Mukadimah

بسم الله الرحمن الرحيم & السلام عليكم
bismillahirrahmanirrahim & assalamualaikum...
Blog ini adalah blog persendirian. Mana-mana artikel dan gambar tidak boleh disalin dalam ape jua bentuk rupa sekalipun. Terima kasih diatas kerjasama anda.



Wednesday, November 24, 2010

> 1001 cerita

hari ni baru start kerja setelah lama bercuti. 17.11.2010 cuti Hari raya Aidil Adha. khamis dan jumaat cuti ihsan dari company. tak payah tolak annual leave. suka sangat. terima kasih bos. sabtu dan ahad cuti lagi seperti biasa. isnin masih cuti sebab pengasuh adam pun cuti. selasa iaitu semalam cuti lagi sebab adam demam. cuti-cuti diatas dihabiskan di kampung halaman kecuali pada hari isnin dan selasa.

 

adam mula panas-panas badan pada pagi sabtu (20.11.2010) semasa di kampung lagi. lepas makan ubat, suhu mula menurun. tapi tak lama. sekejap lagi panas balik. setiap 4 jam makan ubat sampai lah ubat kehabisan. kemuncaknya hari isnin suhu naik sampai ke 40 darjah celcius. hati mula risau. bawak pergi klinik dan doktor masukkkan ubat insert. alhamdulillah lepas tu suhu turun dan terus sembuh dari demam. syukur sangat.

 

malam semalam pergi klinik untuk monthly checkup pregnancy. sudah 31 minggu. tekanan darah ok. berat sekarang sudah 54 kg. berat baby 1.6 kg. uri sudah diatas. cuma kepala baby masih tak pusing kebawah. dan kena suntikan ape ntah di lengan. sakit sikit-sikit hingga sekarang.

 

sekarang mood masih malas. mahu cuti lagi boleh?

2 comments:

Dimple said...

wah! dan 31minggu, beberapa minggu lagi sudah ada orang baru. jab kancing gigi tu. take care husna.
adam demam nak dapat kawan baru neh. semoga terus sihat sihat ok adam.

:: HUSNA :: said...

skjp betul masa berlalu. excited dan nervous bercampur. hehe...

tq dim doakan adam sentiasa sihat.

Iklan LR