nasi lemak basic – nasi, sambal kosong, telur dadar dan timun
rasa – sedap tapi sambal pedas
tambahan – sambal paru
takde la hari-hari aku sarapan nasi lemak. tukar-tukar menu jugak. kadang hari ni nasi lemak, esok mee goreng, besok lagi bihun goreng, tulat nasi kerabu dan sebagainya. kadang-kadang sampai satu tahap dah tak tau nak sarapan ape. tapi kalau tak sarapan pasti lapar. perut dok bunyi-bunyi lagi tak boleh buat kerja.
dulu kat kampung, mak aku kalau sarapan selalu buat nasi goreng je. tak pun cucur kucai. simple tapi best. kalau rajin sikit buat murtabak telur + bawang. aduh! dah terliur dibuatnya. memang masakan mak tiada bandingannya kan. buat anak-anak terkenang-kenang. tanya la sesiapa pun, pasti jawapan masakan mak sendiri paling sedap. hatta tanya suami sendiri pun. jawapan muktamad mak dia jugak masak sedap. walaupun dalam hati kita kata mak dia masak biasa-biasa saja. (eh! ini bukan ditujukan pada suami aku ye. ini contoh sahaja. hehe. kang ada pulak sedara sepupu sepapat belah suami baca blog aku, kata aku cakap mak dia masak tak sedap. naya aku.)
8 comments:
hari-hari nasi lemak bukan je leh gemuk,tapi boleh buat badan lemau dan jadi agak malas..tapi sedap punya pasal,semua tu tolak tepi je:D
adoi lapaaaarrrr..uwaaaa!!
saya sekarang hari hari tiada bekpes. lihat saja berat saya sudah 41kg. sangat amazing. hehe. (saja kasi panas lu jep!)
saya mahu gemuk
neo: betul3x
dimple: aku hari2 bekpes.. tp lunch kadang2.. eh! itu tipu. hehe...
lu bukan wat wa panas beb! dah terbakar ni...
she: nak gemuk lagi senang dari nak kurus kot
skrg nih trying very hard to loose my weight...so put aside nasi lemak for bfast...amik yg lite2 jer..huhuhu...ntah berapa lama le boleh bertahan
diamilikku: kak su, kalau displin boleh je... jgn putus asa kak... =)
Post a Comment