Mukadimah

بسم الله الرحمن الرحيم & السلام عليكم
bismillahirrahmanirrahim & assalamualaikum...
Blog ini adalah blog persendirian. Mana-mana artikel dan gambar tidak boleh disalin dalam ape jua bentuk rupa sekalipun. Terima kasih diatas kerjasama anda.



Monday, September 27, 2010

> jalan-jalan raya

last week memang banyak betul undangan ke open house. hari sabtu saja ade 3 rumah yang aku pergi. mula2 pergi open house rumah pengasuh adam. then terus ke bandar baru salak tinggi rumah kawan IKM aku dulu. jauhnya salak tinggi tu sampai kitaorg sesat2 la. last sekali pergi pulak rumah kakak aku kat pantai dalam. malam baru balik rumah. makan jangan cakap la. semua aku jamah. sampai kembung la perut aku ni dibuatnya. ;p



semalam pun 3 rumah jugak aku pergi beraya. tapi semalam special sikit sebab pergi beraya sampai ke negeri bandaraya bersejarah Melaka. pergi bersama dengan kawan-kawan sekolah.


Picture 103


bergambar kenangan jap kat tol ayer keroh sementara tunggu member yg lain. dari kiri chu-a, ann, fatin (anak ann) ina, aku dan adam.



mula-mula pergi rumah cikgu zuraine kat jasin. cikgu sekolah rendah. tapi cikgu zuraine ni tak ngajar aku pun. dia ajar sekolah lain. tapi dekat la dengan sek ren aku tu. kira berjiran la. lepas tu singgah rumah member masa sekolah menengah, mazalia. maza la juru pandu kami masa di melaka. lagipun dia memang orang melaka. last sekali rumah cikgu akmal. pun cikgu masa sekolah rendah. cikgu akmal pernah ajar aku. subjek bahasa melayu. bayangkan belasan tahun tak jumpa. last2 semalam kitaorang bertemu.



33567_1497549650375_1583151424_1198865_5090509_n


ni gambar kat rumah cikgu akmal. baju kelabu tu la cikgu akmal. wife dia pakai t-shirt lengan panjang, tudung hitam tu. cikgu zuraine pakai t-shirt hijau. wife cikgu dh masuk dlm kereta. mazalia yg berdiri sebelah aku pakai tudung purple.



habis beraya singgah kejap kat bandar hilir melaka. dah alang2 datang melaka kan. itupun kejap aje. sebab hari dah nak beransur malam.


Picture 111

Picture 112

Picture 107

Picture 117

Picture 118



terima kasih pada cikgu zuraine, cikgu fairus dan family, cikgu akmal, isteri dan family serta mazalia dan family kerana sudi menerima dan melayan kami yg datang dari jauh ni.


2 comments:

mamaaerish@eb said...

bestnyer... i lioke... ;p

:: HUSNA :: said...

eb: i lg like. he3

Iklan LR