Mukadimah

بسم الله الرحمن الرحيم & السلام عليكم
bismillahirrahmanirrahim & assalamualaikum...
Blog ini adalah blog persendirian. Mana-mana artikel dan gambar tidak boleh disalin dalam ape jua bentuk rupa sekalipun. Terima kasih diatas kerjasama anda.



Wednesday, March 13, 2013

> pukul 12 tengahari

salam.

aku dah siap masak ni. menu hari ni ikan cencaru masak taucu dengan sayur lemak kobis. hari-hari sekolah macam ni memang kena masak awal. pukul 12 adam dah balik dari sekolah. selalunya bila sampainya kat rumah, lepas mandi adam selalu mengadu lapar. kalau tak siap masak lagi, kang bising pulak si abang sorang tu.

semalam alif demam. alhamdulillah demam cuma sehari. hari ni dah sihat. sekarang makan ubat dah tak susah macam dulu. menangis manja-manja saja.

alif dah makin petah bercakap. tapi cakap hujung-hujung dan pelat-pelat. seronok dengar dia cakap. comel giler. boleh buat kita ketawa sendiri. tapi mencabar jugak mau faham apa yang dia tuturkan. kalau tak faham, habislah. kasi mengamuk dia. haha.

DSC01028

Resepi Cencaru Masak Taucu

Bahan-bahan

  • 4 ekor ikan cencaru
  • 1/2 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih - hiris
  • 2 hiris halia - hiris
  • 3 biji cili api
  • timun
  • 2 sudu besar taucu
  • Asam keping
  • minyak
  • garam
  • gula
  • air secukupnya

Cara-cara

  1. goreng ikan yg telah digaul garam dan serbuk kunyit
  2. sementara goreng ikan, boleh lah menyediakan kuah taucu. tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan. masukkan halia dan cili api.
  3. masukkan taucu dan kacau sekejap.
  4. masukkan air dan asam keping
  5. masukkan timun dan perasakan dengan gula. Garam tak perlu sbb taucu dah masin.
  6. setelah ikan masak, masukkan ke dalam kuah tersebut. biar hingga mendidih, tutup api.

DSC01028

Resepi Kobis masak lemak putih

Bahan-bahan:

  • 1/2 biji kobis bulat saiz sederhana, hiris sederhana kasar
  • 1 camca besar penuh udang kering rendam sekejap, tos dan tumbuk kasar
  • 1 biji bawang besar, hiris halus
  • 4 ulas bawang putih, dititik
  • 1 biji cili merah, hiris
  • 1200 ml santan cair
  • 400 ml pati santan
  • 1 cekak soo hoon, kerat pendek dan rendam hingga lembut
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

  1. Masukkan santan cair ke dalam periuk bersama hirisan bawang, bawang putih dan udang kering. Kacau rata dan masak hingga mendidih.
  2. Masukkan kobis dan masak hingga kobis separuh lembut, jika kurang kuah tambah sedikit air.
  3. Masukkan soo hoon (toskan) dan hirisan cili merah.
  4. Kacau rata dan tuang pati santan.
  5. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula.
  6. Kacau perlahan dan biar mendidih sekejap.

No comments:

Iklan LR