Mukadimah

بسم الله الرحمن الرحيم & السلام عليكم
bismillahirrahmanirrahim & assalamualaikum...
Blog ini adalah blog persendirian. Mana-mana artikel dan gambar tidak boleh disalin dalam ape jua bentuk rupa sekalipun. Terima kasih diatas kerjasama anda.



Showing posts with label bisness. Show all posts
Showing posts with label bisness. Show all posts

Friday, May 10, 2013

> tempahan kek sempena hari ibu

assalamualaikum dan selamat sejahtera.

alhamdulillah, petang tadi baru je lepas hantar kek. kek karamel ni di tempah oleh nurul nun jauh di sabah. tapi bukanlah aku pergi sabah hantar kek ni ye. tapi dihantar ke mak nya di area pekan ni juga . nurul nak surprisekan mak nya sempena hari ibu.

nurul ni kawan adik aku, so, dia tau la aku duduk kat pekan. tu yang dia rancang tempah kek kat aku and nak surprisekan mak dia. ada sikit ucapan dari nurul untuk mak nya yang aku selitkan atas kotak kek.

beruntung mak nurul dapat anak macam nurul kan. jauh-jauh pun masih arrange nak bagi something untuk mak nya. masa aku hantar tadi pun macam terkejut juga mak nurul tu. memang tak sangka la kan. tiba-tiba je orang datang bawakan kek. pula tu, orang yang dia tak kenal. tapi sempat juga aku sembang-sembang sebelum beransur pulang.

terima kasih nurul sebab order dari akak. lebih kurang minta halal ye.

DSC01766 

DSC01778

DSC01780

Tuesday, May 7, 2013

> tempahan kek sempena pru13

assalamualaikum an selamat sejahtera.

DSC01730

kek coklat kukus tempahan dari chot, taufik dan member ija.

 

DSC01740

kek karamel tempahan dari faiz.

 

alhamdulillah dengan rezeki yang diberikan. terima kasih pada yang menempah pada jumaat minggu lepas sebelum masing-masing balik mengundi. lebih kurang minta dihalalkan ye.

Saturday, April 27, 2013

> tempahan kek

assalamualaikum dan selamat sejahtera.

alhamdulillah rezeki untuk hari ini. hari ni ija tempah kek karamel pelangi lagi. kan minggu lepas dia tak jadi balik kg. so, minggu ni betul-betul jadi, tu yang dia tempah kek karamel lagi. nampak gayanya ija ni la pelanggan utama aku. hehe. terima kasih banyak ija. jangan lupa order lagi dan lagi dan lagi dan lagi. hehe.

DSC01644

Saturday, April 20, 2013

> tempahan kek

assalamualaikum dan selamat sejahtera.

DSC01608

kek karamel pelangi ni di tempah oleh ija lagi. semalam lepas maghrib dia datang ambil. katanya nak bawa balik kg. tapi tup-tup tak jadi pulak. makan dengan kawan-kawan la nampaknya. tq ija sebab order.

DSC01609

kek coklat ni pulak di tempah oleh faiz. lepas kerja semalam dia singgah rumah untuk ambil kek sebelum balik ke rumah family dia di kuantan. terima kasih daun keladi faiz.

untuk ija dan faiz, lebih kurang mintak halal ye.

Tuesday, April 16, 2013

> tempahan kek coklat

assalamualaikum dan selamat sejahtera.

minggu lepas terasa nak makan kek coklat. jadinya, aku pun buat la satu adunan kek coklat guna resepi favourite aku tu. satu adunan kan dapat banyak, so aku bekalkan pada hubby untuk dibawa ke tempat kerja dan kasi member-member dia rasa. member hubby yg satu group dengan dia takde la ramai. ada 5 orang termasuk hubby. ada sorang je perempuan. aku pun dah rapat dengan dorang-dorang ni.

bila dah rasa tu, agaknya sedap la kot, tu yang ada nak meng-order. hehe. aku okay je. tapi risau jugak. tetiba buat tak sedap seperti yang diharapkan. ye la, aku ni bukan pernah buat bisnes makanan ni pun. masak pun masih hijau oarang kata. hehe.

DSC01545

DSC01541

kek coklat ni di order oleh cik ija jumaat lepas. tq ija. harap-harap ija puas hati la ye. nanti-nati kalau rasa nak makan kek coklat lagi jangan lupa tempah kat akak ye. hehe.

Thursday, April 11, 2013

> ada orang order kek karamel pelangi

assalamualaikum dan selamat sejahtera.

cerita holiday di cherating aku sambung kemudian sebab nak tunggu gambar-gambar dari member hubby. gambar dari kamera aku ada je tapi tak banyak sangat.

Photo0423

sementara tu saja aku nak ceritakan tentang order pertama yang aku dapat bila aku dah berjaya membuat kek karamel pelangi. tapi cerita ni dah lama sebenarnya. cerita tahun lepas. hehe.

kek karamel pelangi ni memang popular kan. sesiapa yang belum pernah rasa kek ni baik korang cari cepat. kek karamel ni memang sedap. hubby aku paling suka. alif pun suka jugak, tok wan alif merangkap abah aku pun suka jugak. pendek kata semua suka la. tapi adam tak berapa suka. hehe. dia suka kek tu je. karamel dia, adam tak suka. adam bab-bab manis-manis ni memang dia tak gemar.

tentang order tu, macam ni ceritanya. bila dah jadi cubaan pertama aku buat kek ni, aku pun try le buat lagi dan lagi. siap adik aku bawa kat sekolah bagi kawan-kawan dia rasa. time tu adik aku praktikal mengajar kat sekolah menengah dekat-dekat dengan rumah aku. rumah mak abah aku sebenarnya. masa tu kan aku duduk kampung 4 bulan sebab hubby aku pergi training kat german kan. bila dah kawan-kawan cikgu dia rasa, maka ada yang dah jatuh hati dan terus nak tempah. kebetulan jugak time tu nak-dekat-dekat nak raya haji. so, memang ramai la yang meng-order. dalam 20 biji kesemuanya. mula-mula takut jugak nak ambil tempahan ni. ye la mana ade niat nak buat bisness pun, tapi dah orang nak order takkan nak tolak pulak. tak sampai hati rasanya.

malam sehari sebelum raya haji tu, aku dengan adik aku tu bersengkang mata tak tidur malam siapkan kek yang di tempah. sebab esoknya dalam waktu lunch dah nak hantar pada customer merangkap kawan-kawan adik aku tu la. 1 kek ambil masa untuk dibakar dalam 1 jam. jenuh jugak nak menunggu masak. nasib baik oven mak aku tak buat hal. ye la pasang non-stop dari malam sampai ke pagi.

aku jual pun takde la mahal sangat. harga biasa-biasa saja. harga ekonomi orang kata. hehe. keuntungan aku bahagi sama rata dengan adik aku. dapat la jugak rezeki untuk raya haji time tu.

Photo0424

Friday, December 24, 2010

> chiffon jalinan kasih.

husna

cantik tak tudung yang saya pakai? hehe…
tudung ni saya order dengan orang ini. 100% buatan tangan dia. dia memang berbakat dalam menjahit-jahit ni. saya sangat kagum dengan dia.
dikesempatan ini, saya mahu promosikan tudung ini. sesiapa yang berminat boleh klik di blog dia untuk tahu dengan lebih lanjut. memang dia sedia menerima tempahan.

Thursday, October 14, 2010

> penapis air Bio Aura

aku ade beberapa unit penapis air bio aura yang nak dijual. semuanya baru. kalau normal price satu unit RM 2080. tapi kali ni aku nak jual dengan harga murah-murah giler. boleh tawar menawar lagi dengan aku kalau kena gaya. tapi kena mintak persetujuan hubby aku jugak. hehe… bayar cash boleh, bayar ansuran pun diterima. janji benda ni terjual. untuk yang menetap di selangor dan kuala lumpur kami boleh arrange penghantaran. siap pasangkan lagi. sesiapa yg berminat boleh email kat aku di husna.milah@yahoo.com



hubby aku dulu join program MLM ni. tapi tak jalan. memang takde rezeki dengan program ni. tak sesuai dengan jiwa hubby aku kot. nasib baik tak buat pinjaman bank. kalau tak, jenuh nak bayar every month. tu sebab skrg aku cuma nak habiskan semua unit penapis air bio aura yg masih ade dalam simpanan kitaorg ni je…



bio aura 3 bio aura 1 bio aura 2

Iklan LR