Mukadimah

بسم الله الرحمن الرحيم & السلام عليكم
bismillahirrahmanirrahim & assalamualaikum...
Blog ini adalah blog persendirian. Mana-mana artikel dan gambar tidak boleh disalin dalam ape jua bentuk rupa sekalipun. Terima kasih diatas kerjasama anda.



Thursday, August 26, 2010

> darah kaler merah kan

dulu-dulu aku tak tahu pun aku ni jenis kumpulan darah apa. yang aku tau darah aku darah merah. bukan darah putih macam mahsuri. hehehe… tapi dalam badan kita ade jugak sel darah putih kan.



kalau orang tanya aku ni jenis kumpulan darah ape, memang aku tak tau. tapi sejak mengandung kan adam baru aku tahu aku ni jenis kumpulan darah B POSITIVE. itu pun sebab masa mengandung, kan kena check darah semua tu kan. ooo baru tahu. HAHA…



eh! adam jenis kumpulan darah ape ye???



scan0002

ni kad kumpulan darah masa pregnantkan adam



scan0003

ni kad masa pregnant sekarang


Wednesday, August 25, 2010

> dah separuh dah

alhamdulillah, hari ni dah masuk 15 ramadhan. maknanya lagi 15 hari nak raya. cepat sungguh masa berlalu. dah besar2 macam ni pun tak sabar jugak tunggu raya. mengalahkan budak-budak. hehe…



semalam berbuka ala kadar sahaja. masak lauk yang very2 the simple. ayam goreng kunyit dan sayur cendawan je. hubby beli char keuy teow dan sedikit kuih-muih. itu aje.



sahur pulak masak nasi goreng. dah 2 hari berturut waktu sahur makan nasi goreng. berselera sungguh.



Picture 002

Tuesday, August 24, 2010

> Pertama

Kata orang, tanpa yang pertama, mustahil ada yang terakhir. Tanpa langkah pertama, mustahil ada langkah yang ke seribu. Tanpa yang pertama, mustahil ada yang kedua.



Kata orang lagi, yang pertama selalunya yang terindah. Yang pertama selalunya paling kemas dalam ingatan. Yang pertama selalunya sangat sukar untuk dilupakan.



Kata orang lagi, luka yang pertama adalah luka yang paling dalam dan paling sukar untuk disembuhkan, walaupun tidak berdarah, namun pedihnya menusuk kalbu menikam jiwa dan sabubari.



Hebatnya penangan pertama. Ada orang sanggup berkorban apa saja demi memastikan 'yang pertama' sentiasa kekal dalam genggamannya. Ada orang sanggup mengharungi lautan api demi pertahankan yang pertama. Sungguh, yang pertama selalunya mempunyai kuasa yang sangat luar biasa.



Persoalannya. Mengapa? Apakah keistimewaan dan keajaiban yang ada pada 'yang pertama'?
Adakah kerana kemampuan otak kita yang terbatas? Cuma mampu menyimpan kemas memori untuk kali pertama sahaja? Kemudian seterusnya adalah caca merba? Atau kerana kita terlalu menyayangi memori yang kita cipta, menyimpannya kukuh dalam ingatan dan enggan menerima memori yang baru? Atau kenapa?



Misteri yang hanya mereka yang berkenaan, dan Allah sahaja yang tahu..



Mencipta kenangan terindah sememangnya sukar namun untuk mengekalkan keindahannya ternyata jauh lebih sukar. Oleh itu, kita sering memandang kebelakang, mencari yang pertama sehingga kerap mengenepikan yang lain-lain walaupun berkemungkinan, yang kedua atau ketiga jauh lebih baik dari yang pertama.



Mencari pelangi pertama yang pernah kita tatap, kononnya itulah pelangi paling indah yang pernah kita nikmati tanpa mempedulikan pelangi-pelangi lain yang jauh lebih menawan. Hanya kerana ia adalah yang pertama.



Indah dan bahagia menjadi yang pertama, namun suratan Ilahi tidak selalunya menjanjikan kebahagiaan buat kita. Di dunia ini kita adalah pengembara, yang berjalan merentasi masa.


Bermulanya kita seorang bayi, kemudian mendekati mati yang kita sendiri tidak tahu di mana garis akhirnya. Dalam hidup ini, ada suka dan duka. Ada pahit dan manis. Firman Allah, di sebalik kesusahan ada kesenangan. Oleh itu, bersyukur dan hargailah apa yang kita miliki hari ini.



Mungkin 'yang pertama' pernah kita kecapi tidak semanis madu, namun bersyukurlah kerana ramai lagi insan lain yang mengharungi 'yang pertama' dengan air mata dan darah. Andai yang pertama kita indah, berwarna-warni ibarat pelangi, maka bersyukurlah dan hargailah setiap dari anugerah pemberian-Nya, kerana kita tidak tahu, apa yang menanti kita pada esok hari.



Yang pertama tidak semestinya yang terindah, namun, apa yang ada dalam genggaman kita hari ini adalah anugerah dan pemberian dari-Nya, maka, hargailah dengan sebaik yang mungkin, kerana esok, belum tentu lagi ia menjadi milik kita...



Moga Allah kurniakan yang terbaik buat kita, bukan hanya untuk di dunia, tapi juga di akhirat, insyaAllah.



sumber: http://komuniti.iluvislam.com/index.php?%2Ftopic%2F24054-yang-pertama-tidak-semestinya-yang-terindah%2F

Monday, August 23, 2010

> pagi-pagi lagi dah dapat berita gembira

alhamdulillah, pagi-pagi lagi mak aku telefon untuk sampaikan berita gembira.



adik aku FADZILAH yang kahwin tahun lepas dah selamat melahirkan seorang baby girl di Taiping Medical Centre pada pukul 8 lebih pagi tadi. bersalin adalah secara normal. alhamdulillah…


bertambah seri lah lagi raya family kami tahun ni dengan kehadiran orang baru.


kalau ikutkan, dalam family aku, dah 3 orang bersalin pada bulan ramadhan. aku ramadhan tahun 2007, kakak aku yang 2nd ramadhan 2008 dan adik aku yang ni ramadhan 2010.



duit raya nak kena tambah lagi satu sampul ni. ;)



202100829l


hanya gambar hiasan. ni bukan baby girl adik aku tu ye. ni adam masa baby. =)


Friday, August 20, 2010

> tempe sinonim dengan orang jawa

selalunya, orang goreng tempe macam tu je kan. tak pun goreng celup dengan telur atau tepung tempura. meh kita buat kelainan sikit. goreng tempe dengan bawang putih. tak tau le korang dah pernah cuba ke belum.resepi senang giler ni mak mentua kakak aku yang ajar. aku memang suke. kena betul dengan selera aku.



mula-mula potong tempe. tumbuk bawang putih. masukkan sikit garam dan serbuk kunyit. dah selesai gaulkan dengan tempe yang dah dipotong tadi. sekarang boleh la goreng macam biasa. dah masak boleh terus hidang. makan dengan nasi putih sedap, makan macam tu pun sedap.



selamat mencuba. hehe…



Picture 004

> air tangan isteri

air tangan aku le tu. ececeh… semalam semua lauk aku masak sendiri. masak tom yam, ayam goreng, tempe goreng bawang putih dengan sambal belacan. rajin kan aku. HAHA… tapi kuih-muih beli jugak. :p



Picture 008

Thursday, August 19, 2010

> kuih raya ke biskut raya?

bukan aku nak jual kuih raya ye. cuma nak tolong promote kuih raya member aku sorang ni. Nama dia siti norliza. member masa aku belajar kat GMi. sekarang dia bekerja dan menetap di Kluang, Johor.


Family siti ni memang berniaga kuih dari dulu lagi. mak dia buat pelbagai jenis kerepek. kakak dia buat biskut-biskut. dia pulak pandai buat kek dan roti. memang serba boleh diorang ni. kalau ada siapa-siapa yang berkenan dengan kuih dan biskut yang dia jual, boleh la beli untuk raya yang bakal menjelma nanti.



tahun lepas ada jugak aku promote kuih raya dia ni. boleh klik kat sini. rasanya semua jenis kuih yang aku post tahun lepas masih lagi dijual. harga tak pasti pulak masih kekal atau ada sedikit kenaikan. senang-senang cerita korang boleh pergi terus kat blog dia. klik je kat gambar bawah ni ye. tahun ni dia dah maju sikit. dah ade blog sendiri. hehehe…



1


2


dia ade dua blog. dua2 blog dia berfungsi. kalau nak lagi senang contact siti ni kat FB dia. link FB dia kat bawah ni ye.



http://www.facebook.com/home.php?sk=lf#!/profile.php?id=100000555405668


> jom berbuka

bukan aku ajak berbuka sekarang ye. belum tiba waktunya. hehe… semalam korang berbuka ape? aku simple2 je. terung sambal dengan ikan siakap sweet sour. tapi ikan siakap tu aku beli je. terung sambal tu je yang aku masak.


untuk kuih aku beli tepung pelita. kalau kat kg aku tepung pelita ni kami panggil kuih limas. memang masa puasa ni kuih ni la menjadi pujaan hatiku. hehe… dah berapa kali repeat dah ni. tepung pelita ni memang sedap. berebut orang nak beli. kat gerai lain ade jugak tapi macam tak bape nak sedap sangat.


alhamdulillah, sampai semalam masih lagi penuh puasa…



Picture 002

Picture 003

Wednesday, August 18, 2010

> teringin sangat

semalam, teringin sangat nak berbuka makan bunga kobis goreng tepung. tak tau la teringin sebab mengandung ke apa. tapi dari opis lagi dah dok pikir dalam kepala menu ni. balik je kerja terus cari bunga kobis dan tepung ala-ala KFC kat kedai. korang pernah makan? sedappp…



memang berselera la aku berbuka semalam. sahur pun aku goreng lagi. dua ketul aku beli bunga kobis. habis licin semua. alhamdulillah…



nak tau macam mana nak buat bunga kobis goreng tepung ni? senang saja… mula-mula potong bunga kobis kecik2. jangan kecik sangat, sedang2 cukup. basuh dan lumurkan dengan telur yang telah dipukul. lepas tu masukkan tepung ala-ala KFC tu. tepung dah melekat kat bunga kobis tu bolehla digoreng.


IMG_59891

Tuesday, August 17, 2010

> Impian Morib Hotel

sebenarnya bercuti kat tempat ni dah lama jugak. sebelum puasa hari tu. awal bulan 7 rasanya. memang perlukan sangat percutian time tu. lagipun selalu janji dengan adam nak bawa dia mandi kolam. tapi malas nak pergi yang jauh-jauh. so, hubby dan aku decide pergi morib saja.


Picture 070Picture 061 Picture 062Picture 068


hotel ni pun search kat internet. satu-satunya hotel kat morib kot. tapi kat morib ni pantai dia tak sesuai mandi-manda. tak berapa elok. kebetulan hotel yang aku pergi ni takde pantai. laut dengan daratan dipisahkan dengan tembok. kalau nak jalan-jalan persisiran pantai, kena pegi pantai awam la. tak le jauh. sebelah je.


kami bertiga layan mandi kolam je. adam bukan main suka. siap dapat kawan baru lagi. sampai badan gigil pun tak nak naik lagi.


Picture 079 Picture 091 Picture 084 Picture 078 Picture 090


hotel ni ada penginapan jenis bilik dan chalet. chalet dekat dengan laut. bilik dekat dengan pool. kami pilih chalet. RM 250 satu chalet.


untuk warga lembah klang, kalau nak bercuti tapi malas nak pergi yang jauh-jauh dgn masa yang terhad boleh la pergi kat sini.



Impian Morib Hotel


Address:Lot 183 & 184, Jalan Morib, 42700 Banting, Selangor


Tel No.:+603-3198 2070


Fax No. :+603-3198 2346


Saturday, August 14, 2010

> Happy Birthday to me

"Ya Allah, Limpahkanlah kebahagiaan dunia dan akhirat, rezeki yang halal dan berkat. Pasangan hidup yang setia, anak-anak yang soleh, kesihatan yang baik dan umur yang panjang agar dapat beribadah kepada Mu"


Alhamdulillah, hari ni genap umur aku 30 tahun. semoga hari-hari yang mendatang lebih baik dari sebelumnya dari semua segi. insyaAllah.

Terima kasih yang tak terhingga pada mak yang susah payah melahirkan aku kedunia pada tarikh ini.

Friday, August 13, 2010

> adam sebagai bakal abang

kalau dulu aku tanya adam nak adik tak? nak baby tak? mesti dia cakap tak nak. susah hati jugak dibuatnya kalau dia betul2 tak sukakan adik. sebab adam ni dah biasa seorang diri. takde kawan. main pun sorang-sorang. semua barang dia mana dia nak share sangat dengan orang lain. kedekut jugak dia ni.


tapi alhamdulillah, sejak perut aku dah nampak besar sikit, adam dah mula mengerti kot yang dia bakal ada adik tak lama lagi. bakal jadi abang satu hari nanti.


sekarang ni selalu datang kat perut aku then cakap hai baby. kadang cium perut aku. kira cium baby la tu. HAHA.. kelakar betul. ade jugak sifat kasih sayang dalam diri adam ni. skrg pun kalau aku tanya, adam sayang siapa? dia akan jawab sayang mama, abah, baby. dah termasuk senarai baby ni dalam list dia. so sweet.



Picture 193

Thursday, August 12, 2010

> ramadhan datang lagi

assalamualaikum.



lamanya tinggal kan dunia blog. banyak perkara yang berlaku sebenarnya dalam hidup aku selama ketiadaan aku di sini. huhu. macam serius saja bunyinya kan. ada gembira, ada sedih dan duka. itulah dikatakan kehidupan kan.



salah satu sebabnya ialah mood tak berapa baik time tu. kenapa mood tak berapa baik? ini jawapannya. jeng.. jeng.. jeng.. I’M PREGNANT!… untuk kali yang kedua. alhamdulillah dengan rezeki yang Allah berikan. memang cadang aku dengan hubby mau anak lagi. tapi plan sebetulnya tahun depan. tapi dah terexcident pulak. HAHA.. rezeki jangan ditolak kan. =)



kini kandungan aku dan masuk 16 minggu bersamaan dengan 4 bulan la kan. masa awal2 mengandung sampai sekarang alhamdulillah aku takde rasa nak muntah, loya atau pening2. syukur sangat. tak banyak beza mengandung kali dengan adam. cuma kali ni selera makan tu kureng sikit. sampaikan berat badan aku sebelum pregnant dulu sikit2 lagi nak cecah 50 kg boleh turun ke 45.5 kg. amazingkan. hehe.. now selera makan dah mula nampak perubahan. berat pun dah naik 1 kg lagi.



first time puasa kali ni waktu pregnant. mula-mula takut jugak tak tahan lapar. tapi semalam alhamdulillah. BERJAYA! cuma bila dah petang kepala tiba-tiba rasa melayang. harap hari ni pun boleh tahan sampai ke waktu maghrib jugak. amin.



selamat berbuka untuk semua yang berpuasa hari ini!


Iklan LR