ingat tak kat mana boleh dapat dialog kat atas ni.
alhamdulillah, balik jugak kami ke kampung cuti weekend lepas. balik sekejap ajelah… balik sana sabtu, balik sini ahad. seperti yang diduga, memang banyak lah buah tangan MIL & FIL kasi kat kami 3 beranak. eh! bukan kami sahaja, semua anak-anak dan cucu-cucu Haji Musa Dan Hajjah Norhesah dapat. kebetulan semua adik-beradik hubby balik kampung.
aku dapat jubah hitam serta selendang dan baju tidur. adam dapat 2 helai jubah, kopiah dan mainan. hubby dapat serban (entah bila la nak pakai nih.) kopiah dan tasbih. itu belum lagi makanan dari sana macam kurma, kacang-kacang, coklat dan sebagainya. tapi yang penting air zam-zam jangan dilupa.
terima kasih pada MIL & FIL diatas semua hadiah-hadiah ni. eh! lupa nak bagitau rasa daging unta kan. rasa macam biasalah. macam daging lembu tu jugak. kalau org tak beritahu yang dimakan tu daging unta, memang tak tau. cuma liat sikit. mungkin terkena yang kat banyak urat kot.
2 comments:
ingat akid. dia suka bagi salam macam ni "assalamualaikum haji mustapa?" ekekeke.
cute lah adam ni..nampak dah besar je pakai jubah.
dimple: akid penuh imaginasi... hehehe...
adam besar? tertipu dek gambar...
Post a Comment