Mukadimah

بسم الله الرحمن الرحيم & السلام عليكم
bismillahirrahmanirrahim & assalamualaikum...
Blog ini adalah blog persendirian. Mana-mana artikel dan gambar tidak boleh disalin dalam ape jua bentuk rupa sekalipun. Terima kasih diatas kerjasama anda.



Monday, May 10, 2010

> hidangan tanpa sayur

kebanyakan orang lelaki kalau makan nasi berlauk tanpa sayur tak kisah sangat kan. tapi kalau perempuan mesti nak kena ada sayur jugak. contoh terdekat aku la kot. kalau boleh nak seimbang. tapi masa kecik sayur la paling anti. macam boleh mati kalau makan.



IMG_5633


ini hidangan tengahari kami semalam. masak simple je. itu jer yang ada dalam peti sejuk. malas pulak nak ke pasar. sayur pun tak ade. tapi nasib baik ade cili hijau tu. boleh la diganti sayur. hehe.



ikan masak taucu, telur dadar dan ayam krimis. ayam krimis ni peberet aku. masak dia simple je. ayam perap dengan asam jawa dan garam. boleh jugak tambah serbuk kunyit. rebus sekejap sampai air rebusan kering. lepas tu goreng dengan minyak sedikit. masuk kan bawang besar yg dipotong nipis. lagi sedap kalau bawang tu banyak. dah garing boleh hidang.



biasanya orang lain panggil ni masak ayam goreng kunyit kot. keluarga aku je panggil ayam krimis. orang banjar punya nama rasanya.



3 comments:

miss hav0c said...

laparnye tgk lauk tuh

izan salleh said...

oh,nasib tak batal puasa...

Diamilikku said...

haah sib baik tak batal puasa akak

Iklan LR