungap-cungap. Aduh.. takde stamina langsung… akibat dah lama tak bersenam, start ahad sampai hari ni peha aku sakit-sakit… terkejut agaknya tetiba tuan dia nak berlari… Tapi nasib baik takde la sakit yang amat sangat. Cuma bila nak turun tangga tu terasa sikit...

Nanti kalau ada masa free hujung minggu nak jogging lagi la.... jom amalkan gaya hidup sihat… nasihat dari Kementerian Kesihatan… hehehe…

Saturday, March 13, 2010

> jom makan weh!



aku baru je lepas makan tengahari ni..
hari ni aku masak kari ikan, sayur kailan ikan masin dan ayam goreng..
cukup la kami makan 3 beranak...
tengah sibuk2 masak, gas pulak habis..
hampir 1/2 jam jugak tunggu org hantarkan gas..
tu yang lambat sikit makan lunch hari ni..

> dalam hati ada taman

Malam semalam aku dengan adam mengimbas balik semua gambar dan video yang ada dalam simpanan. Bermula dari adam umur satu hari sampailah sekarang. Macam-macam soalan yg keluar dari mulut adam mengenai gambar-gambar dan video-video tersebut. gelak adam tengok gambar dia semasa masih baby. Kelakar kot tengok muka sendiri.

Aku tunjuk pula video yang aku ambil semasa adam kena chicken pox. Menangis dan merengek saja dia time tu. Dengan badan penuh bintik-bintik merah. Memang perit kena chicken pox. Bukan saja keluar bintik2 merah tu, tapi diiringi dengan demam, sakit kepala dan gatal-gatal (miang). Makan pon tak berselera. Aku pernah kena masa umur 25 tahun kalau tak silap aku. Memang tak tertahan rasanya. Inikan pula adam masa tu baru berumur 1 tahun.

Adam tengok video tu dengan penuh kusyuk. Diam tak berkata-kata. Tiba-tiba aku lihat air mata adam bergenang. Tapi dia tak nangis. Bila aku tanya, adam kenapa, dia geleng-geleng kepala. Aku tanya lagi, adam sedih ke. Dia diam jugak.. cepat2 aku tutup video tu dan peluk adam… baru aku tau touching jugak jiwa adam rupanya. Nampak dari luaran adam begitu lasak, tapi dalam hati ada taman… hehehe…



sila abaikan kaki aku yg duduk kurang sopan tu ye.. hehe..
tapi memang la aku tgk video ni pon aku sedih jugak. kesian sgt adam masa tu. nasib baik la chicken pox ni kena sekali jer seumur hidup..

Friday, March 12, 2010

> ayaq oren botol kicap



hahaha... tak tau la betol ka tak depa guna botol kicap. bentuk tu dah ada.

klasik sungguh tengok botol air oren ni. ingat kat bandar ni takde jual. rupenya ada jugak. hehe.. kalau dulu kat kg, air oren ni jual kat kedai-kedai runcit.. termasuklah kedai runcit Hj. kadir... Hj. kadir tu abah aku ye... hehe. kedai runcit tu ada lagi cuma air oren ni je dah tak jual. takde supplier kot. jual air kotak lagi senang, kata hj. kadir.. hehe.. rekaan fakta aku je tu..

Wednesday, March 10, 2010

> adam and girl


adam: u... kita nak pergi mana ni?
girl: ikut suka u la... i follow je...


adam: aik?!!! kenapa u senyum-senyum pulak ni...
girl: alah, senyuman i kan sweet. see... ade lesung pipit lagi.. lagipun senyum tu kan sedekah...


adam: banyaknya kereta... kaki i dah lenguh ni...
girl: ye ke, i tengok ok je...


adam: u ni kan semua tak percaya cakap i... dah la kereta ni tak power steering. berat nak mampos...
girl: ehh yang u salahkan i pulak kenape?... sape suruh beli kereta murah...


girl: i nak merajuk la kalau macam ni... asyik i aje yg salah dari pandangan u..
adam: ade i kesah....

***********************************

hahahaha... dialog diatas adalah rekaan aku jer ye... tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun mati. gambar ni aku ambil masa adam main train kat sunway pyramid.. akid (dimple's son) dah partner ngan aina (ida's daughter). tinggal la adam sorang2. so, naik la dgn budak perempuan cina yang comel ni..


aina & akid...

Iklan LR