Mukadimah

بسم الله الرحمن الرحيم & السلام عليكم
bismillahirrahmanirrahim & assalamualaikum...
Blog ini adalah blog persendirian. Mana-mana artikel dan gambar tidak boleh disalin dalam ape jua bentuk rupa sekalipun. Terima kasih diatas kerjasama anda.



Thursday, August 12, 2010

> ramadhan datang lagi

assalamualaikum.



lamanya tinggal kan dunia blog. banyak perkara yang berlaku sebenarnya dalam hidup aku selama ketiadaan aku di sini. huhu. macam serius saja bunyinya kan. ada gembira, ada sedih dan duka. itulah dikatakan kehidupan kan.



salah satu sebabnya ialah mood tak berapa baik time tu. kenapa mood tak berapa baik? ini jawapannya. jeng.. jeng.. jeng.. I’M PREGNANT!… untuk kali yang kedua. alhamdulillah dengan rezeki yang Allah berikan. memang cadang aku dengan hubby mau anak lagi. tapi plan sebetulnya tahun depan. tapi dah terexcident pulak. HAHA.. rezeki jangan ditolak kan. =)



kini kandungan aku dan masuk 16 minggu bersamaan dengan 4 bulan la kan. masa awal2 mengandung sampai sekarang alhamdulillah aku takde rasa nak muntah, loya atau pening2. syukur sangat. tak banyak beza mengandung kali dengan adam. cuma kali ni selera makan tu kureng sikit. sampaikan berat badan aku sebelum pregnant dulu sikit2 lagi nak cecah 50 kg boleh turun ke 45.5 kg. amazingkan. hehe.. now selera makan dah mula nampak perubahan. berat pun dah naik 1 kg lagi.



first time puasa kali ni waktu pregnant. mula-mula takut jugak tak tahan lapar. tapi semalam alhamdulillah. BERJAYA! cuma bila dah petang kepala tiba-tiba rasa melayang. harap hari ni pun boleh tahan sampai ke waktu maghrib jugak. amin.



selamat berbuka untuk semua yang berpuasa hari ini!


No comments:

Iklan LR