Mukadimah

بسم الله الرحمن الرحيم & السلام عليكم
bismillahirrahmanirrahim & assalamualaikum...
Blog ini adalah blog persendirian. Mana-mana artikel dan gambar tidak boleh disalin dalam ape jua bentuk rupa sekalipun. Terima kasih diatas kerjasama anda.



Wednesday, April 1, 2009

> cencaru sumbat belah belakang



ni pon menu mlm td...fuh berderet entri masakan...
ade yg nk termuntah dh ker.... hehe
tgh rajin ni... sok2 klu dh xde entri masakan tu paham2 aje la ye...
resepi aku amik kt sini sbrnyer. so aku copy paste ajela ye

Bahan-bahan

  • 1 kg ikan cencaru (aku beli 2 ekor jer)
  • 1/2 biji kelapa parut
  • * 3-4 biji bawang merah
  • * 2-3 ulas bawang putih
  • * 1 sudu besar udang kering
  • * 1/2 inci kunyit (ni aku x masukkan)
  • * 2 batang serai
  • * 2 biji buah keras (ni pon x bubuh)
  • 2 sb lada boh
  • sedikit air asam jawa
  • garam, gula n perasa

Cara-cara

  1. Tumbuk semua bahan bertanda (aku blend jer... sonang cite) *
  2. Tumis lada boh hingga garing. Masukkan bahan tumbuk, tumis hingga garing n naik bau.
  3. Masukkan sedikit air asam jawa. Bila agak kering masukkan kelapa parut dan gaul sakata. Masukkan garam, gula n perasa kalau suka... Biar sampai kering... ala-ala serunding.
  4. Sementara tunggu kelapa kering, bersihkan ikan dan belah di bahagian belakang ikan.
  5. Sumbatkan kelapa yg telah siap kedalam ikan.
  6. Lumurkan ikan dgn sedikit garam n serbuk kunyit.
  7. Goreng ikan hingga masak.

No comments:

Iklan LR