Mukadimah

بسم الله الرحمن الرحيم & السلام عليكم
bismillahirrahmanirrahim & assalamualaikum...
Blog ini adalah blog persendirian. Mana-mana artikel dan gambar tidak boleh disalin dalam ape jua bentuk rupa sekalipun. Terima kasih diatas kerjasama anda.



Wednesday, August 18, 2010

> teringin sangat

semalam, teringin sangat nak berbuka makan bunga kobis goreng tepung. tak tau la teringin sebab mengandung ke apa. tapi dari opis lagi dah dok pikir dalam kepala menu ni. balik je kerja terus cari bunga kobis dan tepung ala-ala KFC kat kedai. korang pernah makan? sedappp…



memang berselera la aku berbuka semalam. sahur pun aku goreng lagi. dua ketul aku beli bunga kobis. habis licin semua. alhamdulillah…



nak tau macam mana nak buat bunga kobis goreng tepung ni? senang saja… mula-mula potong bunga kobis kecik2. jangan kecik sangat, sedang2 cukup. basuh dan lumurkan dengan telur yang telah dipukul. lepas tu masukkan tepung ala-ala KFC tu. tepung dah melekat kat bunga kobis tu bolehla digoreng.


IMG_59891

2 comments:

pB said...

wahhh


resepi baru nie



tks

:: HUSNA :: said...

selamat mencuba.. =)

Iklan LR