Mukadimah

بسم الله الرحمن الرحيم & السلام عليكم
bismillahirrahmanirrahim & assalamualaikum...
Blog ini adalah blog persendirian. Mana-mana artikel dan gambar tidak boleh disalin dalam ape jua bentuk rupa sekalipun. Terima kasih diatas kerjasama anda.



Friday, March 26, 2010

> Ciptaan Ilahi



nampak tak hujan turun kat hujung gambar atas ni. masa ni aku kat highway lebuh raya utara selatan on the way nak balik shah alam dari kg aku. berhampiran rawang rasanya. tengok la awan tu tebal kan.

yang aku tahu hujan dari segi sains, terjadi apabila air dari kolam, sungai, tasik dan laut tersejat dan menjadi wap air. Wap air adalah ringan dan akan naik ke atas. Apabila wap air bertembung dengan udara sejuk, ianya akan menjadi titisan-titisan air lalu bergabung membentuk awan. Apabila-apabila titisan-titisan air ini menjadi lebih besar dan berat ia akan jatuh ke Bumi sebagi hujan. Air hujan yang jatuh ke Bumi diserap ke dalam tanah atau mengalir ke sungai, kolam, tasik dan laut. Proses ini akan berulang-ulang.

dulu masa aku kecik2 aku takut sangat dengan hujan yang lebat. sebab rumah aku kt kg beratap kan zink. kalau hujan bunyi hujan jatuh kat zink tu amatlah kuat. aku akan duduk diam2. tak gerak ke mana2 hingga hujan berhenti. dah besar ni aku suka bila hujan turun. hujan kan rahmat dari Allah. kalau hujan cuaca sejuk sikit...



"kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari, kemudian dia datangkan pula hujan, puas kita mencari mana matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita PELANGI yang indah."

bila dah sampai damansara, ternampak pulak pelangi. cantiknya berwarna-warni. cepat2 amik kamera. bukan selalu dapat tengok pelangi kan..

pelangi terjadi selepas hujan gerimis dengan kehadiran cahaya matahari. terdapat 7 warna pelangi iaitu merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu.

pernah dgr tak orang dulu2 kata tak boleh tunjuk pelangi dengan jari, nanti kudung. tak tau la betul ke tak...

4 comments:

Mr PenyuBiru said...

Subhanallah..cantiknya. pandai ko snap.pakai dslr ke?

:: HUSNA :: said...

penyu: see my hand la... hehe. dslr apenye.. kamera cap ayam je tu..

Dimple said...

nice! udah dapat picasa ke? heheh.

:: HUSNA :: said...

dimple: tq. picasa dh lme gune cume tak tau pulak buleh link terus ke blog. lg senangkan nk upload gambar. pantas...

Iklan LR