Mukadimah

بسم الله الرحمن الرحيم & السلام عليكم
bismillahirrahmanirrahim & assalamualaikum...
Blog ini adalah blog persendirian. Mana-mana artikel dan gambar tidak boleh disalin dalam ape jua bentuk rupa sekalipun. Terima kasih diatas kerjasama anda.



Friday, August 14, 2009

> ulangtahun kelahiran





Alhamdulillah Allah masih panjangkan umur..
hari ni genap umur aku 29 tahun...
walaupun hubby buat do no jer...
as usual... hihi..
semua tu aku tak kesah...
dh biasa sgt dah...

semakin usia meningkat..
tertanya2 dlm hati...
byk mana dah amalan & ibadah yg dilakukan untuk bekalan akhirat kelak...
rasanya... baru sekelumit...
byk lagi yang perlu dilakukan...
byk lagi yang perlu dipelajari...
semoga Allah terus memberi hidayahNya..


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam.
Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk.
Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda.
Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.


p/s: Al-Fatihah untuk Allahyarham Ustaz Asri Rabbani

YANG BAIK JADIKAN TELADAN
YANG BURUK JADIKAN SEMPADAN

7 comments:

Fariena said...

happy 29th birthday...ceria2 selalu dik!

Tukang cerita said...

Salam husna...
hepi besday....
semoga ditetapkan iman sentiasa...

~bday adam, sama bday hubby akak...
:)

Mdm Lulu said...

salam husna..selamat menyambut hari lahir ye..semoga panjang umo,murah rezeki,bahagia selalu disamping keluarga tercintaye.so,u wish ape ye??heheh..tambah lagi??

namaku faten edura... said...

happy besday akak..semoga panjang umur dimurahkan rezeki...

J@J@ / Bini The Rock said...

Selamat ulangtahun yg ke 29 Husna..
moga sentiasa diberi rahmat & rezeki keatasmu...

Dimple said...

happy besday husna..di pjgkan umurnya..dimurahkan rezekinya..dan dilindungi oleh NYA..Amin..

:: HUSNA :: said...

fariena >>>
tukang cerita >>>
mdm lulu >>>
faten edura >>>
jaja >>>
dimple >>>

tq so much sbb wish my birthday...

Iklan LR