Mukadimah

بسم الله الرحمن الرحيم & السلام عليكم
bismillahirrahmanirrahim & assalamualaikum...
Blog ini adalah blog persendirian. Mana-mana artikel dan gambar tidak boleh disalin dalam ape jua bentuk rupa sekalipun. Terima kasih diatas kerjasama anda.



Monday, October 18, 2010

> i am very proud of my son

ya! saya memang bangga dengan anak saya.



adam dah boleh baca dan hafal doa makan. itu satu pencapaian yang bagus untuk budak umur yg baru saja genap 3 tahun september yang lalu. walaupun sebutan dan tajwid tak berapa betul, itu sudah memadai… boleh practice make perfect lagi kan. sekarang kalau nak makan atau minum adam la pembaca doa untuk kami.



surah al-fatihah pun dia dah mula hafal. tapi masih tunggang langgang. banyak ayat yang dia pendekkan... kalau solat berjemaah tang al-fatihah tu memang dia baca kuat. macam dia pulak jadi imam. hehe… kadang-kadang saya tergelak sendiri dalam hati tengok gelagat dia. ops! tak kusyuk la jawabnya solat saya itu kan. =)



bila ada masa lapang saya video kan adam baca doa makan dengan al-fatihah ok.



Iklan LR