Mukadimah

بسم الله الرحمن الرحيم & السلام عليكم
bismillahirrahmanirrahim & assalamualaikum...
Blog ini adalah blog persendirian. Mana-mana artikel dan gambar tidak boleh disalin dalam ape jua bentuk rupa sekalipun. Terima kasih diatas kerjasama anda.



Tuesday, March 19, 2013

> puding roti bakar

salam.

hai semua. dah sarapan? pagi ni aku sarapan puding roti. kes nak habiskan stok roti. dah nak habis tarikh luput tapi tak habis-habis lagi. nak kasi jalan kena buat puding roti la. tapi kan roti gardenia ni walaupun dah expired tapi masih elok. lambat tumbuh kulat. cuma tak berani la nak makan jugak. kang tak pasal-pasal sakit perut.

puding roti ni aku pernah buat tak lama dulu. boleh tengok jugak kat sini. sama je resipinya. memang ni la resepi favourite puding roti dalam simpanan aku.

tapi kali ni buat macam terlebih garing pulak kat belah atas tu kan. tapi takpe, janji sedap. hehe.

DSC01107

Resepi Puding Roti

Bahan-bahan

  • 6 keping roti
  • 2 cawan susu segar (yang macam HL tu)
  • 1/2 cawan gula (kalau nak manis boleh lebihkan sikit)
  • 2 biji telur ayam
  • 4 sudu besar mentega
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • kismis or prune secukupnya

Cara-cara

  1. carik-carikkan 6 keping roti ke dlm bekas
  2. cairkan mentega dan tuang mentega itu ke atas roti yang telah dicarikkan
  3. Pecahkan telur bersama-sama susu dan gula ke dalam bekas yang lain.
  4. Pukul sehingga gula hancur. Boleh masukkan esen vanilla jika ada
  5. Tabur kismis jika ada ke dlm loyang dan seterusnya tuang bahan-bahan yang dipukul.
  6. Bakar pada suhu 175 celsius sehingga emas kekuningan (lebih kurang 35 minit)

3 comments:

Adilah Manaf Celik Vitamin said...

Nampak sedap nak cubalah nanti. Terima kasih berkongsi resepi ni.

Punca Dan Tips Rawatan Bagi Demam Denggi.

~~IrdaBay~~ said...

Seriously, lepas baca ni saya terus buat tau.. tapi kismis takdak pulak.. saya "alter" sket tabur Milo atas dia.. hehehe... Thanks for the recipe Husna! <3

jue remli said...

Nampak sedap jap lagi nk try buat

Iklan LR