Mukadimah

بسم الله الرحمن الرحيم & السلام عليكم
bismillahirrahmanirrahim & assalamualaikum...
Blog ini adalah blog persendirian. Mana-mana artikel dan gambar tidak boleh disalin dalam ape jua bentuk rupa sekalipun. Terima kasih diatas kerjasama anda.



Friday, March 1, 2013

> hutang wajib di bayar

salam.

alhamdulillah hari ni dapat langsaikan semua loan MARA yang aku pinjam masa belajar kat GMI dulu. dah settle semuanya. itu pun kira lambat jugak. sebabnya aku tak ikut schedule yang dorang kasi. aku ikut schedule yang aku buat sendiri. itupun tak konsisten. kadang-kadang bulan ni bayar, bulan depan tak. amount pun ikut suka hati aku je.

kalau ikutkan total yang aku pinjam entah bila la nak habis bayar. tapi sekali lagi syukur alhamdulillah aku dapat diskaun. hanya perlu bayar 10% dari jumlah yang aku pinjam. bila dah habis bayar hutang ni, hati rasa tenang je. lapang dada sikit.

di kesempatan ni aku nak ucapkan terima kasih pada pihak MARA kerana memberi pinjaman untuk aku belajar dulu. banyak sungguh jasa MARA ni. masa kat IKM pun MARA jugak yang tanggung. tapi time tu kira biasiswa, tak perlu bayar balik. terima kasih jugak pada abah aku yang tolong sikit sebanyak langsaikan hutang aku ni. abah aku penjamin pertama. semua surat yang berkaitan loan MARA ni mesti sampai kat dia jugak. agaknya boring sangat dah kot berlambak surat MARA sampai kat tangan dia, pulak tu tengok tak surut-surut jumlah pinjaman. dengan murah hati abah aku tolong bayarkan jugak loan aku ni. sayang abah. hehe.

pada mereka-mereka yang ada buat pinjaman jangan lupa bayar ye. tak kisahlah nak bayar berapa sebulan. janji bayar. jangan buat senyap je. nanti nama korang jugak yang di blacklist. boleh masuk dalam suratkhabar lagi. lagi satu boleh beri kesan pada adik beradik kita yang lain. kesian jugak kat penjamin kita. nak-nak penjamin kita tu bukan sedara kita contoh macam jiran ke, ketua kampung ke, tak pasal-pasal nama dia turut di blacklist.

ingat! hutang wajib dibayar tau. tazkirah di hari jumaat. assalamualaikum. hehe.

2 comments:

~aYu~ said...

salam. singgah sini dan follow pas carik info pasal loan Mara ni. nak taye ni, sy pun nak settlekan sume loan mara. dulu dah dapat pengurangan dah. bila nak settlekan terus ni ada kurang lagi x? tq.

:: HUSNA :: said...

w'salam. rasa saya kalau dh dpt pengurangan tak dpt pengurangan lain dah. tp boleh check dengan bahagian kawalan kredit mara. wallahualam..

Iklan LR