Mukadimah

بسم الله الرحمن الرحيم & السلام عليكم
bismillahirrahmanirrahim & assalamualaikum...
Blog ini adalah blog persendirian. Mana-mana artikel dan gambar tidak boleh disalin dalam ape jua bentuk rupa sekalipun. Terima kasih diatas kerjasama anda.



Friday, March 15, 2013

> rendang ayam moden

salam.

moden la kot sebab resepi rendang ayam ni mudah dibuat tak macam resepi orang-orang lama. tak pakai rempah ratus pun. resepi macam biasa cari kat internet. objektif mestilah mencari resepi rendang yang paling senang.

alhamdulillah jadi jugak rendang ayam ni. cuma kurang pedas. adam makan 2 kali tambah nasi. sedap katanya. :)

DSC01066

 

Resepi Rendang Ayam

Bahan-bahan:

  • Bahan untuk dikisar
    • 2 biji bawang besar
    • 1 inci lengkuas
    • 1 inci halia
    • 3 batang serai
    • 10 tangkai cili kering
    • 1 inci kunyit hidup
  • 1/2 kilo ayam- kerat kasar-kasar
  • 1 sudu besar gula perang/gula Melaka
  • 1 sudu besar kerisik
  • 2 helai daun kunyit- mayang halus
  • 200 gm santan 
  • 2 kpg asam keeping
  • Garam

Cara-cara:

  1. Tumis bahan kisar sampai pecah minyak.
  2. Masukkan ayam dan gula melaka. Masak sampai ayam agak empuk.
  3. Masukkan santan dan asam keping. Masak sebentar dgn api perlahan.
  4. Masukkan daun kunyit dan kerisik. Masak sampai kuah agak pekat.
  5. Perasakan dengan garam.

2 comments:

aiezzaSue said...

kuning sungguh menyelerakan...rendang saya sokmo merah kalernya, takut-takut anak nak jamah :)

:: HUSNA :: said...

tak bubuh banyak cili pun takut pedas sgt nnt anak x nak makan. :)

Iklan LR