Mukadimah

بسم الله الرحمن الرحيم & السلام عليكم
bismillahirrahmanirrahim & assalamualaikum...
Blog ini adalah blog persendirian. Mana-mana artikel dan gambar tidak boleh disalin dalam ape jua bentuk rupa sekalipun. Terima kasih diatas kerjasama anda.



Monday, April 1, 2013

> kek ombak beralun kukus

assalamualaikum dan selamat sejahtera.

DSC01319

maaf ye, aku buat kek lagi. hehe. kali ni kek ombak beralun. panggil kek ombak rindu pun boleh jugak. tapi bila perati betul-betul, kek aku ni dah macam peta dunia pulak. haha. warna pun tak seimbang. warna pink banyak sangat. warna oren pulak sikit sangat. tapi kek ni gebu dan lembut giler. rasa pun sedap. nak buat pun tak susah mana. harus jadi resepi kek favourite ni.

aku buat kek ni sebab nak balas pinggan mangkuk jiran sebelah rumah. hari sabtu hari tu ada kenduri bertunang anak dia. pagi sabtu tu dia bagi nasi dagang untuk sarapan. bila nak pulang balik pinggan mangkuk tu takkan nak bagi kosong macam tu kan. tu yang buat kek ombak beralun ni. nasib baik jadi. cubaan pertama ni. hehe.

macam biasa resepi search kat internet. kalau korang nak cuba korang taip je kat google kek ombak beralun. banyak link yang akan keluar. korang pilih je yang mana satu korang nak ikut. macam aku aku ambil dari kak fida my resepi. thanks owner.

DSC01311

DSC01315

Resepi kek ombak beralun

Bahan-bahan:

  • 5 biji telur - A yg sejuk dr peti ais
  • 1 cawan gula halus
  • 2 cawan tepung gandum - ayak
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu besar ovallete
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 cawan susu cair + 1/8 cawan susu cair
  • 10 sudu besar mentega cair
  • pewarna oren,hijau dan merah atau warna pilihan ikut suka
  • Secukup serbuk milo

Cara-cara:

  1. Panaskan kukusan.Loyang dialas kertas dan digris sekeliling.
  2. Campurkan kesemua bahan pukul hingga kembang kecuali mentega dan pewarna.
  3. Masukkan mentega cair dan kaup-balikkan adunan hingga rata.
  4. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan warnakan.
  5. Ratakan adunan berwarna pertama di dalam loyang.
  6. Ayak serbuk milo di atas lapisan pertama hingga menutupi lapisan adunan pertama tadi.
  7. Tindihkan adunan berwarna kedua di atas lapisan milo dengan kemas. Bagi memudahkan gunakan sudu makan dan tompok-tompokkan adunan hingga rata menutupi lapisan serbuk milo.
  8. Tabur lagi serbuk milo. Ulang melapis dan menabur serbuk milo untuk lapisan terakhir adunan berwarna tanpa ditabur serbuk milo.
  9. Tutup loyang kemas dengan aluminium foil. Kukus selama 45 minit. untuk dapatkan ombak yang cantik gunakan api besar.
  10. Apabila masak, buka segera aluminium foil. Biarkan kek 5 minit di dalam loyang.
  11. Tangkupkan loyang dan sejukkan kek di atas redai.
  12. Biar kek benar-benar sejuk dan boleh dipotong dan hidangkan.

DSC01332

1 comment:

saifudin abu izzudin said...

nice day :)
Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan,
pergilah ke tempat-tempat kamu inginkan,
Jadilah seperti yang kamu inginkan,
karena kamu hanya memiliki satu kehidupan
dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal
yang ingin kamu lakukan

http://www.nolimitadventure.com/

Iklan LR