Mukadimah

بسم الله الرحمن الرحيم & السلام عليكم
bismillahirrahmanirrahim & assalamualaikum...
Blog ini adalah blog persendirian. Mana-mana artikel dan gambar tidak boleh disalin dalam ape jua bentuk rupa sekalipun. Terima kasih diatas kerjasama anda.



Thursday, January 6, 2011

> breastfeed

Insha'Allah baby yang bakal lahir ini saya plan nak menyusukan badan selama yang boleh.

nak tebus balik masa adam dulu. adam hanya sempat menyusu badan 2-3 bulan rasanya. itupun bukan full breastfeed, campur-campur dengan susu formula.

banyak faktor yang menyebabkan adam tak dapat menyusu badan. bukan kata susu kurang. banyak, sampai bengkak-bengkak.

dulu adam selalu mengamuk bila nak menyusu. sampaikan nenek dia minta penawar. tapi tak jalan jugak. bila dah macam tu, saya jadi down. last-last saya bagi susu botol. masa tu, semangat tak kuat, selalu tension. sampai saya sering menangis.

faktor lain pulak sebab saya terpaksa tinggalkan adam di kg semasa saya sudah mula bekerja sebab tak dapat cari pengasuh lagi. hampir sebulan adam dibawah jagaan nenek.

 

dan sekarang untuk menjayakan misi ini, saya mula membaca  apa yang patut berkenaan fullbreastfeed ini. banyak info saya dapat dari internet. saya juga sudah mula membeli breastpump. jenama yang selalu orang perkatakan, Avent. harap semuanya dipermudahkan.

 

bila adam dah besar ni, dia selalu cakap nanti dia nak share menyusu badan dengan adik dia. kesian sungguh.

3 comments:

Fariena said...

insyaallah husna klu ibu dah ada angan2 akan dipermudahkan nanti. akak pun dah 8 bulan fully BF baby aleesya

:: HUSNA :: said...

kak ina: insyaallah semoga dipermudahkan... tp kena kuat semangat kan.. chaiyok2

rozee said...

mudah2an ye kak husna..niat yg murni sentiasa Tuhan perkenankan...

Iklan LR