Mukadimah

بسم الله الرحمن الرحيم & السلام عليكم
bismillahirrahmanirrahim & assalamualaikum...
Blog ini adalah blog persendirian. Mana-mana artikel dan gambar tidak boleh disalin dalam ape jua bentuk rupa sekalipun. Terima kasih diatas kerjasama anda.



Tuesday, December 14, 2010

> susu kambing

baru-baru ni masa di kampung, saya nak buatkan minuman untuk hubby waktu makan pagi. ternampak minuman 3 in 1 coffee berasaskan susu kambing kt dapur mak. siap ada muka kambing lagi. saya suggest pada hubby, nak try tak? sebab mak kata sedap jugak. tiba-tiba adam menyampuk, beria dia tak bagi minum air tu. adam kata nanti abah dia jadi kambing dan bunyi mbek-mbek macam kambing. HAHA… boleh pulak dia fikir macam tu.

images

satu kotak = 15 sachets = RM 36.00

sekarang saya pun mula start minum susu kambing macam gambar diatas. orang kata susu kambing banyak manfaatnya. salah satu untuk cegah demam kuning. ini persediaan untuk baby yang bakal lahir tak lama lagi. sudah fobia bile adam masa baby kena demam kuning. 2 malam jugak kena tahan di wad. hari-hari amik darah untuk di check. kesian sungguh.

satu yang saya musykil, rata-rata baby yang kena tahan di wad disebabkan demam kuning ni orang melayu. jarang sungguh bangsa cina atau india. betul tak?

3 comments:

Dimple said...

kuning biasa bila ibu berdarah 'o' mmg dasyat lah kuning anak dia. macam saya. hehe. susu kambing. erk- bila minum terbayang muke kambing. bila susu lembu tak pulak. hehe.

eB@mamaAerish'n'Aed said...

ms dlm ward ari tuh eb ader tanyer dorang... ader srg cina tuh ckp... jgn mkn benda2 yg ader pigmen kuning ms preggy... alhamdulillah eb amalkan walopn dh terlambat... so aed kuning rendah sgt banding ngan aerish dolo yg nk kena tukar darah... fobia dh kami...

Fariena said...

alhamdulillah anak2 akak 4 org semua x de kena kuning nie. ye betui tuh minum susu kambing or tablet masa mengandung insyaAllah dijauhi kuning nie kat baby nanti.

Iklan LR