Mukadimah

بسم الله الرحمن الرحيم & السلام عليكم
bismillahirrahmanirrahim & assalamualaikum...
Blog ini adalah blog persendirian. Mana-mana artikel dan gambar tidak boleh disalin dalam ape jua bentuk rupa sekalipun. Terima kasih diatas kerjasama anda.



Thursday, November 25, 2010

> last-last saya turut menangis

ini cerita semalam. balik dari kerja cepat-cepat mahu ambil adam dari rumah pengasuh. sampai sana adam buat hal. tak nak bawak beg sendiri. ingin suruh orang lain bawakkan. bila ditegur, adam mula menangis. mula buat perangai. tak nak jalan masuk ke kereta dengan sendiri pulak, pakai sandal pun dah tak mahu. tercegat di satu tempat. mengharapkan saya dukung dia. aduh! mana saya larat nak dukung adam dengan keadaan perut memboyot. saya sabar dalam hati. ini rumah orang. kalau di rumah sendiri habis semua saya muntahkan. memandangkan saya berada dirumah orang, saya layankan ragam adam. gagahkan jugak untuk dukung dia. dengan beg dan sandal dia ditangan saya lagi. nasib baik semalam saya tak sendirian. hubby hantar dan jemput saya pulang dari kerja.

masuk ke kereta adam masih menangis. saya dan hubby cuba tegur secara baik. makin menangis pulak jadinya. sampai dirumah, adam masih buat perangai. masih tak nak jalan dengan kaki sendiri. minta didukung lagi. saya cuba pujuk-pujuk. tapi tak jalan. dia membatu dalam kereta. hubby mula naik berang. hubby nak cepat sebab nak kejar solat asar, takut tak sempat. adam masih tidak mahu mengalah. last-last hubby turutkan jugak kemahuan dia.

masuk je dalam rumah, hubby mula bising-bising dan marahkan adam, tangan sudah singgah ke kaki adam. saya faham perasaan hubby. hubby penat balik kerja, tiba-tiba anak buat perangai. memang sungguh menguji kesabaran kan. saya jadi sedih bila adam kena marah. cepat-cepat saya ambik adam. peluk dia seerat-eratnya. saya minta dia minta maaf pada hubby dan saya. tapi adam tak endahkan. masih menangis. last-last saya juga turut menangis.

kenapa saya turut menangis? salah satu sebabnya sebab saya sedih bila adam kena marah dengan hubby. lagi pulak adam baru baik demam. tapi itu untuk mengajar dia bukan. lain sebab kerana adam tidak mahu dengar cakap saya. saya jadi kecewa. saya sudah cakap baik-baik dengan dia. saya juga menangis sebab saya tahan marah.

semakin dekat adam bakal jadi abg, semakin menjadi adam buat perangai. serba tak kena semuanya. tapi adam juga lah pengarang jantung hati saya.

satu yang saya mahu adam tahu, adam tetap anak mama dan abah yang nombor satu. kami tetap sayangkan adam. insyaallah mama dan abah takkan pilih kasih pada anak-anak.



5 comments:

eB@mamaAerish'n'Aed said...

eb faham sgt situasi tuh... sbb masa eb tgh sarat preggykan aed camtuh la ug kami rasa... shah sampai pernah tampar pipi aerish... biler eb marah shah... kami lak yg bergaduh... padahal sama2 pn penat... kiter mana la larat nak angkat kan kalo dh beratnyer lebih 10kg... so spanjang mlm eb nanges jerk la sambil pelok aerish... x tido spanjang mlm pn ader... esoknyer sembab... sedeykan?...

Dimple said...

saya baca dan nanges. saya memang begini. murah dengan air mata. kesian adam. T_T. apsal aku sedey ney. adoii!!

Nor!h@N said...

husna biasala adam nak dapat adik dia memang akan tunjuk perangai untuk menguji kita..ann dah rasainya..dah 4 orang husna..klau citer raser 1 besen air mata..he..he...apapun hang terus sabar yer..

ida said...

nanges jugak aku ni...tapi biasa la husna kalau mengandung anak pertama musti buat hal...sabar ea...insyallah ok tu..

Puteri Satu said...

budak nak beradik selalu peel macam2... Aqilah pun macam tuh.. betul2 menguji kesabaran...

Iklan LR