Mukadimah

بسم الله الرحمن الرحيم & السلام عليكم
bismillahirrahmanirrahim & assalamualaikum...
Blog ini adalah blog persendirian. Mana-mana artikel dan gambar tidak boleh disalin dalam ape jua bentuk rupa sekalipun. Terima kasih diatas kerjasama anda.



Monday, April 5, 2010

> tangan kiri untuk apa?

adam lebih cenderung menggunakan tangan kiri berbanding tangan kanan untuk melalukan apa-apa pekerjaan sekali pun. orang ada kata kalau menggunakan tangan kiri lebih genius. terbukti ke ha?

kalau ikut sejarah keluarga belah aku, hanya tokwan adam yang kidal. dalam family hubby pulak nenek adam dan mak itam adam yang kidal. yang lain semuanya kanan. kalau setakat menulis atau mengambil barang, adam menggunakan tangan kiri aku takde hal. tapi sampai menyuap makanan pun menggunakan tangan kiri memang satu masalah. dalam islam sebelah kanan didahulukan. seperti masuk rumah, bersalaman dengan orang, mengambil barang, hatta ambil wuduk pun kanan didahulukan.

rasa macam kurang sopan bila adam menyuap nasi menggunakan tangan kiri. kalau guna sudu masih boleh dimaafkan. tapi, ini suap pakai tangan. astaga… kalau ditegur dan disuruh tukar suap tangan kanan dia akan kata, dia tak pandai… adeh! macam mana nak buat ni. kalau dipaksa-paksa sangat langsung tak nak makan pulak. mungkin salah aku jugak tak biasakan adam dari kecik menggunakan tangan kanan. takpe, kita ajar dia perlahan-perlahan. insyaallah satu hari nanti pasti adam pandai jugak suap makanan guna tangan kanan. caiyok! caiyok!

IMG_4297


korang ada cara tak nak mengatasi masalah ni…


10 comments:

Zaidah said...

salam..kenal...anak zai pun ade sorang yang tulis tangan kiri...yang kecik tak tahu lagi tangan kiri atau kanan...pernah skali tu bawak beraya umah kakak ipar...dia makan tangan kiri...puas kakak ipar basuhkan tangan suruh makan tangan kanak tapi dia still guna tangan kiri jugak...lastnyer kitaorang bagitau dia kidal...kakak ipar kata nie sama ada masa ayah dia tanam uri telah menggunakan tangan kiri...sebabtu dia kidal...tak tahu betul ker tidak teori tu...

E'za a.k.a mama Luqman said...

Org kidal ni cenderung kpd 'art'..manatau bley jadi architect ke, interior designer ke..jadi cam rizalman ke?

akey87 said...

kiri kanan potensi lebih kurang saja, cuma terlalu banyak orang guna kanan, so kiri nie menjadi satu "side" yang menjadi pelik dan seronok..biasanya, orang kidal jarang persoal pasal tangan kanan, tapi orang tangan kanan nie yang sibuk nak soal tangan kiri...heehhe...btw, im kanan user, i think both same...daaa

Dimple said...

saya mudah jatuh cinta sama orang kidal. huah!
and yes! suami saya kidal. rasanya orang kidal lebih calculative. 13% peratus orang di dunia adalah kidal. mungkin adam salah seorang daripadanya. dia belum faham husna, bagi dia sedikit masa ok.

Diamilikku said...

Alesha pun banyak guna tangan kiri termasuk makan..macam mana saya nak ubah dia supaya tukar ke tangan kanan bila waktu makan..?? saya train waktu cuci poo poo...saya suruh dia cuci guna tgn kiri..lepas tu bg biskut kat dia..bila dia amik guna tangan kiri terus cakap kat dia..tadi basuh poo poo tangan mana?? dia tunjuk kiri...then tanya balik..takkan nak makan dengan tangan yang basuh poo poo...terus dia tukar tangan kanan...dan benda yang sama akan saya ulang everytime dia guna tangan kiri untuk makan..hasilnya...positif....

:: HUSNA :: said...

zaidah: tak tau la tanam uri guna tgn mana. sbb bukan hubby yg tanamkan tapi pak mentua.

:: HUSNA :: said...

eza: best tu kalau jd architect or interior designer..

:: HUSNA :: said...

diamilikku: nanti husna try cara kak su ni. skrg just ingtkan dia tgn kanan untuk suap makanan... selalu sgt ulang... hehe

:: HUSNA :: said...

akey: betul. kanan ke kidal k masing2 ade kelebihan

:: HUSNA :: said...

dimple: makcik! dulu2 sblm cinta dgn amy ko ushar tgn dia dulu ye... hehe

Iklan LR