Mukadimah

بسم الله الرحمن الرحيم & السلام عليكم
bismillahirrahmanirrahim & assalamualaikum...
Blog ini adalah blog persendirian. Mana-mana artikel dan gambar tidak boleh disalin dalam ape jua bentuk rupa sekalipun. Terima kasih diatas kerjasama anda.



Friday, December 31, 2010

> 2010 tukar 2011

lagi beberapa jam tahun 2010 akan melabuhkan tirainya, dan bakal menjelma tahun 2011. banyak pengalaman pahit manis, suka duka yang dah dilalui ditahun 2010. semoga ianya menjadi sempadan dan teladan untuk meneruskan hidup ini.

pengalaman yang pahit biarlah berlalu pergi ditelan masa. saya tidak mahu ingat kembali. memang orang kata maaf itu senang, tapi melupakan itu sesuatu yang sukar.

dengan kedatangan tahun baru 2011, saya memohon pada Allah, kehidupan saya, keluarga saya, kawan-kawan saya serta orang disekeliling saya bertambah baik dari tahun sebelumnya.

tahun 2011 juga, saya bakal menerima ahli baru dalam keluarga. keluarga saya makin bertambah. dengan kehadirannya moga keluarga saya sentiasa dimurahkan rezeki yang berkat, sihat tubuh badan, peningkatan iman dan beroleh kebahagiaan dunia dan akhirat.

 

selamat datang 2011.

2 comments:

Diamilikku said...

happy new year husna..semoga tahun baru ni lebih bererti dan membawa kejayaan dan kebahagiaan...

:: HUSNA :: said...

hepi new year jgk utk kak su..

Iklan LR