Mukadimah

بسم الله الرحمن الرحيم & السلام عليكم
bismillahirrahmanirrahim & assalamualaikum...
Blog ini adalah blog persendirian. Mana-mana artikel dan gambar tidak boleh disalin dalam ape jua bentuk rupa sekalipun. Terima kasih diatas kerjasama anda.



Thursday, April 16, 2009

> diet

sekadar gambar hiasan

takde ler nk diet giler2 pon.. cuma nk turunkan sikit berat badan ni.. dulu sebelum ngandungkan adam berat cuma 45 kg jer.. ok la tu dgn ketinggian aku yg 150 cm... ideal la tu kan... hihi... last berat tym mengandung tu cecah jgk 55 kg... pas bersalin yg turun cuma 5 kg jer... (pandai2 korang ler tolak tambah berat aku skrg ni bape.. hehe) aku diet pon cuma x mkn mlm jer.. waktu lain aku hentam habis2an... klu x jalan jgk dgn cara aku yg satu ni.. kena tukar plan lain ler kot... so far dah 2-3 mlm aku berjaya... hehe.. tp x blh dijangka esok lusa... bukan blh percaya sgt aku ni... hihi... kite tunggu jer la resultnyer 1 bulan dr sekarang ye...

kalau betul2 nk kurangkan berat badan dengan cara selamat ikut petua dibawah ni
sumber dari: pusat maklumat pemakanan kementerian kesihatan malaysia

  1. Kurangkan 10% daripada berat badan anda dalam tempoh 6 bulan . Kadar penurunan berat badan ½ - 1 kg seminggu adalah selamat.
  1. Makan buah dan sayur pada setiap waktu makan.
  1. Hadkan pengambilan makanan bergoreng.
    • Kurangkan pengambilan lemak dengan memilih makanan yang dimasak secara:
      • mengukus
      • membakar
      • memanggang
      • merebus
    • Elakkan makan bahagian berlemak pada daging seperti kulit ayam dan lemak daging.
  1. Makan secara teratur dan elakkan dari meningalkan waktu makan utama.
  1. Elakkan penurunan berat badan secara mendadak (drastic).
  1. Tingkatkan aktiviti fizikal.
  1. Timbang badan anda setiap minggu pada masa yang sama, sebaik-baiknya sebelum makan.
  1. Rekodkan pengambilan makanan harian anda sebelum memulakan program penurunan berat badan.
  1. Kaji rekod makanan anda untuk mengetahui masalah seperti pengambilan snek yang berkalori tinggi, makan mengikut mood atau kesukaran mengawal selera makan.
  1. Makan saiz sajian yang kecil pada setiap hidangan.
  1. Hidang makanan menggunakan pinggan yang lebih kecil.
  1. Makan snek berkalori rendah seperti jagung rebus, biskut tanpa gula, roti dan buah-buahan, berbanding kek, puding, pisang goreng dan popia goreng.
  1. Elakkan makan semasa menonton televisyen atau membaca.
  1. Makan secara pelahan.
  1. Anda wajib berpegang teguh kepada keputusan anda, untuk menurunkan berat badan yang berlebihan.
  2. Nilai keperluan tenaga harian anda.

Anda perlu menentukan status aktiviti fizikal anda untuk mengira keperluan tenaga harian anda.

Kaedah mengira keperluan kalori harian anda.

a) Tentukan berat badan anda
b) Tentukan ketinggian anda
c) Tentukan status aktiviti fizikal anda.

i. Aktiviti sedentari
Anda menghabiskan 75% daripada waktu kerja anda dalam keadaan duduk dan berdiri. Contoh pekerja di pejabat,
pekerja industri ringan, pembantu kedai, pelajar dan individu yang tidak melakukan senaman secara tetap.

ii. Aktiviti sederhana
Anda menghabiskan 40% daripada waktu kerja anda dalam keadaan duduk dan berdiri.
Contoh : guru, kakitangan di hospital, polis, jurujual dan individu yang melakukan aktiviti fizikal 2-3 kali seminggu.

iii. Aktiviti aktif
Anda menghabiskan kebanyakan waktu kerja dalam keadaan berdiri dan berjalan. Contoh: kadet tentera, ahli sukan, buruh binaan bangunan, pekerja industri berat dan individu yang terlibat di dalam sukan lasak seperti rugbi dan bola sepak serta berjoging 3 – 4 kali seminggu.

Formula ringkas untuk mengira keperluan kalori bagi tujuan pengurangan berat badan

Status aktiviti

Lebih berat badan atau Obes
(kkal/kg berat badan)

Sedentari
Sederhana aktif
Aktif

20 – 25
25 – 30
30 – 35

Sebagai contoh seorang yang berat badannya adalah 70 kg dan mengamalkan aktiviti fizikal yang

sederhana aktif, maka keperluan harian kalorinya bagi tujuan pengurangan berat badan adalah:-

70 x ( 25 @ 30 ) = 1750 @ 2100 kkal/sehari

  1. Rujuk kepada contoh menu yang disediakan berasaskan kepada keperluan tenaga harian anda. (sediakan perancangan menu)
  2. Nilai semula Indeks Jisim Tubuh anda dalam masa sebulan.
  1. Dapatkan sokongan dari mereka yang rapat dengan anda. Usaha untuk menurunkan berat badan melibatkan perubahan gaya hidup oleh itu kerjasama dan pemahaman dari orang yang terdekat amat diperlukan
  2. Lakukan aktiviti-aktiviti fizikal secara beramai-ramai atau dengan rakan anda yang mempunyai matlamat yang sama, ianya lebih meyeronokkan.
  3. Periksa pencapaian anda dan kenal pasti dimana kelemahan anda dalam menangani masalah rangsangan untuk makan secara berlebihan.
  4. Berbincang dan menghadiri sesi kaunseling yang diadakan oleh kakitangan kesihatan yang terlibat secara langsung di dalam aktiviti pengurangan berat badan dan ambil kesempatan untuk menceritakan apa-apa masalah yang wujud.

7 comments:

fiezabaiduri said...

lebih kurang je berat ngan tinggi kita ni.hehe..

Dimple said...

yea..yea..ko menang.. pasal ko lebih sikit..
berat aku 43kg tinggi 148cm.. insyaAllah pas bersalin sok pun nak berdiet ikut saranan kementrian kesihatan malaysia tu.. (boleh ke?)

Mr PenyuBiru said...

wife aku pun skang ni duk sebuk berdiet.

Mr PenyuBiru said...

rasanya cam tukar layout baru je ni.hmm.. widget linkwithin tu cam menarik jer. nak cuba lah..hehe

:: HUSNA :: said...

bai
sama ker... =)

dimple
yela2 aku menang...

penyu
- wife ko diet tuk cntik tuk ko jgk..
- cuba2 widget linkwithin tu.. besttttttt

Farith Rezza said...

Nak diet eh?? Hehe why not u try vegetarian..give it a week, or a month ;) Btw, happy earth day!
http://dapurvegetarian.blogspot.com/

:: HUSNA :: said...

Farith Rezza
x gemor sgt mkn sayur.. hihi
tp tgh cube x mkn mlm... hope berkesan..

Iklan LR