aku cadang nak tukar susu adam la. tahun depan kan nk tambah seorang lagi ahli keluarga. sekarang adam minum susu anmum stage 3. satu kotak 1.3 kg harga lebih kurang RM 44++. itu harga beli dekat kedai ubat cina. kalau kat pasaraya seperti giant, carefour atau tesco lagi mahal. baru-baru ni pon susu anmum ni naik harga lagi. satu bulan selalunya habis 3 atau 4 kotak. sepatutnya adam dah kena tukar ke stage 4. pon tak tukar2 lagi. alang2 nak tukar, aku nk tukar jenama terus la.
cadang nak tukar susu yang murah sikit dari sekarang. macam dumex ke. tapi takut jugak kan nak tukar2 susu ni. sebab adam memang dah serasi dengan jenama anmum dari baby.
kebetulan semalam pengasuh adam cakap susu dah habis. so, aku dah beli susu dumex dugro 3-6 tahun perisa asli utk dibawa ke rumah pengasuh hari ni. harap2 adam boleh terima dan sesuai dengan perut dia.
susu anmum pack lama. tukar pack je naik harga…
ni pack sekarang. stage 3 untuk 1 tahun ke atas. stage 4 untuk 3 tahun keatas.
dumex dugro 3 – 6 tahun perisa asli. RM 14.90 utk 650g. try pek kecik dulu.
next plan: stopkan adam dari pakai pampers...
5 comments:
ariq setahun nanti aku pun nak tukar susu. jadi abg akid pun kena tukar susu murah sikit. as long diorang masih nak minum susu pun dah cukup baik kan.
dimple: ni pon aku cuba2 dulu. kalau tak ok back to normal.. heheheh...
alesha ngan aisy minum nespray perisa madu...so far memang okay....murah pun murah ....
diamilikku: bby 2nd ni husna nk start dr awal ajar susu murah2 .. hehehe
tapi susu badan lagi jimat kn. free dan berkhasiat lagi...
Sila jenguk laman web www.easybebe.net untuk promosi susu dan lampin pakai buang bayi ..
Ade juga susu harga borong untuk belian carton. TQ
Post a Comment