Mukadimah

بسم الله الرحمن الرحيم & السلام عليكم
bismillahirrahmanirrahim & assalamualaikum...
Blog ini adalah blog persendirian. Mana-mana artikel dan gambar tidak boleh disalin dalam ape jua bentuk rupa sekalipun. Terima kasih diatas kerjasama anda.



Saturday, March 16, 2013

> puding buah-buahan

salam.

cuaca panas-panas macam petang ni, sedap rasanya kalau dapat makan puding kan. sejuk tekak dibuatnya.

sebelum ni pernah makan puding ni mak mentua buatkan. sebelum ni pernah tanya resepi kat mak mentua. tapi silapnya tak salin kat buku. ingat-ingat macam tu je. bila nak buat mula la dah tak ingat resepi yang betul. tu yang try cari kat internet. lucky, jumpa dalam website majlis daerah pekan.

dalam website tu puding ni namanya puding merdeka. kalau bulan ramadhan memang banyaklah peniaga yang jual puding ni kat bazar.

resepi ni aku dah tukar-tukar sikit dari yang asal. yang mana tak guna sukatan cawan aku try convertkan. harap-harap tak salah sukatan. cuma cara hidang tu aku tak letak pun pisang, gajus or jala emas tu.

DSC01071

Resepi Puding

Bahan-bahan

  • 1 cawan tepung jagung
  • 6 cawan air
  • 3 sudu besar susu pekat manis
  • ½ cawan gula pasir
  • Pewarna kuning, hijau dan merah

Cara memasak

  • Bancuh kesemua bahan-bahan sehingga mesra. Masak di atas api kecil dan kacau sehingga pekat dan berkilat.
  • Bahagikan kepada tiga bahagian dan warnakan satu-satu kuning, hijau dan merah.
  • Tuangkan setiap lapisan ke dalam acuan besar dimulai dengan warna kuning, kemudian hijau dan merah. Sejukkan.
  • Dihidang bersama kuah puding.

Bahan-bahan kuah puding

  • 1 cawan gula
  • 1 tin susu cair
  • Air sebanyak ½ tin susu
  • 3 biji kuning telur
  • Sedikit esen vanilla
  • Daun pandan – disimpul

Cara Memasak

  • Pukul kuning telur bersama susu dan air. Tapis dan kemudian campurkannya bersama gula. Kacau sehingga sebati.
  • Masukkannya di dalam periuk bersama daun pandan dan masak di atas api kecil sehingga pekat. Kacau selalu supaya tidak bergentel.
  • Angkat dari api apabila sudah pekat dan tuangkan ke dalam mangkuk yang lain untuk disejukkan. Masukkan esen vanila.

Cara Menghidang

  • masukkan puding dan campuran buah-buahan dalam tin ke dalam mangkuk. 
  • tuang kuah puding ke atasnya sebelum dihidangkan.

No comments:

Iklan LR