Mukadimah

بسم الله الرحمن الرحيم & السلام عليكم
bismillahirrahmanirrahim & assalamualaikum...
Blog ini adalah blog persendirian. Mana-mana artikel dan gambar tidak boleh disalin dalam ape jua bentuk rupa sekalipun. Terima kasih diatas kerjasama anda.



Tuesday, October 26, 2010

> 27+ weeks

jumaat lepas saya pergi checkup pregnancy macam biasa. macam biasa jugak periksa tekanan darah, timbang berat badan, test air kencing dan scan baby. semuanya berkeadaan baik. berat badan pun makin naik. sekarang sudah 51.5 kg.


kali ni scan, doktor sekali lagi beritahu, yang saya kandungkan baby boy. last month checkup pun doktor bilang benda yang sama. sekarang saya sudah set di fikiran, memang ini baby boy. ada la kawan untuk adam. pasti riuh rumah saya nanti. saya dah mula dapat gambarkan suasana itu. =) masa untuk list kan nama-nama baby boy yang baik dan best pun sudah bermula. sesiapa yang ada cadangan boleh juga kemukakan disini.


bersalin adam dulu adalah secara caeser. sebab utama yang diberitahu doktor ialah Fetal Distress. dalam erti kata yang mudah jantung baby lemah. so, semasa jumpa dengan doktor saya ambil peluang untuk bertanya peluang saya untuk bersalin normal atau tidak untuk kandungan kali ini. doktor beritahu peluang adalah 50-50. saya hanya berdoa semoga dipermudahkan dan berjalan lancar urusan bersalin ini nanti.


2 comments:

ida said...

best nye...bila kau due husna...aku nak jugak..rindu nak ade bby...

:: HUSNA :: said...

due next year. end of january..

Iklan LR